Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

January 29, 2012

Mainan mimpi

Mimpi tu mainan tidur je kan...?
Aku sekarang kalau mimpi malam2, bila dah tersedar dari mimpi tu, mesti cuak2 je nak tengok jam pukul berapa. Sebab ada orang cakap kalau mimpi di subuh hari tu mainan syaitan nak suruh kita sedap tidur lagi kan.
Tapi kalau kita mimpi sedar2 pukul 3.30am...?? Macam mana pulak...??
Ngeri je nak tidur malam2...takut mimpi bukan2 lagi.
Nasib baik aku tak mimpi apa2 semalam...kot la tak mimpi...rasa macam tak ingat je, assume tak mimpi jela...
Aku harap mimpi2 tu hanya lah mainan tidur je. Bukan ada tafsiran disebalik mimpi tu...



January 26, 2012

Aku....

Tak tau nak rasa apa.
Kecewa?
Sedih?
Sayu?
Kecik hati?
Semoga aku tergolong di dalam golongan orang2 yang sabar.
Amin.

January 24, 2012

Jalan dan tonton

Selamat pengantin baru kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti CNY ni. Kawan en.asben pun ada. Selamat pengantin baru buat Amerol & Izni. Kelas gitu majlis. Geng2 sword barrel siap buat formation lagi. Time aku dulu xde ok formation2 bagai. Nasib xde lambung2 peang. Kalau tak sentap aku, Hahaha, Yela..aku punya majlis simple je sword barrelnye. tsk..tsk..

Lepas attend majlis kawen mereka di Balok, aku dan en.asben memang dah niat mau dating ke Kuantan. Maka kami pun ke ECM untuk tengok cerita Underworld, Awakening.


Kami tengok cerita ni 3D lagi. Best siot, lagipun memang aku tengok sume Underworld 1 & 2. Memang ternanti2 la cerita baru Underworld ni. Mula2 aku taknak tengok 3D sebab tak suka la nak pakai2 spek tu. Rimas tau. Tapi sebab show 2D hanya ada pukul 10 malam, nak tak nak amek la jugak 3D ni pukul 6petang.

First time aku tengok 3D aritu cerita Happy Feet, so feeling 3D tu xde la sangat. Rasa macam biasa je. Tapi bila cerita lawan2 ganas2 ni tengok versi 3D, maunya aku tak malu dalam panggung. Hahaha..

First kejadian bila pompuan heroin ni baling bom kot ke arah kamera, mampus aku gelabah nak tepis. Secara spontan kot tangan aku tepis bom. Pastu terus aku pandang kiri kanan, nasib baik kanan aku xde orang. Kiri aku je ada en.asben. Tapi ingatkan dia tak perasan, sekali dia bantai gelak. Malu ok. Hahahaha. Bila dah lama2 cerita tu dengan adegan2 feeling-benda2-dalam-cerita-tu-nak-keluar-screen berlalu, aku dah cool je. 
*kenapa aku rasa aku cerita macam xabes disini..ni mesti kes mau keluar merayap cepat2 kot sampai aku lupa nak abeskan cerita*

Ok. Aku sambung balik. Lepas dah lama2 tu, mak ok jela kan tengok benda2 nak keluar dari screen pun boleh rilek dah. Tapi dekat2 nak last tu, ada jugak tersasar tangan ni mau tepis. Mencik aku tau. Nampak sangat macam JAKUN kan..hahahaha.

Sayang, lepas ni tak mau dah tengok 3D aksi2 macam ni. Nanti abang yang malu ada bini berkelakuan macam ni dalam wayang kan..kan..hahahaha


January 22, 2012

Gong Xi Fatt Chai

Happy holiday u'olls...


Published with Blogger-droid v2.0.3

January 12, 2012

Cerita meja makan

Sejak en.asben dah kembali bekerja, maka tinggallah aku berdua dengan tokwan sahaja di rumah. Kalau dulu masa en.asben ada, pagi2 dia akan hantar aku pergi kerja dan aku jarang breakfast di rumah, disebabkan breakfast kat luar bersama2 en.asben. Tapi sejak tinggal berdua, rajin pulak aku makan pagi sebelum g kerja. Tokwan aku tu dah la rajin sangat memasak. So pagi2 lepas aku dah siap2 pakai baju pastu turun bawah, tengok atas meja memang akan ada makan terhidang atas meja. Bukan aku mintak pun. Tapi tokwan aku tu sukarela nak masak untuk cucu kesayangan comel dia ni. hehe..Ada hari jugak yang dia macam taktau nak masak apa pagi2, maka aku akan pergi beli nasi lemak kat kedai luar dulu, pastu balik makan2 jap, pastu baru la pergi kerja. Nasib baiklah waktu kerja aku flexible, asalkan cukup 8 jam dan tidak mengganggu perjalanan kuliah, maka aku boleh bersuka hati nak sampai opis pukul berapa.

Huihh..panjang betul mukaddimah. :P
Ceritanya begini pagi tadi time breakfast. Tokwan aku cerita dia tak lena sangat tidor semalam. Maybe sebab dia banyak sangat makan cekodok petang semalam. *See, petang pun tokwan aku buat cekodok untuk minum petang* Dia bagitau yang urat2 dia sakit, asyik tidor bangun je semalam. Pastu dia cerita dia mimpi banjir besar.  Dalam mimpi tu dia mengarung air banjir yang dalamnya sampai paras dada, bersama2 pakcik aku, tapi dalam cerita mimpi tokwn aku tu pakcik aku tu budak lagi. Mak ai, lama betul mimpi tu g flashback kan..hehe..Aku berseloroh la dengan tokwan yang dia mimpi banjir tu tanda2 nak dapat duit..heeee...Sekali baru teringat yang duit BR1M kan dekat dah nak dapat...?? Heee..masyuk tokwan dapat RM500.

Lepas cakap2 pasal banjir, tetiba dia masuk bab petanda2 yang dia dapat tentang anak2 dia. Selalunya kalau rama2 kaler hitam masuk rumah, dalam 2 3 hari lepas tu mesti Ayahde aku balik kampung.Yang tak tahan tu rama2 kaler hitam, sebabnya pakcik aku tu memang kulit gelap sikit. Hahahaha. Pandai pulak rama2 tu. Tokwan aku cakap memang dari dulu lagi macam tu. Dulu selalu rama2 besar yang masuk rumah. Sekarang mungkin yang besar tu dah mati kot, sebab yang masuk rumah sekarang ni rama2 hitam kecik je. Anak dia kot.

Pastu aku tanya lagi, kalau Ayahlong *ayahlong duduk kat kelantan* nak balik apa pulak petanda..saja la nak menyakat tokwan. Sekali dia jawab kalau Ayahlong, rama2 kaler kuning masuk rumah...
Aku terus KAHKAHKAH 
Gelak sakan aku pagi tadi. Teror betul rama2 tu. Sebab ayahlong aku tu kulit cerah.
Aku syak la mak rama2 tu kenal semua anak2 tokwan sebaba tau je dia kalau anak yang tu balik, dia hantar anak rama2 dia kaler sekian2. Hahaha...


Agak2 kalau aku nak balik, tokwan dapat rama2 kaler apa eh...?? Jap, mesti rama2 yang kiut miut je kan. Hahaha
Eh, kalau kakak dan adik aku balik, mesti rama2 yang masuk rumah tu gemok2...hahahaa...semput..









January 10, 2012

Makcik jual kain..


Sape nak tolong sponsor makcik tempah kain kain kat atas ni...? Semak betul la makcik tengok kain ni duk berlonggok kat dalam bilik menunggu masa untuk dihantar jahit. Tu kain semua bukan makcik yang beli, tapi orang bagi. 

Start dari kiri kaler purple tu suami tercinta makcik yang hadiahkan. Suka sangat. Cantik. Mekasih sayang.

Yang kaler hitam dot dot turquoise tu best fren makcik yang bagi. Boleh tak dia balas balik pemberian makcik sebab makcik hadiahkan kain cotton kat dia sepasang sempena bithday dia. Jah, jah...aku tak mintak dibalas pun la. 

Kaler silver sebelah hitam dot dot tu kain aku cilok. Eh..tak sebenarnya, opismate aku nak hadiahkan kat pengantin baru dalam opis aku, tp pengantin tu lelaki. So aku cakap baik bagi benda lain daripada kain kan, sebab dah tentu bini dia je yang dapat pakai. Maka tak bermakna la nak bagi hadiah kat pengantin tu. So aku ajak kawan aku tu share hadiah ngan aku. Aku beli toto 1 set sekali cadar. Puas hati gak, boleh tahan lawa. Rasa sayang je nak bagi. Haha.Oleh yang demikian, makanya dia telah memberikan aku baju silver kain songket tu sebagai bayaran share2 hadiah tanpa perlu keluarkan duit. Sistem barter telah digunakan. :)

Last sekali kain merah tu, adalah pemberian hadiah kawin staff Tati kepada aku. Lama jugak aku peram hadiah ni, baru sekarang nak gi tempah buat baju. Bukan apa, sebab sebelum ni banyak lagi kain aku yang belum tempah. Sekarang baru dah surut sikit.


Aku tak boleh la tengok kain lawa2, nak nak lagi cotton. Boleh meroyan nak borong semua yang lawa2  kalo takde orang tolong stopkan. Hahaha. Macam baru ni aku ada jual kain cotton polka dot. Nasib baik aku berjaya kuatkan iman untuk menahan diri dari cilok sepasang untuk koleksi peribadi. Kalo tak memang mampus la aku, setiap kali jual kain cantik2 je, mesti aku rembat sepasang, kadang2 2 3 pasang jugak aku remabt T__T  Laki tokey balak pon boleh bankrupt kan. Sekian.


P/s:Harap2 aku tak terlalu lambat nak tambah koleksi cotton polka dot. Sayang, jom balik Kedah. Hehehe

January 5, 2012

Hati tiba tiba rasa cute




Bila duduk berjauhan dengan en.asben, hati cepat je rasa cute cute.. Hee..Lama dah tak dengar lagu ni.. Bila tengok ada orang post kat fb tadi, tetiba rasa cute sangat..

Sayang, i heart u..
Please don't let me fall.. :)

January 3, 2012

Best of 2011

Perkara yang paling terkesan di hati aku yang berlaku pada tahun 2011...
Tarikh: 22.7.2011
Akad nikah
Saat bergelar isteri kepada Mohamad Hissham
*baru aku tau berinai atas tangan tu haram*


Jeling menjeling


Tukar baju..Ngee...


Amboi....gelak sakan nuh..


Tarikh: 10.9.2011
Majlis kenduri di Kemaman

Raja sehari




Tengok sana sayang...*berlakon keras ok..haha*


Rumah usang


Tarikh: 2.10.2011
Majlis kenduri Bandar Baharu


Its the time!


Nervous mak ok..haha



P/s: rasa macam baru semalam je kawen..hehe..ni la akibatnya duk tengok  gambar kawen lama2..
Sayang...nak kawen lagi boleh tak....??? Hahahaha



January 2, 2012

Bila rindu ku pandang gambarmu


Geram aku tengok gambar budak bambam ni. Rasa macam nak culik balik Kemaman je. Hee. Biasa la. Masa ni ko boleh la nak bermanja2 dengan makngah dik. Nak menempek dengan makngah sokmo.Adik tunggu makngah ada baby nanti, mesti makngah dah tak layan adik dah. Hahaha.. Sampaikan mummy dia bengang sebab Insyirah dah silap ibu dah. Macam mummy dia tu mak tiri. Dasyat betul Cirah ni. 

Antara gambar2 Cirah masa aku bawak Cirah n mummy dia ikut balik Kedah.

Muka blur

Sibuk nak tarik cekak rambut makngah yang kiut miut tu.
Malas makngah nak bagi adik. Suruh mummy beli eh.  Muahaha


Muka suci

Tepon pakngah. Cirah suka sangat la tepon pakngah dia ni sebab dia boleh gerak2 jari dia atas screen. Yela. Pakngah kan tepon canggih. Amek la ko adik main tepon pakngah puas2. Tu dia tengah tengok lagu hindustan. Haha.



Korang tengok, mostly gambar dia duduk seat depan, dengan aku.
Seronok betul mummy dia bersenang lenang kat belakang.



Pakngah rilek je kat belakang jadi bos. Mummy Cirah yang drive.



Yang ni pulak aku jumpa Cirah last week masa tunggu en.asben meeting kat IOI.  Masa ni kami berada di klinik kesihatan sebab Cirah kena cucuk untuk yang ke bape kali ntah ni. Tough siot Cirah. Masa nurse cucuk jarum dia tak nangis pon. Cuma nangis kejap masa nurse start tekan ubat sebab rasa sakit kot. Lepas tu diam dah.



Mengantuk. Otw ke Alamanda untuk santap Kenny Rogers bersama mummy Cirah.


Muka excited dapat naik benda alah ni.


Macam budak dah besar je.


Seronok tak nak turun naik menatang ni pusing2.
Sampaikan bila aku nak turunkan dia, boleh dia cakap " nak lagi.."


Smile


Makan pun nak menempek sebelah aku. Suruh duduk sebelah mummy dia, langsung takmo.


Seronok main lari2 depan cermin dalam tandas. 


Weddings

Wedding kawan yang aku hadiri sepanjang 2 minggu lepas...baru sekarang nak tayang gambar...


Selamat pengantin baru Matmin & Dayah
Mat Amin ni kawan opis aku. Aku attend kenduri belah wife dia je kat Batu Maung, Penang. Sebab dah alang2 minggu tu aku balik Parit Nibong. Kenduri umah dia kat Melaka aku tak g dah la. Sebab sama hari pulak dengan cousin belah Kedah. Adat la kalau dah kawen ni. Kena toleransi. Hehe


Esok harinya kenduri kawan en.asben kat kampung sebelah. So makan nasi kenduri jela. Haha. Kenduri ni speacial sikit sebab adik dan abang naik pelamin kenduri sekali. Disebabkan mereka tak buat pelamin, just meja makan je, so macam mana mereka nak naik pelamin kan. So aku terpaksa la tulis mereka, adik dan abang makan beradab sekali. :P

Kalau nak diikutkan, si abang adalah rakan sebaya en.asben. Tapi disebabkan dah adik beradik, so dua dua la jadik kawan en.asben.

Double Pengantin, Hazril dan Hazwan. 


Yang ni adiknya, Hazwan



Yang ni pulak si abang Hazril. 


Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan. Semoga berkekalan jodoh hendaknya sampai la ke anak cucu. Eh kita lihat siapa di antara mereka yang dapat anak dulu, boleh? Hahaha.. Mongok kan. Nak main lumba2 pulak. Aku pun takde rezeki lagi :)


Nak feeling ala2 pengantin baru jugak la. tehee.