Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

September 20, 2012

TATIUC Racing Team

Tengahari tadi telah berlangsungnya majlis pelancaran jentera, pasukan dan kelab TATIUC Racing Team. Tak sangka aku student TATIUC boleh hasilkan kereta racing untuk perlumbaan betul2, tapi racing antara universiti jela kan..

TATIUC Racing Team ni pulak terdiri daripada 13 orang staff dan 10 orang student. Dan student yang join team ni memang sangat hebat sebab dorang dapat buat dari nothing to something. Bayangkan, student2 tu adalah student final year program degree tooling, tapi dorang dapat hasilkan sebuah kereta lumba. Dorang memang start betul2 dari zero, berbincang, design, buat prototype, analysis, fabricate dan test drive. Terharu aku dengan masa yang dorang peruntukkan untuk team ni sebab masa dorang cuti 3 bulan, dorang stay je kat TATIUC ni. Jap aku upload video untuk  TATIUC Racing Team ni ye.



Actually, tadi hanyalah majlis pelancaran sahaja, untuk perkenalkan TATIUC Racing Team di peringkat TATIUC sendiri. Dan aim yang besarnya adalah untuk menyertai perlumbaan Formula Varsity anjuran UTeM, Melaka pada 12-14 Oktober nanti. Seminggu jugak pening pasal majlis pelancaran ni hinggakan semalam pukul 1 pagi lebih aku still lagi kat TATIUC. Lepas dah habis pelancaran tadi, boleh la tarik nafas lega jap. Tapi kejap je pun, sebab next week dah nak kena start untuk telefon company2 yang nak bagi sponsor untuk TATIUC Racing Team ni. Aku la tu yang kena handle bahagian sponsor2 ni sebab aku adalah bendahari. Pulak tu dah nak kena cari penginapan untuk 2 hari tu masa hari pertandingan. Pasal baju korporat pun baru g amek quotation. Harap2 la cepat sikit dapat sebabnya ada lagi masa lebih kurang 3 minggu beb nak ke hari pertandingan tu..

Ingat nak tayang gamba majlis pelancaran tadi, tapi nak kena edit dulu la pulak. Next entry la ye. 


September 19, 2012

Emmm....



Rindu bobot ite.....


September 12, 2012

Tazkirah of the day

Saidina Umar Dibebel Isteri

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,

“Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab,

“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata,

“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.

Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).

Wallahu a’lam.