Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

February 15, 2013

Its the day!

Today..i will get the truth about my condition of health..about my body..about my hormones..are they in a good health or not..do i have any medication or else..pray hard to hear good news from doc!

February 7, 2013

Happy Birthday Bro!!


 Happy birthday yang ke 21 Zaim!!
Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan 
dipermudahkan urusan awak dalam kerjaya.
Semoga awak cepat2 dapat kerja yang bagus2, 
lepas ni boleh belanja angah ok.
Love u bro!


 
 makin hensem aku tengok adik aku ni.





kawan baru katanya


 
 g dating la tu..


p/s: gamba adalah curi dari facebook beliau. harap maklum.


February 6, 2013

Sibuk atau malas nak layan?

Assalamualaikum.

Hari ni aku xde klas setelah 3 hari berturut aku ada klas pagi sampai petang.. Dan disebabkan aku banyak masa terluang, maka aku banyak pegang henset.. Maka bila dah pegang henset, tangan asyik la nak mesej en.asben.. Cuba time hari ahad, isnin, selasa...nak mesej en.asben pun dah rasa macam eh, dah nak balik keje eh... Haa..gitu la diumpamakan kesibukkan aku pada hari tersebut..

Bila dah banyak masa free, sikit sikit nak tanya itu, jap jap nak tanya ini kat en.asben..padahal boleh je nak tanya karang2, tapi dasar perempuan yang tak tau nak kacau siapa, makanya laki dia la yang jadi mangsa.

Tapi kan, sakit pulak hati aku bila mesej dengan en.asben. Sabar hati..sabar hati..korang tengok ye apa yang aku tanya, apa yang en.asben balas. Mana la aku tak sakit hati... :(


  


  





Yang aku ni beria je tulis panjang panjang tau. Tapi en.asben boleh balas ok, okes, yup, sepatah sepatah je. Aku tulis berpatah patah kata.. hahaha.. aku dah tanya pulak tu dia sibuk ke tak masa tu, tapi jawab tak sibuk. Sangat la sesuatu bila waktu tak sibuk balas mesej aku camtu kan..??Sakit hati bila aku cakap boring la mesej dengan orang yang asyik balas 0k ok je kan, tetiba en.asben terus reply baik! huyyyaaaiiii....sabor je la aku... hahahahaha..

Aku syak en.asben sebenarnya sibuk, tapi malas nak bagitau hal sebenar. Ataupun dia memang tak sibuk tapi malas nak layan bini dia yang songeh macam2 ni..hahaha.. Yang mana satu ni aku nak pilih..emmmm...


Nota kaki: walaupun en.asben selalu je wat aku sakit hati, eh memang hobi dia tau sakitkan hati aku, selalu wat aku marah sorang2, bagi dia itu adalah hiburan sampingan # ayat orang tak puas hati selalu kena buli#, walaupun dia selalu je buat aku macam tu, aku tatappppp sayang en.asben ketat2..sampai lemas ok..muahh.

 Muka orang yang merindui suaminya. Sekian.



February 4, 2013

Salam takziah

Assalamualaikum.

Semalam aku dapat berita yang mengejutkan yang mana kawan skuad satu batch en.asben meninggal dunia.. T__T

Walaupun aku tak kenal arwah, tapi aku sangat sedih bila memikirkan nasib isteri dan anak arwah..isteri arwah muda lagi dan lagi muda dari aku..mereka baru sahaja dikurniakan anak pertama dan baru sahaja melangsungkan majlis cukur jambul anak mereka..

Aku punya tahap emosional, sehinggakan bercakap dengan en.asben pasal kematian arwah, aku pulak yang nangis esak esak sedangkan arwah tu kawan en.asben!!

Aku sedih sangat, macam terbayang2 depan mata, macam mana kalau aku yang berada di tempat isteri arwah?? Tak sanggup rasanya dan tak tau apa yang akan berlaku.. Nauzubillah hi minzalik..

Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh.. Dan semoga isteri arwah diberi kekuatan dan semangat untuk menghadapi ujian dariNya..


p/s: Abg... Jaga diri elok2 tau.. Bawak kereta elok2.. Jangan mesej, whatsaap, instagram, tweeter, facebook bila drive tau.. Ayg tak puas lagi hidup bersama abg.. Ayg nak kita besarkan anak2 kita sama2... 😢

February 1, 2013

Menggedik bersama


Assalamualaikum.

Sejak tiada sebarang hiburan kat rumah ni, ekoran dari banjir hujung tahun lepas di mana adapter astro aku tenggelam banjir; sampai sekarang pihak astro tak datang tukar lagi, dah jadi rutin aku setiap hari singgah di dewan makan asrama yayasan, yang aku cerita aritu. 

Semalam aku puasa, so aku dah bagitau mak aku siap2 yang aku nak berbuka kat dewan. Sampai sana lebih kurang pukul 6.15 ptg..Awal lagi dan masih sempat aku nak tolong jaga budak2 makan petang. Tengah2 pantau lauk cukup ke tak, nasi cukup ke tak, tetiba aku berlari masuk dalam dapur. Aku teringat nak amek hp, boleh gak aku bercamwhore dengan budak2 asrama ni. hahahaha.

Mula mula aku amek gambar budak budak kat bawah ni. Ada sorang yang belah kanan hujung  sekali berlari2 nak masuk jugak dalam gambar. hahahaha. Terus posing. :P


 Kemain korang kan, siap dengan peace tu..



 
 Kali kedua aku suruh candid, ada jugak yang semangat posing..hehehe



Budak2 lelaki ni aku mintak izin nak amek gamba, tapi dorang macam takde perasaan. Tu yang dapat gambar candid tu. Good!


 Yang ni bukan budak ye. Yang ni mak budak, eh...dah jadi nenek budak dah. hehehe

Cantik tak mommy ku? Muda jelita lagi. Mak aku bekerja kat dewan makan ni selaku supervisor. Ma la yang akan order ayam, ikan, sayur, buah, dan barang apa yang takde dan tak cukup.