Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label cerita sedih. Show all posts
Showing posts with label cerita sedih. Show all posts

April 3, 2013

Pemergianmu ditangisi

 


Assalamualaikum.

Malam sabtu lepas aku dapat berita sedih mengenai seorang pelajar tahun akhir degree aku meninggal dunia akibat kemalangan. Sungguh tak percaya! Hinggakan aku asyik ternampak dan terbayang wajah arwah tatkala aku pejam mata. T___T

Disebabkan aku cuti hari ahad, maka aku pergi melawat emak arwah hari isnin. Better late than never. Sejak di ofis lagi aku dah mengalir air mata, inikan pula nak mengadap emak arwah, yang sudah tentu masih tidak dapat menerima hakikat yang anak sulongnya telah tiada. Hurmmm.. Nasib baik aku masih dapat menahan air mata dari tumpah di depan emak arwah walaupun air mata aku dah bergenang genang masa emah arwah bercerita dalam sebak dan menahan tangis. Sedih. Aku kehilangan kata kata. Arwah sememangya seorang pelajar yang baik samada di dalam kelas atau pun di kalangan rakan2 beliau.

Hari selasa, iaitu semalam, aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan perasaan yang berbaur. Ada sedih, ada sayu. Manakan aku tak terasa. Setiap kali kelas, memang aku tak pernah lupa untuk memanggil nama arwah. Samada sekadar untuk memastikan dia faham apa yang diajar, atau untuk memanggil beliau kehadapan untuk membuat penyelesaian kepada soalan.

Kelas terakhir hari selasa lepas, aku ada sebut nama beliau dan pergi melihat apa yang beliau buat, samada jalan kerja yang beliau buat tu adalah betul atau salah. Aku yang sememangnya suka bergurau dengannya.
Sebelum memulakan kelas semalam, aku jadi sebak tatkala meminta pelajar2 menyedekahkan Alfatihah kepada arwah. Entah kenapa suasana menjadi sangat sunyi. Aku sampaikan nanar nak mencari kata2 untuk memulakan kelas selepas itu. Sekiranya ada di antara pelajar yang perasan suara aku yang bergetar2 ketika itu, pasti aku tak dapat meneruskan kata2 lagi.

Muhamad Fadzlan bin Ramli, saya doakan agar kamu tenang di sana. Dan semoga kamu berada di kalangan orang2 yang solih. Allah lebih menyayangi mu.

Al-Fatihah






May 3, 2012

Nasib badan

Semalam aku melawat along kat umah dia...saje nak jumpa budak cirah jugak...alang2 tekak rasa nak malan lasagna pizza hut, along ajak g Alamanda saja sbb senang ada parking berbumbung disebabkan waktu kami keluar tu hujan sangat lebat...


Nak dijadikan cerita, aku memang tak endahkan hp aku sangat..sbb dah mcm xde org kol, x bunyi kan..so malas la nak tengok hp...dah elok je park kete, baru terdetik hati nak tgk hp apa cite dah...cari cari tak jumpa...cari dlm handbag...cari dlm kete...emmm...amek hp along kol diri sendiri..masih ringing sbb ada bateri lg..tp yg pasti hp xde dlm kereta..aku syak tertinggal kat umah along..dalam umah kan...tp pelik gak sbb cane lak leh tertinggal dlm umah sbbnye aku mmg xkeluarkan hp masa dlm umah tu...emmmm....


Lepas makan, kami pusing2 jalan2, layan si cirah nak naik kereta budak yg ada lagu2 tu kena masuk duit rm1..pastu jalan depan sket nampak lg binatang pusing2 pulak...laju je dia nampak dan terus berlari menuju ke tempat tu..tensen betul..bila tak bagi,dia boleh pulak nangis2 sambil tunjuk perasaan golek2 atas lantai..oh..dah pandai ugut org dah kan budak ni..grrr...abes syiling makngah cirah kerjakan..


Lepas tu along nak tukar line digi..alang beli hp baru terus sbb dah jadi orang kaya kan sekarang..hahaha..punya la lama tunggu dia salin no hp dlm surau..sbb dia bajet nak trade-in hp lama..so dia nak salin semua data2 yg ada dulu..dekat 2jam gak jenuh tunggu dia sampaikan anak dia dh macam apa dh..haha..dah settle semua, terus g kedai hp tu..sekali hp kena amek esok...ggrrrrrrrr.......bengang gila..punya lama tunggu for nothing!


Dekat 6.30ptg gak kami baru blah dari Alamanda tu..dah nak sampai umah, jiran along kol cakap ada jumpa hp depan rumah dia..kot2 la along tau sape punya hp elok depan pagar umah dia kan...dah sampai umah...DAMN!! Hp aku dah arwah..T__T setelah bergelut dan lemas dgn hujan lebat...di tambah pulak dgn kena pijak tayar kereta..maka alu kira berakhir sudah jodoh aku dgn hp tu..xsampai setahun lagi aku guna..lg bape hari nak setahun..huhuhu..sedey..rupanya aku rasa aku tercicir hp ni masa aku keluar kereta baru sampai umah along..


Terus balik subang dengan hati yg luluh...kecewa...sampai umah, laki den dh tunggu dalam kereta sbb xdapat nak masuk umah sbb aku bwk kunci...huhuhu..sedey..


Dah nasib badan...


Published with Blogger-droid v2.0.4