Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label kelakar. Show all posts
Showing posts with label kelakar. Show all posts

November 21, 2012

Bahagiakah perkahwinan atas nama cinta??

Kisah ni aku dapat dari seorang kawan..harap boleh jadi pedoman..


Nak dijadikan cerita, ada seorang pemuda bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana. Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah puteri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga jugak dari keturunan diraja. 

Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui puterinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta puterinya. Maka setelah keduanya tamat belajar, pernikahan keduanyapun diadakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. 

Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berdua pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. 

Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.  Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. 

Aduh !! 

Jamil lupa yang seluar dalam itu  dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum.

Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG".

Sudah tentu  Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

 Jangan serius sangat baca ni...

Besar tu....Hahahahaha...


Aku dapat email ni dah bertahun lama dah..bila bukak balik email2 lama, rasa macam bodoh je email ni..mesti orang yang tukang karang cerita ni dah bosan tahap gaban sampai nak buat cerita penglipurlara ni...hahaha


September 6, 2012

Cerita hero saya

Semalam aku pergi rumah tokwan kat Balok. Tak tau aku dari mana, berjalan kaki je. Masa aku jalan kaki tu, aku perasan ada 2 org lelaki macam follow je aku.. Jalan laju2 sket. Masuk dalam rumah, nampak en.asben dah ada kat dalam tengah buat apa ntah, maybe tengok tv kot. Pastu aku rasa macam 2 orang lelaki tu masuk dalam rumah jugak. Aikk.. apahel ni kan. Oh..orang nak datang beraya rupanya. En.asben dah perhati je mamat 2 ekor tu. Lepas tu en.asben keluar g kat tepi pantai.

Rupanya kat tepi pantai tu ada pesta apa ntah, ramai orang. Ada show, ada orang main bola tampar pantai kot. hehehe..Failed sket aku bab2 sukan ni.  :P

Aku pun nak menyertai en.asben. Sambil cari2 mana en.asben di celah2 orang ramai tu, aku perasan lagi mamat 2 orang tadi tu still duk follow aku. Cuak dah aku. Nasib jumpa en.asben. Sampai2 je, terus en.asben tanya

               "Nak abg g tumbuk ke muka budak 2 ekor tu??"
    
Ommaakkkaii..gagahnya bila en.asben tanya aku macam tu, tapi aku jawab

                "Tak payah la..dorang tak buat apa pun kat ayg"

Hilhikhik...baik pulak aku. Tetiba je aku terus terbayang2 en.asben dalam uniform superman, dengan kain dia tengah terbang2 kena tiup angin.Sambil berdiri macho tepi aku.

Spontan aku terkeluar, "Waahhhh....my hubby my hero! Kat luar dah protective, dalam mimpi pun protective jugak kan" cakap sambil senyuman paling manis..

Eh, mimpi ke? hehehe..mimpi en.asben jadi superhero lak ai..Tak dan nak merasa en.asben dukung bawak terbang..hahaha. Puii..ko ingat ni cerita Lois & Clark: The New Adventure of Superman ke??

 

July 23, 2012

Cakap pon dah tak betul

Assalamualaikum.
Sekejapan je dah 3 hari kita puasa kan. Cepat sungguh rasanya. Hari pertama aku tak dapat puasa. Sedih je sebab aku target nak puasa penuh tapi tak dapat. Takpe, yang penting tahun ni sehari je aku tinggal puasa. Insya Allah.

Aku sambut puasa tanpa suami di sisi. Macam sedih je kan. Tapi takde hal sangat pun. Sedangkan raya pun nanti tak dapat nak sama2, ini kan pulak puasa. Hati dah kental dah. Hehehe. Tapi yang bestnya sebab adik aku balik. Acik balik dengan kawan. So aku gembira la ada geng konon nak g bazar walaupun dua2 orang pun tak puase 1st day. Cadangnya nak pergi bazar masa hari pertama puasa, tapi sebab parking penuh sangat. Dah bersesak2 memang kompem la malas. So sudahnya tak pergi lagi bazar setakat hari ni.

Dan semalam pun aku malas nak bersesak kat bazar, maka tak keluar rumah pun.Menu semalam pun semua yang homemade cooking saje. Ada nasi goreng, ada mee goreng, ada ayam panggang, ada ikan celup tepung, ada puding triffel, ada nasi putih jugak, sebab bapak aku tak makan benda2 lain untuk berbuka, dia kena wajib jugak makan nasi putih.

Aku just buat ayam panggang je dan sudahkan kerja acik dia buat puding triffel separuh jalan. Hantu punya budak. Dia satu hari sibuk main game the sim je. Dia sekarang baru tau kenikmatan main the sim3..kah3..game berhantu.

Bila aku dah masuk ayam dalam oven, aku naik atas masuk bilik tengok keadaan acik main game. Dia sibuk la tanya apa yang dah masak, ada apa lagi.

Aku: Awak dah main sampai mana..?
Acik: Tengah nak "try for baby"kan sim.  *puii*
Aku: Owh..kena macam ni...  *ajar dia macam mana..kah3*
Acik: Ayam awk dah siap ke?
Aku: Belum lagi, tengah dalam oven.
Acik: Sedapnya arini ada ikan telok cepung. Tak sabar nak makan.......????
Aku: A ah..tokwan tak goreng lagi ikan telok cepong......?????
Acik: Telok cepong....??? Ehh...
Aku: Kenapa eh rasa semacam je bila sebut telok cepong....???


Diam sebentar


Acik: Celup tepung la...kah3..
Aku: A ah la..Patut la....ikan celup tepung...kah3..gelak guling2...


Apa pon tak boleh kan. Syok sangat main game. Takut sangat aku sebut dulu ikan celup tepung. Sampai dah keluar telok cepong dah. Denggan aku sekali dah tak betul bila cakap dgn dia...Puuiiiii...hahaha..

Acik..acik...nak terkentut saya gelak bila teringat kat awak tiba2..kah3..