Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 16, 2012

Kecewa seorang pendidik

Ko akan rasa kecewa tak bila apa yang ko ajar tu, student tak dapat terima, tak masuk dalam kepala otak dorang...?
Ko akan rasa kecewa tak bila ko tanya paham tak dalam kelas, dorang tak respon, ataupun jawab paham, sedangkan dorang blur tak tau tak paham..?
Ko akan rasa kecewa tak bila dah berkali2 ko ajar benda sama, tapi dorang still tak paham jugak..?
Ko akan rasa kecewa tak bila dalam test, dalam exam dorang meniru..?
Dan...
Ko akan rasa kecewa tak bila dalam final exam, dorang meniru sebijik skema jawapan ko..?

Oh..hati aku tak dapat terima kekecewaan yang aku rasa ni..
Sangat sedih bila fikir dorang sanggup menipu diri sendiri, semata2 nak grade A dalam subjek..padahal dorang tak layak dan tak sepatutnya dapat A...
Aku rasa sangat sedih dan kecewa sebab dorang sanggup meng"ayam ayam"kan aku sehingga sebegitu sekali..
Aku rasa sedih dan kecewa sangat sebab masa tanda paper final dorang, macam aku marking skema jawapan aku sendiri..


Luahan hati aku... Sebenarnya benda ni dah berlaku dalam sebulan yang lepas kot..tapi aku sibuk sangat dengan banyak benda, tak sempat nak luahkan apa yang terbuku di hati. Aku rasa kredibiliti aku sebagai seorang pendidik sangat tercabar disebabkan perkara tersebut. Apatah lagi student tersebut merupakan seorang staff kat sini jugak. Aku memang tak boleh nak pandang mata dia langsung. Cukup la aku dah malas nak ada kaitan dengan dia..


Cepat la dapat offer mengajar kat  lain. Dah bosan aku duduk sini.. T__T



Selamat hari guru

Selamat hari guru kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku bermulanya dari tadika *sila baca PASTI sbb aku sekolah PASTI masa tadika* , sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya lecturer2 yang mengajar sepanjang aku menuntut ilmu. Dan tak lupa jugak pada kawan2 yang menjadi cikgu, selamat hari guru espeacially CIKGU PIJAH, CIKGU JAH, CIKGU QIN, CIKGU NINI, CIKGU RAJA, CIKGU MEZI, CIKGU ZURA, CIKGU QIOS, CIKGU NOLI, CIKGU BAY, CIKGU SUE, CIKGU FARIH, eh...ramai lagi la kawan2 aku jadi cikgu..terutamanya kawan sekolah menengah..majoriti kot jadi cikgu. Mulia sungguh mereka kan. :)

Teringat pulak aku kenangan dengan cikgu masa sekolah rendah. Aku kan sekolah rendah kat kampung je. Boleh dikira sekolah luar bandar la jugak. So setiap darjah ada satu kelas je. Bayangkan betapa sikit budak sekolah kat situ. Kompem cikgu kenal dengan mak ayah sekali. 

Teringat kat CIKGU JOHAN, dia ajar subjek Alam dan Manusia *see, aku dah tua kan sebab zaman sekarang mana wujud subjek tu dah T__T*  Pernah sekali tu masa darjah 4 aku tak siap kerja sekolah ke sebab tak dapat jawab ke apa ntah, tapi aku rasa tak siap kerja kot. So cikgu suruh berdiri ATAS kerusi. Bukan aku je tapi ramai jugak la..aku rasa hampir separuh kelas kot. Pastu cikgu datang ronda dari sorang ke sorang tengok buat sampai mana. Aku memang tak buat langsung sebab tak reti. Aku tengok cikgu pulas kecik2 kat perut kawan2 lain sebagai hadiah. Alamak, berdebar tunggu turn cikgu datang kat aku. Turn aku dengan reda bagi perut kat cikgu, eh, tak selak baju pon tau. Cikgu cubit dengan baju2 sekali. Sakit woo..Budak laki lagi la cikgu cubit kat kulit kot. tapi masa tu memang tau itu cubit tu adalah sebuah hukuman sebab tak siap kerja sekolah. Memang takde dendam pon dengan cikgu Johan tu, lagi kamceng ada la. Tapi zaman sekarang, budak2 memang sikit2 mengadu kat mak bapak. Pastu kecoh mak bapak datang sekolah. Aku bosan betul dengan mak bapak macam ni. 

Pastu aku teringat kenangan dengan arwah CIKGU ARIFIN masa sekolah menengah. Cikgu  Ripin ngajar subjek sains form 1, 2 & 3. Cikgu ni cakap macam skema sikit, menggunakan bm ayat penuh. Dalam lab memang fokus la subjek sains. Masa form 3 kan hormon tengah nak up, tengah galok kan. Kami suka la minat2 senior form 4, form 5. Sekadar minat jela. Nak dijadikan cerita, aku dan kawan aku NINI, eh..dah jadi CIKGU NINI sekarang ye..duduk satu meja dalam lab, meja belakang tepi sekali, dekat dengan pintu belakang lab. 

Kebetulan ada senior yang Nini minat lalu, aku pon btau la nini.." Nini, Salman ko lalu..cepat la tengok.." hahaha..Nini punya la minat kat sorang abg senior ni sebab muka dia macam Salman Khan sikit. Puii..Salman Khan konon...haha..lepas tu kami dah bisik2 galok2 suka2 dlam lab, eh, nak gelak2 tak boleh sangat sebab cikgu tengah mengajar kat depan. So Nini nak tengok jugak Salman dia lalu, lalu dia amek cermin muka bulat kecik yg memang ada dalam pencil case, dia letak cermin kat tapak tangan. So, dia boleh tengok kat luar sape2 yang lalu la. Kebetulan aku pun terintai2 jugak kat tangan nini nak tengok cermin nampak ke tak Salman, tangan Nini yg ada cermin tu makin tinggi la dia angkat, pastu kami senyum2 sengih2..

Sekali aku dengar cikgu sound "JANGAN SENYUM BILA MELIHAT TAPAK TANGAN" Secara otometiknya Nini letak tangan kat bawah, kami sedar yg cikgu tengah perhatikan gelagat kami. Malu2..haha..Malu satu kelas. Over kan..terus behave. Tapi aku still tak dapat terima yang cikgu sound kuat2 dengan ayat skema gtu. Terus gelak slow2 dengan Nini..Dan aku tak ingat langsung cikgu tengah ngajar topik apa la hari tu...hahaha..Tapi sedih la sebab cikgu ripin dah meninggal bape tahun lepas ntah, teacher bagitau sakit apa aku lupa. Cikgu sampai saat dia meninggal pon dia tak kawen lagi. Alfatihah.

Banyak la kenangan dengan cikgu, kenangan sekolah..sebab aku ni bukan la budak baik sangat kat sekolah. Selalu jugak buat kerja nakal2, buat benda bodoh2..huhu..

Terima kasih pada cikgu2 yang mengajar aku selama ni. Tanpa cikgu2 tersebut, maka tidaklah aku berada pada tahap sekatang ini. *bunga baik punya ayat*








May 15, 2012

Saya ada passport..Awk ada..?



Kalo korang nak tau kan..nak masuk satu tempat ni kat dalam kawasan kuala terengganu, perlu menggunakan passport jugak. Kalo takde passport kira ko takleh masuk. Ngengada betul la tempat tu. Penat je aku g wat passport.


Ni la rupanya passport tu.


Passport nak masuk Taman Tamadun Islam la.. :P


 Siap kena cop lagi masa nak masuk dan keluar.

Sebenarnya sabtu last week kenduri sambut menantu sepupu kami kat Padang Midin. So dah alang2 mak abah dah ada kat kuala terengganu, kami bawak la berjalan ke Taman Tamadun Islam, dekat je dengan rumah kenduri. En.asben pon tak pernah masuk lagi, so aku la jadi tourist guide..Eleh..Padahal tourist guide pon tak reti gak...hiks.

Eh, nak cite pasal kenduri sambut menantu kat belah terengganu jap. Adat kat belah sini, kalo kenduri sambut menantu, orang kampung memang datang jumpa menantu dan bagi duit. So, keluarga belah kedah macam : Oooo memang macam ni eh.. aku jawab: Ha'ah..memang pon. so menantu yang dapat banyak duit..kaya jap sepupu aku..hehe
 

 Paling kiri dan kanan adalah adik beradik tapi macam dah macam kembar.


 Masa ni kaklang, yang paling kanan tu, suruh anak dara dia yang amekkan gamba. tu yang jauh sikit..hehe

 
Ok..berbalik kepada cerita passport tadi.
 
Taman Tamadun Islam ni terletak di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu.
Entrance fee for Monument Park:
Adult: rm15
Senior citizen: rm8
Children ( Age 7-12 years): rm8
Children (Age 6 and below): free
 
Ada jugak river cruise.Mula2 kami ingta nak amek package sekali dengan river cruise. tapi sebab kami datang tu dah petang dalam pukul 4 lebih, bila la nak ber"cruise" lagi sebab nak pusing momunent dalam tu lagi, terus tak jadi.
Ticket fee for  river cruise:
Adult: rm10
Children ( Age 7-12 years): rm10
Children ( Age 4-6 years): rm5
Children (Age 4 and below): free
 
Kalo korang nak tau lagi detail pasal river cruise dan taman tamadun islam ni, please check this out . Tak kuasa aku nak tulis panjang2 pasal ni.

Kat dalam Monument Park tu, kita boleh pilih nak ronda naik apa, samada basikal, buggy car ataupun train. eh, nak berjalan pon boleh, tapi ko akan berpeluh sampai ke kaki la..hahaha


 abah dan mak. Oh..passport kaler biru yang mak pegang tu adalah untuk senior citizen dan children.


 kami =)


 Yang ni tak salah aku replika masjid kat jawa Tengah kot.

Actually banyak gamba monumen yang aku tak sempat nak amek. laju gak la dengan gerak2 goyang2 lagi kan. Tak kuasa dah. Ada beberapa tempat yang tren tu akan stop dan ko boleh masuk tempat tu. Contohnya macam kat Taj Mahal. Kemain dah sampai India. hahaha. Kat atas tu ada replika taj mahal dan bawah tu tempat pameran dan video. Masa tayangan video tu aku dah lena2 dan sebab macam tengok wayang je kan. tambah pulak penat. bila habis tayangan, lampu bukak, mata aku pon merah2. batu bangun tido maa..

 
 Taj mahal. Aku amek gamba curik2..tehee


 Yang ni pulak kat dalam kubah As-Sakhrah, baitul Muqqaddis, Palestin. Jauh mak abah jalan :P


 Agak musykil aku camne en.asben boleh muat dalam ni... :P sayang, ilusm






 rindu dia T__T

Dah penat meronda dalam monument park tu, wajib lah singgah ke masjid kristal. Mak dan abah nak sembahyang asar, aku dan en.asben dah siap jamak kat homestay. So sementara tunggu mak abah semayang, kami bergambar sakan la. 


 my bebear


 macam poskad je aku tengok gamba ni


 mama..mama..





Mak abah yang romantik



 Sakan


 Jeles. so aku menyibuk tengah2 mereka..haha



 Masa untuk pulang kemaman.





Apa masalah awk ni..hahaha :P