Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

October 23, 2012

Uwekk..

Bengang je aku dengan opismate aku sorang ni....pfffffffff...

Ceritanya begini..
Baru2 ni TATI ada buat lawatan ke Pekan Baru, Indonesia untuk meraikan staff2 yang terlibat dengan apa ntah la.. So ada la kawan aku yang pergi sana.
Semalam kan aku baru start keje, setelah cuti ari khamis sampai ahad. Waktu lunch, aku tak g makan pun, tak keluar ke mana2..just lepak dalam opis sementara nak tunggu meeting pukul 2 nanti. Tapi rasa macam nak mengunyah sesuatu. Tanya kuat2 dalam opis, xde makanan pape ke yang boleh dimakan.. pastu sorang opismate aku bagi satu kopok ni. Aku pulak tak baca betul2 label dia. Aku tanya kopok apa ni.. dia cakap makan la..kopok udang ke..aku tanya lagi..pastu dia angguk2 sambil senyum2..aku dah semacam je tengok dia senyum2 tu..bukan semacam sebab tergoda tengok dia senyum, tapi terasa syak wasangka dihati. Kopok apa la yang dia bagi ni eh..takpe..kita try dulu, sebab nampak macam kopok udang je..pastu dengan berhati2 aku amek satu..eh, separuh je kot sebab aku patahkan dua..makan masuk mulut..emm..kopok apa ni..rasa semacam je..bila aku dah makan tu, si jahat ni terus senyum2 sambil gelak2 syaiton lagi..aku dah nerves ok aku makan apakah ini..aku dah menyumpah aku makan apa ni..tapi telan la jugak kan..ko tau apa opismate aku cakap..

BEST TAK KOPOK KULIT LEMBU TU???

aku dah macam...WTHH???????

kulit lembu....uweekkkkk...

terus cari air nak bilas balik mulut..iyekkkk betul la..jahat gila kawan aku ni tak btau awal. saje je nak kenakan aku sebab dia dah makan 2 biji..bongok kan..aku dah kembang je tekak bila ingat balik...Ntah pape je orang indon ni..kulit lembu pun nak makan..kawan aku cakap kat sana, bukan setakat kopok je dorang buat, malah dah siap wat GULAI KULIT LEMBU...!!!

EIiiii.....tak dapat aku  bayangkan kalo aku termakan..mesti tengok je pun terus muntah...huhuhu




Kenapa la aku tak terbaca yang tulisan kat atas tu.. T__T




July 19, 2012

Terliur....sluurrppp..

Antara dessert yang buat aku gemok kat Awana..







Tengok..dah teringat ingat dah aku....sedappnyaa....emmm...

#tabahkanlah hati aku nak diet ni#

May 26, 2012

Tak mampu nak makan sebab kenyang...sob..sob..




Published with Blogger-droid v2.0.4

May 10, 2012

Cafe D'manggis: Steamboat & BBQ

Hari isnin lepas geng2 en.asben telah berpakat untuk bawak family masing2 makan bersama2 dan membolehkan para isteri mereka beramah mesra dan bertukar cerita.

Mula2 kan cadangnya kami nak makan kat Seoul Garden, sudahnya tukar tempat disebabkan Seoul garden tu kejap sangat, pukul 9.45 dah tutup. Memandangkan lepas magrib kami baru keluar rumah, so better tukar ke restoran lain yang bukak sampai pukul 12. Setelah para suami bermesyuarat disiang hari, maka mereka sebulat suara memilih Cafe D' Manggis : Steamboat & BBQ di Kuang, Sungai Buloh.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsCsbRTWENI0Bs4rFkkY1fqJsIF2SuLAMrJVv7OdC262Wmc61CcUNEsQsv6-MeQ_Snq6NPWDv6RsHcwJ73Fjr3GWjN3ndCHsE6tYejTXkViOu7kXAIw98UCKP47lhkSfu7yi2eUCEa1rog/s512/kafedmanggis%252520steamboat%252520n%252520bbq.PNG 

Memang berbaloi2 la makan kat sini. Aku sanggup tak makan siang tu. Maksud aku tak makan makanan heavy siangnya sebab nak belasah makan malam tu. Hahahaha. Over! 
Masa kami sampai ke kafe tu, 2 family dah sampai. Family ikmal + farhah dan pokjol + safura. Takdela lama sangat kot dorang menunggu.  Sampai2 terus memulakan misi. Amek sayur, daging, ayam, udang sotong. Semangat betul aku meng"grill " makanan tu.. Sampaikan gambar makanan lupa aku nak snap, lapar punya pasal. Ada satu lagi family, bob + sue tak sampai lagi sebab dah tersalah jalan kemana dah dan mereka sampai paling lewat. Kami dah nak abes makan baru mereka start makan. hehehe. So terpaksa la aku makan lagi untuk menemani sue makan kan..hahahaha. Dasar betul la. 

Tengah2 makan tu ada lagi 2 kawan en.asben datang. tapi dorang duduk separate meja sebab bawak sekali mak ayah. meriah jugak la malam tu, dengan ibu bapa yang melayan anak kecik makan, dengan para suami yang duk mengulang amek makanan. En.asben pon asyik tanya aku nak apa lagi. asyik ulang alik je. Sedap dan heaven je rasa dapat makan banyak2 sampai penuh perut. Masa datang perut macam preggy 2 bulan, tapi bila balik perut aku dah macam preggy 5 bulan tapi lepas kaver2 ok la preggy 4 bulan..hahaha..

 Seterusnya diberi gambaran sebenar ketika malam itu. jangan muntah pulak sbb banyak sangat gambar ye :P

 Ketika proses meng'grill' 


 Berdiri: Ikmal
Duduk: Zizi, Azli, En.asben (mereka bertiga ni housemate)


 Tambah lagi Bob dengan Pokjol*sori safura, aku lupa nama sebenar suami awk*


 Meja family Farhah dan Safura*lagi senang aku sebut nama isteri2 dari suami2*


 Aku, Dania, Sue


 Iman yang super comel dan yang suka buli mama dia..haha


 Eh, kami..hehe


     Bapa mithali


 Tengok si Iman nih..geram betul..


 Para isteri a.k.a G-Strim


 Perbincangan secara serius*hal rumah tangga ke*
Over sangat si farhah sampai ketuk2 kepala..hahaha


 Korang tengok apa yg Iman cuba lakukan pada mama dia..


 Sedih sebab kenyang ke apa ni..haha


 
 Ni muka lepas banyak makan..kan..hehe..ilebiu..


Aku nak usulkan pada presiden G-Strim kita, iaitu Pn.Suhana a.k.a Sue supaya majlis makan malam keluarga ni diadakan sebulan sekali. agar kami para G-Strim dapat berkumpul dan bertukar cerita. kan..baru fair. Kalo tak asyik kena tunggu wedding je baru dapat gather..huhu..

#Farhah..saya ralat la tak amek gamba berdua dgn awk..nnt kita lepak sama lg kita amek gamba banyak2 tau. Next aim adalah Seoul garden..mesti jadi jugak tau..Sue pun sama..included. Heehehe

Sebelum korang nak muintah sebab tengok gamba yang banyak, meh cni tengok gamba bulan malam tu. Cantik! 

 

May 9, 2012

Pre-celebration bday with kak limah

Tajuk pun dah scary kan. hahaha. Nasib la..dah gelojoh sangat nak gambar kan..hahaha..


Sebenarnya takde nak rancang nak buat pre-celebration bday aku pun. Semua tu hanyalah suratan dan kebetulan sahaja. Actually aku dah order kek karamel dari kawan. Ceritanya kami berjalan umah dia time balik kampung last couple weeks..Depa ni pun cuti balik kampung jugak. pastu dijamu dengan kek yang dia order dari ofismate dia..masa makan tu...errmmm...sedapnya...beli mana ni..sedap sangat..Punya la bersungguh aku puji kek yang sedap tu. Tiba2 aku terfikir nak order jugak la memandangkan aku cuti dan berada agak lama kat kl kan. Boleh jugak aku makan kek yangs sedap tu lagi.

Setelah pulang ke KL, aku dah remind dan si Ann ni mintak dia orderkan kek karamel tu. Hari khamis dia order, so dapat kek hari jumaat. Petang jumaat lepas en.asben balik kerja tu kan kami g Shah Alam g makan mee ketam. So alang2 dah berada di luar, baik aku g amek kek je terus. Lepas makan terus shoot ke PJ, TNB berhampiran Amcorp Mall ofis si Ann ni..dan terkejut jugak aku tengok saiz kek yang besar. Aku bajet saiz kek ni takde la besar mana, agak2 macam saiz kek pisang yang ada jual kat kedai2 tu kan. Sekali amek ko kek segedabak sebijik kek yang besar dengan harga rm20.. Berbaloi2..




Opss..lupa nak btau sebelum tu, masa kat shah alam lagi kak limah duk kol2 aku bila nak jumpa dia kan. Actually dia ajak jumpa esoknya hari sabtu. Eh..sebenarnya sebelum ni dah ajak jumpa tapi sebab aku penat kan. Hahahaha.. selalu kena cancel. Dia la yang over sangat. Eksaited sangat nak kenalkan pakwe dia kat kami. Nak jumpa hari sabtu tp lepas balik kenduri kat Johol, memang sah2 la aku akan cancel lagi sbb penat kot. So baik terus jumpa sekarang jela. Tp pakwe dia tak dapat join sebab kena g mengajar silat. Ermm..ok je aku. Sebenarnya aku nak jumpa dia. bukannya pakwe dia. Pakwe punya cerita tu kemudia kira la kan. hahahaha.

So lepas amek kek dan sembang-borak-gelak-kuat kat lobi TNB bersama Ann, kami terus shoot ke Desa Pandan. Punya lama nak sampai sebab dah tersalah masuk jalan la. Eh, terpusing mana lak jalan ni. Mencik tau!! Dekat sejam jugak la dia menunggu kami sampai. Haha. *adan uke* Sampai sana dah pukul 10 malam. amek dia kat umah dan lepak kat mcD. aku siap pesan kat dia suh bawak pisau sebab nak potong kek. Dia eksaited je ingat aku beli kek bday nak sambut..hahaha. Kebetulan aje la kek tu. Sedap kan kak limah. Tak sia2 kak limah bangun tdo g mcD dengan muka sememeh makan kek kan..hahahaha.


Dari kiri: en.asben, tuan tanah, kak limah..hehehe


Before potong


Aksi memotong kek dengan gaya ganaz..


The cake after...nice one..isn't it..?



Oh..teringat la pulak kek ni.. T__T


May 6, 2012

Akhirnya....

Akhirnya...hajat aku untuk makan mee ketam tercapai juga setelah merajuk dengan en.asben sebab keluar rumah lamabt, kari ketam pon dah abes. Sedap gila kari ketam tu. Mee kari dia kaw2 punya rasa. Tapi aku goyang sket bila time nak order tu. mula2 nak makan mee ketam, pastu bila tengok ada udang terus tukar nak mee kari udang. tapi rasa kuah dia mmg ketam la sebab dia karikan ketam tu. Pastu tengok menu lagi ada nasi putih. Terus tukar, mintak en.asben makan mee kari udang tu, aku amek nasi putih dengan ketam masak cili. Perghh..memang sangat sedap dia masak. Lega dah lepas mengidam aku walaupun tak pregnant lagi..hehe


Ni la rupa mee kari ketam yang aku dah replace dengan udang. Setapp!!


Ketam masak cili, memang terbaik betul.


Laici kang en.asben


Muka gembira dapat makan kan..memang betul la..


Muka puas tak ni..? haha





May 1, 2012

Ketam oh ketam

Merajuk dgn en.ketam....huhuhu..

Aku punya la mengidam nak makan mee ketam. Sekali dah masuk dalam kedai, pelerja dia cakap kari ketam dah abes..sedey.. T__T Terus xde mud nak g mana2.. Melampau kan tahap merajuk....


Masuk kete, muka muncung je....sian en.asben....sori syg...ilusm


Janji tau syg..nak makan gak mee ketam..


Published with Blogger-droid v2.0.4

September 7, 2011

Salah siapa?

Semua ni salah raya.. :(
Sebabnya asyik la nak menguyah je aku ni lepas2 raya ni...haishh...
Tengah2 taip ni pon dah sebekas kuih rotan abes masuk dalam mulut aku..
Tinggal kerepek pisang je lagi sikit nak diabeskan..
Pulak tu Mat Min siap bawak 4 bekas kuih raya ke opis..memang selamat la..


Muka aku yang dah semakin bulat...mungkin.



Haishhh...tak leh jadi ni..
Aku nak cari ubat benci makanan...agak2 ada tak..? :P




June 23, 2011

Kecur

Sejak dah kenal dengan ikan pekasam ni, selera benar la kalo dapat makan nasi dgn ikan pekasam..
Dah 2 malam aku makan nasi semata2 dengan pekasam.. Ish..tengah taip ni pun dah kecur..Hehehe..

Nanti kalo dah kawen agaknya, memang wajib la ikan pekasam tu..Hee..Senang nak dapat bekalan. Setiap kali blk kedah je aku nak tapau banyak2 pekasam buat stok kat kemaman..hehe..

March 22, 2011

Italian luncheon

Minggu lepas aku gatal2 lunch dekat italian restaurant..The Italian Garden Cafe.. Sangat gedix je rasa. Belum gaji pon lagi ada hati nak makan mahal buang duit. Ngeee

Alkisahnya last week hari khamis kot aku teman si Umi pergi bank. Lepas tu, dah settle semua, TERlalu la pulak kat satu restaurant ni. Sangat cantik! Kami secara automatik serentak cakap
" Jom try makan sini.." dasar kan.. :P

Bila dah duduk je tengok menu, bapak eh mahal. Tak kan nak angkat punggung dah kot. Malu la kat waitress tu. Hahaha. Yela. Kami kan tak biasa makan tempat ekslusif2 macam ni.. Rasa macam jakun je. Hahahaha. Tapi memang aku teringin nak makan pasta hari tu. Mak aih..Selera tak mau kalah. :P Apa lagi, aku order Spaghetti Carbonara. Hilang mengidam minggu tu. Teheee..

Kedai tu punya interior design memang sangat class u.. Mak suka sangat. Dan tak ramai yang luncheon kat situ. So dengan tak malu nye mak amek gambar. Eh, apehal tetiba tukar jadi nyah ni..Mencik..hahaha







Cantik kan..


Berdua lebih baik..

Makan..Borak..Makan..Borak..Eh, makanan dah abes.. Jom la balik..
Bayar..Dah masuk kereta, cakap kat kat umi...
"Lepas ni aku tak datang dah sini, umi.."

sekali umi balas.." Sama la kita.."

Hahahaha
Cukup la sekali je..Buat rasa..Tapi kalo ada orang belanja, i layan je nyah..Heee



March 9, 2011

Ramah sangat ke

Tadi aku breakfast dengan Umi. Ingat nak join geng2 lelaki kat kedai sana, tapi Umi nak makan kuewteow kat kedai fevered dia. So kami pergi makan kat kedai depan Petronas. Kami makan berdua je. Makan2..Borak2..Makan2..Minum2..Makan lagi..Borak lagi..Dah lama kot tak makan2 dengan Umi sejak 2menjak ni. Umi la sombong duk opis kat blok lain sana, saja je tinggalkan aku kat cni sorang dan saje je bagi peluang aku jadi bunga pujaan dalam opis kan. Hahaha. Dah namanya dikelilingi opismate lelaki je kan, memang aku selalu je kena buli. Mencik mak!!

Ok, sambung balik cerita makan tadi. Pas sudah makan tu kami pun g bayar. Aku bayar macam biasa. Dah sudah bayar aku pun tunggu Umi kat depan. Tengok2 atas meja ada pulak kerepek pisang. Sedap pulak. Pastu g bayar kerepek. Tetiba abang kedai tu tanya aku kerja mana..aku kan ramah :P aku cakap la keje kat sini..sini..pastu abang tu banyak pulak yang dia tanya.. dia cakap selalu jugak masuk kat tempat aku kerja ni. Ada kerja. Tapi tak jumpa pun aku. Hahaha. Memang la. Kalo aku jadi Guard, kompem2 dia akan jumpa aku dulu kan. Last2 abang tu cakap, meh cni no talipon. Senang kalo nak kontek kalo datang tempat aku. Hah sudah..mintak no la pulak..Nak mintak Umi tolong backup, Umi dah masuk dalam kereta. Cehh.. aku TERPAKSA tinggalkan no aku kat sana. Lepas masuk dalam kereta, aku cerita kat Umi yang abang tadi tu mintak no aku. Rupanya Umi bgtau aku yang time dia bayar makan tadi, abang tu dah tanya pasal aku. Dia tanya aku kerja sekali tempat dengan Umi ke. Patut la.

Erm..pasni tak mo dah buat ramah tamah. Takut..

March 7, 2011

Selamat hari jadi mommy!!


Hari ni 7hb Mac, genap lah usia mak aku 49 tahun.
Selamat ulangtahun kelahiran Ma..
Aku hadiahkan handbag je. Tapi hadiah birthday Ma dah dapat seminggu awal. Haha. Wajib la beli ketika duit tengah masyuk. Kang beli lambat2 kang takut tak jadi beli lak. :P

Petang semalam aku g amek kek yang dah di tempah pada Jumaat lepas. Ingatkan nak buat surprise pukul 12.01 tengah malam semalam, macam aku penah buat pada tahun sudah. Tapi terpaksa la cancel sebab aku ada kelas malam pukul 8. Nak letak mana kek kalau aku ambil time balik kerja kan. Mesti mak aku nampak gak kek dalam peti ais tu. Lepas tu aku ingat nak amek kek time balik kelas pukul 10 malam. Tapi kedai kek tu tutup pukul 10. Celah mana la aku nak wat drift balik kelas. Tak sempat nye nak sampai kedai sebelum kedai tutup. Last2 tak jadi buat surprise. Petang balik kerja aku terus g amek kek, balik umah, ma ada kat ruang tamu tengah tengok tv.

“Jom makan kek” , aku panggil adik2 aku. Hahaha. Langsung belasah kek terus petang semalam.

Disebabkan bday adik aku, Zaim dah lepas sebulan yang lalu, 7hb Feb, tapi aku tak beli kek, So semalam dia pon potong kek sama2 dengan Ma.









Mommy and Zaim


February 18, 2011

Main masak masak

Percaya tak aku masak hari ni? Hehe. Mak aku kan masih berada di KL lagi, so boleh la aku tunjuk hebat masak depan adik lelaki aku. Haha. Mengong. Kalau ada mak aku, takde maknanya nak berlagak macam ni. Buat malu je. Sebab sekali chef komplen, terus sentap kang.

Menu hari ni adalah ayam masak black pepper dengan Brokkoli udang.

Eh, lupa nak inform, hari ni aku gigih betul masak setelah penat berjogging. Percaya lagi sekali tak? Hello..aku jogging okeh pagi tadi. Dah lama tak berpeluh macam pagi tadi. Rasa sihat je. Tapi aku rasa peluh2 aku pagi tadi macam sia2 je sebab lepas jogging je terus aku g breakfast kat pasar. Haha. Sebelum shopping, harus lah isi tank dulu kan. Hehe.

Lepas beli apa2 yang patut, balik umah terus bersemangat bersihkan ayam udang bagai. Takut kang bila dah rehat2 penat nanti terus malas nak masak. Thanks to my sis, along for the yummy recipe! Ayam masak black pepper sangat senang nak buat.

Setelah rehat2 jap after bersihkan ayam udang, turn aku pulak membersihkan diri sendiri. Pastu terus start masuk dapur dalam pukul 12.30 gitu. Sebelum adik aku g semayang jumaat, dia duk hairan dan pelik kakak dia masak hari ni. Haha. Kurang ajaq noo..I tak nak tunjuk skill je tau.

Ini lah hasilnya..

Black pepper chicken

Broccoli and cauliflower with prawn


Sedia untuk di makan


Tak sabar nak makan sebab lapar weh. Aku tak paham betul la perut ku yang comel ni. Pagi tadi dah breakfast pun still lapar2 gak macam tak makan pagi. Kejam kan perut aku..Adik aku balik dari masjid je terus kami mulakan sesi lunch. Haru aku dengar adik aku cakap sebelum makan:

“Lama tak tengok Angah masak kan..” T__T *aku sedar aku tak rajin sangat masuk dapur*

“Sedap..” *ayat bodek ke hape..*

“Macam chef..kalah ma..” *penipu*

hahaha..ayat last ni sah2 la aku tipu..sebab adik aku takde la sampai rabun kan sampai takleh beza masakan ala chef mak aku..

Bila masak untuk orang ni, buat aku rasa bersemangat lagi nak masak untuk seterusnya. Aku rasa macam nak masak la every weekend., tu pun kalau tak g merayap memana la kan. Ni yang terus rasa nak kawen sekarang. Nak masak untuk suami. Hehe.


P/s: En.tunang, awak wajib tau makan apa yang kita masak. Walaupun tak sedap. Nasib la awak ye. Kalau awak tak makan, kita sentap. Muahaha. aci tak main paksa2

January 5, 2011

Bubur Assyura ke Bubur Lambuk?


Hari ni aku kacau bubur syura ok!! Sila percaya..
Kalo tak caya, tengok kat bawah..Aku ada tepek bahan bukti..hehe..

Sebenarnya hari ni adalah hari Bubur Asssyura di TATiUC..ada pertandingan antara fakulti..Pertandingan hiasan meja dan rasa kot..
Memang meriah sebab most student melibatkan diri..mereka ni bagus2..tak macam aku time jadi student dulu..hehe

Dah tengahari dah time aku dan kawan aku sampai kat tempat diorang kacau bubur ni..So,tak sempat tengok proses memasak dari awal..
Satu kawah besar haa...


Tu semua student2 fakulti aku..
Ya..memang mostly lelaki ya..


Tengok tu aku duk kusyuk tengok org fakulti PPA kacau bubur..geram je nak cuba..hehe



Tayang gigi ke apa nih..



Tu dia..dah menyibuk dah..hehe







Poyor je kan..gelak je lebih..kacau nye sikit jer gerak..haha..berat la..tu pun aku dah cuba sekuat tenaga aku..hehe



Oit umi...tak sabar2 nak makan ke..? :P


Tadi sampai lambat..wuwuwuwu...
Ni tinggal aku sorang2 ni..

Ok dah cukup masa..nak balik dah..jom..