Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

July 18, 2012

Berdikari

Seingat aku..rasanya aku sejak dari sekolah lagi dah diajar untuk berdikari sendiri. Mana taknya. Sejak form 1 lagi aku tak dihantar duduk sekolah asrama. Nak buat cane..mak bapak dah tak sayang kan..kecik2 lagi dah kena duduk jauh2..sian..hahaha..bagi aku takde apa pun sebab maybe dah di ajar dari awal yang aku ni kakak kepada 5 orang lagi adik..so perasaan nak bermanja tu takde la sangat. Lagi suka kot sebab dapat kenal dengan rapat kawan2 aku bila duk asrama ni. Pada sapa2 yang penah duduk asrama, dia paham la suasananya macam mana..nak makan sama..study sama..mandi kat kolah pun nak saing2..basuh kain pun nak sama2..tido pon sama2..eh..aku penah tido berlima atas 2 katil dirapatkan..punya la rapat sangat berkawan..haha

Then, bila dah masuk universiti, perkara yang sama jugak la berlaku..mak bapak aku cuma hantar aku ke kolej mana je yang patut aku daftar. Lepas siap2 daftar, babai..takde la macam budak2 kat tempat kerja aku ni, mak bapak tunggu sampai ke petang, kalo boleh nak tido kat situ jugak kot. Puii..manjakan anak betul la..Pastu ko bising sebab management takde sediakan makanan utk ibu bapa masa pendaftaran. Hello! Mana la kami nak sediakan tu semua. Pandai2 la makan sendiri kan. Seingat aku la, masa pendaftaran dulu, cumka ada kanopi untuk mak ayah duduk tunggu urusan anak dibereskan, nak elak dari panas matahari..tu je.. Aku pulak emo tiba2 cakap pasal2 perangai mak bapak student zaman sekarang ni.. emmm..

Aku rasa bersyukur sangat sebab aku ni jenis berdikari. Kalau tak, terpaksa la akan menyusahkan suami sedikit sebanyak kan. Mana taknya kalo nak gerak ke sana sini sikit, mintak tolong orang hantarkan. Macam aku, en.asben memang biar je. Ni biar2 kes tak sayang ke sayang ni musykil jugak aku kan. hahaha..tapi dah namanya pun jadi weekend husband and wife, so memang aku akan ke sana ke sini settlekan urusan sendiri. Kadang2 bila en.asben ada kat rumah ari ahad, dia nak hantar aku g keje, selalu je aku tanya dia banyak kali betul ke tak betul ke nak hantar. Rasa excited pulak sebab jarang2 sangat suami dapat hantar g keje..hehe..

Macam aku nak drive dr kemaman ke kl pulak. Ada setengah suami yang tak percaya isteri dia bawak kereta sendiri kan. Tapi en.asben memang percaya sepenuhnya aku ulang alik dari kemama-kl. Sekarang ok la en.asben dah keje kat kl. Kalo tak dulu aku drive dari kemaman ke ipoh sorang2 pun dia yakin je. PAtut la dia percaya sangat kat aku. Sebabnya biasa kalo balik kedah, kami akan gilir2 bawak kereta. Time dia bawak aku ok je..nak tido pun rasa tak sedap la pulak dia bawak kete sorang2 #time aku tertido tak kira k..muehehe# Time aku bawak pulak, kroh2 dia kat sebelah. Hahaha. Percaya ada sebab kan..hehehe..




Sebenarnya aku boring sangat dalam kelas ni. tu yang sempat update. dalam lab computer la katakan. hahaha

No comments: