Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

August 20, 2013

Happy 3 series

To hubby


Happy birthday sayang mulat mulat...
Semoga Allah panjangkan umur abg..
Semoga Allah murahkan rezeki abg dan rezeki kita sekeluarga..

Love u to till jannah..
Your wifey..

August 19, 2013

Jalan raya

Assalamualaikum.

Hari sabtu dan ahad adalah hari beraya jalan2 menziarahi kawan2 dan sedara mara. Tapi masih banyak lagi rumh yang belum sempat diziarah. 

Hari sabtu.
Tema: biru.

Kami sempat pergi beraya 2 buah rumah je. Sebab kuar pun dah pukul berapa, dalam pukul 2.30pm..destinasi adalah rumah kawan en.asben di subang jaya. Makan..minum..borak..sambung makan lagi..minum lagi..eh, tambah lagi makan..err..dah la makan perut penuh..
Jom kita bergerak ke rumah kedua.. :P

Rumah kedua adalah di kapar, klang..rumah member um aku..lama gila tak jumpa kot. Dari lepas grad 5-6 tahun jugak tak jumpa..masa ni dah petang..makan lagi..borak lagi..makan pon tak leh masuk banyak dah sebab kenyang lagi..sudahnya, minta izin pulang dulu..

Sampai rumah dah magrib...phew!



Hari ahad.
Tema: hijau.

Disebabkan dah janji nak tido rumah along, so semalam lepas balik beraya, basuh baju sket, pastu dalam pukul 10pm gerak ke rumah along di bandar seri putra pulak. 

Pagi2 tadi bangun semangat nak g raya nak kuar awal cadangnya. Tapi pukul 10am lebih jugak baru dapat kuar.

Destinasi pertama adalah rumah kawan baik aku masa sekolah dulu (bff sampai sekarang) di seremban 2. Tak de jauh pun dari rumah along tu, dalam 20-30 minit je naik highway. Aku, en.asben, along dan cirah breakfast bukan main jauh di seremban 2..hewhew..kawan aku jamu nasi lemak ayam rempah..lazat! Sembang, borak, lama jugak lepak rumah ina. Masuk zohor, lepas sembahyang kami gerak ke putrajaya.

Di putrajaya ada 2 buah rumah kami terjah. Rumah pertama adalah rumah makcik aku di persint 15. Dapat beray dengan tokwan aku sebab aku tak balik raya balok time raya hari tu. sembang borak dengan ashu..makan buah2..rambutan, mnggis..yums! Dalam pukul 4 lebih, mintak diri nak ke rumah kawan en.asben pulak di persint 11. Haa..kat cni aku takleh tahan nafsu makan. Isteri dia masak nasi daging..perghh..sampai tambah 2x..sedap sangat..makan jela nanti menyesal..tp lepas makan pon menyesal..cane tu.. T__T

Lepas tu dalam hampir pukul 6 kami bergerak ke kl cadangnya nak g beraya ke rumah kawan along pulak. Tapi sebab kereta en.asben tiba2 buat merajuk manja2 pulak..dia main tersedut2. Dan xleh masuk gear bila kat trafik lite..haru..nasib baik la bole function after restart engin. Terus tak jadi beraya dah, and just drop kakak aku di rumah adik je kat desa pandan. Nanti along balik dengan adik jela. Tak sanggup nak amek risiko, tak pasal kang beraya di jalan raya.

Sampai rumah tadi pon dah maghrib..weekend yang penat tapi puas sebab dapat jumpa kawan2..


 Selamat hari raya ke 11 peeps!! 

August 13, 2013

Selamat hari raya


Setelah hampir 3 bulan menyepi, akhirnya muncul semula..hihi

Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..

Banyak yang aku nak cerita kat sini sepanjang tempoh aku menyepi..tapi satu2 la aku cerita..perasaan malas nak menaip tu kemain lagi banyaknya..

Tahun ni aku beraya di kedah, kg en.asben. En.asben cuti awal, seminggu sebelum raya dah start cuti. So sebelum balik kedah, kami pulang ke kemaman dulu untuk berbuka puasa, beraya in advance dengan ma, abah, tokwan..

Hari ahad baru pulang ke bandaq baru. Tapi sebenarnya kami sampai pagi isnin, terus sahur..terasa lama betul perjalanan dari kemaman ke bandaq baru. Bayangkan kami bertolak dari kemaman lebih kurang pukul 4pm. Siap segala bekal nak buka lagi kami bawak. Air je nak beli..so singgah petronas kt gambang, dapat bubur kacang free. Kami sampai kt genting sempah dah time buka tu..tapi just buka dalam kereta je dulu makan bubur kacang sambil en.asben layan lap naik genting nak menghala ke batang kali..bubur kacang dia sedap! Dah tapah baru kami berenti rehat n makan. Best pulak bawak bekal ni. Lepas makan baru la mula episod berenti tdo banyak kali..haha..biasa la pas makan mesti mengantuk..kami berenti kt sungai perak..tdo dalam 2 jam kot. Pastu teruskan perjalanan lagi sampai ke gunung semanggol en.asben layan tdo lagi..tak tahan mengantuk sangat walaupun dah dekat sangat dah nak exit bandar baru..hehe..aku memang tak drive la sbb aku tdo tak sedar diri..haha..sebab tu bertolak pukul 4 ptg dari kemaman, sudahnya sampai bandar baru pukul 3.30 pagi..



Raya kedua aku dan adik ipar, siti duk dapur je masak sebab ada adik beradik abah dan mak datang..tak putus2..tengahari jugak la aku baru mandi dan terus tak kuasa dah nak pakai baju kurung..so baju kurung raya sepasang lagi belum ada masa lagi nak menggayakannya..sape nak buat openhouse btau ye..aku nak melaram..