Assalamualaikum.
Kereta pada aku dah jadi keperluan, bukan kehendak. Sebabnya aku takde lesen motor, so hanya boleh bawak kereta sahaja. Kalau takde kereta, aku memang tak boleh pergi kerja sebab kat kemaman ni takde public transport. Nak tak nak, ko memang WAJIB ada transport sendiri kalau nak ke mana mana. Sekiranya kemaman ni dah macam KL, public transport bersepah; lrt, bas rapid, monorel, komuter, memang aku tak beli kereta lagi kot.
Bila dah pakai kereta ni, banyak yang kita perlu jaga untuk maintain the performance. Kena buat maintenance regularly ikut schedule. If not, u will find your car stranded on the road without any notice!
So far, aku memang jaga maintenance kereta aku. Dan rasanya aku dah banyak kot berhabis duit untuk kereta aku demi memastikan keadaan dia in a good condition for the long journey drive.
So many incidents #not accident ok# happen to my car as well.
2009:
I'm started using this car, as my transportation. Tak sampai sebulan pakai kot, kereta aku dah bergesel dengan 4WD tak pasti kereta jenis apa. Hujung tahun bulan 11 kot masa raya haji, aku g ECM, park kereta kat petak parking belah luar. Sakan berjalan bawak makcik aku baru balik dari Aussie nak shopping nak bawak balik sana. Dah malam baru balik. Sampai rumah je baru aku perasan pintu belakang sebelah kiri dah kemik teruk. T__T Aku syak orang parking tak lepas, tak tau la ada orang mabuk ke yang langgar kan.
2010:
Masa belajar kat UPM, kereta aku takleh nak start. Rupanya bateri kereta dah yilek. Dah la baru sedar 5.30 ptg, aku ada exam pukul 6 ptg. berpeluh jap memikirkannya. Nasib baik la masa tu aku baru balik study #ye ke study# kat library. Kawan aku ada, tak gerak lagi. terus tumpang dia g exam. Balik exam baru jump kereta. Aku rasa ada tukar 4 tayar sekali gus masa bulan 12 kot. Musim hujan dan tayar dah botak.
2011:
Adik aku bawak kereta. Tak tau mana dia langgar, sampai lampu depan belah kanan kot boleh pecah. Dah kena tukar 1 set. Lepas tu masa buat balancing baru tau rim aku dah belok. Ni kes banyak langgar lubang sebab jalan tak elok nak g kerja. Masa ni aku tak tukar rim pun, cuma betulkan balik je. Dan disebabkan rim yang belok tu, dah menyebabkan tayar menggelembong. Lalu tukar tayar lagi, tak ingat 2 biji ke 4 biji sebab en.asben yang tukarkan.
2012:
Aku tak pasti kali pertama aku tukar timing belt bila. Adakah pada tahun 2011 atau 2012. Tahun ni adalah tahun yang aku banyak travel kemaman-subang-kedah. So milage pun cepat sangat naik. Rasa macam baru je servis kereta tapi eh..dah kena servis lagi..?? Ada sekali aku balik kerja tiba2 ada bunyi sumting putus dah kelam kabut aku. Nasib baik la kejadian berlaku tak jauh dari bengkel. Terus aku singgah, dan aku dapati tali kipas kipas aircond aku dah putus sebelah. So kena tukar 1 set. Lepastu masa bulan puasa, balik kerja kereta aku berasap. Aku ye ye je bebel kereta mana la yang keluar asap banyak sangat tu. Padahal kereta sendiri. hahahaha. Masa aku sedar kereta aku yang berasap, aku berada tak jauh dari bengkel yang sama. Terus aku buat u-turn. Rupanya minyak engine aku dah bocor, dan nasib baik tak kering lagi. Kalo tak mampus nak kena overhaul engine! Aku syak aku ada gesek dengan bump mcm bukit kecik tajam hujung dia, jalan tak elok laluan aku g kerja T___T
2013:
Baru je bulan 1, tapi aku dah berhabis banyak kot untuk kereta T__T Last couple of days aku g hantar kereta untuk di servis dan tukar apa2 yang sepatutnya. But end up dengan mata-terbeliak-jaw-wide-open action. Terkejut aku dengar harga. Ok, mari kita teliti apa yang dah dibuatnya.
1. Timing Belt
2. Bearing
3. Pump bearing
4. Engine oil & oil filter
5. Auto gear oil
6. Alignment
7. Labor charge
Total harga rm750...tp dapat subsidi dari en.asben rm350..maceh syg..
Ok, bila kereta dah siap, memang ada perubahan la pada kereta aku yang mana sebelum ni bunyi enjin bila aku bawak kereta dah macam aku bawak bas je. Tukar set bearing ok setlle masalah. Tapi bengkel tu lupa nak buat balancing sebab aku rasa macam takde perubahan je sebelum dan selepas, tetap sama jugak steering dah gegar walhal baru je cecah 90km/j.
So, the next day aku pergi bengkel semula, suruh dia buat balancing. Baru tau satu tayar ada paku, no wonder la kempis semacam je. Lepas tu ada dua rim belok. Haisshh..belok lagi ker.. Memang rim ketreta aku ni agak lembut, macam tuan dia jugak :P. Cian tu suggest aku tukar rim terus sebab belok dia dah teruk jugak. But no, aku berkeras nak betulkan je rim tu, macam en.asben buat tahun 2011.
Lalu semalam, aku g kedai yang betulkan rim dan suruh betulkan rim aku, dan buat balancing sekali. Tup tup dapat tau rim aku yang belok tu, dah cracked. Hancur luluh hati ini bila mendengarnya. Kalau rim retak, dah tentu2 la kena tukar rim jugak. T__T Bersetuju jela tukar dan alang2 dah tukar mestila nak yang cantik kan. Harga beza rm50 je pon dengan yang tak cantik tu. Masa dia nak alignment balik tayar tu, dia find out chamber tayar aku dah lari. Memang tayar depan aku dah senget la, satu keluar, satu masuk dalam. Aku heran sangat macam mana kedai yang sebelum ni buat alignment tayar aku sedangkan chamber dah lari teruk..?? ke dia main buat je sebab nak cepat. Tobat dah aku tak nak buat kat kedai sana lagi.Cina tu advice aku suh buat chamber adjustment, kalo tak, tayar makan sebelah la. Ok, fine, buat la pape yang patut, asalkan aku dapat travel ke sana sini especially ke subang tanpa sebarang masalah. Ini la list yang dibuat di bengkel kedua:
1. Tukar rim baru 1 set
2. Heptagon nut skali dengan lock. Takde la risau nak tinggal kereta kat mana, kang tak pasal org curi rim.
3. Tubeless valve (steel). yg asal getah. bila dah tukar rim, elok aku tukar skali.
4. Wheel balancing
5. Alignment front only
6. Chamber adjustment.
Total harga rm860
Cuba ko bayangkan dalam 3 hari ni aku dah habis rm1610 untuk kereta. TT____TT
Nak nangis je rasa masa nak bayar tu. Berusaha korek cash yang ada dalam simpanan yang ciput tu. Sebab aku tak nak hutang kad kredit bulan ni, dan bulan2 seterusnya. Insya Allah, nak guna cash sahaja.
Penangan dah berhabis habisan untuk kereta, maka duit gaji dah abes. hahahaha. Esok baru nak masuk 1hb.. Ada 25 hari lagi nak dapat next gaji T__T
Oleh itu, start hari ni dan seterusnya, aku berzanji akan berpuasa je selagi suami bagi izin.. hahahaha.
January 31, 2013
January 30, 2013
Cuti Maulidur Rasul itu
Assalamualaikum.
Adakah aku seorang yang sangat outdated? Adakah aku seorang yang ketinggalan ke belakang hanya kerana baru nak cerita perkara yang dah berlaku khamis lepas? Oh, aku peduli apa. Ini kan blog aku. muehehehe..
Hari khamis lepas kan cuti maulidur rasul. Makanya aku telah bergerak ke subang dengan drebar tetap aku, drebar bas sani exspress. :P Sesampainya aku di stesen bas shah alam, aku dah nampak en.asben menunggu dalam kereta. Terharunya, awal en.asben sampai. Kebiasaannya aku terpaksa kol en.asben berkali kali baru sedar dari tidur. Kalo dia tak bangun jugak, aku terpaksa mengacau housemate en.asben, Azli, yang tengah syok2 dilamun mimpi, untuk kejutkan en.asben dari lenanya yang panjang tu. Tapi kali ni, dah ada siap2 sebelum aku sampai lagi. Oh, rupanya en.asben tak tidur lagi dari semalam sejak balik dari bertugas pukul 10 malam. Nasib baik en.asben tak tidur lagi, kalo dia dah tidur, mesti tak sedar pape dah, dan terpaksa la aku cari teksi. #scarynya nak naik teksi pagi2 buta dengan org yang tak kenal..#
So, misi pagi itu adalah tidur saje la. Tapi mata tak boleh nak lelap. Kami bergurau senda sampai pukul berapa entah la tak perasan. Bangun pagi. Mata masih mengantuk. Tapi aku dah macam tak boleh tidur. Tak paham aku. Maybe excited kot nak pergi berjalan2 bersama suami. Tapi bila jam menghampiri pukul 11pagi, aku dah mula mengantuk kembali. Lalu kami tidur lagi sampai pukul 2 kot. Hahahaha. Apa la hari yang begitu indah dihabiskan untuk tidur sahaja. Sedangkan orang lain sibuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Ini la bahana kalo tak tidur dari semalam..
Lepas dah bangun tu, siap2 keluar sebab lapar. Harap maklum ye, rumah en.asben takde dapur. Eh, sebetulnya dapur ada, tapi tong gas yang takde. huuuuuu... So, terpaksa la kami keluar makan. Yeay! #alasan kukuh tak masak kan :P#
Cadangnya nak g makan kat TGI's Friday. Dah terbayang2 sirloin steak. yummy. Tapi bila dah halfway, ternampak pulak Bubba Gump Shrimp Co. Eh, terus masuk simpang ke Citta Mall. teheee..
Ok. Dah settle memenuhkan perut masing2. Kami teruskan melangkah kaki kami tanpa ada hala tujuan. Tiba2 ternampak MBO di sini. Apa lagi, kita buat back to back movie. Tapikan, kat Citta Mall ni, surau dia memang takleh lawan kat Space U8. Surau Space U8 paling tiptop, siap ada kolam2 tepi kat dalam tempat semayang tu okeh. Cirah dah ringan2 je tangan nak main air lepas semayang masa tu.
Ada yang menarik di MBO Citta Mall ni.

Sampai jugak hajat aku nak makan kat sini.
Muka orang lapar excited nak makan.
Aku masih terbayang2 kesedapan air dia. Aku punya yang kaler pink tu. Lemonade + strawberries.
Deabak!!
Aku makan pasta. Heaven sangat banyak shrimp. En.asben makan fish. Seriously sedap fish tu.
Serving dia banyak. Sesiapa yang rasa tak makan banyak, boleh je kongsi, just mintak pinggan kosong 2.
Next time nak try bucket shrimp. Makan shrimp sampai muntoh!
Terima kasih sayang. Semoga anda lebih kaya dan berjaya :)
Aku nampak kurus???
Ok. Dah settle memenuhkan perut masing2. Kami teruskan melangkah kaki kami tanpa ada hala tujuan. Tiba2 ternampak MBO di sini. Apa lagi, kita buat back to back movie. Tapikan, kat Citta Mall ni, surau dia memang takleh lawan kat Space U8. Surau Space U8 paling tiptop, siap ada kolam2 tepi kat dalam tempat semayang tu okeh. Cirah dah ringan2 je tangan nak main air lepas semayang masa tu.
Ada yang menarik di MBO Citta Mall ni.
Cuba teka aku kat tadika mana??
Ini la pintu nak masuk panggung wayang MBO. Ceria kemain lagi. Aku tanpa segan silu nak amek gambar jugak kat depan ni. Dah macam pusat jagaan kanak2.
Paksa pekerja dia amek gamba kami..heehooo..
Laluan pergi hall. Seriously kalo Cirah datang sini, memang rasa nak main2 je. Denagn dinding ada awan2 nano nano. Pastu siap colorful lagi. Pastu ada cermin2 yang boleh bagi kita jadi pendek, panjang, gemuk, dan kurus. Aku dah rasa macam "kita ni kat mana sayang??" hahahaha
Masih sempat posing berangan artis kan. :P
Of course bini dia pun tak nak kalah. teheee
So, kesimpulannya hari khamis tu kami habiskan masa untuk makan dan leisure time sahaja. Balik rumah dah ada kerja surirumah menunggu aku #lipat kain, basuh kain, jemur kain#
January 22, 2013
Kenapa mesti begini....???
Assalamualaikum.
Betul ke aku masih berjaga lagi tatkala jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam??? Macam pelik pulak. Aku kan dah terbiasa tido awal kalo en.asben takde..hehehe
Ni semua gara2 adapter la ni. Aku punya la bersemangat waja nak siapkan nota untuk kelas ari ahad dan isnin next week. Tak pernah aku rasa begitu bersemangat nak buat nota sebegini. Sanggup bawak balik laptop yang biasanya aku tinggal je kat opis.
Bila tiba masa nak buat kerja, terus on laptop. Tiba2 baru perasan adapter takde! Hampeh betul. Baru buat berapa slide je bateri dah abes. Eiiii.. Kenapa la bijak sangat aku ni. Punya la susah nak dapat semangat buat kerja macam ni, tapi dah terbantut disebabkan kealpaan sendiri. Entah apa la yang aku fikir petang tadi masa tengah kemas2 barang.. T__T
Bila dah terbantut macam ni, apa lagi.. Kita bercamwhore la.. Tapi still tak puas hati jugak...
Kenapa....?

Subscribe to:
Posts (Atom)