Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

April 27, 2011

Kini saya boleh senyum

Lega..!!!
Dah siap dah kerja2 yang sepatut dibuat:

1. Tanda kertas student.
2. Tanda report student.
3. Key in markah student.
4. Buat student performance report (SPR).
5. Mintak approval dari HOD berkenaan SPR setiap subjek. Nasib aku ada 3 subjek saja.
6. Hantar SPR ke HEA.

Fuhh..lega..

Cuma tinggal nak endorse result2 student tu je dalam meeting fakulti esok.
Dan sekarang, saya boleh tersenyum dah. :)

April 26, 2011

Sekejap

Rindu nak merepek kat sini..
Tapi dari minggu lepas lagi aku busy..
Tunggu next week kot baru settle semua kerja..
Lepas tu, kita enjoy..
Nak cuti..nak cuti..hehe..
Eh..tak sabarnya nak siapkan kerja.. =__=

April 20, 2011

Need You Now

En.tunang, kita nak awk dengar lagu ni..




Mood tengah jiwang lagi sebab baru lepas jumpa buah hati.
Bila kita dapat jumpa lagi.. :(

You've made my day

Thank you sayang...

Love u so much..

April 17, 2011

Saya sedang senyum tapi dalam hati...

Aku suka sangat malam ni.
Sebab dapat chat dengan
kesayangan.
Dah lama kot tak chat dengan dia sejak aku busy, dia busy baru baru ni.
Amek ko, semua cerita keluar tadi. Hehe.
Dari luahan, sampai la ke cerita harian kami.
Sejak kenal dengan kesayangan ni, tak tau la nape cepat sangat kami boleh mesra.
Ada kimia antara kami kot. Hee...
Dan aku belajar blogging pon dari kesayangan jugak. :P
Thanks kesayangan sebab sudi dengar cerita aku.
Sayang ko



Tapi dalam hati tetap ada sentap. Nak guna clorox boleh tak nak kasi hilang sentap ni. Mencik!!


Belajar perkataan baru

Hari tu entah macam mana la aku boleh teringat satu perkataan yang maha femes kami guna masa time matrik dulu. Bagi sape2 yang matrik dengan aku kat PASUM 2002, memang tau la perkataan ni, berlendir. Hahaha. Sounds jijik je kan.

Berlendir = Dating.

Gila lah. Sape ntah yenag memulakan dulu ayat ni kat situ. Sampai semua pon terikut2 guna.
Aku macam takleh terima je dulu ayat tu, tapi bila lama2, rasa lucu lak.
Boleh pulak tanya kawan g berlendir tak. Hahahaha.

Satu lagi perkataan yang femes kat PASUM dulu ialah mencapub. Selalu je guna kat sape2 yang gedik. Hahahaha. Sesama kawan pon selalu je guna.

Mencapub = Mencari publisiti/ tarik perhatian orang lain

Lepas tu, masuk UM pon ada gak ayat feberet kami guna untuk budak lelaki. Disebabkan course kami ni tak ramai perempuan melayu, so kami memang rapat la jugak dengan geng2 lelaki. Selalu study sama bila nak exam. Haishh.,. Terkenang la pulak zaman study ramai2 dekat library, pastu belagak buat discussion room tu macam rumah sendiri, buat bising tak ingat. Eh, sambung balik dekat ayat feberet tu. Dulu kami suka guna ayat hati tisu, especially kat budak lelaki.

Hati tisu = Mudah terasa


Kami ada kawan , nama Faizal or lebih dikenali sebagai Panjang. Dia suka sangat la nak emo. Salah cakap sikit or lupa nak bagi notes ke, pape ke, dah sentap. Merajuk tak cakap dengan kami. Fuhh.. Jangan la tisu sangan kan. Susah tau nak jaga hati dia ni. Hahaha.

Lagi apa ek..dah lama tak jumpa geng2, banyak yang dah lupa. Nanti kalau aku ingat, aku letak lagi.



P/S: I miss my geng masa study dulu. Terasa cepat je masa berlalu.



Enchek doktor..Esok saya mau MC boleh...?? Ngee...




Good Luck

Buat student degree kesayangan, a very good luck.
Sat lagi pukul 9am they have to sit exam for my paper,
Engineering Economics.
Jawab elok2 tau. Soalan senang je. ^^
Hopefully semua dapat markah yang bagus.
And again, good luck!!

April 16, 2011

Mula mula sentap pastu gumbira sebab dapat tengok wayang

Tajuk macam harem je. hahaha

Sejak dua menjak ni, selalu je cepat sentap dengan en.tunang. Mencik la. Dia pulak buat tak reti je. Lagi la mencik.. T__T


Macam semalam. Aku pelik je kenapa la dia ni senyap sangat dengan aku. Aiii.. Dah tak reti nak call atau mesej aku dah ke kan.. Bila aku call, dia tengah busy. Ok fine. Cakap2 sket. Lepas tu siap pesan kat aku jangan kacau dia malam ni sebab dia nak tengok wayang. SENTAP GILA!!!


Fine, tak nak bagi aku kacau takpe la. Memang semalam aku tak mesej pun, tak kacau pun dia. As his wish la kan. Dah la rindu. T__T.


Pagi2 tadi pukul 8 lebih aku dapat call, en.tunang suruh bangun tido dan siap2 nak keluar. Mengigau ke hape ni en.tunang. Dah la aku tengah sedap tido, dia nak main gurau kasar pulak. Agak2 la kan.
Tak suka betul la. En.tunang suka je nak tipu aku kan. Huhuhu. Tetapi sekali betul la. Dia dah ada kat Kuantan dan ajak aku keluar. Patut la dia cakap jangan kacau dia semalam, rupanya dia naik bas ke Kuantan. Hampeh betul. Hahahaha. Jahat gila. Dia bagitau tadi kalau la aku call dia semalam, dah tentu la dia tak leh nak bohong kat mana dia waktu tu. Dan terus la tak jadi surprise. Memang wakena beb. Penat je aku sentap sorang2 semalam tau. :P Ni yang menjadi jadi sayang kat en.tunang ni. Heeee.

Dengan pantas la aku bangun dan bersiap. Pulak tu memang dah janji dengan mak aku nak g rumah tokwan aku kat Balok. En.tunang pulak stay kat rumah kawan dia dekat2 Balok gak. So, dekat je la nak amek dia kan. Lepas aku hantar mak aku kat rumah tokwan, dengan pantas aku tiba ke rumah member en.tunang. Padan muka kena tinggal sorang2. Sebab member dia kena g miting kat Kemaman. Hahahaha.

Misi kami hari ni g East Coast Mall, tengok wayang saja. Lama gila kot aku tak tengok wayang. Semalam keluar dengan Umi ingat nak tengok wayang, tapi cerita tak best. Lepas gian nak layan muvee. Amek kau. Sekali buat back-to-back. Hee


Source Code. Cerita aksi thriller sains fiksyen. Suka hero dia, Jake Gyllenhaal
:)


Lepas tu terus sambung cerita Rio. Suka sangat. Cute je hero, Blu. Cerita pasal Blu, burung jenis ape ntah yang tak reti nak terbang. Dia perasan dia ni manusia kot. Hahaha. Colorful gila cerita ni. Dan aku suka lagu2 dalam cerita ni. buat aku rasa nak melancong ke Rio daJaniero. Berangan betul kan. Hahaha


The sexy Jewel.


Lepas tu harus la pulang awal. Mak aku dah puas dah tunggu kat rumah tokwan tu. Haa..tak boleh la nak balik lambat2 ok. Niat nak mencapab gambar aku petang tadi, tapi hampa. Mintak en.tunang send gambar dalam hp dia, tapi kenapa la setiap kali en.tunang send gambar, aku tak dapat nak view. Apakah ini petanda yang aku kena tukar smart phone ni..?? Emmm..

Eh, en.tunang baru balik umrah eh? :P



Jom dating lagi nak. :P


Tidurlah wahai mata..

Mengapakah kamu begitu sukar untuk lena malam ini..

Adakah kerana merindu si dia..... :(


April 15, 2011

Si buah hati

Disebabkan aku ada sorang je anak buah for the time being, si kecik ni saje la buah hati dalam famili kami. Semua pun nak rindu dia. Time aku balik dari Bandung tu, aku melepak sehari di rumah kakak aku. Tetiba terasa nak bawak si Cirah ni balik kampung. Lagipun kakak aku memang nak balik kampung jugak ari jumaat tu. So, alang2 dah dia nak balik, apa la salahnya ekport anak dia dulu kan.

So, hari selasa tu, aku balik bertiga dengan mak aku dan si kecik Cirah. Nasib baik dia xde banyak peel. Masuk kereta, dia tidur. Sampai kat Petronas Taman Melati, aku dah buat susu siap2 takut gak kang masuk tol gombak dia melalak nak susu kang. Nasib baik dia rilek je. Boleh pulak nak duduk kat seat aku, sebab nak pegang stereng. Ish..budak kecik ni memang gila stereng. Suka bebenor kalau dapat pulas2 stereng. Masuk LPT, baru aku berani layan dia nak pulas2 stereng, tapi kejap jela. Kang tak pasal kena saman dek abg polis lak. Huhuhu.

Bila dah ada Cirah kat rumah, secara otometik aku rasa nak sampai rumah awal je bila balik kerja. Tak sabar nak tengok dia. Baru la aku rasa macam mana perasaan ibu bekerja. Lepas kerja nak balik rumah terus, bawak anak ke taman. Sama la aku. Hehe. Siap bawak Cirah g taman permainan. Suka dan bertambah galak dia.

Suka sangat dapat main gelongsor.

Pagi2 time nak g kerja pun macam berat je hati. Kalau boleh rasa cam nak bawak dia g kerja, tapi melampau benor kot. Hahaha. Orang lain ada anak rilek je, aku yang baru anak buah ni yang lebih2..hahaha.


Muka Cirah baru bangun tido. Dukung2 dia jap sebelum g kerja. :)


Olololo..sweetnye mata-bengkak-rambut-kembang.

Betapanya dia lupa kot kat mummy dia, sampaikan mummy dia sampai rumah hari jumaat tu, dia boleh buat derk je. Muka rilek je takde pon nak terkinja2 kat mummy dia. Hahahaha. Ni baru kejap duk dgn makngah. Kalau lama2 mau adik takmo balik kl kan..kan..kan..hahaha

Cirah jadi model tudung makngah. Ni hasil kerja Tokma dia. Hehehe


Muka terpaksa.


Pose ala2 America Next Top Model


Pasrah je.


No paparazi plis.


Makngah loves Cirah. Muahh.



P/s: Makngah pun loves Pakngah. Muahh



April 14, 2011

Bosan

Bosan.
.
.
.
.

Bosan.
.
.
.
.

Bosan.
.
.
.
.

Bosan.
.
.
.
.
Bosan.


Bila kena jaga exam sampai 3 jam, memang bosan tahap gaban.

Nak bagitau jawapan kat student pon leceh sebab paper technical drawing. Hehehe.

Tak macam masa aku jaga paper math 1 ahad lepas.

Dengan berjayanya aku bagi jawapan. hee.

Buat amal jariah kat student, tak salah kan.

Oh, sambung bosan balik.


Bosan
.
.
.
.

Bosan.
.
.
.
.

Bosan.
.
.
.
.

Bosan.



April 13, 2011

Weekend husband and wife.

bagi sape2 yang dah kawen, memang la sangat tak best kan tak dapat duduk sama2.
Aku pun akan mengalami nasib yang sama.
Nak tak nak kena redha, disebabkan tuntutan kerja masing2. T__T

Kat sini aku nak share tips dari Encik Khairul dari Artikel Perkahwinan.
Semoga dapat menjadi panduan kami bila bergelar suami isteri kelak.

Tips 1:
Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari2. Ya, anda diwajibkan menghubungi pasangan anda hari. ~ Memang pun. Dari dulu pun kami dah praktik kan ini. ^^

Tips 2:
Gunakan Facebook, YM atau Gtalk sebaik mungkin. Anda boleg chatting dengan pasangan anda di siang hari di pejabat ~ Yang ni dah jarang2 dah sekarang. En.tunang dah tak nak chat dengan aku skrg. matila aku cakap macam ni. hahaha

Tips 3:
Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. ~ Yang ni belum boleh lagi :P

Tips 4:
Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang! ~ Penting ni.

Tips 5:
Kerapkanlah anda berdua saling ber-sms. ~ Hoh. Yang ni pun en.tunang dah jarang buat. Tapi selalu je call..hehehe

Tips 6:
Anda boleh sekali sekala melakukan video chat atau video conferencing. apa susah, Skype kan ada. ~ Betul. Masa aku study kat upm dulu selalu sangat bervideo chat. Heee..Tapi sekarang, *geleng geleng kepala*

Tips 7:
Terakhir sekali adalah, saling percaya pada pasangan. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa pada Allah supaya menguatkan lagi perasaan percaya pada pasangan. ~ yang ni aku suka. En.tunang, kita nak awak tau yang kita percaya kat awak. ^^


Apa-apa pun, ini adalah tips sahaja, hanya boleh jadi panduan pada mana mana yang mengalami dan akan mengalami nasib PJJ ni ( aku la jugak tu). Dan lain orang lain caranya. Bukan semua orang pun kena buat macam ni untuk memastikan kebahagiaan perkahwinan mereka tau. Dan aku rasa bertuah sebab dapat lelaki macam en.tunang. Kalau aku mesej je, terus dia call. Mesej tu leceh je katanya. hee..Mak suka sangat2. :P



April 12, 2011

Kerisauan

Lagi berita pasal air crash yang aku dengar. Buat hati aku tak tenteram. :(

Kalau boleh aku tak nak dengar berita2 yang macam tu. Sebab bila dengar je berita yang pasal air crash ni, buat aku asyik la teringat kat en.tunang.

Aku paling la risau kalau hari dia fly. Dan selalu je aku pesan benda yang sama bila setiap kali dia fly. Biar la dia nak jemu apa yang aku pesan, janji dia dengar gak.

Dia kadang takde pun nak mesej aku bila dah selamat landing ke, dah selamat pulang rumah ke. Suka je aku nak sentap. Yela, aku just nak tau je keadaan dia ok. Sentap tau. :(

En.tunang, kita selalu doa awk selamat naik dan turun, dan dijauhkan dari sebarang kecelakaan.
Amin.


Happy for u

Kawan baik aku time belajar kat upm dulu dah nak kawen 25/6/2011.

Dia selalu je cerita masalah dia kat aku dulu. Hee.

Suka kawan dengan dia. Sampaikan aku sedih time nak balik Kemaman bila abes study last year.

Suka tengok dia bahagia.

I'm happy for u dear.

Nanti konvo, kita masing-masing dah tukar title kan.

Eh, aku sure 100% la dia dah tukar title puan masa konvo bulan 10 nanti.

Tapi aku, not so sure. :(

Nak sentap boleh? Sape nak pujuk nanti... :(



Mengidam...

Sekarang aku mengidam sangat2 nak baca buku A Doctor in the House.


Kat Kemaman takde buku ni la. Kena g Kuantan la kot. Tu pun ada ke idak la.
Tapi kalo dapat as a present pon best jugak kan. Tak payah la nak g cari2 dah. Hee..
Ada sape2 tak yang bermurah hati nak hadiahkan aku buku ni...??
Sila angkat tangan sekarang !


April 11, 2011

Kota Bandung ~ Episode 4

Hari ni adalah hari ketiga, ataupun last day Ayah E dan Auntie Na stay sini. Tapi bukan bagi kami. Kami menggatal dan Auntie Na dah booking 4 hari 3 malam untuk kami. So redha jela walaupun takut gak. Tapi takde la takut sangat. Pekerja2 hotel ni baik2 semua.

Lepas breakfast Auntie Na dan Ayah E bergegas ke pasar baru lagi cari serba sedikit lagi barang apa ntah. Lepas tu balik hotel cepat sebab flight pukul 2, pukul 12 dah nak kena ada kat airport. Pulak tu jalan kat sini sangat macet. Macet tu jem ye kawan2. Hehe. Vocab baru.


Bergambar berempat before mereka berangkat pulang.
Tengok tak belakang aku ada beg besaq tu. Tu diaaa.. Nak sambung shopping lagi lepas diorang pulang. Hehehe.

Datuk K dah nak berangkat pulang.


Mamarazi follow Datuk K.


Duta Kagum Hotel. Hehe


Artis jalanan.




Ikan gurame.


Lepas dorang pulang je, kami terus pergi ke Pasar baru lagi. Umi nak beli telekung. Aku nak beli jeans member aku pesan. Beli serba sedikit lagi barang2. Dah rasa duit dah makin nazak, kami pulang. Best je rasa berdua duaan. Hahaha. Ingat malam terakhir tu nak layan karaoke la kan. Nak nyanyi lagu dadali dgn wali band. Tapi hampeh je. Bila dah baring lepak lepak atas tilam yang empuk tu, memang harapan la nak kemana mana. Mata pun kejap je dah kuyu. Sudah nya terus tido.

Esoknya aku bangun awal2. Mandi2 dan kemas2kan barang sebab dah nak balik flight pukul 2. Turun breakfast secara pukal. Sempat lagi aku g pasar baru jap sebab nak g tukar kain pasang akak aku. Time beli tu aku tak cek, banyak lak cat2 tompok. Dah la kain kosong camtu. Buruk benor la nampaknya. Dan sempat jugak aku beli kain cotton untuk buat baju raya Cirah. Dah terbayang2 dah kekiutan mek cirah pakai baju kurung. Hehehehe.


Lobi hotel.



Time ni mintak tolong mamat hotel ni amekkan gambar. Sekali dia pro la pulak dslr. Terus dia mintak izin guna manual. Hahaha. Malu je. Umi ni nama je ada dslr, tapi xberapa nak explore. Borak2 lama gak dengan Pardo. Accent dia pon kedengaran sedikit Malaysian. Rupanya dia pernah bekerja di pahang selama 6 bulan. Patot la. Nak tunjuk skill speaking ala Malaysian la tu. Hihihihi.


Makcik kepoh tengah mesej pakcik di seberang ke?


Menunggu supir hotel hantar ke airport. Gegar abes gamba ni.


Mau pulang udah.


Sudah mau sampai airport.



Bye-bye. Jumpa lagi next year.

P/s: en.tunang yang kita sayang.. janji tau next year kita g. Hehehe. Sayang awak banyak2. :P


Kota Bandung ~ Episode 3

Mau tepek gamba yang aku gebang pasal bandung semalam. Line celcom kat umah macam jadah je. Ni yang rasa nak bertukar ke Digi broadband gak ni. Hehehe.


Naik beca yang sendat, kami tak cukup ruang. Hehehe


Melawan arus jalan raya.


Seram dan malu. hehehe.


Depan STAMP.


Posing je sakan. Belinya tak pon.


Tak abes2 dengan polka dot dia tu. :P


Pilih baju pon nak senyum. Hehehe


Depan pintu masuk Heritage.




Kalau tak silap, ni kat Cascade. Sebab dalam dia bersambung dengan Heritage.


Kafe kat atas Cascade. Kat dalam tu banyak ikan besaq2.


Horror gila ikan ni. Besaq nak mapos. Ntah dorang bagi makan ape ntah.

Otw balik hotel, Ayah E nak makan nasi goreng feveret dia.

Ramai yang beli makan terus kat tepi2 tu. Heee


Club and karaoke.

Balik hotel, aku merayap2 dulu dengan Umi. Jalan2 sekitar tu. G masuk tengok club & karaoke hotel ni. Boleh tahan. Terkejut kami. Sampai depan pintu club je, ada bonzer bukak pintu. Hahaha. Kami masuk dalam tu takde ramai pon orang, dalam 5, 6 orang je. Umi la nak tengok bilik karaoke. Tapi takde la nak melalak pon. Juz survey2 je ada tak lagu artis Malaysia. Ofcoz la ada kan. Siti Nurhalijah. Hehe. Gelak aku dengar mamat tu pronounce nama Siti. Exist pon glemer. Eh, tak lupa jugak, lagu Kak Ramlah pon ada u! :) Masa nak keluar club tu, ada la satu group kat seat depan. Duk pandang2 kami. Eleh kecoh la tengok orang bertudung macuk club. Bukan kami wat apa pon kan. Hehehe. Aku agak maknyah la sebab nampak figure dia lain macam je.

Lepas tu kami survey2 gak tempat spa dan gym. Hehe. Berangan la nak spa kan. Tapi last minit tak jadi sebab duitnya udah kehabisan dong. Hahaha. Dah penat. Balik bilik. Eh, dalam lif sempat aku snap picture kat bawah ni. Sape2 nak kawen kat hotel tu, boleh la. Mahal tu. Hahahaha.


Pakej pernikahan 88 juta beb!!



Malam Pantun

Hari kejadian: 2 malam lepas
Masa kejadian: waktu malam selepas pukul 11.
Tempat kejadian: atas katil duk golek2 sambil online.

Tiba2 je dapat mesej dari en.tunang:

Cincinku emas bersepuh suasa,
Jadi rebutan insan terpilih,
Punyakah dinda sedikit masa,
Buat kanda sedetik lebih.

Aku dah macam *O* Ternganga!
Ni dapat pantun ni mesti kena balas dalam pantun jugak. Mati la aku. Dah la fail bab pantun2 ni. Huhuhu. Tambah pulak aku tengah chatting ngn member aku. Tak concentrate jap nak chat sebab bertungkus lumus fikir pantun balas.

........

........

........

Dah dapat idea.

Haaa...macam kelakar je pantun aku. Gelabah punya pasal sampai asyik taip delete taip delete je ayat yang sesuai. Hahaha. 10 minit berlalu. Tatkala aku berusaha menaip pantun balas, mesej kedua masuk pulak, berbunyi:

Mudik ke hulu naiki sampan,
Sampannya cantik nukilan biduan,
Mengapa sepi tanpa jawaban,
Adakah dinda dambakan rayuan.

Sepi tanpa jawaban..?? Memang la. Aku tengah bertungkus lumus perah otak ni nak jawab pantun dia, dia lagi nak bagi pantun lain. Masak2. Hahaha. Tapi takpe. Aku send je pantun yang aku karang tadi;

Bunga raya tersemat di dada,
Kumbang asyik tertoleh toleh,
Demi kanda pujaan dinda,
Jangankan sedetik, berjam pun boleh.

See. Very the kelakar. :P

En.tunang pandai tau pantun2 ni. Aku lak lembab tang ni. Memang seram je kalo dia buat nak pantun2. Kang tak balas pantun, sentap lak. Hihihihi.

Tapi semalam aku yang hantar pantun dulu ke en.tunang. Tengok dia diam je kenapa tak mesej2 aku malam tadi. Kata practise makes perfect kan.

Malam hari makan pengat,
Lepas makan tidor lena,
Hati di sini asyik teringat,
Rindu pada pujaan di sana.

En.tunang puji. Hehehe. Aku dah pandai dah sikit2 berpantun. Dan wajib lah en.tunang balas kan. Hihihi. Tapi kejap je dia amek masa nak balas. Mencik tau. Aku punya la lama nak fikir. Hehehe.

Pengat di masak bersama madu,
Madunya manis buat pencinta wanita,
Pedih hati menanggung rindu,
Pada dinda yang jauh di mata.

Hahaha. Dah tak kuasa dah aku nak bina membina pantun lagi. Mari kita bergayut la pulak kan. :P

April 10, 2011

Kota Bandung ~ Episode 2

Punya la panas hati tebakoo..aku upload gambo xmasuk2..penat mau tunggu dah dari tadi..so, gamba next entri je la ye..

Mari kita sambung cerita cuti cuti Bandung...


Second day, aku mulakan dengan big breakfast. Hee. Mau tak big, selagi boleh bedal, aku bedal. Boleh tahan la breakfast hotel ni sediakan. Tenaga kena banyak, nak jalan kembara shopping lagi ni kan tak abes lagi. Lepas breakfast, kami check out dari Carrcadin dan menuju ke Golden Flower Hotel. Sebenarnya Ayah E booking untuk stay kat Golden Flower je, tapi sebab time tu hotel penuh, dorang tempatkan 1st night kami ke Carrcadin. Actually hotel2 ni di bawah pengurusan yang sama, Kagum Hotel.

Bila dah sampai ke Golden Flower, kami tak boleh check in lagi sebab bilik tak siap lagi. Baru pukul 10 kan. So, kami tinggalkan barang2 kat situ, terus menuju ke King shopping complex. Kat dalam tu boleh tahan la barang2 dia. Murah2 jugak. Aim aku hari ni adalah untuk cari top up. Tanya budak kat mana nak cari top up. Eh, tak paham. Nak tambah kredit, alamak bukan la. Macam mana la aku nak terangkan aku nak beli top up. Last2 budak tu paham gak.

“ Ooo..pulsa ya..Neng jalan terus , hujung sana ada toko jual pulsa.”

Hahaha. Kredit tu adalah pulsa okeh. Jumpa kedai jual enset, cari top up. Pastu terus kol orang seberang. Hehehe. Rindu menggilak dengan en.tunang. Puas ati dapat cakap. Kejap pon jadi lah kan. Dah alang2 kat kedai jual enset, aku pun cas enset aku skali. Bateri dah low sangat2. Lepak la kejap kat kedai tu. Borak2 dengan orang kedai tu. Dapat belajar vocab baru. :P Kami tanya jarak antara King dengan apa ntah, tapi shopping mall gak la. Ingat2 nak pergi kan. Orang kedai tu jawab “ Lumayan..!!”

Lawak la cara dorang guna vocab lumayan tu. Kiranya jarak antara 2 tempat tu memang jauh jugak la. Lumayan! Hehehe. Tapi kan, apa yang aku perhatikan kat sini kan, dorang boleh jual pakaian dalam wanita, bra dan spentot sesuka hati je. Memang banyak la kedai jual mendalah tu. Heee. Kat dalam ni jugak ada stall nama Fruity yang jual air buah ice blended. Sedap la. Harga dia pun murah je, hanya 8000 rupiah saja. Memang lumayan la rasa dia. Sedap. Tambah2 lagi honey dew.

Bila dah bosan kat King, aku gerak ke Matahari shopping mall yang mana bertentangan bangunan dengan King. Kat sini rupanya tengah buat sale baju toddler. Sale 50% + 20% beb!! Ni wajib kerumun ni. Dalam kepala otak dah terbayang2 dah nak sambar baju mek cirah banyak2. Gila ah. 5 helai baju budak kecik tu aku sambar.Hehehe. Masak la bapak dia aku claim balik Malaysia. Dasar betul la makngah cirah ni. Kehkehkeh. Aku dah tak kesah dah Umi nak g mana. Dia duk pusing2 tengok dalam tu. Aku memang melekat kat bahagia baju depan tu. Auntie Na dan Ayah E pulak dah tak nampak ke mana la pasangan bahagia tu. Tetiba je aku dapat kol dari Auntie Na tanya aku kat mana. Hikhik. Bila aku cakap Matahari ada wat sale baju baby, pantas je mereka tiba ke lokasi. Hahahaha. Ayah E dah gerak ke tempat baju dah. Duk cari baju untuk anak dara dia. Lucu..lucu.. Aku abes borong baju mek cirah tub ape ratus ribu ntah. Lepas dah agak2 penat dah kaki, kami melepak dulu depan mall tu sementara menunggu Auntie Na siap borong. Kami ternampak la satu scene yang lucu tapi kesian gak. Hehehe. Ada satu beca lalu bawak penumpang perempuan. Jalan raya kat situ memang scary la. Motor2 sukati je mencelah2. Pakcik beca tadi macam mengelak la dari kenderaan yang maha padat sampaikan tak sedar sebelah roda beca dia dah naik atas devider. Tetiba je beca tu senget-sebelah-roda-pacak-atas. Motor yang follow dari belakang tak dan nak elak, terus langgar. Kesian lak budak perempuan tu. Kami dengar la dia jerit. Tapi still ada kat dalam tu. Aku tak dapat nak tahan la tengok situasi tu. Teruk tak. Maaf tau orang berkenaan. Saya tak sengaja nak gelakkan awk. Nasib baik dia tak apa2.

Aku rasa ngeri lak nak naik beca. Tapi apakan daya. Penat la dengan barang2 yang di borong lagi, nak jalan lagi. So terpaksa gak naik beca. Hahahaha. Masa nak naik beca tu aku dah macam “ boleh muat ke kita ni Umi?” Space kecik je. Bontot masing2 lak besaq2. Hahaha. Amek ko. Memang melekat la bila kami dah naik. Aku agak la kalo beca ni terbalik, kami memang tak dapat nak selamatkan diri. Kira redho jela terbalik kat situ. Hahhahaha. Sangkut beb. Pengalaman naik beca memang scary. Jalan kat situ banyak yang one-way. Pakcik beca tu jimatkan tenaga dia dengan melawan arus jalan raya sambil bunyi2 hon. Gila kan. Aku dah macam malu je terperuk kat dalam. Nasib jadi pelancong. Hahahaha. Lupa nak bagitau. Budaya kat sini adalah bawak kenderaan sambil bunyikan hon. Setiap bape saat hon mesti bunyi. Hoii..Kalo kat Malaysia, memang ko dah kena maki kaw2 bunyik hon2 gitu. Tpi bagi mereka, itu adalah macam nak bagitau dorang ada dekat2.

Malam pulak kami gerak ke factory outlet Cascade, Heritage, Stamp. Cascade dan Heritage bersebelahan. Manakala Stamp adalah bertentangan yang dua tadi. Tapi aku tak beli pape pon. Takde duit dah. Aku bawak 50,000 rupiah je untuk makan. Makan mana boleh lupa kan. :P Balik hotel, tengok2 balik apa yang dah borong hari ni. Pastu masa untuk tido. Yeah!! Eh, belom lagi. Wajib mesej2 dulu tau. Kalo tak tido tak lena nanti mimpi ngigau2 kesian lak kat Umi. Hahaha. Poyor betul kan. Malam itu, aku tido dengan lena sekali sampai pagi. Hehe.

Nota kaki: cerita ni dah lapuk, seminggu lepas punya cerita. Tapi baru ada mood nak update. Gasak la kan. :)

April 6, 2011

Kota Bandung ~ Episode 1


Last week, hari jumaat aku berangkat ke kota bandung. 1st time g jalan2 luar dari Malaysia. Agak teruja jugak dan ngeri sebab takut naik flight. Aku pernah la naik flight masa kecik2 dulu tapi mana la nak ingat dah perasaan tu kan. Sekali bila dia take off, cuak gak. Nasib masa g tu, aku duduk tengah2. Takde la rasa sangat. Tapi bila touch down kat Bandung Airport, Husein Sastranegara International Airport tu, raa cam nak putus brek angin aku ni. Hehe. mana tak ngeri, airport tu kecik saja. Kang tak pasal2 lak berlaku collision dengan terminal situ. Owh..mintak dijauhkan la menda2 macam tu.

Sampai kat sana, suhu 24 degree celcius. Walaupun matahari nampak terik, tapi tak panas sangat. Beza la dengan Malaysia. Tunggu supir datang fetch ke Hotel Carrcadin. Bilik dia, perghh..besar..macam boleh bawak satu famili. Tapi aku duduk berdua je dengan Umi. Makcik pakcik dia, Auntie Na dan Ayah E duduk bilik lain, sebelah2. Suasana romantika gitu. Terpaksa la aku beromantik2 dengan Umi. Oit..Oit..jangan pikir lain ok.. I'm straight girl.. Kehkeh..


Inilah Auntie Na dan Ayah E @ Datuk K..hikhik


UmiNa..

Departure. Mintak tolong akak sebelah amekkan gambar.


Ketibaan di Carrcadin Hotel. Macam janji je pakai biru semua.


Model nak g habiskan duit, tabur tabur gitu. Hahaha

Sampai hotel, solat. Pastu tanpa buang masa, kami terus memulakan kembara shopping kami. Hehe. Ayah E memang selalu datang sini atas urusan meeting. Almost every month company dia wat meeting kat sini, so dia memang dah expert dah tempat shopping sini. Kami mengikut aje. Bayangkan hari pertama je aku dah abes bape ratus ribu dah. Bare in mind, duit rupiah okeh. Hahaha. terasa macam orang yang kaya menbongkak je main ribu2 ni.

Mula2 masuk pasar baru. Sape2 yang pernah g pasar payang, keadaan pasar baru tu macam pasar payang. Cuma dia ada 8 tingkat, 2000 kedai. Ko bayangkan betapa banyaknya kedai yang perlu di jajahi. Memang kena gigih la. Tapi tak semua tingkat aku g. Sebab hari pertama tu macam nak kenal2 tempat je dulu. Kat pasar baru ni banyak jual kain batik, telekung, kain pasang memang sangat menggila banyak, kain lace, handbag, jeans, emm..apa lagi eh.. lupa dah..banyak sangat.




Lepas tu kami gerak ke Rumah Mode. Yang ni faveret aku. Kat sini baju branded memang murah la kalo nak banding harga kat tempat kita. Baju CK, Guess, Burberry, eh..banyak lagi lah..Aku pun menggila jugak kat sini sebab duk pilih t-shirt untuk adik2 jantan aku. Sampaikan aku lupa nak belikan untuk aku. Huhu. Rugi2..


Gambar atas ni kedai handbag branded. Coach, Guess, LV. Harga toksah cakap la. Dalam 4, 5 juta gak la...Biasanya kat factory outlet gini, org kebanyakkan memang tak g la. Biasanya orang2 kaya dari Jakarta akan turun sini hari jumaat utk shopping. Masa ni boleh nampak perbezaan taraf. Orang2 Jakarta sangat cun dan hensem. Memang beza la denagn orang kat sekitar Bandung ni.

Lepas tu kami gerak ke factory outlet kat sebelah Rumah Mode, nama ape ntah. Tak ingat. Tapi memang banyak la baju2 yang cun2. Tapi sebab aku penat nak mati dah. Masuk dalam tu cuma duduk je. Tak lalu dah nak pusing2.

Aku yang sudah kepenatan.



Setelah semua pun dah macam kehabisan tenaga, kami pun pulang ke hotel, mandi dan tidur. Sebelum balik hotel sempat lagi aku beli prepaid PATI. Balik hotel, tak sabar nak kontek en.tunang, tapi cover2 la sket kan depan orang. So aku kontek ibunda terchinta dulu. Cakap dalam tak sampai 5 minit, dah muahh muaahh semua, terus letak. Terus dail laju2 nombor en.tunang. Tapi hampa betul la. Kredit dah abes. Huhuhu. Malam tu aku tido tak lena. Rindu kot sebab tak dapat kontek satu hari. Tak puas hati betul la. T__T