Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

May 22, 2012

Baju raya

Seriously aku tak fikir lagi nak buat baju raya kaler apa tahun ni. Tapi tadi opismate aku, Fauzan dah siap tempah dengan isteri kawan aku, Siraji baju raya sedondon kaler hijau 1 family. Pantas sungguh kot. Hari ni baru 1 Rejab kan. Tapi betul la..kalo tak tempah sekarang, nanti banyak pulak dan takde orang nak amek dah dekat2 nak raya nanti. 

Pening la.. aku nak pakai kaler apa ye tahun ni. Rasa macam dah bosan je pakai baju cotton. Ingat kali ni nak cari kain bukan cotton, kain crepe ke kan.. Tahun ni aku akan make sure yang kai suami isteri adalah sedondon. Hehe. Kalo nak diikutkan atas kertas, tahun ni adalah tahun kedua kami bergelar suami isteri. Tapi disebabkan tahun lepas punya kenduri, kami dah nikah dah cuma belum settle lagi kenduri, tambah pulak kenduri kami lepas raya, makanya kami beraya asing2 tahun lepas. Sedey je. Pagi raya pertama tak dapat salam cium tangan suami. Aku harap tahun ni dapat la aku beraya sama2, kalo en.asben tak duty la..huhu

Cun tak kalo pilih kaler biru firus..?



September 7, 2011

Salah siapa?

Semua ni salah raya.. :(
Sebabnya asyik la nak menguyah je aku ni lepas2 raya ni...haishh...
Tengah2 taip ni pon dah sebekas kuih rotan abes masuk dalam mulut aku..
Tinggal kerepek pisang je lagi sikit nak diabeskan..
Pulak tu Mat Min siap bawak 4 bekas kuih raya ke opis..memang selamat la..


Muka aku yang dah semakin bulat...mungkin.



Haishhh...tak leh jadi ni..
Aku nak cari ubat benci makanan...agak2 ada tak..? :P




September 4, 2011

Aidilfitri

Selamat hari raya.

Hari ni aku dah masuk kerja. Tapi student still bercuti sampai esok. Makanya aku adalah selamat tak payah nak masuk kelas kena mengajar. Mood nak mengajar pon takde. Mood nak naik pelamin je ada nih. :P

Raya tahun ni biasa2 je sebab tak boleh nak bergambar sakan. Mencik!! Kamera aku tertinggal dalam kereta en.asben last jumpa dia aritu. Coi betul. Tak pasal kamera handpong jadi mangsa mak.. Tu pun tak seberapa nak cung la sebab tukang yang amek gamba tu asyik xreti je nak amek gamba.. Time aku amek gamba dia cung je..Tak puas hati betul. Hahaha.

Gamba beraya xseberapa pung..Gamba anak menakan aku je aku amek banyak2. Geram sangat. Sape suruh cute sangat kan. Tak pasal selalu kena paksa jadi model makngah dia. Hehehe


Baju raya pertama. Bling2 u.. :D


Mak saya dan abangnya @ Ayahlong.


Mak saya dan budak yang tak pandai amek gamba..

Kesian mak aku kena paksa pakai jubah caftan raya pertama. Acik gunakan kuasa veto dia ke atas mak aku, mentang2 la dia yang belikan..Hahahaha..


Aku and mummy.



Model jubah caftan. Kikikiki.



Sumbang mahram..Hahaha.

Lelaki disebelah acik tu adalah pakcik aku ye. Sila jangan terkejut mengapa pakcik aku berkelakuan sebegitu. Dia memang kuat bergurau. Tahap 18sx punya tahap gurauan memang banyak daripada tahap "U" ok..harap maklum.



Si kecik yang berbaju kurung biru tu cucu pakcik aku di atas tadi. Tok Pa yang gatal tak sedar diri dah ada cucu. Hahahaha.



Baju raya kedua. Saya suka. :P


Model rumah kampung. :)


Posing sebelum jalan raya.


Insyirah yang baru sampai Balok dari Perak. Excited dia tengok Makngah dia. Hehe


Aku suruh tgk kamera, tapi dia sibuk nak tengok jejaka2 sebelah umah nenek aku ni. Haisshh.. Kecik2 dah tunjuk gatai ye Cirah..Ni mesti ikut Mak Iti dia :P


Budak yang sangat sibuk. Aku nak packing gula2, dia sampai nak masuk besen gula2 tu ha. Punya la nak tolong kan.


Cirah yang terkejut tengok Aqib kat belakang dia.


Aqib control macho.

Jelajah umah Tok Ngah. Tok Ngah jamu nasi beriyani nyum nyum..


Cirah yang dah penat melasak.


Manja Makngah.


Pencuri kek lapis. Hehehe.








Cirah with peace.


Aku dan Along. Tengah tunggu nenek aku bersiap nak g kenduri.



Along, Angah, Acik.


Pijah..baju kita. Hehehe