Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

September 11, 2012

Pagi pantun

Lepas subuh tadi, macam biasa aku golek2 lagi atas katil sementara nak amek mood nak mandi..sejuk la sekarang sebab asyik hujan je malam. Tetiba dapat gamba dari en.asben. Uwaa... rindunya kat dia. Dia berada di Miri, Sarawak. Pergi semalam..tapi hari ni dah balik dah. hehe. Ala..kalo dah balik semenanjung pun, bukannya boleh jumpa aku jugak. Sebab dia balik ke Subang je..wuwuwu..ite rindu la bobot ite..

Lepas sekeping gamba, dapat lagi sekeping...pastu dapat lagi sekeping...baru je aku nak g mandi, tup tup dapat lagi sekeping gamba siap pakej sekali dengan pantun. Boleh pulak en.asben pagi2 dia pantun spontan..nerves aku okeh.. orang balas pantun, memang la kena balas ni..huhu..

Hari ini hari selasa,
Pergi kerja pakai celana,
Terima kasih kerana sayangmu padaku sepenuh rasa,
Walaupun ku tahu diriku tak sempurna..
I love u soo much..

Terharu sekejap aku membacanya. Lantas cuba untuk membalas mesej en.asben tersebut..
Tapi kan, lepas taip, aku padam..taip lagi..padam lagi..tensen..!! g mandi dulu lah..hahaha

Tengah mandi tu dok terpikir2 nak balas apa ye..emm..tak pernah aku buat lagi dalam hidup, sambil mandi sambil berpikir pantun..hahaha..

Siap mandi je terus taip sebab dah dapat ilham kat bilik mandi..hikhik..

Bunga mawar berdiri kaku,
Duri tajam jari tersiat,
Cintamu ku semi bersama cintaku,
Kasihmu ku semai hiongga akhir hayat..
I love u even more..

Boleh la dari takde kan..hee..

No comments: