Assalamualaikum.
Pagi2 ahad ni mendung je... macam nak hujan pun ada. Pagi tadi aku dan en.asben sama2 keluar rumah. Aku bergerak ke tempat kerja. En.asben pulak bergerak balik ke subang. Dia kena standby hari ni, tapi pagi tadi baru gerak. hahahaha...Mintak2 la takde panggilan suruh bertugas ke apa ke kan.
Aku kesian sangat dengan en.asben. Sanggup balik semata nak jumpa bini dia yang meroyan nangis cerita pasal g hospital. Cakap sikit nak nangis..Cerita sikit nak nangis. Haiii..kenapalah aku ni cepat sangat nak nangis ni. Kalau jadi pelakon, dah lama dapat award pelakon air mata kot.
Aku tak bajet yang en.asben akan pulang, untuk sehari je pulak tu. Hati aku ni dah rasa terharu sangat dah. Thanks sayang sebab ada di sisi ayang time ayang perlukan abang.. T__T
Memang aku g Kuantan Medical Center pagi jumaat lepas. Aku g sorang2 je sebab en.asben kan bekerja hari jumaat. Aku g sana untuk buat pemeriksaan sikit. Tapi result tak tau lagi result dia sebab kena amek darah for the 2nd time next 26hb1 ni... Tapi dari gambaran awal, dah macam aku ni yang problem. T__T
Aku bukannya tough sangat. cakap dengan doktor pun suara dah bergetar2..mata dah kaca2..nasib baik boleh tahan emosi lagi. doktor scan dan cakap2 sikit.. part amek darah tu sangat drama. huhu..takut! padahal takde sakit mana pun..cuma rasa macam seriau je bila fikir kena amek darah..
Selesai semua kat KMC, terus g rumah Gnee, amek dia g lepak ECM..kami tengok wayang 3 cerita terus. Back to back sampai sakit kepala aku..hahaha. Cadangnya nak balik la malam tu, lepas habis tengok cerita kul 9..tapi en.asben kol suruh aku check in kat mana2 dulu. Tanjat gembira gegurl sebab dapat jumpa en.asben, walaupun sehari. So, malam tu aku tak balik kemaman la. Tunggu en.asben sampai dari kl. Tengah malam jugak la sebab aku rasa aku dah tertido..sedar2 ada kol kul 12.30..rasanya macam ada miskol dah sebelum tu..tapi aku tak sedar..hehehe..
Esoknya layan wayang lagi dengan en.asben before pulang kemaman. hehehe..Sepatutnya en.asben nak balik malam..tapi di tangguh tangguh, sampai la pagi tadi. Sebelum tido kemain suruh aku kunci jam kul 5 pagi nak bangun, sebab nak gerak balik pukul 6am kan..tapi sampai aku dah siap2 pakai baju keje pun masih liat lagi nak bangun..en.asben memang drama skit kalo dia balik kemaman. Susah nak bangun time aku ada. Cuba time dia sorang2, senang je bangun awal. hahahaha.
Thanks sayang for the weekend. Can't wait to see u on this coming friday. Yeay!
No comments:
Post a Comment