Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label parttime. Show all posts
Showing posts with label parttime. Show all posts

February 1, 2013

Menggedik bersama


Assalamualaikum.

Sejak tiada sebarang hiburan kat rumah ni, ekoran dari banjir hujung tahun lepas di mana adapter astro aku tenggelam banjir; sampai sekarang pihak astro tak datang tukar lagi, dah jadi rutin aku setiap hari singgah di dewan makan asrama yayasan, yang aku cerita aritu. 

Semalam aku puasa, so aku dah bagitau mak aku siap2 yang aku nak berbuka kat dewan. Sampai sana lebih kurang pukul 6.15 ptg..Awal lagi dan masih sempat aku nak tolong jaga budak2 makan petang. Tengah2 pantau lauk cukup ke tak, nasi cukup ke tak, tetiba aku berlari masuk dalam dapur. Aku teringat nak amek hp, boleh gak aku bercamwhore dengan budak2 asrama ni. hahahaha.

Mula mula aku amek gambar budak budak kat bawah ni. Ada sorang yang belah kanan hujung  sekali berlari2 nak masuk jugak dalam gambar. hahahaha. Terus posing. :P


 Kemain korang kan, siap dengan peace tu..



 
 Kali kedua aku suruh candid, ada jugak yang semangat posing..hehehe



Budak2 lelaki ni aku mintak izin nak amek gamba, tapi dorang macam takde perasaan. Tu yang dapat gambar candid tu. Good!


 Yang ni bukan budak ye. Yang ni mak budak, eh...dah jadi nenek budak dah. hehehe

Cantik tak mommy ku? Muda jelita lagi. Mak aku bekerja kat dewan makan ni selaku supervisor. Ma la yang akan order ayam, ikan, sayur, buah, dan barang apa yang takde dan tak cukup. 




January 17, 2013

Kerja part time

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal kerja part time. Mungkin bukan semua orang pernah buat kerja part time kan. Aku pernah masa zaman study dulu. Masa cuti semester 3rd year nak masuk 4th year tu kan lama gak cutinya, lebih kurang  3 bulan jugak kan. Sepatutnya masa untuk latihan industri. Tapi aku mintak punya mintak, stil tak sangkut satu company pon..so, dah malas nak LI, jom kita cari kerja..hahaha. Tapi cop eh..masa aku, tahun last yang tak mewajibkan LI, just optinal je. Batch lepas aku LI dah wajib. Tapi bila fikir balik, rugi sangat tak buat LI, tak pasal2 aku tak reti langsung nak kerja masuk kilang.

Aku kan belajar UM, so memang sangat dekat la dengan MIDVALLEY tu kan. Sebab tu duit asyik abes je. kuikui..Tambahan pulak, masa ni aku baru start duduk rumah sewa, kat VISTA ANGKASA je pun, betul2 kat tepi lrt universiti. So memang niat nak cari duit buat bayar sewa umah dan kita berLI di MV saje..hahaha..

Aku dengan housemate, Inaz...try cari keje kat GSC MV, sekali dapat la pulak 2 2 orang. Tapi sayangnya berlainan department. aku bahagian concession, Inaz pulak bahagian ticket. Mula2 agak kekok sebab yela..orang baru, sape je nak kawan kan. Tiap kali waktu rehat je kami rehat sama2.. Lepas tu dah susah dah nak rehat sama2 sebab waktu rehat dah lain2.. Bagi aku, keje kat bahagian jual ticket sangat la best, sebab busuk2 dengan bau popcorn..hahaha.. Dah namanya kerja kt bahagian makanan kan..memang sepanjang masa la aku bau popcorn. Menyampah betul.

Dan sepanjang kerja kat gsc ni jugak lah aku kenal macam2 jenis orang. Banyak pengalaman aku dapat kat sini. Lepas dah bukak balik semester tu, aku berenti. Rasa sayang pon ada tapi nak wat macam mana, aku tak mampu nak belajar sambil kerja. Kang mampus saje..hahaha..

Selain jadi gadis penjual popcorn, aku jugak pernah kerja sebagai kerani kat opis kawan abah. Kerja sap sap soi je.. Tapi yang aku tak boleh blah adalah dengan kegatalan bos aku. EEiiii..tak agak betul la miang dia. Bajet aku ni anak dara tak laku kot sebab siap pesan lagi, kalo umur aku dah sekian sekian kan, aku tak kawen lagi kan, bgtau la dia.. Dia nak kawen dengan aku.. ERkkk?? Orang macam ni pun ada. Tapi aku layan jela sebab kerja cari duit kan. Tapi kalo dia terlebih miang tu, aku sound je terus! Dan aku buat2 sibukkan diri dengan kerja yang banyak. Menyampah sangat.

Dan sekarang, aku pun ada kerja part time lagi..


 Taraaa...

 Aku buat part time kat dewan makan asrama yayasan kemaman. kihkihkih. Sebenarnya pakcik aku dapat tender kat dewan makan ni. So dia dah tarik mak aku kerja kat cni. Makanya aku pun setiap kali balik kerja, wajib singgah cni tolong2 apa yang patut. Aku suka sangat bagi lauk kat budak2, pastu tengok gelagat diorang. Ada yang cakap terima kasih lepas dapat makanan. Ada yang sombong betul.

 Sempat lagi mengepiskan diri

Tapi selalunya aku datang dah lewat la sebab balik kerja pun dah lewat kan. Tak tau la nak mintak gaji banyak mana dengan pakcik aku... hahahaha..#bajet bos pulak dia#