Petang tu sampai, rehat2 jap, mandi pastu turun makan malam. Memang sumpah banyak la aku makan. Nak pulak saing dengan Gnee, memang sume pon rasa selera je..hehe..Start bengkel malam tu, huihh..perut penuhnya...malu..baju nampak sendat je..hahaha...eh..memang aku dah gemok pon kan..sekarang nak pakai baju pon tercari2 baju mana la nak pakai sebab sume pon dah tak muat nampak nampak sendat je pompuan ni nanti..
Pastu esoknya pun eksaited lagi nak makan breakfast banyak2...makan2..pastu start bengkel semula..rupanya ada lagi coffee break. Makan lagi, tapi aku rasa macam menyeksakan diri sendiri je kalo aku makan jugak, so aku biar je lalu minum saje.
Tengahari, lunch time. Nak makan apa pon rasa penuh lagi perut sebab breakfast yg banyak tadi. Tapi aku makan jugak, amek sikit je nasi dan makan lauk2 je..sambung bengkel balik.
Begitu la seterusnya aktiviti aku. Masuk bengkel, makan, masuk bilik tido, masuk bengkel, makan, rehat2 atas katil, pastu makan lagi. Sampai hari terakhir tu, aku dah tak lalu nak makan masa breakfast. Sebab bosan la asyik makanan yang sama je kot sejak datang hari selasa sampai la ke hari jumaat. Mana tak muak kan. At least, tak nak bagi rasa membazir sangat, aku makan la jugak jamah sikit wat alas perut sebab tengahari tu, nak naik genting nak berjimba2 dulu sebelum balik.
Eh, sebenarnya petang hari kedua tu kami dah naik atas dah. Tapi kejap jela. Chewan g bawak kat abg ipar dia keje kat Sky Venture, ala yang macam kita terbang2 tu..jap nak google gambar.
Gambar ehsan cik google.
Tapi rasa macam rugi je pulak tak cuba kan..huhu..
Hari pertama: Gnee dan Nain
Aksi gedik dgn Gnee
Badan dah gemuk pon ada hati nak melompat kan..puiii
Poyor je Siraji kat tengah2 tu..emm..
Hari kedua berbengkel
Petang hari kedua, naik genting, konon sejuk la bawak sweater.
Hari last, bermain2 dulu sebelum balik. Masa ni aku dah pening2 sebab baru lepas naik flying coaster. Cukup la sekali je aku naik menatang tu. Tobat dah. hahaha
Chewan demam..haha..eh, lupa bagitau, kami masuk outdoor half price saje sebab agb ipar Chewan kawtim cane ntah..hehe
Lepas tu naik benda alah ni pulak. Sebelum pusing. #gemok kan aku#
Baru start naik tinggi.
Masa tengah pusing2 ni, Fauzan yg duduk depan aku tu punya jerit.."tobat dah tak nak naik..cepat la nak turun.." hahaha..aku sampai takde suara pulak gelak kat dia..#padahal sendiri pon dah pening2 jugak..haha#
Selepas pusing. tengok muka Fauzan.hehehe
Yang ni pulak, aku naik benda alah pusing2 sambil makan angin tu. Tak mencabar pon, nak tenangkan fikiran boleh la. Tapi sampai kami dah bosan bila nak benti ni sebab cadangnya naik benda alah ni sebab nak tunggu Nain dan Matmin main Solero shock, sekali dorang dah siap dah kami tak habis lagi pusing.
Biarla aku tak naik benda ni pun. Tak terasa langsung kot nak naik..menakutkan je..
Kesimpulannya, kalo aku nak pergi genting lagi, rasanya dah tak main dah kot permainan2 yang ada sebab kebanyakannya macam yang takut2 je. Rasanya masa akan dihabiskan bersama sama en.asben dalam bilik je la kot.. :P
No comments:
Post a Comment