Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label enjoy. Show all posts
Showing posts with label enjoy. Show all posts

March 11, 2013

Sunrise at Broga Hill

 Fresh morning



Pesta di pagi hari



Wajah kesayangan hamba



 Hope our love remains till jannah, amin..



 My hero yang di depan, bukan di belakang. harap maklum :P



 Gunung tok wan? emm...stamina kena kuat ni nak tawan gunung.





August 7, 2012

2.8.2012

Baru dapat nak update pasal cite ni..huhu

Tahniah buat en.asben yang telah dinaikkan pangkat. =)
Majlis pemakaian pangkat tu dibuat pada 2.8.2012 bersamaan hari khamis lepas di Head Quaters APMM di IOI Resort. Punya la aku kelam kabut bergegas ke kl sebab aku dapat tau majlis ni pagi rabu en.asben kol di opis. Pulak tu pasangan diwajibkan hadir. Kelam kabut aku mintak cuti hari khamis dan amek half day hari rabu.

Aku terpikir2 jugak sebab apa pasangan diwajibkan hadir, rupa2nya ada function pasangan tu. Pasangan pun kena naik atas stage jugak berdiri sebelah suami masing2. Tapi aku ingatkan naik pentas cuma untuk tengok je, rupanya isteri kena pasang pangkat sebelah kiri, Datuk KP pasang sebelah kanan. Cuak aku. Berdebar2 nak tunggu turn masing2. Dahla Datuk KP tu memang bagi isteri yang buat dulu, cabut pangkat lama, pasang pangkat baru. Memang pengalaman baru. Sebab tu aku suka sangat dengan uniform guy. Eh, hehehe.


Masing2 tak ready


Semua 15 orang yang terlibat


Bersama Safura isteri Pokjo


Bergambar bersama G-strimers yang hadir. Eh, rasanya ada yg dah balik kot.


Lepas ni nak tunggu pulak berapa tahun lagi aku dapat naik stage lagi tukar pangkat en.asben. emmm..tak tau la. Ada rezeki, dapat la merasa pangkat lain pulak. Amin.

July 18, 2012

Bengkel @ Genting

Last week 10/7/12 - 13/7/12 aku berada di Awana Genting sebab menghadirkan diri untuk berbengkel pemurnian drawing untuk program yang ada amali. Mula2 sampai excited je sebab dah fikir2 nak makan banyak2 kat hotel kan. Takpe..siap btau kat diri sendiri, lepas balik dari genting baru nak diet betul2. Punya la semangat nak makan banyak kan :P

Petang tu sampai, rehat2 jap, mandi pastu turun makan malam. Memang sumpah banyak la aku makan. Nak pulak saing dengan Gnee, memang sume pon rasa selera je..hehe..Start bengkel malam tu, huihh..perut penuhnya...malu..baju nampak sendat je..hahaha...eh..memang aku dah gemok pon kan..sekarang nak pakai baju pon tercari2 baju mana la nak pakai sebab sume pon dah tak muat nampak nampak sendat je pompuan ni nanti..

Pastu esoknya pun eksaited lagi nak makan breakfast banyak2...makan2..pastu start bengkel semula..rupanya ada lagi coffee break. Makan lagi, tapi aku rasa macam menyeksakan diri sendiri je kalo aku makan jugak, so aku biar je lalu minum saje.

Tengahari, lunch time. Nak makan apa pon rasa penuh lagi perut sebab breakfast yg banyak tadi. Tapi aku makan jugak, amek sikit je nasi dan makan lauk2 je..sambung bengkel balik.

Begitu la seterusnya aktiviti aku. Masuk bengkel, makan, masuk bilik tido, masuk bengkel, makan, rehat2 atas katil, pastu makan lagi. Sampai hari terakhir tu, aku dah tak lalu nak makan masa breakfast. Sebab bosan la asyik makanan yang sama je kot sejak datang hari selasa sampai la ke hari jumaat. Mana tak muak kan. At least, tak nak bagi rasa membazir sangat, aku makan la jugak jamah sikit wat alas perut sebab tengahari tu, nak naik genting nak berjimba2 dulu sebelum balik.

Eh, sebenarnya petang hari kedua tu kami dah naik atas dah. Tapi kejap jela. Chewan g bawak kat abg ipar dia keje kat Sky Venture, ala yang macam kita terbang2 tu..jap nak google gambar.

 
 Gambar ehsan cik google.

 Haaa..macam tu kat atas tu.. Aku rasa gak nak try, tapi takut lak..bukan takut apa, takut sebab nanti muka jadi buruk angin kuat dari bawah tolak..haha..pipi kan dah penuh, harus la muka nanti buruk je. Kitorang dapat free je masuk ni, cuma bayar rm18 je untuk sijil. Biasa nak try sky diving ni kena bayar rm50 sorang.
Tapi rasa macam rugi je pulak tak cuba kan..huhu..


 Hari pertama: Gnee dan Nain


 Aksi gedik dgn Gnee


 Badan dah gemuk pon ada hati nak melompat kan..puiii


 Poyor je Siraji kat tengah2 tu..emm..


 Hari kedua berbengkel


 Petang hari kedua, naik genting, konon sejuk la bawak sweater.


 Hari last, bermain2 dulu sebelum balik. Masa ni aku dah pening2 sebab baru lepas naik flying coaster. Cukup la sekali je aku naik menatang tu. Tobat dah. hahaha


 Chewan demam..haha..eh, lupa bagitau, kami masuk outdoor half price saje sebab agb ipar Chewan kawtim cane ntah..hehe


 Lepas tu naik benda alah ni pulak. Sebelum pusing. #gemok kan aku#



 Baru start naik tinggi.


 Masa tengah pusing2 ni, Fauzan yg duduk depan aku tu punya jerit.."tobat dah tak nak naik..cepat la nak turun.." hahaha..aku sampai takde suara pulak gelak kat dia..#padahal sendiri pon dah pening2 jugak..haha#


 Selepas pusing. tengok muka Fauzan.hehehe


 Yang ni pulak, aku naik benda alah pusing2 sambil makan angin tu. Tak mencabar pon, nak tenangkan fikiran boleh la. Tapi sampai kami dah bosan bila nak benti ni sebab cadangnya naik benda alah ni sebab nak tunggu Nain dan Matmin main Solero shock, sekali dorang dah siap dah kami tak habis lagi pusing.


 Biarla aku tak naik benda ni pun. Tak terasa langsung kot nak naik..menakutkan je..


Kesimpulannya, kalo aku nak pergi genting lagi, rasanya dah tak main dah kot permainan2 yang ada sebab kebanyakannya macam yang takut2 je. Rasanya masa akan dihabiskan bersama sama en.asben dalam bilik je la kot.. :P






December 4, 2011

Aktiviti weekend

Hai..jumpa lagi hari ni..hehe..rajin semacam nak update lagi..padahal paper student banyak lagi...eh..bertambun lagi tak habis tanda..hahaha..

Hari sabtu lepas, aktiviti kami adalah picnic. Poyor je kan nak picnic2..tapi tak kesah la poyor ke apa ke..aku tetap meroyan nak pergi picnic jugak. *siap paksa en.asben tu..muahaha*

Aku masak simple2 je untuk bawak bekal makan tepi pantai.
Menu:
1. Ayam bakar.
2. Baked potato and vegetables (carrot, broccoli, cauliflower)
3. Vegetable salad.
4. Fruit salad.
5. Mehun goreng tomyam.

Harap maklum. Menu semua adalah sihat2 belaka. Ini adalah untuk menjaga badan en.asben dan aku. Aku kan dah gem....mencik!!
Dan dah siap masak semua, kami lepak2 umah dulu. Dalam pukul 5 lebih baru gerak ke Pantai Teluk Mak Nik, Geliga. Aku angkut sekali adik bongsu aku. Daripada dia duk umah, boleh gak dia jadi tukang amek gamba kami kan..Muahahaha...

Aktiviti kat pantai:
1. Makan.
2. Minum.
3. Lompat2.
4. Amek gamba.


Adik amy dan aksi lompatan beliau.

Adik aku yang hensem.

Aksi lompatan aku yang buruk..haha

En.asben dan aku bersama aksi lompatan yang ntah pape.

Kami yang dah gumuk. T___T




Nampak kan bukti aku dah gems..huhu

Sekian dari kami..haha

June 12, 2011

Cuti sekolah



Musim cuti sekolah dah habis. Disebabkan aku tinggal di pantai timur, makanya hari ini budak budak sekolah dah kembali ke sekolah. Eh, kenapa pulak aku yang macam tak suka je bila cuti sekolah dah habis. Aku bukannya cikgu pun. :P

Sebenarnya aku nak cerita apa aktiviti aku masa cuti sekolah ni. Nak jugak menyibuk time cuti sekolah kan. Padahal aku takde kaitan pun dengan cuti sekolah ni. Sebab kalo aku nak cuti, selalu kena apply dulu. Hehe

27 Mei..cuti sekolah bermula. Ok, belah pantai timur kan cuti hari jumaat, so consider cuti sekolah dah start la kan. Weekend ni aku takde buat aktiviti pape yang menarik sangat pun. Yang aku ingat minggu tu ada meeting kat opis. Pastu pulak 31 Mei tu birthday kakak aku. Happy birthday along!

Tapi yang excited sikit bila aku apply cuti hari khamis (2 Jun) sebab aku nak balik kampung kawan aku. Eh, kampung tunang aku jugak :P Cadangnya nak pergi rumah membe aku ni mionggu depan, minggu last cuti, tapi plan berubah last minit. Ni gara gara en.tunang la ni. Terus aku laju laju beli tiket bas untuk rabu malam. Hee. Excited sangat sebab:

Pertama: Ofcoz la dapat jumpa en.tunang kan.
Kedua: Sebab dapat tido rumah kawan aku, Pijah.

Sebenarnya Pijah tu kawan tunang aku, tapi sekarang ni dah jadi macam kawan sekolah aku pulak. Hee. Aku dah 2kali dah berkampung kat rumah dia. Tapi aku sedih. Lepas dah kawen nanti mesti aku susah dah kan nak lepak tido sama2 dgn ko Pijah. Laki aku nanti nak letak mana..Haha..

Walaupun aku ni namanya balik kampung tunang aku, tapi aku tak pernah dan tak berani la nak tido umah bakal mak mertua ni. Segan la. Dah kawen sok lain la. Hehe. Rumah pijah ni aku tak kesah sangat sebab dia adik beradik semua perempuan. Jadinya ayah dia je satu satunya lelaki dalam rumah. So, women power tu sangat kuat. Hehehe.

Lupa pulak aku nak btau awal2. Tujuan aku ke sana yang penting adalah g tempah kad kawen. Yang tu yang UTAMA. Dan yang seterusnya tu tak adalah tambahan je. Aktiviti tambahan tu la yang buat aku rasa BEST sangat.

Aktiviti tambahan #1
Photoshoot @ Jeti Pulau Aman~~ aku dan en.tunang jadi model petang tu. Dan photoG nya adalah Pijah. Hehe. Mula2 agak segan la kan pijah kan. Lepas tu dah lama rasa macam artis la aku ni. Hahaha. perasan tak ingta padahal nak pose pun tak tau gaya apa entah. :P


~Nice view~

~en.tunang & me~

~sila abaikan bahagian blur tu. sebab motip aku nak tunjuk hasil photoshoot pijah ok~

~aku suka view ni!~

~nak amek gamba lompat tapi tak jadi~

~berdiri tegak~

P/s: Ada gambar yang aku blur sebab aku sangat seksa. hahaha.

Banyak lagi gambar yang aku suka dan cantik cantik. Tapi harap maaf la. Tak leh nak upload ok. Over sangat. Hikhik. Cukup la sekadar apa yang disajikan tu.



Aktiviti tambahan #2
Shopping!! Hee.. mestila wajib kan. Pijah ni memang terbaik la kalo bab2 tempat shopping. Maksud aku bukan semestinya tempat tu mahal dan cantik. Murah pun ok apa kan. Tapi hasilnya kalah yang mahal. First place, dia bawak aku g Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat. Gila la aku kat sini sebab tergoda dengan kain pasang yang maha banyak dan super cantik. Fuh. mengucap kejap, eh, tak sempat nak mengucap kot. Sebab duk sibuk pilih nak beli mana satu. Kat pasar tu memang kena beli borong baru dapat murah giler harga. So, asalnya english cotton yang kain tebal harga rm70 satu. Kami beli 10 pasang campur dengan sutera wangi. Dapat la harga rm35 sepasang. See. Aku angkut 4 pasang english cotton ok. Berbaloi2 dari aku beli kat Bandung tu. Hee.

Pastu esoknya dia bawak aku pergi borong klat bundle. Eh, best gila bundle ni. Sebab baju2 dia baru dan branded dan cantik. Lagi menarik tang harganya sebab dia jual kilo. 1 kilo baju harga rm18. Sebelum ni harga rm15 sekilo. Sejak mendapat sambutan yang hangit sangat ni, penjual dia berlagak dah naik rm18 sekilo. Untuk pengetahuan semua, aku memang layan dan gila jugak beli baju bundle. Selalu aku beli kat kemaman harga dalam rm10-rm15 sehelai. Tapi kedai ni memang tabik spring ah sebab aku beli seluar 2 helai, baju 2 helai, baru harga rm19. Hehe. Aku ingat tak lebih sekilo, sekali berat seluar daa. Tapi puas hati sebab aku dapat seluar yang cantik dan muat untuk aku. Hahaha.

Dan setelah menghabiskan 3 malam yang best kat rumah Pijah, aku pun pulang ke pangkal jalan. Tapi sebelum pulang Kemaman, haruslah aku pergi mengadap bakal mak pak mertua kan. Aku g makan tengahari kat rumah tunang aku sebelum pulang.

Penat. Tapi enjoy.


Pulang dari Kedah, ada debaran yang menanti aku. Audit MQA pada 8 Jun. Disebabkan Program BMET ni adalah merupakan program degree yang pertama dari fakulti aku yang dilahirkan, so adalah penting MQA datang audit untuk memastikan batch pertama program BMET ni mendapat pengiktirafan rasmi bahawa degree yang dianugerahkan kepada graduan adalah mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA
. So kali ni memang kompem aku kena sebab yang mengajar subjek untuk program degree memang tak banyak. Dan jugak disebabkan aku menjadi lecturer yang paling bertuah kot, aku memang dipilih untuk di-interview oleh auditor MQA dari UTM, Prof.Zainal Abidin. Tapi soalan pertama yang aku dapat dari Prof adalah "Apa maksud nama Zuraifah tu..?" Isk..isk..terkejut aku. Hahaha. Layankan aje la Prof ni sebelum dia tanya aku yang heavy2 kan. Ke dia berkenan sangat dengan nama aku sampai timbul rasa nak buat menantu..? Eh..maaf en.tunang..kita tak jawab lebih2 pun tau dengan Prof tu. Hikhikhik. Aku kena interview pasal OBE. Boleh la aku jawab. Tapi nasib baik aku di-interview bersama sorang lagi lecturer, Kak Jema. Dia ada tolong aku kat dalam bilik tu masa Prof tanya pasal apa ntah. Aku tak tau sebab aku kan baru sangta la mengajar. Thanks Kak Jema!!

Dah reda pasal audit, hujung minggu tu jugak aku menghabiskan sisa sisa cuti sekolah di Kuala Terengganu. Busy kan life aku. Busy sebab nak berjalan je kerjanya time cuti sekolah ni. Hehehe. Aku g weekend rumah bestfren aku, Jah. Masa ni je ada lagi sebab hari sabtu Jah dah nak fly balik Sabah. Jah jadi cikgu, dia mengajar kat sekolah bum bum, semporna. Makanya, waktu cuti sekolah saje la aku berpeluang untuk jumpa dia. Dan aku rasa macam wajib jugak la aku jumpa time cuti sekolah. Aku kan suka tido rumah kawan. So, family jah ni dah jadi macam family aku jugak. dan mak dia pun dah kenalkan aku kat sedara mara dia sebagai anak angkat. Touching kejap. Hee. Aku g sana lepas kerja hari khamis tu, tumpang kawan je sebab malas nak drive sorang diri. Sampai kuala terengganu dah malam. So, malam tu tak kemana pon. Just g makan2 je dgn jah, kakak dia; Kak Lah dan 3 muskeeters aka anak buah dia.

Aktiviti hari esoknya, 10 Jun misi mencari hadiah kawen member. Sebab hari sabtu esoknya 2 kenduri kami kena attend sebab 2 2 pun kawan sekolah. Mula2 masuk Mydin cari hadiah. Lepas tu kat luar Mydin tu banyak sangat stall yang jual tudung dan shawl kan. So aku pun sedekah la kat akak stall tudung tu. Hehehe. Aku terbeli 2 shawl dan 2 inner. Dasar pemurah-takleh-pegang-duit-banyak2-sket kan. Lepas tu kami gerak ke TTC sebab ada pameran buku. Aku memang nak cari buku sket. Setelah dapat apa yang dihajati, kami pulang ke rumah dulu memandangkan aku yang dah lenguh dan penat. padahal balik rumah tak penat pun, tapi sempat lagi tibai nasi sebab tengok lauk yang menggiurkan atas meja. Padahal kat luar tadi dah makan dah. Huhuhu. Jahat betul perut ni.

Dah petang sket, kami keluar beramai2 dengan family dia ke pantai teluk ketapang. Ingat nak amek2 gamba tepi pantai kan. Sekali boleh pulak aku lupa. sudahnya takde gamba petang tu dan kami hanya makan2 sambil buat bising dalam kedai. Eh, yang buat bising tu bukan aku, tapi the 3 muskeeters tu. Lasaknya boleh tahan jugak.

Hari sabtu. Hari kenduri. Hari ni aku makan nasi 4 kali ok. Diulangi. 4 kali. Pengsan jap aku. hahaha. Makin la jahat kan perut aku ni. Tamak tak ingat betul la. Gambar pengantin aku lupa nak snap. Cuma amek gambar baby kawan aku je.


Ni sepupu jah, Norma with her baby, CK Hanani.

Ni pulak husband Norma aka kawan aku CK Faiz aka Edenk.


Dan puas berkenduri rumah member, maka tibalah masa untuk jah pulang ke Sabah. Flight KT-KL Jah malam tu pukul 9.35. So sebelum magrib lagi kami semua dah bergerak ke airport. Konon2 nak magrib kat airport, pastu babai jah naik fight kan. Sekali sampai sana flight delay ke 10.35. Last2 delay lagi ke 11.35. Masak la Jah menunggu flight dia sebab lepas makan semua kami drop je jah kat airport sebab anak buah dia kan sekolah esok (hari ni) So, tak sempat la aku nak melambai2 jah dari bawah. hahaha. Aku macam biasa, kata dah jadi famili kan. So aku tido lagi malam tadi kat rumah jah walaupun jah dah takde sebab aku balik kemaman tumpang kawan aku terus g kerja dari K.trg tu. Niat asal nak gerak pukul 7. Tapi hampeh je. Pukul berapa ntah kawan aku sampai. Dan sempat lagi makan2 teman dia dating. hahaha. Jarak Ktrg-Kemaman dah la makan masa 2jam. Tapi sempat lagi rilek2 kan. Dan kami sampai opis pukul 11 pagi. Gila kan. :P

P/s: flight KL-Sabah Jah pukul 6.35 ptg nanti. Babai Jah.




Sekian cerita cuti sekolah aku.

May 2, 2011

Jalan jalan habiskan duit.

Hari Sabtu lepas, aku keluar dengan adik jalan2 ke Mesra Mall.

Kami makan2.

Kami tengok wayang.

Dan kami membeli belah, tapi barang aku la.

Layan gambar je lah.

Punya la malas aku nak cerita.


Ni lah adik2 ku. Acik n adik amy.


Jangan di tanya mengapa terdapat perbezaan warna kulit. keh3


Bersama kakak yang sweet kan. :P


Menikmati flat coffee.


Apekehe sampai terjelir minum kopi mek..


Oh..sedapnya sampai pejam mata. Hahaha


Bintang softball sekolah. Sebab tu lah kulit dia agak gelap sekarang.


Kami tengok THOR. :)


Sekian. Penutup, tatap lah kakak dia yang dah gemok.