Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

January 12, 2012

Cerita meja makan

Sejak en.asben dah kembali bekerja, maka tinggallah aku berdua dengan tokwan sahaja di rumah. Kalau dulu masa en.asben ada, pagi2 dia akan hantar aku pergi kerja dan aku jarang breakfast di rumah, disebabkan breakfast kat luar bersama2 en.asben. Tapi sejak tinggal berdua, rajin pulak aku makan pagi sebelum g kerja. Tokwan aku tu dah la rajin sangat memasak. So pagi2 lepas aku dah siap2 pakai baju pastu turun bawah, tengok atas meja memang akan ada makan terhidang atas meja. Bukan aku mintak pun. Tapi tokwan aku tu sukarela nak masak untuk cucu kesayangan comel dia ni. hehe..Ada hari jugak yang dia macam taktau nak masak apa pagi2, maka aku akan pergi beli nasi lemak kat kedai luar dulu, pastu balik makan2 jap, pastu baru la pergi kerja. Nasib baiklah waktu kerja aku flexible, asalkan cukup 8 jam dan tidak mengganggu perjalanan kuliah, maka aku boleh bersuka hati nak sampai opis pukul berapa.

Huihh..panjang betul mukaddimah. :P
Ceritanya begini pagi tadi time breakfast. Tokwan aku cerita dia tak lena sangat tidor semalam. Maybe sebab dia banyak sangat makan cekodok petang semalam. *See, petang pun tokwan aku buat cekodok untuk minum petang* Dia bagitau yang urat2 dia sakit, asyik tidor bangun je semalam. Pastu dia cerita dia mimpi banjir besar.  Dalam mimpi tu dia mengarung air banjir yang dalamnya sampai paras dada, bersama2 pakcik aku, tapi dalam cerita mimpi tokwn aku tu pakcik aku tu budak lagi. Mak ai, lama betul mimpi tu g flashback kan..hehe..Aku berseloroh la dengan tokwan yang dia mimpi banjir tu tanda2 nak dapat duit..heeee...Sekali baru teringat yang duit BR1M kan dekat dah nak dapat...?? Heee..masyuk tokwan dapat RM500.

Lepas cakap2 pasal banjir, tetiba dia masuk bab petanda2 yang dia dapat tentang anak2 dia. Selalunya kalau rama2 kaler hitam masuk rumah, dalam 2 3 hari lepas tu mesti Ayahde aku balik kampung.Yang tak tahan tu rama2 kaler hitam, sebabnya pakcik aku tu memang kulit gelap sikit. Hahahaha. Pandai pulak rama2 tu. Tokwan aku cakap memang dari dulu lagi macam tu. Dulu selalu rama2 besar yang masuk rumah. Sekarang mungkin yang besar tu dah mati kot, sebab yang masuk rumah sekarang ni rama2 hitam kecik je. Anak dia kot.

Pastu aku tanya lagi, kalau Ayahlong *ayahlong duduk kat kelantan* nak balik apa pulak petanda..saja la nak menyakat tokwan. Sekali dia jawab kalau Ayahlong, rama2 kaler kuning masuk rumah...
Aku terus KAHKAHKAH 
Gelak sakan aku pagi tadi. Teror betul rama2 tu. Sebab ayahlong aku tu kulit cerah.
Aku syak la mak rama2 tu kenal semua anak2 tokwan sebaba tau je dia kalau anak yang tu balik, dia hantar anak rama2 dia kaler sekian2. Hahaha...


Agak2 kalau aku nak balik, tokwan dapat rama2 kaler apa eh...?? Jap, mesti rama2 yang kiut miut je kan. Hahaha
Eh, kalau kakak dan adik aku balik, mesti rama2 yang masuk rumah tu gemok2...hahahaa...semput..









January 10, 2012

Makcik jual kain..


Sape nak tolong sponsor makcik tempah kain kain kat atas ni...? Semak betul la makcik tengok kain ni duk berlonggok kat dalam bilik menunggu masa untuk dihantar jahit. Tu kain semua bukan makcik yang beli, tapi orang bagi. 

Start dari kiri kaler purple tu suami tercinta makcik yang hadiahkan. Suka sangat. Cantik. Mekasih sayang.

Yang kaler hitam dot dot turquoise tu best fren makcik yang bagi. Boleh tak dia balas balik pemberian makcik sebab makcik hadiahkan kain cotton kat dia sepasang sempena bithday dia. Jah, jah...aku tak mintak dibalas pun la. 

Kaler silver sebelah hitam dot dot tu kain aku cilok. Eh..tak sebenarnya, opismate aku nak hadiahkan kat pengantin baru dalam opis aku, tp pengantin tu lelaki. So aku cakap baik bagi benda lain daripada kain kan, sebab dah tentu bini dia je yang dapat pakai. Maka tak bermakna la nak bagi hadiah kat pengantin tu. So aku ajak kawan aku tu share hadiah ngan aku. Aku beli toto 1 set sekali cadar. Puas hati gak, boleh tahan lawa. Rasa sayang je nak bagi. Haha.Oleh yang demikian, makanya dia telah memberikan aku baju silver kain songket tu sebagai bayaran share2 hadiah tanpa perlu keluarkan duit. Sistem barter telah digunakan. :)

Last sekali kain merah tu, adalah pemberian hadiah kawin staff Tati kepada aku. Lama jugak aku peram hadiah ni, baru sekarang nak gi tempah buat baju. Bukan apa, sebab sebelum ni banyak lagi kain aku yang belum tempah. Sekarang baru dah surut sikit.


Aku tak boleh la tengok kain lawa2, nak nak lagi cotton. Boleh meroyan nak borong semua yang lawa2  kalo takde orang tolong stopkan. Hahaha. Macam baru ni aku ada jual kain cotton polka dot. Nasib baik aku berjaya kuatkan iman untuk menahan diri dari cilok sepasang untuk koleksi peribadi. Kalo tak memang mampus la aku, setiap kali jual kain cantik2 je, mesti aku rembat sepasang, kadang2 2 3 pasang jugak aku remabt T__T  Laki tokey balak pon boleh bankrupt kan. Sekian.


P/s:Harap2 aku tak terlalu lambat nak tambah koleksi cotton polka dot. Sayang, jom balik Kedah. Hehehe

January 5, 2012

Hati tiba tiba rasa cute




Bila duduk berjauhan dengan en.asben, hati cepat je rasa cute cute.. Hee..Lama dah tak dengar lagu ni.. Bila tengok ada orang post kat fb tadi, tetiba rasa cute sangat..

Sayang, i heart u..
Please don't let me fall.. :)