Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

April 8, 2013

Borak petang

Assalamualaikum.

Aku sangat bosan ni sebab tengah jaga exam student dari pukul 2 sampai pukul 5.. Sebenarnya paper dorang dari pagi tadi lagi..

Subjek: mould design (practical)
Duration: 6 hours
Waktu exam: 9am - 5pm

Gila kan kebas bontot..nasib baik dorang ada break pukul 1-2pm..orang yang menjaga exam ni pon rasa kematu je bontot.

Bosan.
Kacau en.asben la best jugak. Mentang2 dia cuti hari ni, tak tau la dia buat apa tu kat umah sana.

Lepas kacau dia, hati rasa lega..hahaha




April 7, 2013

Berdua lebih baik

Bila dapat meluangkan masa bersama sama dengan en.asben, sememangnya hati aku tak kan pernah puas. Bahagia bila dapat menatap wajah yang dirindui saban hari.

Perasaan bahagia itu tidak dapat digambarkan dengan kata2..walaupun hanya menatap wajahnya tanpa berbicara, sudah cukup membahagiakan hati aku.

Walaupun hanya sekejap saja dapat bertemu, namun ianya cukup bermakna. Kamu, en.asben adalah anugerah yang paling indah dari Allah untukku..





April 3, 2013

Pemergianmu ditangisi

 


Assalamualaikum.

Malam sabtu lepas aku dapat berita sedih mengenai seorang pelajar tahun akhir degree aku meninggal dunia akibat kemalangan. Sungguh tak percaya! Hinggakan aku asyik ternampak dan terbayang wajah arwah tatkala aku pejam mata. T___T

Disebabkan aku cuti hari ahad, maka aku pergi melawat emak arwah hari isnin. Better late than never. Sejak di ofis lagi aku dah mengalir air mata, inikan pula nak mengadap emak arwah, yang sudah tentu masih tidak dapat menerima hakikat yang anak sulongnya telah tiada. Hurmmm.. Nasib baik aku masih dapat menahan air mata dari tumpah di depan emak arwah walaupun air mata aku dah bergenang genang masa emah arwah bercerita dalam sebak dan menahan tangis. Sedih. Aku kehilangan kata kata. Arwah sememangya seorang pelajar yang baik samada di dalam kelas atau pun di kalangan rakan2 beliau.

Hari selasa, iaitu semalam, aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan perasaan yang berbaur. Ada sedih, ada sayu. Manakan aku tak terasa. Setiap kali kelas, memang aku tak pernah lupa untuk memanggil nama arwah. Samada sekadar untuk memastikan dia faham apa yang diajar, atau untuk memanggil beliau kehadapan untuk membuat penyelesaian kepada soalan.

Kelas terakhir hari selasa lepas, aku ada sebut nama beliau dan pergi melihat apa yang beliau buat, samada jalan kerja yang beliau buat tu adalah betul atau salah. Aku yang sememangnya suka bergurau dengannya.
Sebelum memulakan kelas semalam, aku jadi sebak tatkala meminta pelajar2 menyedekahkan Alfatihah kepada arwah. Entah kenapa suasana menjadi sangat sunyi. Aku sampaikan nanar nak mencari kata2 untuk memulakan kelas selepas itu. Sekiranya ada di antara pelajar yang perasan suara aku yang bergetar2 ketika itu, pasti aku tak dapat meneruskan kata2 lagi.

Muhamad Fadzlan bin Ramli, saya doakan agar kamu tenang di sana. Dan semoga kamu berada di kalangan orang2 yang solih. Allah lebih menyayangi mu.

Al-Fatihah