Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

December 5, 2012

Rindu... :(

Sesungguhnya saya amat merindukan suami saya.. T__T



Harapan saya agar beliau dapat off hari jumaat, dan pulang ke pangkuan isteri dengan selamat. 
Amin.

December 4, 2012

Ibu dan anak

Along & Cirah

Like mother like daugther.. :)
#gaya rambut sama je#

Hari kelahiran mak limah lenggang


Selamat hari kelahiran yang ke 26 sissy!


 Gamba resume awk..kah3..dah macam budak cina dah tgk awk..padahal awk kan orang asli..sejak bila dah bertukar jadi cina ni..oh,lupa! Ini lah rahsia Aura Maya..hehehe..

Semoga di hari yang penuh bersejarah ni, awk dimurahkan lagi rezeki, dipanjangkan umur, semoga mendapat kesihatan yang lebih baik #pandai jaga diri, maka asma pon jarang la attack ye#

Semoga kita dapat pergi kerja sama2, balik kerja sama2..Oh, bestnya kalo awk dapat kerja kat TATIUC jugak..hihihi..banyakkan doa ok. Insya Allah, ada rezeki tak ke mana. :)

No matter how many times we fight, but at the end of the day, we are still sisters! 
Love u sissy..














 

December 3, 2012

Happy birthday dear Jah

 

Jah...happy birthday..semoga apa yang dihajati kamu Allah makbulkan apa yang kamu impikan selama ini #permohonan tukar ke semenanjung...eh..dan cepat kawen# hehe..

Rasa lama sangat tak jumpa..padahal waktu raya hari tu kita dah jumpa kan..mungkin masa yang dapat diluangkan bersama2 agak terhad sekarang. memandangkan aku dah bersuami..huhuhu..kalo tak, asal mu balik kg je, mesti aku sampai ke umah mu kan. Huu.. rindu sangat kat kamu jah..

Dan sangat banyak yang kita share sama2 kan. Pasal family, pasal kerja, pasal hati...and thanks for listening jah..Really hope that you will find your rusuk kiri, sooner. Tapi aku rasa, dapat je tukar kuantan, terus kawen kot..terus dapat jodoh..hehe..





Happy birthday dear fren..love u!


December 2, 2012

Contengan Ahad

Sejak 2 menjak ni, mood nak menulis dah hilang ke mana. Tiap kali nak menulis, mesti ada benda yang menghalang. Pulak tu diri menjadi sangat sibuk baru2 ni. Banyak perkara2 yang memorable berlaku, tapi tak sempat nak simpan di buku maya ni untuk kenang kenangan.

Ke faktor usia dah meningkat..?

Tak mengapa. Sedangkan pantai lagi berubah kan. Inikan pulak hobi menulis. Memang on off tak tentu masa ikut kesempatan yang ada. Alangkah bestnya kalau ada galaxy s3..eh..tetiba pulak kan..hehe

Aku ingatkan bulan 1 tahun depan dah dapat nak tinggal bersama2 dengan en.asben, nak jadi suami isteri fulltime, tapi harapan tinggal harapan.. Sangkaanku meleset sama sekali.. Demi tugas, terpaksa la aku bertahan sampai pertengahan tahun hadapan. Terpaksa la aku menghabiskan semester 2 2012/2013 di TATIUC lagi.

Aku tau en.asben sangat kecewa mendengar berita ini. Aku tau, en.asben sangat la penat dengan keadaan kerja yang tidak menentu. Weekend pun terbang. Weekend jugak standby. So, waktu untuk aku...?  :(

Situasi ini amat terasa sesak dan penat sejak kebelakangan ini. Maaf sayang. Ayg terpaksa tunggu hingga semester 2 ni berakhir.. Tapi kan.tapi kan...kalau sayang boleh tolong bayarkan hutang2 ayg, ayg ok je. Esok jugak ayg tender resign..hehehe..


Oh, lupa nak wish..happy birthday adikku Zarizi!

November 22, 2012

Ya Allah..Selamatkanlah Palestin

Menitiskan air mata aku bila tengok video serangan yahudi ke atas bumi palestin..
Nak nak lagi bila tengok budak2 yang kena bom.. T__T..
Darah sana sini..
Dengar teriakan kanak2..
Dengar tangisan kanak2 tidak berdosa itu..
Cukup menyayat hati.. T__T
Semoga Allah memberi kemenangan kepada para pejuang Palestin..
Amin...


November 21, 2012

Bahagiakah perkahwinan atas nama cinta??

Kisah ni aku dapat dari seorang kawan..harap boleh jadi pedoman..


Nak dijadikan cerita, ada seorang pemuda bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana. Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah puteri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga jugak dari keturunan diraja. 

Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui puterinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta puterinya. Maka setelah keduanya tamat belajar, pernikahan keduanyapun diadakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. 

Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berdua pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. 

Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.  Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. 

Aduh !! 

Jamil lupa yang seluar dalam itu  dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum.

Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG".

Sudah tentu  Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

 Jangan serius sangat baca ni...

Besar tu....Hahahahaha...


Aku dapat email ni dah bertahun lama dah..bila bukak balik email2 lama, rasa macam bodoh je email ni..mesti orang yang tukang karang cerita ni dah bosan tahap gaban sampai nak buat cerita penglipurlara ni...hahaha


October 24, 2012

Wordless wednesday



October 23, 2012

Mereka tetap romantik



P/s: mak dan abah mertua aku.

Uwekk..

Bengang je aku dengan opismate aku sorang ni....pfffffffff...

Ceritanya begini..
Baru2 ni TATI ada buat lawatan ke Pekan Baru, Indonesia untuk meraikan staff2 yang terlibat dengan apa ntah la.. So ada la kawan aku yang pergi sana.
Semalam kan aku baru start keje, setelah cuti ari khamis sampai ahad. Waktu lunch, aku tak g makan pun, tak keluar ke mana2..just lepak dalam opis sementara nak tunggu meeting pukul 2 nanti. Tapi rasa macam nak mengunyah sesuatu. Tanya kuat2 dalam opis, xde makanan pape ke yang boleh dimakan.. pastu sorang opismate aku bagi satu kopok ni. Aku pulak tak baca betul2 label dia. Aku tanya kopok apa ni.. dia cakap makan la..kopok udang ke..aku tanya lagi..pastu dia angguk2 sambil senyum2..aku dah semacam je tengok dia senyum2 tu..bukan semacam sebab tergoda tengok dia senyum, tapi terasa syak wasangka dihati. Kopok apa la yang dia bagi ni eh..takpe..kita try dulu, sebab nampak macam kopok udang je..pastu dengan berhati2 aku amek satu..eh, separuh je kot sebab aku patahkan dua..makan masuk mulut..emm..kopok apa ni..rasa semacam je..bila aku dah makan tu, si jahat ni terus senyum2 sambil gelak2 syaiton lagi..aku dah nerves ok aku makan apakah ini..aku dah menyumpah aku makan apa ni..tapi telan la jugak kan..ko tau apa opismate aku cakap..

BEST TAK KOPOK KULIT LEMBU TU???

aku dah macam...WTHH???????

kulit lembu....uweekkkkk...

terus cari air nak bilas balik mulut..iyekkkk betul la..jahat gila kawan aku ni tak btau awal. saje je nak kenakan aku sebab dia dah makan 2 biji..bongok kan..aku dah kembang je tekak bila ingat balik...Ntah pape je orang indon ni..kulit lembu pun nak makan..kawan aku cakap kat sana, bukan setakat kopok je dorang buat, malah dah siap wat GULAI KULIT LEMBU...!!!

EIiiii.....tak dapat aku  bayangkan kalo aku termakan..mesti tengok je pun terus muntah...huhuhu




Kenapa la aku tak terbaca yang tulisan kat atas tu.. T__T




October 21, 2012

Driving in the rain..

Sejuk la sangat tu..poyor sangat laki aku ni..mentang2 la pakai sweater sambil drive, terus kuatkan aircond..terus nak feeling2 oversea tau..over sangat!! ;P

Published with Blogger-droid v2.0.8

October 5, 2012

Benci la

Benci bila tengok gamba aku macam ni...macam budak2 baru nak up..emm..tak paham nape aku posing macam ni...

Published with Blogger-droid v2.0.8

September 22, 2012

Pakngah dan Cirah

Tengok cirah dah curi pakngah dari makngah. Jeles!



Tengok dia tu..jalan pimpin tangan lagi.



 Apa la yang cirah borak dengan pakngah tu..




Peace!



 Cirah nak g mana?


Owh..posing kat kokpit rupanya...



Pilot junior


September 21, 2012

Cirah and makngah

Isyhh..bila teringat budak tecik ni, memang windu sangat T__T. Dari gamba pon dah boleh tau Cirah ni asyik nak duduk depan je nak menempek dengan aku..Jom..kita bercamwhore sama2 kan adik..heee..



Muka kena paksa senyum..haha

Tengok la tu..Galok sangat dia ni..

Cirah yang bulat..pipi tu macam kuih pau.


Olololo..makngah pulak over kan adik...hikhik..


P/s: Makngah rindu sangat dekat Pakngah TT__TT


Kejadian semalam


Yang berbaju biru tu, Syahrir. Dia merupakan lecturer yang menjadi tonggak kepada projek ni dan memberikan komitmen 200% kot. Dan gambar2 seterusnya adalah gambar2 student yang terlibat dalam projek TATIUC Racing Team ni.




Baju merah adalah jockey. Badan kecik je.

Ketika majlis perasmian oleh TRA



Elok majlis dah abes, aku dengar macam ada orang nyanyi..haa..orang nasyid..cari punya cari..rupanya budak2 tu jugak..aishh..serba serbi boleh la dorang ni..hee...






September 20, 2012

TATIUC Racing Team

Tengahari tadi telah berlangsungnya majlis pelancaran jentera, pasukan dan kelab TATIUC Racing Team. Tak sangka aku student TATIUC boleh hasilkan kereta racing untuk perlumbaan betul2, tapi racing antara universiti jela kan..

TATIUC Racing Team ni pulak terdiri daripada 13 orang staff dan 10 orang student. Dan student yang join team ni memang sangat hebat sebab dorang dapat buat dari nothing to something. Bayangkan, student2 tu adalah student final year program degree tooling, tapi dorang dapat hasilkan sebuah kereta lumba. Dorang memang start betul2 dari zero, berbincang, design, buat prototype, analysis, fabricate dan test drive. Terharu aku dengan masa yang dorang peruntukkan untuk team ni sebab masa dorang cuti 3 bulan, dorang stay je kat TATIUC ni. Jap aku upload video untuk  TATIUC Racing Team ni ye.



Actually, tadi hanyalah majlis pelancaran sahaja, untuk perkenalkan TATIUC Racing Team di peringkat TATIUC sendiri. Dan aim yang besarnya adalah untuk menyertai perlumbaan Formula Varsity anjuran UTeM, Melaka pada 12-14 Oktober nanti. Seminggu jugak pening pasal majlis pelancaran ni hinggakan semalam pukul 1 pagi lebih aku still lagi kat TATIUC. Lepas dah habis pelancaran tadi, boleh la tarik nafas lega jap. Tapi kejap je pun, sebab next week dah nak kena start untuk telefon company2 yang nak bagi sponsor untuk TATIUC Racing Team ni. Aku la tu yang kena handle bahagian sponsor2 ni sebab aku adalah bendahari. Pulak tu dah nak kena cari penginapan untuk 2 hari tu masa hari pertandingan. Pasal baju korporat pun baru g amek quotation. Harap2 la cepat sikit dapat sebabnya ada lagi masa lebih kurang 3 minggu beb nak ke hari pertandingan tu..

Ingat nak tayang gamba majlis pelancaran tadi, tapi nak kena edit dulu la pulak. Next entry la ye. 


September 19, 2012

Emmm....



Rindu bobot ite.....


September 12, 2012

Tazkirah of the day

Saidina Umar Dibebel Isteri

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,

“Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab,

“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata,

“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.

Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).

Wallahu a’lam.

September 11, 2012

Pagi pantun

Lepas subuh tadi, macam biasa aku golek2 lagi atas katil sementara nak amek mood nak mandi..sejuk la sekarang sebab asyik hujan je malam. Tetiba dapat gamba dari en.asben. Uwaa... rindunya kat dia. Dia berada di Miri, Sarawak. Pergi semalam..tapi hari ni dah balik dah. hehe. Ala..kalo dah balik semenanjung pun, bukannya boleh jumpa aku jugak. Sebab dia balik ke Subang je..wuwuwu..ite rindu la bobot ite..

Lepas sekeping gamba, dapat lagi sekeping...pastu dapat lagi sekeping...baru je aku nak g mandi, tup tup dapat lagi sekeping gamba siap pakej sekali dengan pantun. Boleh pulak en.asben pagi2 dia pantun spontan..nerves aku okeh.. orang balas pantun, memang la kena balas ni..huhu..

Hari ini hari selasa,
Pergi kerja pakai celana,
Terima kasih kerana sayangmu padaku sepenuh rasa,
Walaupun ku tahu diriku tak sempurna..
I love u soo much..

Terharu sekejap aku membacanya. Lantas cuba untuk membalas mesej en.asben tersebut..
Tapi kan, lepas taip, aku padam..taip lagi..padam lagi..tensen..!! g mandi dulu lah..hahaha

Tengah mandi tu dok terpikir2 nak balas apa ye..emm..tak pernah aku buat lagi dalam hidup, sambil mandi sambil berpikir pantun..hahaha..

Siap mandi je terus taip sebab dah dapat ilham kat bilik mandi..hikhik..

Bunga mawar berdiri kaku,
Duri tajam jari tersiat,
Cintamu ku semi bersama cintaku,
Kasihmu ku semai hiongga akhir hayat..
I love u even more..

Boleh la dari takde kan..hee..

September 6, 2012

Cerita hero saya

Semalam aku pergi rumah tokwan kat Balok. Tak tau aku dari mana, berjalan kaki je. Masa aku jalan kaki tu, aku perasan ada 2 org lelaki macam follow je aku.. Jalan laju2 sket. Masuk dalam rumah, nampak en.asben dah ada kat dalam tengah buat apa ntah, maybe tengok tv kot. Pastu aku rasa macam 2 orang lelaki tu masuk dalam rumah jugak. Aikk.. apahel ni kan. Oh..orang nak datang beraya rupanya. En.asben dah perhati je mamat 2 ekor tu. Lepas tu en.asben keluar g kat tepi pantai.

Rupanya kat tepi pantai tu ada pesta apa ntah, ramai orang. Ada show, ada orang main bola tampar pantai kot. hehehe..Failed sket aku bab2 sukan ni.  :P

Aku pun nak menyertai en.asben. Sambil cari2 mana en.asben di celah2 orang ramai tu, aku perasan lagi mamat 2 orang tadi tu still duk follow aku. Cuak dah aku. Nasib jumpa en.asben. Sampai2 je, terus en.asben tanya

               "Nak abg g tumbuk ke muka budak 2 ekor tu??"
    
Ommaakkkaii..gagahnya bila en.asben tanya aku macam tu, tapi aku jawab

                "Tak payah la..dorang tak buat apa pun kat ayg"

Hilhikhik...baik pulak aku. Tetiba je aku terus terbayang2 en.asben dalam uniform superman, dengan kain dia tengah terbang2 kena tiup angin.Sambil berdiri macho tepi aku.

Spontan aku terkeluar, "Waahhhh....my hubby my hero! Kat luar dah protective, dalam mimpi pun protective jugak kan" cakap sambil senyuman paling manis..

Eh, mimpi ke? hehehe..mimpi en.asben jadi superhero lak ai..Tak dan nak merasa en.asben dukung bawak terbang..hahaha. Puii..ko ingat ni cerita Lois & Clark: The New Adventure of Superman ke??

 

September 3, 2012

Siaran malam

Baru habis kelas malam..
Laku betul aku jual coklat kat student..eh..actually bukan jual, tapi bagi je kat budak2..sape yang dapat jawab soalan kat depan..tapi at last, sume pon amek coklat bagi habis..sedekah jela kat budak2..
Aku tengok student ni, bila nak bagi reward coklat kat mereka, lagi bersemangat mereka jawab soalan yang aku bagi. Bagus jugak..

Hari ni aku rasa macam takde mood. Maybe sebab kelas dari pukul 8.30 sampai pukul 4 tadi aku asyik marah2 je kat student. Boleh cepat naik darah tinggi ni kalo selalu macam ni. T__T

Tengah layan lagu ratu hatiku by triad band, ost cerita adam dan hawa. Aku suka cara ahmad dhani nyanyi lagu ni..santai.

August 29, 2012

Senangnya dapat pahala dan barakah....





Tadi jalan2 kat fb..terjumpa kat wall senior sekolah..alangkahnya bestnya bila dapat salam suami hari2 kan..


 


Tak sabar nak pindah... T__T

Happy belated birthday LOVE!

20 Ogos 2012 bersamaan 2 Syawal 1433H


It's been your birthday again!
There's no present..
There's no card..
There's no flower..
But..i will always there for you to say happy birthday love! Insya Allah..

Semoga panjang umur dan semoga abg dimurahkan lagi rezeki...
Dan semoga perkahwinan kita senantiasa diberkati Allah..
I love u once..
I love u twice..
I love u more than peas and rice..


August 22, 2012

Salam lebaran

Saya dan en.asben mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..

Published with Blogger-droid v2.0.6

August 7, 2012

Gelagat si buah hati makngah

Rasa rindu kat budak kecik sorang ni.
Rindu nak dengar dia cakap2. Dah pandai.
Tapi banyak yang cute2 je ayatnye..hehe..
Manja pn semakin manjadi2..
Mentang2 la dia sorang je anak buah yang ada.
Kalo ada 2 3 lagi, maunye makngah tengok sebelah mata je cirah tu. hahaha
Seorang drama queen!
Boleh tak dia jeles bila pakngah nak duduk sebelah makngah. Dia akan berusaha nak menyelit tengah2 antara  kami.
Paling pantang bila pakngah pegang tangah makngah. Akan berusaha lepaskan tjari2 pakngah sampai boleh.
Kalo tak berjaya, dia akan menangis yang dibuat2 sebab takde keluar air mata pon!!
Kalo boleh, budak kecik ni nak dia sorang je peluk makngah. Huh. mengada.
Sian pakngah. Pakngah siap cakap kat cirah " Pakngah bayar tau tak nak pegang makngah.." sambil pegang2 tangan makngah, cirah makin nangis sebab tak puas hati..hahaha..
Tengok..Pakngah dah gaduh dengan cirah..hahaha..
Bila ada makngah, mummy dia dah bolayan.
Bila g jalan kat bazar, nak pegang tangan makngah sorang je. Mummy nak pegang tangan dia, dia tepis tak mau. 
Tengah2 jalan, dia nampak orang start motor, tiba2 jerit... "akut...akut....akut..." sambil mintak dukung. hahaha. Apa pun tak boleh. Sume nak akut akut..pang kang..
Seorang peminat hindustan tegar!
Setiap lagu dia akan ada signature.hahaha. Nanti ada masa makngah nak videokan cirah joget2 hindustan.
Penat makngah dengan pakngah gelak, tak boleh blah betul. :D



 
 





Sian cirah rambut senget benget. Ni hasil kerja mummy dia lettew. :P


2.8.2012

Baru dapat nak update pasal cite ni..huhu

Tahniah buat en.asben yang telah dinaikkan pangkat. =)
Majlis pemakaian pangkat tu dibuat pada 2.8.2012 bersamaan hari khamis lepas di Head Quaters APMM di IOI Resort. Punya la aku kelam kabut bergegas ke kl sebab aku dapat tau majlis ni pagi rabu en.asben kol di opis. Pulak tu pasangan diwajibkan hadir. Kelam kabut aku mintak cuti hari khamis dan amek half day hari rabu.

Aku terpikir2 jugak sebab apa pasangan diwajibkan hadir, rupa2nya ada function pasangan tu. Pasangan pun kena naik atas stage jugak berdiri sebelah suami masing2. Tapi aku ingatkan naik pentas cuma untuk tengok je, rupanya isteri kena pasang pangkat sebelah kiri, Datuk KP pasang sebelah kanan. Cuak aku. Berdebar2 nak tunggu turn masing2. Dahla Datuk KP tu memang bagi isteri yang buat dulu, cabut pangkat lama, pasang pangkat baru. Memang pengalaman baru. Sebab tu aku suka sangat dengan uniform guy. Eh, hehehe.


Masing2 tak ready


Semua 15 orang yang terlibat


Bersama Safura isteri Pokjo


Bergambar bersama G-strimers yang hadir. Eh, rasanya ada yg dah balik kot.


Lepas ni nak tunggu pulak berapa tahun lagi aku dapat naik stage lagi tukar pangkat en.asben. emmm..tak tau la. Ada rezeki, dapat la merasa pangkat lain pulak. Amin.

August 4, 2012

Tahniah sayang

Majlis pemakaian pangkat 2.8.2012

Published with Blogger-droid v2.0.6