Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

April 16, 2013

Tokwan buat comel

Assalamualaikum...

Aku balik keje lambat tadi. Pukul 9 baru sampai umah. Tak mandi terus. Lepak2 bawah kipas dulu kat ruang tamu sambil dengar radio THR GEGAR mentang2 tv tak dapat nak tengok. sob sob.

Tokwan pun join skali lepak sambil dengar lagu. Macho tak tokwan aku.

Tiba tiba lagu sahabat by najwa latiff ke udara. Lagu feberet. Dah ready nak nyanyi. Eh, dah nyanyi pon. Tiba2 tokwan gelak. "Lagu apa la ni. Budak mana yang nyanyi ni..#sambung gelak comel# hehehe "
Aku terkesima kejap..pastu gelak sebab macam sweet sangat tokwan gelakkan lagu najwa tu :P

Sampai ke abes lagu tu tokwan senyum sorang2..gelak sopan2..sesuatu sangat tokwan ni..kalo minat najwa latiff bagitau jela kan. Ni malu malu meoww

Sayang tokwan. Muahhhh



April 12, 2013

Serba tak kena

Assalamualaikum.

Aku akan jadi serba tak kena bila tak dapat bercakap dengan kesayangan dalam sehari. Selama kami duduk berjauhan pon, memang dah jatuh hukum wajib untuk kami call bertanya khabar. Yang penting dapat dengar suara en.asben. Terus rasa tenang. Tapi bila hp buat hal, aku dah rasa macam tiada ketenangan dalam hidupku hari ni. Ada kekurangan. Hebatnya penangan en.asben hingga mampu membuat hidup aku gundah gulana T___T

Hp en.asben baru lagi..lagi baru dari aku. Sekarang ni tak pasti apa yang rosak, samada charger atau hp itu.

Cepat la hp kembali pulih..i need my beby..i need my hubby..i need to hear his voices, his laugh, his nonsense talks, i need him to make me angry, pastu gado2 dlm hp..tp gado2 manja jela.. Aku memang suka sangat gado dgn en.asben..hehe.. Dan kami selalu gado2 manja bila aku selalu je salahkan dia untuk apa2 perkara pon. Walaupun aku dah tau itu salah aku, tapi aku tetap nak salahkan dia jugak. Hahahaha.. Nasib la kan sayang dapat bini macam ni...

Cepat la hp..rindu nak gado ni...




April 10, 2013

The Blue Shark akan kembali beraksi di litar!

Assalamualaikum.

Fuh..kali ni rasa gementar pun ada. Tak tau la Tatiuc Racing Team dapat mengekalkan kejuaraan ataupun tidak. Alaa...nama pun bertanding kan. Menang atau kalah kita tetap terima. Apa yang penting, kena bagi all out masa hari pertandingan nanti :)

TRT akan menyertai Formula Y 2013 di MIMC, Melaka pada 18-21 April 2013. Tinggal lagi seminggu saja untuk buat persiapan. Di saat aku menaip ni pun, masih lagi kedengaran jockey tengah test drive kereta tu, tapi dalam bentuk chasis saje dulu. Body kit masih di dalam proses sentuhan terakhir.

Aku sama sama incharge untuk poster. Ada student 3, 4 orang stayback kat office buat kerja2 poster yang ada beberapa 4 keping semuanya disamping 1 flyers. So memang kena stayback la malam ni. Tak tau balik pukul berapa. Nasib baik suami duduk jauh kan. hehehehe.

Pagi tadi pula sesi bergambar untuk semua crew dan pengurusan. Siap tempah studio di fakulti komputer dan multimedia lagi. Layan jela gamba bukan dari photographer ni..



 The Crew


 Ramai sangat model tambahan kat belakang aku ni.


 Amin, Zue, Gnee



 Cik Gnee


 Puan Zue


 Best Fren Forever


Itu dia photographer


April 9, 2013

Rindu bila sakit

Dikala sakit macam ni, dapat dengar suara en.asben pon dah boleh lupakan kesakitan yang tengah mengganas ni..

Rindu abg..

April 8, 2013

Borak petang

Assalamualaikum.

Aku sangat bosan ni sebab tengah jaga exam student dari pukul 2 sampai pukul 5.. Sebenarnya paper dorang dari pagi tadi lagi..

Subjek: mould design (practical)
Duration: 6 hours
Waktu exam: 9am - 5pm

Gila kan kebas bontot..nasib baik dorang ada break pukul 1-2pm..orang yang menjaga exam ni pon rasa kematu je bontot.

Bosan.
Kacau en.asben la best jugak. Mentang2 dia cuti hari ni, tak tau la dia buat apa tu kat umah sana.

Lepas kacau dia, hati rasa lega..hahaha




April 7, 2013

Berdua lebih baik

Bila dapat meluangkan masa bersama sama dengan en.asben, sememangnya hati aku tak kan pernah puas. Bahagia bila dapat menatap wajah yang dirindui saban hari.

Perasaan bahagia itu tidak dapat digambarkan dengan kata2..walaupun hanya menatap wajahnya tanpa berbicara, sudah cukup membahagiakan hati aku.

Walaupun hanya sekejap saja dapat bertemu, namun ianya cukup bermakna. Kamu, en.asben adalah anugerah yang paling indah dari Allah untukku..





April 3, 2013

Pemergianmu ditangisi

 


Assalamualaikum.

Malam sabtu lepas aku dapat berita sedih mengenai seorang pelajar tahun akhir degree aku meninggal dunia akibat kemalangan. Sungguh tak percaya! Hinggakan aku asyik ternampak dan terbayang wajah arwah tatkala aku pejam mata. T___T

Disebabkan aku cuti hari ahad, maka aku pergi melawat emak arwah hari isnin. Better late than never. Sejak di ofis lagi aku dah mengalir air mata, inikan pula nak mengadap emak arwah, yang sudah tentu masih tidak dapat menerima hakikat yang anak sulongnya telah tiada. Hurmmm.. Nasib baik aku masih dapat menahan air mata dari tumpah di depan emak arwah walaupun air mata aku dah bergenang genang masa emah arwah bercerita dalam sebak dan menahan tangis. Sedih. Aku kehilangan kata kata. Arwah sememangya seorang pelajar yang baik samada di dalam kelas atau pun di kalangan rakan2 beliau.

Hari selasa, iaitu semalam, aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan perasaan yang berbaur. Ada sedih, ada sayu. Manakan aku tak terasa. Setiap kali kelas, memang aku tak pernah lupa untuk memanggil nama arwah. Samada sekadar untuk memastikan dia faham apa yang diajar, atau untuk memanggil beliau kehadapan untuk membuat penyelesaian kepada soalan.

Kelas terakhir hari selasa lepas, aku ada sebut nama beliau dan pergi melihat apa yang beliau buat, samada jalan kerja yang beliau buat tu adalah betul atau salah. Aku yang sememangnya suka bergurau dengannya.
Sebelum memulakan kelas semalam, aku jadi sebak tatkala meminta pelajar2 menyedekahkan Alfatihah kepada arwah. Entah kenapa suasana menjadi sangat sunyi. Aku sampaikan nanar nak mencari kata2 untuk memulakan kelas selepas itu. Sekiranya ada di antara pelajar yang perasan suara aku yang bergetar2 ketika itu, pasti aku tak dapat meneruskan kata2 lagi.

Muhamad Fadzlan bin Ramli, saya doakan agar kamu tenang di sana. Dan semoga kamu berada di kalangan orang2 yang solih. Allah lebih menyayangi mu.

Al-Fatihah