Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

February 23, 2012

Hati manyak gumbila...



Meniti waktu mau ketemu sama my bambam bobot....


February 22, 2012

Saya seorang yang rajin #TDDMKA

Minggu ni minggu test buat student2 aku.. So semua klas yang aku mengajar, ada 5 kelas semuanya aku pakat buat test..Maka hasilnya adalah seperti di bawah...



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


 




Arghhhhh...tensen aku nak menanda semua tu..tu belum termasuk yang aku save dalam pendrive sebab subjek software seperti AUTOCAD dan MASTERCAM..

Meh aku perkenalkan mereya yang di atas:

1. Bawah sekali jawapan test drafting untuk subjek technical drawing..tu aku belum masukkan lagi gamba assignment drafting yang aku bg kat budak2 suh buat time cuti sem baru ni.... T__T

2. Barisan kedua tu jawapan test dan assignment engineering economics..baru sat tadi dorang jawab test..

3. Barisan ketiga tu kertas soalan mastercam yang mana jawapan mereka ada dalam pendrive aku..

4. Atas sekali adalah jawapan test tool & die economics...


Oh..lupa pulak..aku kan sangat rajin...maka memang hobi aku menanda kertas banyak2 ni... #TDDMKA..






Everyone has their limit!

Wahai kawan..dengar aku nak bagitau kat ko..kita kawan2 jugak pun tapi kalo bergurau ada tahapnya..
Ko pun mesti sama..mesti ada limitnya gak tahap nak bergurau pun..
Bila ko start bergurau mengutuk2..aku tak kesah..tapi bila dah sampai satu tahap yang mana aku rasa annoying dan mulut ko mengutuk tahap celaka sekali depan2 aku..maka ko dah tekan butang limit aku wahai kawan..

Prinsip aku senang je kawan. Jangan nak buat celaka sangat dengan aku. Bila ko dah buat, maka ko pun aku terima layanan celaka la dari aku. Ingat aku hadap sangat ke..? Ko perlu ingat jangan sampai kejadian lama berulang kan..


#Maaf..taip entry tengah marah, maka celaka la yg banyak keluar..


February 21, 2012

My new toy




Baru je beli tengahari tadi. Aku ingat nak cari buku masak chef apa ntah sebab tengok kat dalam WHI macam menarik je dia punya resepi, menggabungkan barat dan timur. Tapi bila dah masuk Popular tadi, terus nampak buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza ni. Mula2 macam boleh tahan lagi.. Layan jela duk belek2...makin lama belek makin menarik2 hati suruh beli..last2 amek jela..Harga dia dikira agak murah la bila nak banding dengan berapa banyak resepi yang dia bubuh dalam buku tu...
Macam jenis masakan ada dalam buku ni. Baik yang tradisional, yang barat, pencuci mulut, kira lengkap la dengan harga yang berbaloi2..

Balik ni berangan nak cuba yang mana dulu.. =)
Korang..g la beli jugak tau..hehe





Kecewa tapi tidak putus asa!

Nampak tak muka hampa kat bawah....?? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Nampaknya kami kena cari rumah lain....Rumah yg konon flat-kat-dalam-kondo yang semalam aku update tu, suasana persekitaran sangat horrifying...based on apa yang en.asben cerita la semalam... So harap2 la dapat cari yang affordable dan persekitaran yang tak menakutkan...

Sayang...usaha gigih lagi tau..hehe



  

February 20, 2012

Mencari rumah sewa bukan semudah makan kacang ye kawan2..

Aku laki bini tengah giatkan usaha mencari rumah sewa sekitar subang dan kawasan yang sewaktu dengan tempat kerja en.asben. Dari akhir tahun lepas lagi kami duk berusaha bertungkus lumus mendapatkan sebuah rumah untuk berteduh. Tapi sayangnya semua usaha itu gagal. Takde sebijik pun rumah yang sangkut. Ada yang berkenan, tapi not recommended oleh seorang kawan sebab tuan rumah tu xbayar ape ntah...maka impian tu terus berkubur...aku dah la siap dah berangan2 tau nak masuk rumah tu..tv nak letak mana..kapet kat depan tu...ish3..terus jadi mek jenin (mat jenin versi perempuan..haha)

Pulak tu macam xde masa je nak g survey sendiri. Apatah lagi nak g tolong survey jugak. Aku kat bekerja kat kemaman, en.asben kat kl..so masa adalah amat terhad bagi kami. Nak2 pulak en.asben kan selalu pulang menjenguk isteri dia yang comel sgt ni.. (muntah plis..muahahaha) So, sejak en.asben start keje kat kl, dia menumpang kat rumah kawan2 jela sampai setakat hari ni. Kesian kan. dah macam orang nomad dah aku tengok laki aku. Dalam bonet kereta dia penuh dengan segala barangan macam pakaian, kasut, brg2 kerja, raket badminton dan lain lain lagi. 

Disebabkan tak sanggup biarkan en.asben merempat di rumah kawan2 dia lagi, makanya tadi waktu aku bagi test AUTOCAD kat budak2 aku, aku telah menjalankan kegiatan mencari rumah di mudah.com. Aku dah bercakap dengan seorang owner ni. Dari segi gaya percakapan dia, macam seorang yang friendly.. ok la. Petang ni aku dah deal dgn owner tu yang en.asben akan g tengok macam mana keadaan rumah tu, dan kalo berkenan, terus masuk jela. Walaupun flat je, ok la dari takde langsung. Tapi owner tu cakap tadi " rumah saya ni walaupun flat je..tapi kat dalam macam kondo.. wah..dah macam senario pulak kan.." eh dia ni..kelakar boleh tahan..jugak..hahaha...

Ok sayang..petang ni jangan lupa taw pergi tengok bakal rumah flat-dalam-macam-kondo kita taw...
Harap2 la jadi nak sewa rumah tu..huhuhu..



February 19, 2012

Sakit hati...

 Semalam aku merajuk dengan en.asben. Mencik!

Ceritanya begini. Semalam en.asben bagitau aku dia nak g lawat rumah ex-tunang dia kat kampung. Aku tanya dia perlu ke nak g sana? Kenapa nak amek tau lagi hal ex-tunang dia kan..? Tak payah la nak caring sangat sampai nak pergi lawat kat rumah. Pastu aku nampak mak ex-tunang en.asben bukan main mesra lagi layan dia. Ex-tunang dia pun sama la. Amboi...kemain lagi kan...Tapi aku ni dorang wat tak tau je..huh.

Balik pada tu, aku dah buat muka. Bengang la kan. Kalo pompuan lain pun mesti bengang gak. Laki sendiri g menggedik2 kat rumah ex-tunang dia. Aku dah malas nak cakap ngn en.asben. Merajuk! Tak nak pegang tangan dah. Biar la aku jalan sorang2 je. Geram tau tak!! Sakit hati aku... T__T

Pastu tiba2 aku terjaga....tengok sebelah aku en.asben tengah lena tidur kat sebelah. Aku dah macam sakit hati ni boleh pulak dia wat2 biasa je kan. Terus tarik diri tidur jauh2 sket. Pejam mata balik. Eh...aku mimpi ke tadi??? Siot je. MIMPI rupanya...pastu pikir semula mimpi tadi...boleh pulak kan masa dalam mimpi tu aku tak pikir logik sket..En.asben mana pernah tunang pon sebelum ni. Aku je la yang 1st dia.. Hahahaha..

Lagi lucu bila sampai pagi tadi bangun pun aku tak puas hati lagi kenapa dia g rumah ex-tunang dia yang tak wujud tu....hahaha. Sengal kan. Mimpi sampai terbawak2 kat luar lak. Eh, sakit hati taw dalam mimpi tu...tu yang bila jaga aku sambung sakit hati lagi...hahaha...




Ni dia muka orang yang g jenguk ex-tunang dia yang tak wujud..hehehehe




February 15, 2012

Teringin nak.....

Candle light dinner dengan en.asben...tapi bila la ye dapat cari masa yang sesuai...



Muka laki bini yang suka sangat berjalan...heee

Tabah seorang isteri


Tersentuh hati aku bila baca dialog mereka di bawah ni.. T__T






Rezeki setiap pasangan, Allah dah tetapkan..sejak azali lagi. Cuma cepat atau lambat je kan. Aku kadang2 terfikir jugak kenapa kawan aku yang baru sangat je kawen pun dah boleh preggy. Sangat tak matured kan berfikiran macam ni. Tapi bila fikir balik, ada hikmahnya disebalik semua tu. Tapi sekarang ni, emosi aku kacau betul bila ada orang tanya samada aku dah pregnant ke belum...huuu..doakan la aku ye. Isteri mana yang tak nak beri zuriat kepada suaminya kan. :(


Semoga aku tergolong di dalam golongan orang2 yang sabar.
Dan semoga en.asben aku memiliki hati dan pendirian seperti di atas.. Amin.