Hari ni aku xde klas setelah 3 hari berturut aku ada klas pagi sampai petang.. Dan disebabkan aku banyak masa terluang, maka aku banyak pegang henset.. Maka bila dah pegang henset, tangan asyik la nak mesej en.asben.. Cuba time hari ahad, isnin, selasa...nak mesej en.asben pun dah rasa macam eh, dah nak balik keje eh... Haa..gitu la diumpamakan kesibukkan aku pada hari tersebut..
Bila dah banyak masa free, sikit sikit nak tanya itu, jap jap nak tanya ini kat en.asben..padahal boleh je nak tanya karang2, tapi dasar perempuan yang tak tau nak kacau siapa, makanya laki dia la yang jadi mangsa.
Tapi kan, sakit pulak hati aku bila mesej dengan en.asben. Sabar hati..sabar hati..korang tengok ye apa yang aku tanya, apa yang en.asben balas. Mana la aku tak sakit hati... :(
Yang aku ni beria je tulis panjang panjang tau. Tapi en.asben boleh balas ok, okes, yup, sepatah sepatah je. Aku tulis berpatah patah kata.. hahaha.. aku dah tanya pulak tu dia sibuk ke tak masa tu, tapi jawab tak sibuk. Sangat la sesuatu bila waktu tak sibuk balas mesej aku camtu kan..??Sakit hati bila aku cakap boring la mesej dengan orang yang asyik balas 0k ok je kan, tetiba en.asben terus reply baik! huyyyaaaiiii....sabor je la aku... hahahahaha..
Aku syak en.asben sebenarnya sibuk, tapi malas nak bagitau hal sebenar. Ataupun dia memang tak sibuk tapi malas nak layan bini dia yang songeh macam2 ni..hahaha.. Yang mana satu ni aku nak pilih..emmmm...
Nota kaki: walaupun en.asben selalu je wat aku sakit hati, eh memang hobi dia tau sakitkan hati aku, selalu wat aku marah sorang2, bagi dia itu adalah hiburan sampingan # ayat orang tak puas hati selalu kena buli#, walaupun dia selalu je buat aku macam tu, aku tatappppp sayang en.asben ketat2..sampai lemas ok..muahh.
No comments:
Post a Comment