Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

January 10, 2012

Makcik jual kain..


Sape nak tolong sponsor makcik tempah kain kain kat atas ni...? Semak betul la makcik tengok kain ni duk berlonggok kat dalam bilik menunggu masa untuk dihantar jahit. Tu kain semua bukan makcik yang beli, tapi orang bagi. 

Start dari kiri kaler purple tu suami tercinta makcik yang hadiahkan. Suka sangat. Cantik. Mekasih sayang.

Yang kaler hitam dot dot turquoise tu best fren makcik yang bagi. Boleh tak dia balas balik pemberian makcik sebab makcik hadiahkan kain cotton kat dia sepasang sempena bithday dia. Jah, jah...aku tak mintak dibalas pun la. 

Kaler silver sebelah hitam dot dot tu kain aku cilok. Eh..tak sebenarnya, opismate aku nak hadiahkan kat pengantin baru dalam opis aku, tp pengantin tu lelaki. So aku cakap baik bagi benda lain daripada kain kan, sebab dah tentu bini dia je yang dapat pakai. Maka tak bermakna la nak bagi hadiah kat pengantin tu. So aku ajak kawan aku tu share hadiah ngan aku. Aku beli toto 1 set sekali cadar. Puas hati gak, boleh tahan lawa. Rasa sayang je nak bagi. Haha.Oleh yang demikian, makanya dia telah memberikan aku baju silver kain songket tu sebagai bayaran share2 hadiah tanpa perlu keluarkan duit. Sistem barter telah digunakan. :)

Last sekali kain merah tu, adalah pemberian hadiah kawin staff Tati kepada aku. Lama jugak aku peram hadiah ni, baru sekarang nak gi tempah buat baju. Bukan apa, sebab sebelum ni banyak lagi kain aku yang belum tempah. Sekarang baru dah surut sikit.


Aku tak boleh la tengok kain lawa2, nak nak lagi cotton. Boleh meroyan nak borong semua yang lawa2  kalo takde orang tolong stopkan. Hahaha. Macam baru ni aku ada jual kain cotton polka dot. Nasib baik aku berjaya kuatkan iman untuk menahan diri dari cilok sepasang untuk koleksi peribadi. Kalo tak memang mampus la aku, setiap kali jual kain cantik2 je, mesti aku rembat sepasang, kadang2 2 3 pasang jugak aku remabt T__T  Laki tokey balak pon boleh bankrupt kan. Sekian.


P/s:Harap2 aku tak terlalu lambat nak tambah koleksi cotton polka dot. Sayang, jom balik Kedah. Hehehe

June 17, 2011

Aktiviti baru..dapat kawan baru..

Assalamualaikum.
Hari ni hari Jumaat. Rasa macam dah lama tak lepak2 kat rumah sendiri hari jumaat camni. Dah 2 minggu berturut aku berjalan time weekend, ni baru ada masa nak lepak2 kat rumah time2 weekend. Sampaikan aku rasa malas gila nak keluar rumah. Kesian mak aku g kenduri sorang2. Dia ajak aku g majlis kenduri cukur jambul anak sepupu dia, tapi aku malas sangat nak keluar. Hee.

Sebenarnya aku ada aktiviti baru sekarang. Aku masuk kelas aerobik. Hihihi. Setiap hari selasa dan khamis pukul6-7pm di Kemaman wellness. Waktu dia memang agak berkejaran sket la bagi aku sebab lepas balik kerja je terus gerak ke tempat ni. Tapi setakat apa yang aku join selama 2 hari ni, memang fun dan worth it la.

First day aku ditemani mak aku join sekali. Tapi utk second day mak aku dah malas nak join sebab penat. Hahaha. So aku sorang2 je. Tapi dapat kawan baru. Part ni aku suka. Heee. Ada 2 orang budak yang join ni, aku tengok memang budak2 lagi la. Ingat student Ranaco ke kan. Tapi rupanya dorang tu kerani kat satu kedai emas ni. Memang budak2 lagi la sebab umur baru 19tahun. Lepas tu kami pun borak2 la sebab time break kejap. Dia tanya aku duduk mana, kerja apa, ramah la budak ni. Ke sebab nampak aku macam budak2 baya dia jugak..Hehehe. Lepas tu aku tanya la umur dia berapa. Kenapa tak sambung belajar kan. Tetiba perangai macam makcik2 terus keluar. Hahaha. Ok. Dah agak2 mesra sket, dia tanya la umur aku berapa. Aku pun suruh la dorang teka kan. Ada ke dorang teka umur aku 22 tahun. MEMANG MELAMPAU KAN. Muahahaha. So..aku terima jela dengan REDHA. Hikhik. Aku bgtau la umur aku sebenar kan tapi boleh pulak dorang bereaksi macam ni.."Eh, betul ke akak ni 27..?? Tak percaya la..." Hahaha...Nak je aku tunjuk ic kan. Percaya la dik. Akak ni memang dah tua tapi maintain muda kan. Haa..cane tu.. :P

Kelas semalam memang berpeluh2 aku dibuatnya. Tak sabar nak tunggu kelas next week. Yeay!!


Percaya tak aku g London Weight Management..? :)

May 2, 2011

Saya suka sangat

Saya sudah jatuh cinta hati dengan THOR. Manyak hensem la. Tehee..
Ingatkan cerita ni tak best. Sebab macam takde nafsu je nak tengok masa mula2 tengor trailer dia.


Tapi bila dah tengok, wahh...i want more..i want more.. :P
Bila eh ada sambungan THOR 2. Tak sabar mau lihat kesudahan cinta dia dengan Jane.
Kesian Jane kena tinggal macam tu. huhu.



April 12, 2011

Mengidam...

Sekarang aku mengidam sangat2 nak baca buku A Doctor in the House.


Kat Kemaman takde buku ni la. Kena g Kuantan la kot. Tu pun ada ke idak la.
Tapi kalo dapat as a present pon best jugak kan. Tak payah la nak g cari2 dah. Hee..
Ada sape2 tak yang bermurah hati nak hadiahkan aku buku ni...??
Sila angkat tangan sekarang !


March 27, 2011

Secreto

Ssshhhhhhh........













Ada rahsia.. :)










Kopak duit guwa.. T___T




Ni semua gara2 hasutan en.tunang. Hasutan berjaya pulak tu. Abes hilang dara kad kredit aku. Muahahahaha. Siot je kan.




February 18, 2011

Main masak masak

Percaya tak aku masak hari ni? Hehe. Mak aku kan masih berada di KL lagi, so boleh la aku tunjuk hebat masak depan adik lelaki aku. Haha. Mengong. Kalau ada mak aku, takde maknanya nak berlagak macam ni. Buat malu je. Sebab sekali chef komplen, terus sentap kang.

Menu hari ni adalah ayam masak black pepper dengan Brokkoli udang.

Eh, lupa nak inform, hari ni aku gigih betul masak setelah penat berjogging. Percaya lagi sekali tak? Hello..aku jogging okeh pagi tadi. Dah lama tak berpeluh macam pagi tadi. Rasa sihat je. Tapi aku rasa peluh2 aku pagi tadi macam sia2 je sebab lepas jogging je terus aku g breakfast kat pasar. Haha. Sebelum shopping, harus lah isi tank dulu kan. Hehe.

Lepas beli apa2 yang patut, balik umah terus bersemangat bersihkan ayam udang bagai. Takut kang bila dah rehat2 penat nanti terus malas nak masak. Thanks to my sis, along for the yummy recipe! Ayam masak black pepper sangat senang nak buat.

Setelah rehat2 jap after bersihkan ayam udang, turn aku pulak membersihkan diri sendiri. Pastu terus start masuk dapur dalam pukul 12.30 gitu. Sebelum adik aku g semayang jumaat, dia duk hairan dan pelik kakak dia masak hari ni. Haha. Kurang ajaq noo..I tak nak tunjuk skill je tau.

Ini lah hasilnya..

Black pepper chicken

Broccoli and cauliflower with prawn


Sedia untuk di makan


Tak sabar nak makan sebab lapar weh. Aku tak paham betul la perut ku yang comel ni. Pagi tadi dah breakfast pun still lapar2 gak macam tak makan pagi. Kejam kan perut aku..Adik aku balik dari masjid je terus kami mulakan sesi lunch. Haru aku dengar adik aku cakap sebelum makan:

“Lama tak tengok Angah masak kan..” T__T *aku sedar aku tak rajin sangat masuk dapur*

“Sedap..” *ayat bodek ke hape..*

“Macam chef..kalah ma..” *penipu*

hahaha..ayat last ni sah2 la aku tipu..sebab adik aku takde la sampai rabun kan sampai takleh beza masakan ala chef mak aku..

Bila masak untuk orang ni, buat aku rasa bersemangat lagi nak masak untuk seterusnya. Aku rasa macam nak masak la every weekend., tu pun kalau tak g merayap memana la kan. Ni yang terus rasa nak kawen sekarang. Nak masak untuk suami. Hehe.


P/s: En.tunang, awak wajib tau makan apa yang kita masak. Walaupun tak sedap. Nasib la awak ye. Kalau awak tak makan, kita sentap. Muahaha. aci tak main paksa2

February 4, 2011

I love Celine Dion!

Dua hari lepas aku ada tengok documentary pasal world tour dia kat HBO; Celine, Through The Eye of World. Memang kagum betul dengan dia ni. Ramai gila yang minat dia, satu dunia beb! Lagu dia pun banyak yang best2. Tapi of course la lagu jiwang kan. Suara dia, merdu betul. World tour dia tu makan masa selama 1 tahun., kalau tak silap aku sepanjang tahun 2008 kot. Masa dia buat show kat KL, nampak Siti dan Datuk K duduk depan sekali. Dari apa yang aku tengok kat tv, Celine ni memang ramah. Aku tak ingat time tour kat mana ntah, tekak dia ada infection. So terpaksa la postpone selama 2 minggu sebab nak bagi tekak dia betul2 pulih. Gila la peminat menangis2 sebab hampa. Dahsyat betul. Kalau la aku dapat jumpa live dengan Celine ni, ish..tak tau la aku macam mana. Speechless kot. Hehe.

Dalam banyak2 lagu dia, aku paling suka lagu To love you more. Sebenarnya banyak je lagu dia yang aku paling suka. Hehe. Meh aku senaraikan lagu2 dia yang aku suka.

To love you more

I love you

I’m alive

The power of love

Pour que tu m'aimes encore

Haa..lagu last tu dalam bahasa France . Makna lagu tu sehingga kamu masih mencintaiku..Cewah..Kemain lagi tau makna.Semangat tu aku Google translate..haha..lagu tu best!! Terus rasa pandai je cakap France.

Kan aku dah cakap lagu dia banyak jiwang, love2 bagai kan. So, aku agak korang boleh teka aku macam mana. Jiwa kental tak? :P

By the way, aku nak wish happy chinese new year. Selamat bercuti bersama family semua.



February 1, 2011

Dia pernah jadi pujaan hatiku suatu ketika dulu


Kesian dia kan. Tu la. Sape suruh buat onar lagi kan.

Dalam paper lapor : Ariel dipenjara 3 tahun 6 bulan

Lama tu nak tunggu 3 tahun 6 bulan. Menangis la semua fan yang masih setia dengan Ariel. Aku pun minat gak. Tapi dulu je la. Sekarang aku dah tak minat. Sayang betul la dia ni. Habis rosak kerjaya sebagai penyanyi.

Gambar from hmetro: Luna dan Ariel

Harap2 Luna Maya setia menunggu si Ariel ni. Kalau tak, sia2 je Ariel masuk jel, pastu Luna dah ada boyfriend lain.

Dulu aku suka gila kat Peterpan ni. Nak2 si Ariel. Suara dia best, bagi aku la. Dan lagu dia pun best. Peterpan ni bawak pengaruh yang besar gak la pada aku. Sampaikan adik aku pun terikut2 stail rambut Ariel time tu. Hahaha. Lawak je bila ingat balik.

Kepada Ariel, Harap kamu tabah menghadapi kehidupan di dalam penjara okeh.



January 20, 2011

Aku rasa...

Rasa nak sambung study lagi. :)
Tadi lepas borak2 dengan En.Alias, lecturer yang tengah habiskan PHD dia, terus rasa bersemangat jer. Aku suka bila dapat borak dengan En.Alias ni. Dia suka cerita pengalaman dia dan suka bagi nasihat. Bila dah borak2 dengan dia, hati aku macam dah terbuka je untuk sambung for the next level. Tapi yang penting kena buat persediaan dari segi mental dulu.

Cari tajuk dulu la kan. Nak fokus apa ye..??