September 6, 2012
Cerita hero saya
Rupanya kat tepi pantai tu ada pesta apa ntah, ramai orang. Ada show, ada orang main bola tampar pantai kot. hehehe..Failed sket aku bab2 sukan ni. :P
Aku pun nak menyertai en.asben. Sambil cari2 mana en.asben di celah2 orang ramai tu, aku perasan lagi mamat 2 orang tadi tu still duk follow aku. Cuak dah aku. Nasib jumpa en.asben. Sampai2 je, terus en.asben tanya
"Nak abg g tumbuk ke muka budak 2 ekor tu??"
Ommaakkkaii..gagahnya bila en.asben tanya aku macam tu, tapi aku jawab
"Tak payah la..dorang tak buat apa pun kat ayg"
Hilhikhik...baik pulak aku. Tetiba je aku terus terbayang2 en.asben dalam uniform superman, dengan kain dia tengah terbang2 kena tiup angin.Sambil berdiri macho tepi aku.
Spontan aku terkeluar, "Waahhhh....my hubby my hero! Kat luar dah protective, dalam mimpi pun protective jugak kan" cakap sambil senyuman paling manis..
Eh, mimpi ke? hehehe..mimpi en.asben jadi superhero lak ai..Tak dan nak merasa en.asben dukung bawak terbang..hahaha. Puii..ko ingat ni cerita Lois & Clark: The New Adventure of Superman ke??
May 23, 2012
Hi sayang, Astro remote control missing u so much
Please come back home so soon. I can't bare looking at the remote, showing it's sorrow face everyday!
I know he missed u so much. He missed u place your cute and rounded fingers at his body. I know he missed how the way you press the button on his body while scrolling the channel.
Since pvr is available, i know the remote also missed you darn much to feel you pressing the button R to record your favorite show, especially at channel 310, 325, 393, and all channel related with action and kungfu and wacha movie.
On top of that, honestly, this house missed you so much to hear you laughing, to see you focusing while watching kungfu movie. Ah, forgot to add on sport channel, Open badminton, ping pong, golf ( eh, this golf channel you watch also eh...errr...)
See, all of the appliances in our place missed you. Luckily I'm the tough one among all of them, still can bare my feeling for you #TTDMKA
Yours sincerely,
yourlovelywife....#boo, can skip this part.
May 16, 2012
Mesej yang tak berbalas
Mesej aku pada en.asben pagi semalam lebih kurang pukul 9pagi.. tapi hampa betul..kecewa..dia tak balas pon mesej aku tengah sedih sebab anak monyet mati tepi jalan..dia diam je..aku pon boleh lupa yg aku tengah sedih berkabung pasal anak monyet tu..dah malam baru aku teringat en.asben tak balas mesej pagi tadi..sakit hati! sakit hati! hahaha..aku sibuk berkursus sampai lupa en.asben tak balas mesej..
kenapa eh lelaki dah tak suka mesej2 bila dah kawen...? :( *dia lagi prefer kol :P*
February 19, 2012
Sakit hati...
| Ni dia muka orang yang g jenguk ex-tunang dia yang tak wujud..hehehehe |
November 15, 2011
Saya pencinta bahasa melayu..?
Antara contoh salahguna adalah:
Situasi 1: Kat meja makan. Aku sedang menghalau lalat sebab nak tutup makanan dengan tudung saji.
Aku: Eh abg..Ce tengok lalat ni..Dia tak nak LARI pulak..
En.asben: Bukan LARI la..TERBANG..lalat mana boleh lari...hahahaha..
Aku: *dalam keadaan bengang +malu*
Situasi 2: Dalam kereta, dalam perjalanan balik ke ipoh dari bandar baharu. Aku call plusline sebab nak tau keadaan trafik.
Aku: Hello plusline..saya nak tau keadaan trafik dari utara menghala ke ipoh..trafik BERJALAN tak..?
Plusline: Cik..trafik BERGERAK perlahan.
Aku: .............Err....Mekasih.
Ceh..aku rasa macam dan dan tu jugak nak letak hp..saje la tu nak malukan aku kan..En,asben pon siap tumpang sekaki gelakkan aku. T__T
P/s: Nak masuk kelas bahasa melayu semula la.hahaha
May 4, 2011
Saya muda lagi okeh :P
Ke saje je tak nak ngaku dah nak senja. :P
Lately, aku selalu je TERpanggil orang yang lagi muda dari aku "akak".
Sejak dah jadi golongan veteran kan, aku ni selalu je tak perasan tau.
Selalu aje duk panggil orang lain akak.
Opismate aku, Ummi kan muda dari aku 2 tahun.
Dan aku dah pesan awal2 kat dia sila jangan panggil aku akak. Hahaha.
Xmau la. Nanti nampak sangat aku ni tua.
So, bila dia jumpa kawan dia, senior dia, dia pun panggil akak la.
Dan aku pun laju je panggil orang tu kak jugak.
Tapi Ummi rilek je tengok aku.
Lama2 tu baru dia tak tahan nak gelak.
Apehal panggil orang yang muda dari aku setahun kak kan.
Coi la Ummi. Hahaha.
Dia tak bagitau la pulak senior dia setahun je pon.
Ceh sungguh. Aku dah malu muka dah kat situ. Mencik..Mencik..
Satu lagi kejadian dengan housemate dia, Nushan.
Aku selalu jugak la lepak umah Ummi time balik kerja, singgah umah dia dulu sebab nak bergalok2 sket.
Dia ni selalu je panggil housemate dia ni kak nushan..kak nushan..so, aku pun terikut2 la..panggil kak nushan jugak.
Tapi bila dah berlaku kejadian pertama tadi, terus aku teringat, entah2 si Nushan tu pun muda dari aku jugak.
Tapi macam mature je. Eh, sebab dah kawen anak satu kot.
So aku pun tanya la Ummi Nushan tu umur berapa.
Amek ko, Sekali sama umur daa..
Aku macam nak jerit je kat Ummi ni tau.
Sekarang baru nak bagitau aku. Hahaha.
Cer ko bayangkan aku dah g umah dia berapa kali dah duk borak2 dengan mesranya tapi panggil dia kak. Hahahaha.
Malu..malu..rasa macam malu je nak jumpa Nushan tu lagi.
Ummi cakap dah bagitau aku dulu. Hey u. I mana nak ingat la. U saje je kan Ummi..mencik mak tau.
So, lepas ni aku akan berhati hati nak panggil orang tu akak ke apa ke kan.
Takut muka aku ni malu lagi sekali. Keh3. Kira kita panggil adik je lah semua.
Ye adik2. Sekian. Selamat malam.
April 14, 2011
Bosan
.
.
.
.
Bosan.
.
.
.
.
Bosan.
.
.
.
.
Bosan.
.
.
.
.
Nak bagitau jawapan kat student pon leceh sebab paper technical drawing. Hehehe.
Tak macam masa aku jaga paper math 1 ahad lepas.
Dengan berjayanya aku bagi jawapan. hee.
Buat amal jariah kat student, tak salah kan.
Oh, sambung bosan balik.
Bosan
.
.
.
.
Bosan.
.
.
.
.
Bosan.
.
.
.
.
Bosan.
April 11, 2011
Malam Pantun
Masa kejadian: waktu malam selepas pukul 11.
Tempat kejadian: atas katil duk golek2 sambil online.
Tiba2 je dapat mesej dari en.tunang:
Cincinku emas bersepuh suasa,
Jadi rebutan insan terpilih,
Punyakah dinda sedikit masa,
Buat kanda sedetik lebih.
Aku dah macam *O* Ternganga!
Ni dapat pantun ni mesti kena balas dalam pantun jugak. Mati la aku. Dah la fail bab pantun2 ni. Huhuhu. Tambah pulak aku tengah chatting ngn member aku. Tak concentrate jap nak chat sebab bertungkus lumus fikir pantun balas.
........
........
........
Dah dapat idea.
Haaa...macam kelakar je pantun aku. Gelabah punya pasal sampai asyik taip delete taip delete je ayat yang sesuai. Hahaha. 10 minit berlalu. Tatkala aku berusaha menaip pantun balas, mesej kedua masuk pulak, berbunyi:
Mudik ke hulu naiki sampan,
Sampannya cantik nukilan biduan,
Mengapa sepi tanpa jawaban,
Adakah dinda dambakan rayuan.
Sepi tanpa jawaban..?? Memang la. Aku tengah bertungkus lumus perah otak ni nak jawab pantun dia, dia lagi nak bagi pantun lain. Masak2. Hahaha. Tapi takpe. Aku send je pantun yang aku karang tadi;
Bunga raya tersemat di dada,
Kumbang asyik tertoleh toleh,
Demi kanda pujaan dinda,
Jangankan sedetik, berjam pun boleh.
See. Very the kelakar. :P
En.tunang pandai tau pantun2 ni. Aku lak lembab tang ni. Memang seram je kalo dia buat nak pantun2. Kang tak balas pantun, sentap lak. Hihihihi.
Tapi semalam aku yang hantar pantun dulu ke en.tunang. Tengok dia diam je kenapa tak mesej2 aku malam tadi. Kata practise makes perfect kan.
Malam hari makan pengat,
Lepas makan tidor lena,
Hati di sini asyik teringat,
Rindu pada pujaan di sana.
En.tunang puji. Hehehe. Aku dah pandai dah sikit2 berpantun. Dan wajib lah en.tunang balas kan. Hihihi. Tapi kejap je dia amek masa nak balas. Mencik tau. Aku punya la lama nak fikir. Hehehe.
Pengat di masak bersama madu,
Madunya manis buat pencinta wanita,
Pedih hati menanggung rindu,
Pada dinda yang jauh di mata.
Hahaha. Dah tak kuasa dah aku nak bina membina pantun lagi. Mari kita bergayut la pulak kan. :P
March 5, 2011
Itu bukan aku..
Selamat petang sabtu.. :)
Semalam kan..aku kan..satu hari kan..tak makan nasi kan..sangat bangga kan..hahaha..
Sebenarnya aku diet eh..takde selera la nak makan. Sejak bestfren aku datang ni, dia macam tak bagi aku makan je. Memang la perut memanggil2 mintak di isi, tapi apakan daya, dah mulut cakap tak nak. Tu pun pagi semalam aku paksa makan mihun goring. Takde la kebulur sangat.
Aku memang macam ni pun. Dalam minggu2 bestfren aku datang ni, aku memang akan hilang selera makan ataupun dalam bahasa yang sopan sikit, aku hilang nafsu nak makan secara bersungguh2. Ok what! Boleh jugak aku diet secara tak sengaja kan.
Tapi bak kata opizmate aku:
Ala…seminggu je pon mu hilang selera, lagi 3 minggu tu makan je keja mu.. ~~ Amboi..Kemain eh mu Khalil…mengata aku tak hengat…hahaha
Tapi memang kenyataan pon apa yang dia cakap. Hahaha. Ada sekali tu aku baca paper dalam opiz, pastu ternampak iklan Pocketful KFC. Terus terliur ko nak makan. Amboi, baby dalam perut ni pon agak2 la ye. Jangan la nak tunjuk sangat perangai buruk lantak ko..Hahahaha..
Punya la aku terbayang2 alangkah bestnya jikalau dapat makan KFC waktu lunch, sampai teringat2 bila dah balik umah. Tak leh jadi ni, lantas aku amek hp, terus msg Khalil : Sok kita lunch KFC, tak kira.. gila kan..main paksa2 opizmate aku makan sekali gak..hahaha..Nasib la sapa2 yang kawan dengan aku.. :P
Amek ko, sok terus g KFC waktu lunch, dan aku siap tapau lagi. Yang makan kat sana tu lain kira. Hahaha..
Ok, lepas ni aku nak diet. Kepada kawan2 opiz aku, sila jangan abaikan hiraukan sekiranya aku mintak ajak makan yang merepek2 ye.. tolong la aku nak diet nih..tau..tau..
P/s: Tadi aku dah makan nasi..walau takde selera pun terpaksa makan gak. Sebab kat umah orang. Member aku bertunang.
Kepada Aznira, selamat bertunang lalink.. =)
February 2, 2011
The meaning of present
Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda
mempunyai maksud yang tersirat...
JAM TANGAN : Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN : Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG : Tanda mesra
RANTAI LEHER : Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG : Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT : Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN : Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG : Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI : Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR : Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU : Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA : Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT : semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN : mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN : tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE...tandanya.... dikau jangan lari dari ku!!!!....... aku kan cari mu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup.....
HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
------>>> MASUK MEMINANG......tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!
February 1, 2011
Naik..ape?
Kalau gaji naik selaras dengan kenaikan harga minyak takpe la jugak. Ni gaji macam tu je. Nak naik pon banyak je songeh. Cehh.. Tak pasal2 lak aku duk bebel pasal benda alah ni. =__=



