Rasa janggal bila nak start menulis di sini. Dah sebulan lebih blog ni sepi tanpa khabar. Owner dia masih hidup, cuma mengalami sindrom penyakit kemalasan nak update blog..hahaha.
Hari ni dah 7 Jan 2013 dah. Kejap je rasa, dah masuk tahun baru lagi. Rasa masih berada di tahun 2012 lagi. Kesian pulak kat diri sendiri. Macam hidup dalam gua je.
Highlight perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012:
Januari
- Dimulakan dengan perkhabaran gembira dari en.asben. Beliau telah kembali bekerja setelah cuti rehat yang sangat lama sehingga badan telah menjadi bambam akibat makan tido selain bertugas menjadi driver isteri beliau.
- Bermula la episod mengembara kami suami isteri. Bukan mengembara mengelilingi malaysia, apatah lagi dunia. Akan tetapi, mengembara setiap hujung minggu, asal weekend je aku atau en.asben memang tak lekat kat umah.Dah namanya weekend husband n wife, kalo tak en.asben balik kemaman, aku yang akan pergi bukit subang.
Febuari
-apa yang aku ingat, kami pergi bercuti ke Melaka. Tido sana 2 malam kot. Konon honeymoon. Honeymoon la sangat kan. Siang berjalan tak ingat, asal malam je terus kroh...kroh... Tak aci la kira honeymoon macam ni sebab kami tak sempat pon nak romantik2...masing2 kepenatan..hahahaha..
-bulan ni jugak aku beli buku 1 hari 1 resepi chef hanilieza. berguna sangat2 buku rujukan ni..hehe
Mac
-aku rasa bulan yang aku sangat busy kot, sampai nak update blog pon dah lupa macam mana. hahaha. takde satu coretan pun di bulan mac, so aku memang harapan la nak mengingat apa yang berlaku..eheee..
April
-berulang antara subang kemaman dah jadi rutin.
-aku n en.asben deactivate akaun facebook. hahaha. macam ramai sangat haters kan sampai nak deactivate bagai, tapi orang membenci, mana kita nak tau kan. Masa takde facebook tu, aku rasa masa kerja aku sangat berkualiti sekali. Dan banyak pulak masa terluang, so banyak kerja yang dapat diselesaikan within office hour. Salah satu sebab aku deactivate adalah tak nak orang tegor aku nampak gemok ke bulat ke kan. hahahaha
Mei
-yeay! bulan kelahiran aku. masa ni aku amek off seminggu setelah pulun tanda paper student. Indahnya mendapat kucupan selamat hari lahir apabila bangun dari tidor. Kucupan je pon. hadiah masa ni takde pon. Sentap je kan.
-oh ye. 2 ari sebelum bday aku jugak hp aku dah arwah. mencik. sampai sekarang tak beli lg hp baru, cuma pakai hp lama along je. takpelah. malas nak fikir pasal hp dah.*buat masa ni la kot..hehehe*
-ramai yang kawen bulan 5. kami ke penang, ke johol,n9.
-bulan paling rajin aku menulis di blog.
Jun
-mestilah bulan kelahiran cirah, anak buah aku. birthday party ke 2 dia buat di kemaman. meriah. eksaited, semua ada.
-baru start menggila cheesetart. gigih buat sendiri balik kerja terus pulun buat. hahaha. masa ni jugak aku start gila baking. hasilnya, lihat lah badan saya yang dah jadi macam kek tambun dia. hahaha
Julai
-kami berhoneymoon di Zenith hotel, kuantan. hahaha. saja habiskan duit lagak macam orang kaya.
-aku ada bengkel di Genting Highland. Masa ni aku pulun makan banyak2 sebelum bermulanya ramadhan. setiap kali waktu makan aku amek dessert. Amek kau berat badan cecah sampai 60kg. lepas tu menangis salahkan penimbang. huhuhu.
-21.7.12 bulan puasa yang kedua sebagai suami isteri.
-22.7.12 Our 1st anniversary! Tapi pada malam anniversary tu, tak dapat nak romantik sama2. bukan sebab bulan puasa ke apa kan.hahahaha.. tapi sebab en.asben takde di sisi. sila lah tabah wahai hati..
Ogos
-aku menghadiri majlis pemakaian pangkat en.asben. siap tolong pakaikan lagi tu. nerbas makcik. nasib baik takde pape berlaku depan datuk KP. tahniah sayang. lepas ni bila nak naik pentas pakai pangkat baru?? hehehe
-pertama kali menyambut raya bersama sebagai suami isteri. memangla tahun 2011, time hari raya, aku dah jadi isteri en.asben yang sah. tapi sebab majlisnya belum langsung, terpaksa la raya berjauhan. Tapi tidak untuk tahun 2012. Alhamdulillah. sempat salam cium tangan en.asben pagi raya. siap pergi bergambar di studio dah jadi macam datuk datin lagi.hehehe. Tapi, adakah nasib menyebelahi aku pada thun 2013? aku dapat rasakan macam tidak je. huhuhu
-2nd day raya adalah birthday en.asben. Happy birthday sayang. Tak sempat nak buat kek untuk sayang sebab bz.
-bz sebab apa? sampaikan kek en.asben terabai. ni sume gara2 kak limah @ acik bertunang di 2 hari raya. hehehe. selamat bertunang la kepada itri & fitri. Bizian jadi kakak ni. jadi mak andam lagi.
September
-start join tatiuc racing team. dah start bz, bukan aku. tapi orang lain, especially students. hahaha. aku kan sebagai bendahari je. cuma bz time nak closing akaun dan buat report kewangan. pening aku jaga duit ni.
Oktober
-adik ipar kesayangan konvo. hehe. aku dapat bunga dari en.asben. siti sila jangan jeles sebab bunga akak lagi besar dari bunga siti ok.hehehe
November
-aku tak ingat apa yang penting berlaku. masa ni pun macam dah fed up je nak update blog..huhuhu
Disember
-aku dapat bonus. Oh yeah. tapi dari en.asben. en.asben belikan loket untuk di matchkan dengan rantai aku. cantik, dah macam mak datin je aku tengok. tq sayang. lebiu much much.
-yang lain macam dah blur sebab aku rasa banyak je perkara best yang berlaku. tapi sebab aku tak update blog, makanya aku lupa dah. hahaha.
-oh, ye, banjir besar melanda kemaman. rumah aku masuk air.habis barang2. astro lagi sedih, tenggelam adapter. sampai sekarang aku tak dapat tengok tv. patut la rasa macam duduk dalam gua je. huhu.
-tp sayangnya masa kejadian banjir tu, aku berada di utara kerana menghantar adik bongsu masuk ikm beseri, perlis.
-apapun, sambutan tahun baru aku sambut dalam bilik je dengan en.asben setelah penat mgemas kembali rumah yang bersepah. Eh, ada ke en.asben ajak aku keluar tengok bunga api time aku dah baring2 waktu hujan lak tu..tak patut2.. memang aku macam dengar tak dengar jela ajakan dia tu..hahahaha..
Apapun, untuk tahun 2013 ni, aku berharap sangat dapat berita gembira. Semoga rumahtangga yang kami bina berkekalan sampai syurga. Semoga kami menjadi orang2 yang sabar dalam melayari alam rumahtangga yang ada pasang surutnya air laut. eh..Semoga aku dapat pindah ke kl hidup bersama2 en.asben. dah penat nak berulang alik macam sekarang. :( dan jugak semoga kami mendapat cahayamata. Amin.
#ce kira berapa banyak semoga.
Sekian. Assalamualaikum.
Peace dari cirah n tuan tanah.
2 comments:
Berapa bnyk semoga daaaa....
Apa2 pun aku aminkan doa2 ko. Aminnnnn :)
tq cik pijah yg the hot ever... :)
Post a Comment