May 16, 2013
16 Mei itu..
Dia mengajar tanpa lelah..
Dia telah curahkan segala ilmu didada untuk aku..
Dia telah mengorbankan masa rehatnya untuk membantu aku..
Dia telah mengutamakan diriku di saat peperiksaan semakin hampir..
Dia memarahiku saat aku membuat kesilapan yang tak sepatutnya aku buat kerana cuai di dalam pengiraan..
Dia mengajar tanpa jemu..
Aku gembira di saat melihat raut wajahnya yang puas hati apabila ilmu yang dicurahkan dapat difahami olehku..
Sungguh aku tak pernah lupa saat itu..
Sungguh aku tak akan lupa saat itu..
Sungguh aku bahagia dapat membuat dia bangga dengan keputusanku..
Dia lah guru guru yang pernah mengajarku sepanjang aku memerlukan ilmu dari mereka..
Dia lah guru guru SK PASIR GAJAH
Dia lah guru guru SMKA TOK JIRING
Aku bangga menjadi produk keluaran mereka!
SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu cikgu yang pernah mengajar aku. Tanpa cikgu,aku tak mungkin akan menjadi insan seperti hari ini.
Buat sahabat2 yang menjadi cikgu, SELAMAT HARI GURU juga aku ucapkan. Semoga kalian mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan jadikan cikgu2 kita dahulu sebagai contoh.
August 22, 2012
Salam lebaran
Saya dan en.asben mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..
July 21, 2012
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak!
Salam 1 Ramadhan 1433H.
Semoga kita semua dapat meningkatkan amalan dan mendapat keberkatanNya.
Amin.
May 16, 2012
Selamat hari guru
January 2, 2012
Weddings
| Selamat pengantin baru Matmin & Dayah |
Esok harinya kenduri kawan en.asben kat kampung sebelah. So makan nasi kenduri jela. Haha. Kenduri ni speacial sikit sebab adik dan abang
Kalau nak diikutkan, si abang adalah rakan sebaya en.asben. Tapi disebabkan dah adik beradik, so dua dua la jadik kawan en.asben.
| Double Pengantin, Hazril dan Hazwan. |
| Yang ni adiknya, Hazwan |
| Yang ni pulak si abang Hazril. |
Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan. Semoga berkekalan jodoh hendaknya sampai la ke anak cucu. Eh kita lihat siapa di antara mereka yang dapat anak dulu, boleh? Hahaha.. Mongok kan. Nak main lumba2 pulak. Aku pun takde rezeki lagi :)
| Nak feeling ala2 pengantin baru jugak la. tehee. |
September 4, 2011
Aidilfitri
Hari ni aku dah masuk kerja. Tapi student still bercuti sampai esok. Makanya aku adalah selamat tak payah nak masuk kelas kena mengajar. Mood nak mengajar pon takde. Mood nak naik pelamin je ada nih. :P
Raya tahun ni biasa2 je sebab tak boleh nak bergambar sakan. Mencik!! Kamera aku tertinggal dalam kereta en.asben last jumpa dia aritu. Coi betul. Tak pasal kamera handpong jadi mangsa mak.. Tu pun tak seberapa nak cung la sebab tukang yang amek gamba tu asyik xreti je nak amek gamba.. Time aku amek gamba dia cung je..Tak puas hati betul. Hahaha.
Gamba beraya xseberapa pung..Gamba anak menakan aku je aku amek banyak2. Geram sangat. Sape suruh cute sangat kan. Tak pasal selalu kena paksa jadi model makngah dia. Hehehe
Mak saya dan abangnya @ Ayahlong.
Mak saya dan budak yang tak pandai amek gamba..
Aku and mummy.
Model jubah caftan. Kikikiki.
Sumbang mahram..Hahaha.
Baju raya kedua. Saya suka. :P
Model rumah kampung. :)
Posing sebelum jalan raya.
Insyirah yang baru sampai Balok dari Perak. Excited dia tengok Makngah dia. Hehe
Aku suruh tgk kamera, tapi dia sibuk nak tengok jejaka2 sebelah umah nenek aku ni. Haisshh.. Kecik2 dah tunjuk gatai ye Cirah..Ni mesti ikut Mak Iti dia :P
Budak yang sangat sibuk. Aku nak packing gula2, dia sampai nak masuk besen gula2 tu ha. Punya la nak tolong kan.
Cirah yang terkejut tengok Aqib kat belakang dia.
Aqib control macho.
Jelajah umah Tok Ngah. Tok Ngah jamu nasi beriyani nyum nyum..
Cirah yang dah penat melasak.
Manja Makngah.
Pencuri kek lapis. Hehehe.
Cirah with peace.
Aku dan Along. Tengah tunggu nenek aku bersiap nak g kenduri.
Along, Angah, Acik.
Pijah..baju kita. Hehehe
August 29, 2011
SELAMAT HARI RAYA
March 10, 2011
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman.
Hari ni aku punch in kat Padang Astaka je. Sebenarnya takde la punch in. Disebabkan hari ni ada sambutan maulidur rasul peringkat daerah, kami2 yang tak masuk berarak pun diwajibkan pergi sana. Attendance diambil kat sana. Menci. Jalan jem. Padahal jarak rumah aku dengan Padang Astaka tempat peserta berkumpul tu dekat giler. Tapi kereta punya simpang siur. Jalan banyak tutup. Aku parking jauh sket. Jalan2 cari nak sign attendance kat mana tak jumpa. Setelah pusing2 sorang2, jumpa rakan sekerja btau sign kat depan sana. Dah sign, merayau2 sorang2. Memang looser gile rasa. Tengok kanan, tengok kiri, takde lagi muka yang aku kenal. Aku called Khalil, opismate aku tanya dia kat mana. Tapi dia duduk lepak makan2 dengan geng2 lelaki. Tak kan aku nak join. Malu la i.
Rasa nak balik rumah terus. Tapi bila merayau2 tu, aku nampak pakcik makcik aku. Anak kecik dia join berarak. Pakcik aku pulak Pemuda UMNO. Aku join diorang jap. Bila dah rasa cam tak tau nak buat apa dah, aku pun blah. Umi hari ni dia cuti, g KL. Takde geng langsung aku. Aku called kawan fakulti lain, Azlin. Dia pulak ada paper hari ni, so ada excuse tak datang sini. Tension gila aku!
Rasa macam kenapa la aku join fakulti pembuatan ni. Takde kawan pompuan la. Benci gila tadi. Dalam aku duk jalan2 sorang2 tu aku ternampak muka yang familiar je. Ye. Aku Nampak cikgu sekolah rendah aku, Cikgu Johan. Aku tegur dia kenal lagi tak aku. Dia kenal tapi tak ingat nama. Ooo..Zuraifah.. ye cikgu. Saya nampak lain sebab pakai celak. Hehehe. Dulu masa kecik kan selekeh mekeh kan..kan..tapi rasa seronok la bila dapat borak dengan cikgu. Lama kot tak jumpa cikgu. Sempat lagi aku amek no hp cikgu. Senang nak jemput g majlis, kata cikgu la. Hehe..
Lepas aku mintak diri, aku kol sorang lagi kawan aku, Kak Mira. Nasib la dia belum gerak kemana2 lagi. Aku terus join dia g breakfast. Tak kuasa nak tunggu kat situ lama2. Tapi jalan memang sesak yang amat. Sebab tutup sana sini untuk laluan berarak. Smart siot uniform budak2 tati. Nampak hensem je semua. Hehehe. :P aku tak tau la siapa yang menang dan berjaya bolot rm3000.
Lepas dah puas meredah kesesakan jalan, kitorang pun bergerak pulang. Aku singgah amek passport aku sebelum balik tadi. I dah ada passport u!! Boleh pergi melancong lepas ni. Sayang, jom Krabi Island.. tapi tunggu dapat lesen besar dulu k.. :P
P/s: Ni aku melaporkan dari rumah. Nanti pukul 3 g opis pulak. leceh la nak kena punch out kan. Kalo tak, dah boleh bersenang lenang kat rumah.







