Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 24, 2015

Happy 1st birthday Hana!


Sekejap je dah setahun berlalu. Nanti sedar2 anak aku dah nak masuk sekolah. Please jangan cepat sangat membesar duhai anak. Nanti mama papa tak puas nak gomol2..

Alhamdulillah..Hana Dalili membesar dengan sihat dan sangat aktif.

Perkembangan setakat umur setahun :
- belum boleh berjalan tapi dah boleh berdiri lepas tangan sekejap. Cuma tak berani sangat nak lama2 lepas tangan
- sangat aktif memanjat..samada tangga, katil, panjat orang tengah duduk..panjat kerusi malas..pendek kata boleh buat aku sakit jantung
- dah boleh cakap nak, dah, bukak, mamapapa (tunggu mood ada), jom, dah paham apa yang kita suruh buat contoh bukak baju, suruh baring
- dah pandai menari..haha..galok sangat bila pasang lagu sakitnya tuh disini, siap tangan didada buat gaya
- dah tau merajuk bila kena marah, dan pandai buat2 nangis sebab nak suruh orang dukung dia
-seorang yang kuat makan! Dia boleh buat amukan bila tak cukup bubur, nangis guling2 badan
- suka sangat hempas badan dia atas lantai dalam keadaan niarap bila dia tak puas hati. Mana la dia belajar ni 
- masih breastfeed. Alhamdulillah

Cukup dulu perkembangan hana setakat ini. Semoga anak mama papa ni akan membesar dengan sihat dan jadi anak solehah. Amin.