Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

January 21, 2013

Surprise surprise

Aku dapat kejutan yang membuatkan aku terdiam...speechless...cuma mampu ucap terima kasih..





January 17, 2013

Kerja part time

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal kerja part time. Mungkin bukan semua orang pernah buat kerja part time kan. Aku pernah masa zaman study dulu. Masa cuti semester 3rd year nak masuk 4th year tu kan lama gak cutinya, lebih kurang  3 bulan jugak kan. Sepatutnya masa untuk latihan industri. Tapi aku mintak punya mintak, stil tak sangkut satu company pon..so, dah malas nak LI, jom kita cari kerja..hahaha. Tapi cop eh..masa aku, tahun last yang tak mewajibkan LI, just optinal je. Batch lepas aku LI dah wajib. Tapi bila fikir balik, rugi sangat tak buat LI, tak pasal2 aku tak reti langsung nak kerja masuk kilang.

Aku kan belajar UM, so memang sangat dekat la dengan MIDVALLEY tu kan. Sebab tu duit asyik abes je. kuikui..Tambahan pulak, masa ni aku baru start duduk rumah sewa, kat VISTA ANGKASA je pun, betul2 kat tepi lrt universiti. So memang niat nak cari duit buat bayar sewa umah dan kita berLI di MV saje..hahaha..

Aku dengan housemate, Inaz...try cari keje kat GSC MV, sekali dapat la pulak 2 2 orang. Tapi sayangnya berlainan department. aku bahagian concession, Inaz pulak bahagian ticket. Mula2 agak kekok sebab yela..orang baru, sape je nak kawan kan. Tiap kali waktu rehat je kami rehat sama2.. Lepas tu dah susah dah nak rehat sama2 sebab waktu rehat dah lain2.. Bagi aku, keje kat bahagian jual ticket sangat la best, sebab busuk2 dengan bau popcorn..hahaha.. Dah namanya kerja kt bahagian makanan kan..memang sepanjang masa la aku bau popcorn. Menyampah betul.

Dan sepanjang kerja kat gsc ni jugak lah aku kenal macam2 jenis orang. Banyak pengalaman aku dapat kat sini. Lepas dah bukak balik semester tu, aku berenti. Rasa sayang pon ada tapi nak wat macam mana, aku tak mampu nak belajar sambil kerja. Kang mampus saje..hahaha..

Selain jadi gadis penjual popcorn, aku jugak pernah kerja sebagai kerani kat opis kawan abah. Kerja sap sap soi je.. Tapi yang aku tak boleh blah adalah dengan kegatalan bos aku. EEiiii..tak agak betul la miang dia. Bajet aku ni anak dara tak laku kot sebab siap pesan lagi, kalo umur aku dah sekian sekian kan, aku tak kawen lagi kan, bgtau la dia.. Dia nak kawen dengan aku.. ERkkk?? Orang macam ni pun ada. Tapi aku layan jela sebab kerja cari duit kan. Tapi kalo dia terlebih miang tu, aku sound je terus! Dan aku buat2 sibukkan diri dengan kerja yang banyak. Menyampah sangat.

Dan sekarang, aku pun ada kerja part time lagi..


 Taraaa...

 Aku buat part time kat dewan makan asrama yayasan kemaman. kihkihkih. Sebenarnya pakcik aku dapat tender kat dewan makan ni. So dia dah tarik mak aku kerja kat cni. Makanya aku pun setiap kali balik kerja, wajib singgah cni tolong2 apa yang patut. Aku suka sangat bagi lauk kat budak2, pastu tengok gelagat diorang. Ada yang cakap terima kasih lepas dapat makanan. Ada yang sombong betul.

 Sempat lagi mengepiskan diri

Tapi selalunya aku datang dah lewat la sebab balik kerja pun dah lewat kan. Tak tau la nak mintak gaji banyak mana dengan pakcik aku... hahahaha..#bajet bos pulak dia#


January 14, 2013

Sejuk macam dalam icebox

Assalamualaikum.

Pagi tadi sangat liat nak bangun g kerja. Tekak rasa sakit sangat ditambah pulak dengan hidung tersumbat. Ya. Aku nak selsema. Badan dah rasa suam2 je. Sejuk gila mandi pagi tadi. Nak tak nak kena g gak kerja, tak kan asyik nak amek MC je kan, walaupun aku takde kelas arini. Lagipun dah janji ada student nak datang ofis nak belajar topic semalam yang dia tak dapat catch up.

Sampai je ofis, aku makan roti sikit, buat alas perut sebab nak makan ubat selsema. Ubat demam takde la pulak dalam handbag ni. Duduk dalam ofis mengadap mukabuku yang tak berfaedah tu. Lepas tu dalam setengah jam kot, mula lah kesan ubat selsema tadi menjalar dalam badan aku ni. Mata berat sangat. Ah..tak boleh tahan, kena cari tempat nak tidor jap..

Aku g amek bantal dalam kereta. Masuk surau, pastu selimut dengan jaket. Lena sampai pukul 10.30 baru sedar kot. Awal lagi tu. sambung tido balik, sampai pukul 11. Dah tetiba rasa macam virus demam pulak yang menyerang. Tak lama lepas tu, Gnee, opismate aku masuk dalam surau, join tido sekaki. Dia pulak batuk2 dan selsema jugak. Mengantuk lepas makan ubat selsema jugak tu. Kami tido tapi dah tak lena sangat dah sebab Gnee asyik batuk2..Last2, pukul 11 lebih, baru keluar dari surau, masuk ofis dengan muka sangat blur. Termenung. Termenung. Termenung. Orang duk tanya aku kena termenung je. hahaha. Badan tengah weng lagi akibat ubat selsema tadi tp rasa mengantuk dah hilang. Cuma tinggal lagi rasa tak sedap badan sebab nak demam selsema. Terus decide dengan Gnee nak g klinik amek ubat.

Cadangnya nak jumpa doktor, tapi punya la aku n Gnee tunggu lama macam apa ntah, orang yang sebelum kami tu tak keluar2 lagi. Aku dgn Gnee sempat tido secara berjemaah lagi kat klinik tu. Last2, cancel jumpa doktor, terus amek ubat je. Kalau aku tau lama macam ni, memang tak tunggu dah dari tadi. :(

Keluar dari klinik, nampak kfc. Aku takde selera nak makan, tapi beli jugak sebab aritu teringin nak makan twister. Tapi smpai sekarang twister tu duk selamat lagi atas meja, sampai dah sejuk macam letak dalam fridge dah. Hai laa....ofis aku ni dia punya aircond, sejuk yang amat, sejak diservis aritu. Mana tak rasa nak demam. Rasa nak pakai stokin dengan sarung tangan je...

Sampai sekarang aku takde mood lagi nak makan. So ubat pon tak makan lagi. Balik karang la baru makan ubat semua, kang sape yang nak antar aku balik kerja petang nanti kalo aku dah weng2 high dos sebab makan ubat.


Kalau ikut hati, nak je aku balik awal, tapi malas la pulak nak g amek sign HOD.. bersabar la wahai badan. Tinggal lagi sejam je.



P/s: sakit2 macam ni terasa sangat rindu pada en.asben. T__T