Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label groovy. Show all posts
Showing posts with label groovy. Show all posts

January 7, 2013

Recap of 2012

Assalamualaikum.
Rasa janggal bila nak start menulis di sini. Dah sebulan lebih blog ni sepi tanpa khabar. Owner dia masih hidup, cuma mengalami sindrom penyakit kemalasan nak update blog..hahaha.

Hari ni dah 7 Jan 2013 dah. Kejap je rasa, dah masuk tahun baru lagi. Rasa masih berada di tahun 2012 lagi. Kesian pulak kat diri sendiri. Macam hidup dalam gua je.

Highlight perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012:
Januari
- Dimulakan dengan perkhabaran gembira dari en.asben. Beliau telah kembali bekerja setelah cuti rehat yang sangat lama sehingga badan telah menjadi bambam akibat makan tido selain bertugas menjadi driver isteri beliau.
- Bermula la episod mengembara kami suami isteri. Bukan mengembara mengelilingi malaysia, apatah lagi dunia. Akan tetapi, mengembara setiap hujung minggu, asal weekend je aku atau en.asben memang tak lekat kat umah.Dah namanya weekend husband n wife, kalo tak en.asben balik kemaman, aku yang akan pergi bukit subang.

Febuari
-apa yang aku ingat, kami pergi bercuti ke Melaka. Tido sana 2 malam kot. Konon honeymoon. Honeymoon la sangat kan. Siang berjalan tak ingat, asal malam je terus kroh...kroh... Tak aci la kira honeymoon macam ni sebab kami tak sempat pon nak romantik2...masing2 kepenatan..hahahaha..
-bulan ni jugak aku beli buku 1 hari 1 resepi chef hanilieza. berguna sangat2 buku rujukan ni..hehe

Mac
-aku rasa bulan yang aku sangat busy kot, sampai nak update blog pon dah lupa macam mana. hahaha. takde satu coretan pun di bulan mac, so aku memang harapan la nak mengingat apa yang berlaku..eheee..

April
-berulang antara subang kemaman dah jadi rutin.
-aku n en.asben deactivate akaun facebook. hahaha. macam ramai sangat haters kan sampai nak deactivate bagai, tapi orang membenci, mana kita nak tau kan. Masa takde facebook tu, aku rasa masa kerja aku sangat berkualiti sekali. Dan banyak pulak masa terluang, so banyak kerja yang dapat diselesaikan within office hour.  Salah satu sebab aku deactivate adalah tak nak orang tegor aku nampak gemok ke bulat ke kan. hahahaha

Mei
-yeay! bulan kelahiran aku. masa ni aku amek off seminggu setelah pulun tanda paper student. Indahnya mendapat kucupan selamat hari lahir apabila bangun dari tidor. Kucupan je pon. hadiah masa ni takde pon. Sentap je kan.
-oh ye. 2 ari sebelum bday aku jugak hp aku dah arwah. mencik. sampai sekarang tak beli lg hp baru, cuma pakai hp lama along je. takpelah. malas nak fikir pasal hp dah.*buat masa ni la kot..hehehe*
-ramai yang kawen bulan 5. kami ke penang, ke johol,n9.
-bulan paling rajin aku menulis di blog.

Jun
-mestilah bulan kelahiran cirah, anak buah aku. birthday party ke 2 dia buat di kemaman. meriah. eksaited, semua ada.
-baru start menggila cheesetart. gigih buat sendiri balik kerja terus pulun buat. hahaha. masa ni jugak aku start gila baking. hasilnya, lihat lah badan saya yang dah jadi macam kek tambun dia. hahaha

Julai
-kami berhoneymoon di Zenith hotel, kuantan. hahaha. saja habiskan duit lagak macam orang kaya.
-aku ada bengkel di Genting Highland. Masa ni aku pulun makan banyak2 sebelum bermulanya ramadhan. setiap kali waktu makan aku amek dessert. Amek kau berat badan cecah sampai 60kg. lepas tu menangis salahkan penimbang. huhuhu.
-21.7.12 bulan puasa yang kedua sebagai suami isteri.
-22.7.12 Our 1st anniversary! Tapi  pada malam anniversary tu, tak dapat nak romantik sama2. bukan sebab bulan puasa ke apa kan.hahahaha.. tapi sebab en.asben takde di sisi. sila lah tabah wahai hati..

Ogos
-aku menghadiri majlis pemakaian pangkat en.asben. siap tolong pakaikan lagi tu. nerbas makcik. nasib baik takde pape berlaku depan datuk KP. tahniah sayang. lepas ni bila nak naik pentas pakai pangkat baru?? hehehe
-pertama kali menyambut raya bersama sebagai suami isteri. memangla tahun 2011, time hari raya, aku dah jadi isteri en.asben yang sah. tapi sebab majlisnya belum langsung, terpaksa la raya berjauhan. Tapi tidak untuk tahun 2012. Alhamdulillah. sempat salam cium tangan en.asben pagi raya. siap pergi bergambar di studio dah jadi macam datuk datin lagi.hehehe. Tapi, adakah nasib menyebelahi aku pada thun 2013? aku dapat rasakan macam tidak je. huhuhu
-2nd day raya adalah birthday en.asben. Happy birthday sayang. Tak sempat nak buat kek untuk sayang sebab bz.
-bz sebab apa? sampaikan kek en.asben terabai. ni sume gara2 kak limah @ acik bertunang di 2 hari raya. hehehe. selamat bertunang la kepada itri & fitri. Bizian jadi kakak ni. jadi mak andam lagi.

September
-start join tatiuc racing team. dah start bz, bukan aku. tapi orang lain, especially students. hahaha. aku kan sebagai bendahari je. cuma bz time nak closing akaun dan buat report kewangan. pening aku jaga duit ni.

Oktober
-adik ipar kesayangan konvo. hehe. aku dapat bunga dari en.asben. siti sila jangan jeles sebab bunga akak lagi besar dari bunga siti ok.hehehe

November
-aku tak ingat apa yang penting berlaku. masa ni pun macam dah fed up je nak update blog..huhuhu

Disember
-aku dapat bonus. Oh yeah. tapi dari en.asben. en.asben belikan loket untuk di matchkan dengan rantai aku. cantik, dah macam mak datin je aku tengok. tq sayang. lebiu much much.
-yang lain macam dah blur sebab aku rasa banyak je perkara best yang berlaku. tapi sebab aku tak update blog, makanya aku lupa dah. hahaha.
-oh, ye, banjir besar melanda kemaman. rumah aku masuk air.habis barang2. astro lagi sedih, tenggelam adapter. sampai sekarang aku tak dapat tengok tv. patut la rasa macam duduk dalam gua je. huhu.
-tp sayangnya masa kejadian banjir tu, aku berada di utara kerana menghantar adik bongsu masuk ikm beseri, perlis.
-apapun, sambutan tahun baru aku sambut dalam bilik je dengan en.asben setelah penat mgemas kembali rumah yang bersepah. Eh, ada ke en.asben ajak aku keluar tengok bunga api time aku dah baring2 waktu hujan lak tu..tak patut2.. memang aku macam dengar tak dengar jela ajakan dia tu..hahahaha.. 

Apapun, untuk tahun 2013 ni, aku berharap sangat dapat berita gembira. Semoga rumahtangga yang kami bina berkekalan sampai syurga. Semoga kami menjadi orang2 yang sabar dalam melayari alam rumahtangga yang ada pasang surutnya air laut. eh..Semoga aku dapat pindah ke kl hidup bersama2 en.asben. dah penat nak berulang alik macam sekarang. :( dan jugak semoga kami mendapat cahayamata. Amin.

#ce kira berapa banyak semoga.

Sekian. Assalamualaikum.

Peace dari cirah n tuan tanah.

September 19, 2012

Emmm....



Rindu bobot ite.....


July 24, 2012

Spot the differences

Differences...bunyi macam banyak je kan.. :P



Selamat berbuka :)


April 23, 2012

Tolong...kaki saya gatal..!!

Tetiba rasa gatal sangat kaki ni...gatal yang lain macam..macam selesa je..eh..ada ke gatal selesa...??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V


Patut la gatal sangat...rupanya ada ulat bulu yg gomok dan comel ni kat kaki....Cute kan...terpandang tadi kat Giant, terus terbeli...hehe..murah je..rm10..boleh la buat pakai kat dalam opis ni..



Yang menyebabkan selipar ni bertambah cute bila kaler dia lain2 sebelah..kan..? Comel kan...kalo korang pon nak, korang g beli k..murah je kan...aku belanja..korang bayar tau... :P

*pengsan tengok kaki sendiri yang buroks dan berurat urat tu..* T__T



P/s: hari ni aku makan banyak kot..rasa nak makan je..pagi makan..tengahari makan..ni pon rasa nak makan lagi..ke sebab emosi kot..lapar je.. ><



April 19, 2012

Kad Perakuan Nikah


Saje je nak eksen kad kawen... :P





Tapi mencik la bila tiap kali tengok kad kawen aku ni.. Nampak macam en.asben kawen dgn india muslim je..huhu..gamba aku gelap.. T__T
Actually, masa aku nak submit borang nikah dulu, aku dah xde gamba passport..pastu selak sana selak sini dalam wallet, terjumpa la baki gamba buat lesen dulu. Rasa macam cun je, terus mintak tolong mak aku g cuci banyak2..Bila mak aku bagi gamba yang dah siap, itu la hasilnya..macam india muslim..huhuhui..Apek cina kedai gamba tu dia main scan gtu je gamba asal. Dia takde pon nak wat elok2 sket..Aku dah macam hampa lihat diri sendiri..terus down.." Tak nak kawen la" eh...tipu je tu..senget betul..hahaha..

Takpela buruks pun..mak redha je..Jeles tgk gamba en.asben putih je..kan..
Kad kawen tu siap ada gamba batu nisan bersurat lagi...Lain negeri lain la pulak style kad masing2 kan..


Kami nikan 22.07.2011....lagi berapa bulan nak masuk setahun dah..kejap je..

May 2, 2011

Jalan jalan habiskan duit.

Hari Sabtu lepas, aku keluar dengan adik jalan2 ke Mesra Mall.

Kami makan2.

Kami tengok wayang.

Dan kami membeli belah, tapi barang aku la.

Layan gambar je lah.

Punya la malas aku nak cerita.


Ni lah adik2 ku. Acik n adik amy.


Jangan di tanya mengapa terdapat perbezaan warna kulit. keh3


Bersama kakak yang sweet kan. :P


Menikmati flat coffee.


Apekehe sampai terjelir minum kopi mek..


Oh..sedapnya sampai pejam mata. Hahaha


Bintang softball sekolah. Sebab tu lah kulit dia agak gelap sekarang.


Kami tengok THOR. :)


Sekian. Penutup, tatap lah kakak dia yang dah gemok.


April 26, 2011

Sekejap

Rindu nak merepek kat sini..
Tapi dari minggu lepas lagi aku busy..
Tunggu next week kot baru settle semua kerja..
Lepas tu, kita enjoy..
Nak cuti..nak cuti..hehe..
Eh..tak sabarnya nak siapkan kerja.. =__=

January 24, 2011

Mission

Hari Sabtu lepas aku ada mention kat sini yang aku ada misi yang perlu dilaksanakan. So misi tersebut adalah membeli cincin kawen En.tunang. Susah tau kalau nak beli barang2 En.tunang ni. Cerewet. Kalau takde yang berkenan di hati, sampai ke sudah la ko jalan2 pusing2 sampai penat kaki nak melangkah. Aku ni pulak dah la cepat penat. Nak suruh En.tunang dukung aku, kang orang ingat aku cacat pulak. Haha. Terpaksa la aku gagahkan jugak dengan gaya macho. :P Lepas tu pulak, kalau dia dah berkenan kat satu barang tu, memang akan ter-igau2 la sampai sudah. So nak tak nak kena beli jugak. Hehe. Macam kisah yang berlaku Sabtu lepas.

Contoh berkenan pada yang satu:

Tujuan memang nak beli cincin dia kan. So kami usha2 la kedai emas. Lepas tu masuk je satu kedai ni, aku dah berkenan satu cincin yang pada pandangan aku memang nice la kalau dia pakai. Rupanya dia pun berkenan gak cincin tersebut. Tapi kami tak beli lagi. Dah kata pon usha2 kan. Kami pon berlalu dari kedai tersebut dan menuju ke kedai2 yang seterusnya. Tapi bila hati dah berkenan pada sesuatu, memang sampai sudah la still ingat cincin kedai 1st tadi jer. Sebenarnya aku pon sama. Masuk kedai lain, semua rasa macam tak best. Sebab rasa tak de satu pon yang menarik perhatian aku sebagaimana cincin kedai 1st tadi yang menarik2 perhatian kami ibarat " Take me! Buy me!" So last2 kami pergi balik ke kedai 1st tadi. Terus beli. Dan nasib la En.tunang menahan nafsu aku dari membeli sebentuk cincin untuk aku jugak. Tak boleh blah betul. Tujuan nak cari cincin dia. Tapi aku pulak yang lebih. Nasib baik ada hero penyelamat. Haha. Sebab tu la kita sayang awk lebih tau :P
So mission accomplished!!


Contoh ter-igau2 dalam sedar:

Lupa nak bagitau di sini yang sebelom kami singgah ke kedai2 emas untuk usha2 cincin tu, kami ada pusing2 dalam Parkson. Boleh pulak dia melekat kat Bonia punya bahagian, kasut!! Terus duk tunjuk2, duk pegang2, duk belai2 kasut yang dia berkenan sangat nak beli. Harga pulak half price kot. Mau nya pakcik tu tak keruan tengok kasut dambaan dengan harga sebegitu. Aku hanya mampu geleng2 kepala je. Dia dah la baru je beli kasut. Ni nak beli lagi. Kalah aku tau. Aku dengan kejam nya cakap tak payah. Walaupon bukan duit aku yang keluar, tapi buat apa nak kasut banyak2 kan. Nasib baik kasut hantaran aku dah simpan siap2. Kalau tak maunya dia pakai terus. Hehe. Sayang, nanti bila dah kawen, kita hadiahkan kasut untuk awak banyak2 ok. awak cakap jer nak yang pesen mana. Kita borong. Dan kalau awak nak tido dengan kasut2 tu pon boleh..Hehe.

Sebenarnya perangai aku dan dia lebih kurang sama jer. Haha. Tapi saja je aku nak tunjuk macho sebab aku dapat menahan godaan dari membeli sandal. Benci betul la sebab kena jihad dalam diam ni. Kenapa la sandal2 tu lawa sangat?? Nak2 lagi lawa kalau tersarung kat kaki aku ni..Hahaha.. ni kes tak puas hati sebab duk terbayang2 sandal hot!

January 22, 2011

Morning

Hari ini ada mission.
Kena pastikan mission accomplish.
Eh, semalam kan aku tengok Khurafat. Wat rugi je bayar tiket. Haha.
Banyak tutup mata dari tengok depan. Cess.. Syamsul, kenapa ko wat cite seram sangat? Kan aku dah rugi..haha..
Pastu, time nak tido, duk terbayang2 menatang tu depan muka..

Demnn!!

Pasni aku taknak tengoke dah citer hantu malam2. Sakit jantung weii..

January 17, 2011

cik blog wajah baru

Heeeeeee....
Lebar tak aku senyum..??
Saje je tukar layout and background..
Dah bosan la pakai kaler hitam je manjang..
Kali ni nak redupkan pandangan mata..
Tenang tak..tenang tak..
Hehehe..
Kalau tak tenang pun,wat2 tenang je ok.. :P

January 2, 2011

Pakcik TAQWA


Ini adalah entry pertama untuk tahun 2011.
Semalam aku malas nak update. Lagipun semalam tak kemana sangat.
Setakat duk umah, mandi pun dah pukul berapa sebab sejuk gila hari ujan.
Pastu teman ma g beli barang kat pasaraya. Xdela rare sangat.

Hari ni aktiviti aku cam faedah sket la. Berfaedah untuk kereta aku, my baby black aku tu..Sebabnya aku g servis dia pagi tadi..

Macam biasa g kedai Uncle. Tapi sayangnya uncle tak datang bengkel la hari ni.
So, anak dia jer yang melayan aku, eh..melayan kereta aku..hehe..
Biasa kalau uncle ada, mesti dia banyak borak2 dgn aku. Tanya macam2..Soalan feberet dia,"sudaa kawen aaa??" Dan kalau dgn uncle ni, mesti aku leh ekjas harga murah sket berbanding dgn anak dia..bagi senyuman manis bak gula sket..tapi langkah tak berapa nak kanan la hari ni..choii..

Oh, lupa nak bgtau..Uncle ada 2 org anak..Leng Chai ok!! hehe..Tapi aku tak tau nama mereka..malu la nak tanya..kang leng chai itu ingat aku nak ngorat dorg pulak..hehe

Aku suruh anak uncle ni tukar minyak enjin, tukar minyak gear, buat balancing dan alignment tayar sekali..
Tapi, setelah dia melihat condition tayar beby aku tu, terus dia suh tukar tayar..Semua sekali!!!
Perghh..!!You memang terbaek la!!

Memang aku dah rasa tayar aku tu menipis dah..Patut la time g kerja last week, aku rasa cam Licin jer time break mengejut tu..Dahla hari hujan..Nasib la masih boleh mengawal keadaan kereta lagi time tu..Scary aku..

Dan setelah mengambil kira soal keselamatan, aku setuju jela tukar 4-4 tayar.. T__T nangis aku pikir balik..Rabak poket gua..Terus pangkah laju2 gamba2 baju untuk shopping yang terlintas dalam kepala aku.. T__T

Lama gak tunggu dorg siapkan kereta aku tu..Dalam aku duk sorg2 tu kan, ada la sorng pakcik ni dtg tegur aku..Pakcik ni dtg nak servis kereta dia gak..

Dia tanya "dah lama ke tunggu..??"
aku jawab "ada lah dalam sejam dah.."
Pastu dia duk tanya lagi..kerja mana..??
Aku jawab la "Tati.."
Pastu dia tanya lagi.."Dah kawen ke belum..??"
Aku dalam hati..ko agak2 la nak tnya pakcik oii..Tapi aku jawab gak.."Belum lagi.."
Pastu boleh pulak dia balas balik jawapan aku td..dia cakap.."memilih sangat kot..Umur berapa..??"
Terus aku jawab.."Wah..ni polis ke ape..??"
Aku rasa cam eh..mangkuk jugak ye pakcik ni..nak je aku tanya dia.."Pakcik nak buat saya jadi bini no2 ke..??" Tapi kang dituduh mak tak ajar la pulak..jadi kurang ajar kat org tua..

Pastu dia duk cakap la..kalau nak cari lelaki ni..cari la yang ada TAQWA..
Biar hidup sederhana..Tapi asalkan TAQWA..Sebab Taqwa itu penting dalam hidup..Tengok anak2 zaman sekarang, kalo org yang takde TAQWA, kawen tak kekal..
Seriously, berapa banyak TAQWA daa yang dia sebut tadi..aku iye kan aje la..
Terima kasih pakcik..atas nasihat pakcik pasal TAQWA tu.. =__=
Memang sgt sarcastic la pakcik tu..

Pastu dia duk tanya lagi aku ni diploma ke degree..dan siap tanya gaji kat sana berapa...see...betapa kepochi kan ini pakcik...
dari dia berdiri depan aku..terus dia tarik kerusi duduk sebelah..hoii..dah la asap rokok tu kena muka aku..memang hangin la aku..harap pakai kopiah jer la pakcik ni..tapi manners dia agak kurang..

Lupakan jer la cerita pasal pakcik ni..Spoil jer kan..

Ketika my black beby ditukar minyak gear kot..


Ni pulak tengah wat alignment kot..

Nampak tak kemek kat pintu belakang tu..huhu..
Tu gara2 manusia yg tak reti bawak kereta la tu yg duk langgar pipi beby aku..huhuhu


Ni pulak dia wat balancing kot..dia kasik pusing tayar laju giler speed dia..tu sbb nak tgk steering gegar tak bila bwk laju..


See..Tayar baru aku yang berkilat2.. :P


Wajah TAQWA aku...hahaha

Pakcik..tgk la muka saya yang bercahaya ni pakcik..kan dah TAQWA muka saya sebab dah dengar ceramah TAQWA pakcik..hahaha..

December 28, 2010

di hari itu






:)


bakal mak & abah


ma & abah


malu i..hehe


peace!!


charlie's angles




with along han, my cousin


with my adik





pose ala2 bajet hot..haha


i like.. :)


aku dah jadi tunang Mohamad Hissham.. :)

December 11, 2010

~semalam~

ini cerita semalam punya kejadian...
eh..lame dah kan tak update cni..ala..takpe..takde sape nak baca gak..
juz diri sendiri je baca..heee...

Ayam Penyet..??

aku lame dah nak try makan kat cni..tapi cam berkira kira..best ke tempat tu..
so semalam dah alang2 bobot dtg cni, ada org nak paksa teman makan..hehe..terus try tempat ni..



ni dia org kena paksa rela makan kat cni..hehe


tetiba rasa gamba ni cam smart semacam je dia kan..siap pakai kemeja lg..kalo korang tengok bawah..eh..tgk tang kaki la..bukan bawah ape..ish..lagi la..pakai kasut bagai..haha..
dia berpakaian sebegini rupa adalah kerana baru balik opis dia..kalo tak,xde maknanya nak kuar pakai smart2 camni..aku pon seram nak jalan ngn org smart2 ni..haha..


asal gamba aku je,terus jadi gelap..tau la aku ni dah gelap..huu..sentap..


disebabkan 1st time makan cni,so kami order seperti nama restoran tu la..

1.ayam penyet
2.udang penyet
3.pucuk ubi masak lemak
4.ikan asam pedas - ni terpaksa di cancel..takut kang pecah lak perut..haha
5.air lemon + air suam


ni muka raksasa lapar tak sabar nak makan.. :P



ni aksi...apekah..?? harap maklum ye..bukan 18sx punye aksi.. :P ni namanya mogok lapar..


mula2 air yang diorder dulu sampai..

lemon ais + air suam..

biasanya kalo aku order air,memang xleh abes la segelas tu..tak kira la gelas besar atau kecik..memang tak abes..so,ada la mangsa yang kena abeskan air aku tu..hehe..

pastu ayam penyet tu sampai..

kecik je aku tgk ayam ni..mane cukup!!


diikuti oleh udang penyet.

nampak sedap je kan udang ni..slurrppp


pastu sayur sampai..pergghhh..dan2 kecur air liur aku tgk sayur ni..lame dah tak pekena masak camni..





tadaa..inilah juadah santapan tengahari kami.. :)



tapi bagi aku ayam dia cam biasa jer...cuma bezanya dia penyet2 dulu..ketuk2 dulu lepas goreng..tu jer..sebab tu nama dia ayam penyet..
tapi ok la abes lauk2 tu sebab kami tengah kelaparan kan..
bila makanan dah abes,baru terasa macam.."eh..takdela sedap mana pon kan makanan cni.."
haha..giler..tak sedap tapi licin ko sapu ye..


inilah keadaan mangsa setelah dimakan oleh raksasa2 yang kelaparan tadi..


harap maklum..muka raksasa kekenyangan tak leh tunjuk..sbb BURUK..hahaha..






November 18, 2010

Raya ker??

Raya korang g mane?
aku duk umah jer..nak g umah makcik aku kat putrajaya pun punya la malas nak kuar..
nasib ada takbir raya..kalo tak memang aku dah tak ingat yang ari ni raya aji..huuu..

tapi kan..ari ni 1st trial aku masak nasi minyak sendiri..!! nasi minyak stail tengganu la tapi..dah namanya aku ni anak ganu.. :P punye la gigih nak terai gak buat sendiri..

tadaa...ni la hasil kegigihan aku pagi tadi..

1. nasi minyak
2. gulai ayam
3. kuah kacang
4. nasi impit segera
5. daging masak kicap semalam punye daa...

nasi minyak + gulai ayam = aku buat
kuah kacang = kawan aku buat

kami memasak secara berjemaah..hehe..hasilnya tadi, boleh la tahan..huhu
aku tak pernah masak nasi minyak,so risau jugak takut jadi hape nanti..tapi,alhamdulillah..kami selamat..takde kes keracunan makanan..hehe

ok..saje je nak tayang aku juadah aku makan arini..babai

March 30, 2010

selamat lahir cik blog

heee....aku berasa sgt heppi saat ini..
sbb apa yg aku impikan (dah lame ye..) akhirnye terlaksana jua...
aku suda ada cik blog...yeaa!!!
selama ni malas tul la nk godek2..tp mlm ni ku tetap gagahkan jari jemari ini utk explore dunia baru..hahaha..jakun gile ko..

walaupun assignment ada lg 3...eh..2 setengah lg yg duk menunggu utk di ulit,tp aku xpedulik..
MUAHAHAHA...

k la dulu ye..for the 1st entry..cukup smpai cni dulu.. :)