Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

June 23, 2011

Kecur

Sejak dah kenal dengan ikan pekasam ni, selera benar la kalo dapat makan nasi dgn ikan pekasam..
Dah 2 malam aku makan nasi semata2 dengan pekasam.. Ish..tengah taip ni pun dah kecur..Hehehe..

Nanti kalo dah kawen agaknya, memang wajib la ikan pekasam tu..Hee..Senang nak dapat bekalan. Setiap kali blk kedah je aku nak tapau banyak2 pekasam buat stok kat kemaman..hehe..

June 22, 2011

22 Jun 2011

Start counting the days...a month from today.. ^__^

Macam2 feeling ada. Terkejut..takut..nerbes..gembira..syukur..
Apa apa pun aku redha dengan apa yang Allah rancangkan untuk aku. Kerana Dia lah yang Maha Mengetahui.

Harap2 segala urusan dipermudahkan. Amin.

June 17, 2011

Aktiviti baru..dapat kawan baru..

Assalamualaikum.
Hari ni hari Jumaat. Rasa macam dah lama tak lepak2 kat rumah sendiri hari jumaat camni. Dah 2 minggu berturut aku berjalan time weekend, ni baru ada masa nak lepak2 kat rumah time2 weekend. Sampaikan aku rasa malas gila nak keluar rumah. Kesian mak aku g kenduri sorang2. Dia ajak aku g majlis kenduri cukur jambul anak sepupu dia, tapi aku malas sangat nak keluar. Hee.

Sebenarnya aku ada aktiviti baru sekarang. Aku masuk kelas aerobik. Hihihi. Setiap hari selasa dan khamis pukul6-7pm di Kemaman wellness. Waktu dia memang agak berkejaran sket la bagi aku sebab lepas balik kerja je terus gerak ke tempat ni. Tapi setakat apa yang aku join selama 2 hari ni, memang fun dan worth it la.

First day aku ditemani mak aku join sekali. Tapi utk second day mak aku dah malas nak join sebab penat. Hahaha. So aku sorang2 je. Tapi dapat kawan baru. Part ni aku suka. Heee. Ada 2 orang budak yang join ni, aku tengok memang budak2 lagi la. Ingat student Ranaco ke kan. Tapi rupanya dorang tu kerani kat satu kedai emas ni. Memang budak2 lagi la sebab umur baru 19tahun. Lepas tu kami pun borak2 la sebab time break kejap. Dia tanya aku duduk mana, kerja apa, ramah la budak ni. Ke sebab nampak aku macam budak2 baya dia jugak..Hehehe. Lepas tu aku tanya la umur dia berapa. Kenapa tak sambung belajar kan. Tetiba perangai macam makcik2 terus keluar. Hahaha. Ok. Dah agak2 mesra sket, dia tanya la umur aku berapa. Aku pun suruh la dorang teka kan. Ada ke dorang teka umur aku 22 tahun. MEMANG MELAMPAU KAN. Muahahaha. So..aku terima jela dengan REDHA. Hikhik. Aku bgtau la umur aku sebenar kan tapi boleh pulak dorang bereaksi macam ni.."Eh, betul ke akak ni 27..?? Tak percaya la..." Hahaha...Nak je aku tunjuk ic kan. Percaya la dik. Akak ni memang dah tua tapi maintain muda kan. Haa..cane tu.. :P

Kelas semalam memang berpeluh2 aku dibuatnya. Tak sabar nak tunggu kelas next week. Yeay!!


Percaya tak aku g London Weight Management..? :)

June 13, 2011

Our Day =)








We have changed over the years, but the sparkle in your eyes is as bright as ever, and my love for you is even stronger.

Happy Anniversary, Love...

Before she flew away





~Jah~

~us~


~cubaan Adam utk amek gambar kami~


~cubaan Adam utk amek gambar kami~


~mak~


~family~


~bersama arif dan amir~





~adam~


~adam dan arif~

June 12, 2011

Cuti sekolah



Musim cuti sekolah dah habis. Disebabkan aku tinggal di pantai timur, makanya hari ini budak budak sekolah dah kembali ke sekolah. Eh, kenapa pulak aku yang macam tak suka je bila cuti sekolah dah habis. Aku bukannya cikgu pun. :P

Sebenarnya aku nak cerita apa aktiviti aku masa cuti sekolah ni. Nak jugak menyibuk time cuti sekolah kan. Padahal aku takde kaitan pun dengan cuti sekolah ni. Sebab kalo aku nak cuti, selalu kena apply dulu. Hehe

27 Mei..cuti sekolah bermula. Ok, belah pantai timur kan cuti hari jumaat, so consider cuti sekolah dah start la kan. Weekend ni aku takde buat aktiviti pape yang menarik sangat pun. Yang aku ingat minggu tu ada meeting kat opis. Pastu pulak 31 Mei tu birthday kakak aku. Happy birthday along!

Tapi yang excited sikit bila aku apply cuti hari khamis (2 Jun) sebab aku nak balik kampung kawan aku. Eh, kampung tunang aku jugak :P Cadangnya nak pergi rumah membe aku ni mionggu depan, minggu last cuti, tapi plan berubah last minit. Ni gara gara en.tunang la ni. Terus aku laju laju beli tiket bas untuk rabu malam. Hee. Excited sangat sebab:

Pertama: Ofcoz la dapat jumpa en.tunang kan.
Kedua: Sebab dapat tido rumah kawan aku, Pijah.

Sebenarnya Pijah tu kawan tunang aku, tapi sekarang ni dah jadi macam kawan sekolah aku pulak. Hee. Aku dah 2kali dah berkampung kat rumah dia. Tapi aku sedih. Lepas dah kawen nanti mesti aku susah dah kan nak lepak tido sama2 dgn ko Pijah. Laki aku nanti nak letak mana..Haha..

Walaupun aku ni namanya balik kampung tunang aku, tapi aku tak pernah dan tak berani la nak tido umah bakal mak mertua ni. Segan la. Dah kawen sok lain la. Hehe. Rumah pijah ni aku tak kesah sangat sebab dia adik beradik semua perempuan. Jadinya ayah dia je satu satunya lelaki dalam rumah. So, women power tu sangat kuat. Hehehe.

Lupa pulak aku nak btau awal2. Tujuan aku ke sana yang penting adalah g tempah kad kawen. Yang tu yang UTAMA. Dan yang seterusnya tu tak adalah tambahan je. Aktiviti tambahan tu la yang buat aku rasa BEST sangat.

Aktiviti tambahan #1
Photoshoot @ Jeti Pulau Aman~~ aku dan en.tunang jadi model petang tu. Dan photoG nya adalah Pijah. Hehe. Mula2 agak segan la kan pijah kan. Lepas tu dah lama rasa macam artis la aku ni. Hahaha. perasan tak ingta padahal nak pose pun tak tau gaya apa entah. :P


~Nice view~

~en.tunang & me~

~sila abaikan bahagian blur tu. sebab motip aku nak tunjuk hasil photoshoot pijah ok~

~aku suka view ni!~

~nak amek gamba lompat tapi tak jadi~

~berdiri tegak~

P/s: Ada gambar yang aku blur sebab aku sangat seksa. hahaha.

Banyak lagi gambar yang aku suka dan cantik cantik. Tapi harap maaf la. Tak leh nak upload ok. Over sangat. Hikhik. Cukup la sekadar apa yang disajikan tu.



Aktiviti tambahan #2
Shopping!! Hee.. mestila wajib kan. Pijah ni memang terbaik la kalo bab2 tempat shopping. Maksud aku bukan semestinya tempat tu mahal dan cantik. Murah pun ok apa kan. Tapi hasilnya kalah yang mahal. First place, dia bawak aku g Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat. Gila la aku kat sini sebab tergoda dengan kain pasang yang maha banyak dan super cantik. Fuh. mengucap kejap, eh, tak sempat nak mengucap kot. Sebab duk sibuk pilih nak beli mana satu. Kat pasar tu memang kena beli borong baru dapat murah giler harga. So, asalnya english cotton yang kain tebal harga rm70 satu. Kami beli 10 pasang campur dengan sutera wangi. Dapat la harga rm35 sepasang. See. Aku angkut 4 pasang english cotton ok. Berbaloi2 dari aku beli kat Bandung tu. Hee.

Pastu esoknya dia bawak aku pergi borong klat bundle. Eh, best gila bundle ni. Sebab baju2 dia baru dan branded dan cantik. Lagi menarik tang harganya sebab dia jual kilo. 1 kilo baju harga rm18. Sebelum ni harga rm15 sekilo. Sejak mendapat sambutan yang hangit sangat ni, penjual dia berlagak dah naik rm18 sekilo. Untuk pengetahuan semua, aku memang layan dan gila jugak beli baju bundle. Selalu aku beli kat kemaman harga dalam rm10-rm15 sehelai. Tapi kedai ni memang tabik spring ah sebab aku beli seluar 2 helai, baju 2 helai, baru harga rm19. Hehe. Aku ingat tak lebih sekilo, sekali berat seluar daa. Tapi puas hati sebab aku dapat seluar yang cantik dan muat untuk aku. Hahaha.

Dan setelah menghabiskan 3 malam yang best kat rumah Pijah, aku pun pulang ke pangkal jalan. Tapi sebelum pulang Kemaman, haruslah aku pergi mengadap bakal mak pak mertua kan. Aku g makan tengahari kat rumah tunang aku sebelum pulang.

Penat. Tapi enjoy.


Pulang dari Kedah, ada debaran yang menanti aku. Audit MQA pada 8 Jun. Disebabkan Program BMET ni adalah merupakan program degree yang pertama dari fakulti aku yang dilahirkan, so adalah penting MQA datang audit untuk memastikan batch pertama program BMET ni mendapat pengiktirafan rasmi bahawa degree yang dianugerahkan kepada graduan adalah mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA
. So kali ni memang kompem aku kena sebab yang mengajar subjek untuk program degree memang tak banyak. Dan jugak disebabkan aku menjadi lecturer yang paling bertuah kot, aku memang dipilih untuk di-interview oleh auditor MQA dari UTM, Prof.Zainal Abidin. Tapi soalan pertama yang aku dapat dari Prof adalah "Apa maksud nama Zuraifah tu..?" Isk..isk..terkejut aku. Hahaha. Layankan aje la Prof ni sebelum dia tanya aku yang heavy2 kan. Ke dia berkenan sangat dengan nama aku sampai timbul rasa nak buat menantu..? Eh..maaf en.tunang..kita tak jawab lebih2 pun tau dengan Prof tu. Hikhikhik. Aku kena interview pasal OBE. Boleh la aku jawab. Tapi nasib baik aku di-interview bersama sorang lagi lecturer, Kak Jema. Dia ada tolong aku kat dalam bilik tu masa Prof tanya pasal apa ntah. Aku tak tau sebab aku kan baru sangta la mengajar. Thanks Kak Jema!!

Dah reda pasal audit, hujung minggu tu jugak aku menghabiskan sisa sisa cuti sekolah di Kuala Terengganu. Busy kan life aku. Busy sebab nak berjalan je kerjanya time cuti sekolah ni. Hehehe. Aku g weekend rumah bestfren aku, Jah. Masa ni je ada lagi sebab hari sabtu Jah dah nak fly balik Sabah. Jah jadi cikgu, dia mengajar kat sekolah bum bum, semporna. Makanya, waktu cuti sekolah saje la aku berpeluang untuk jumpa dia. Dan aku rasa macam wajib jugak la aku jumpa time cuti sekolah. Aku kan suka tido rumah kawan. So, family jah ni dah jadi macam family aku jugak. dan mak dia pun dah kenalkan aku kat sedara mara dia sebagai anak angkat. Touching kejap. Hee. Aku g sana lepas kerja hari khamis tu, tumpang kawan je sebab malas nak drive sorang diri. Sampai kuala terengganu dah malam. So, malam tu tak kemana pon. Just g makan2 je dgn jah, kakak dia; Kak Lah dan 3 muskeeters aka anak buah dia.

Aktiviti hari esoknya, 10 Jun misi mencari hadiah kawen member. Sebab hari sabtu esoknya 2 kenduri kami kena attend sebab 2 2 pun kawan sekolah. Mula2 masuk Mydin cari hadiah. Lepas tu kat luar Mydin tu banyak sangat stall yang jual tudung dan shawl kan. So aku pun sedekah la kat akak stall tudung tu. Hehehe. Aku terbeli 2 shawl dan 2 inner. Dasar pemurah-takleh-pegang-duit-banyak2-sket kan. Lepas tu kami gerak ke TTC sebab ada pameran buku. Aku memang nak cari buku sket. Setelah dapat apa yang dihajati, kami pulang ke rumah dulu memandangkan aku yang dah lenguh dan penat. padahal balik rumah tak penat pun, tapi sempat lagi tibai nasi sebab tengok lauk yang menggiurkan atas meja. Padahal kat luar tadi dah makan dah. Huhuhu. Jahat betul perut ni.

Dah petang sket, kami keluar beramai2 dengan family dia ke pantai teluk ketapang. Ingat nak amek2 gamba tepi pantai kan. Sekali boleh pulak aku lupa. sudahnya takde gamba petang tu dan kami hanya makan2 sambil buat bising dalam kedai. Eh, yang buat bising tu bukan aku, tapi the 3 muskeeters tu. Lasaknya boleh tahan jugak.

Hari sabtu. Hari kenduri. Hari ni aku makan nasi 4 kali ok. Diulangi. 4 kali. Pengsan jap aku. hahaha. Makin la jahat kan perut aku ni. Tamak tak ingat betul la. Gambar pengantin aku lupa nak snap. Cuma amek gambar baby kawan aku je.


Ni sepupu jah, Norma with her baby, CK Hanani.

Ni pulak husband Norma aka kawan aku CK Faiz aka Edenk.


Dan puas berkenduri rumah member, maka tibalah masa untuk jah pulang ke Sabah. Flight KT-KL Jah malam tu pukul 9.35. So sebelum magrib lagi kami semua dah bergerak ke airport. Konon2 nak magrib kat airport, pastu babai jah naik fight kan. Sekali sampai sana flight delay ke 10.35. Last2 delay lagi ke 11.35. Masak la Jah menunggu flight dia sebab lepas makan semua kami drop je jah kat airport sebab anak buah dia kan sekolah esok (hari ni) So, tak sempat la aku nak melambai2 jah dari bawah. hahaha. Aku macam biasa, kata dah jadi famili kan. So aku tido lagi malam tadi kat rumah jah walaupun jah dah takde sebab aku balik kemaman tumpang kawan aku terus g kerja dari K.trg tu. Niat asal nak gerak pukul 7. Tapi hampeh je. Pukul berapa ntah kawan aku sampai. Dan sempat lagi makan2 teman dia dating. hahaha. Jarak Ktrg-Kemaman dah la makan masa 2jam. Tapi sempat lagi rilek2 kan. Dan kami sampai opis pukul 11 pagi. Gila kan. :P

P/s: flight KL-Sabah Jah pukul 6.35 ptg nanti. Babai Jah.




Sekian cerita cuti sekolah aku.