Aku memang suka jalan. En.asben pun lagi suka jalan. So, boleh kira dengan jari la bila weekend yang kami ada lepak2 di rumah. Macam selalu je mengliburkan diri kat luar bila hujung minggu..Sampaikan kakak aku marah, actually bukan marah la..tapi bising la kata aku ni suka sangat berjalan. "Cuba la simpan duit tu.." kata kakak aku lagi.
Habis tu, aku nak buat macam mana sebab bila tiap kali dia kol dia tanya aku kat mana, aku cakap aku kat kuantan la..kat mesra mall la..g rumah kawan la..g kenduri kawen la..balik kedah la..Memang akan ada je aktiviti weekend aku bersama en.asben. Bosan la kalo duk rumah je hari weekend. At last sehari je la yang aku tahan duduk kat rumah waktu weekend tanpa keluar pergi mana2. Sebab masa tu la aku akan masak dari pagi sampai ke malam untuk en.asben. Dari buat breakfast, lunch, sampai ke minum petang aku rajin masak. Dan yang sehari lagi adalah waktu untuk jalan2. Kan..baru la rasa macam diri ini begitu berharga #dah macam iklan la pulak
Lagipun kami ni kan belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata lagi. Orang cakap masa takde anak lagi ni la amek kesempatan nak jalan2 g mana2 sekali pun. Sebab bila dah ada anak esok, terbatas la sket. Tak kan nak angkut baby masuk tengok wayang midnight kan..? Tak kan asyik nak angkut baby karaoke sama2 sampai balik pukul 2 pagi kan..? Tak kan asyik nak bertandang g sana sini je dengan baby kecik. Kesian baby nanti. So, masa "berdua" ni lah aku gunakan sepuas2nya to spend the quality time with my beloved en.asben. Kang dah "bertiga" kena limitkan sket aktiviti kami nanti.
Aku suka sangat dapat suami yang memahami macam en.asben. Dan jugak dia pun sebenarnya kaki jalan jugak. Kalo tak dia yang tanya aku nak g mana weekend, maka aku la yang akan bertanya nak buat apa weekend...hehehe.. Aku tak dapat nak bayangkan kalo suami aku jenis orang yang suka duduk rumah dan tak suka g jalan2...OMJAYY...memang bosan ok.
P/s: Sayang...nak g mana weekend ni..? hahahaha
No comments:
Post a Comment