Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

December 30, 2011

My new pinky car

Buggy ride...at Taman Botani Melaka... Walaupun mahal, aku tetap nak naik jugak menatang ni...haha..baru boleh feeling2 tourist yang tengah menghabiskan duit...hehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

December 28, 2011

Status kawan

Bila tengok kawan2 yang baru kawen update status pasal dah pregnant...tiba tiba mood aku dah down.... T___T

December 19, 2011

Demam lagi....?

Badan dah mula rasa seram sejuk...sengal2 badan..tekak rasa tak selesa...itu antara petanda awal aku nak demam....lagi...? Ish..tak kan demam lagi kot..last week baru je demam..hopefully pagi esok badan kembali normal..sebab aku dah telan ubat2 yang sepatutnya... Itula...antibiotik selalu je buat2 lupa nak abiskan.. En.asben dah tidor dari kul 11 tadi kot.. Pelik..tetiba dia pun badan panas..demam jugak..masa pukul 9 tadi ok je.. Aku dah siap paksa en.asben makan ubat..celikkan mata dia suruh dia telan ubat..walaupun dia sambil pejam mata cakap tak nak makan ubat..haha kejam tak.. Ok..aku nak join en.asben dengkur.. Bye.. Selamat malam..

Assalamualaikum..

Published with Blogger-droid v2.0.2

December 16, 2011

Saya dah besar

Besar dah anak buah aku ni..insyirah..hari ni insyirah dan mak dia ikut aku balik kedah..

Yeay..nak sampai kampung dah..

Bye..


Published with Blogger-droid v2.0.2

December 14, 2011

Terima kasih sayang

Bila dapat suami yang dapat buat kerja umah seperti basuh baju..sidai baju...lipat baju...saya rasa bertuah sangat....

Terima kasih sayang....

I love u so much...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Perasaan takut dah hilang

Assalamualaikum.


Sekarang aku dah tak takut lagi bila nak amek darah. Serius before ni cuak gila sampai rasa nak pitam je bila kena amek darah.


Semalam kan aku cite yang aku puasa sampai pagi ni semata nak amek darah untuk buat checkup. Pagi tadi g klinik doktor cantik tu lg..hee..tenang je rasa tengok muka doktor tu cantik sangat. Kalo aku cakap doktor tu cantik..apatah la lagi laki aku..sah2 cakap cantik..hehe..


Tadi masa doktor start nak amek aku dah macam cuak2 je.. Tapi lepas melalui proses tu..serius tak sakit langsung.. Aku penah amek darah gak sulu..tapi lepas tu rasa macam nak pitam je..tapi tadi rilek. Siap gurau2 lagi. Ntah2 dulu yang amek darah aku tu nurse yg br pas blaja kot..tadi masa doktor amek darah 1 tiub,rilek je tak sakit langsung...


Lepas amek darah..amek air kencing pulak..lepas tu en.asben melalui proses yang sama, amek darah n air kencing.. Result keluar hari sabtu ni.. Dan aku akan amek result ari isnin nanti sebab weekend kami balik kedah..


Takut lak bila pikir result yang bakal keluar nanti..huhu..doa2 la tak de pape yang serius..amin..


Published with Blogger-droid v2.0.2

December 13, 2011

Demam

Assalamualaikum.

Dah 2 hari aku demam. Emm..Rasa tak bermaya je nak bekerja. Kesian lak kat en.asben.. Macam kurang kasih sayang je..Muahahaha..

Semalam aku MC..Hari ni half day je. Bahagia rasa hidup dapat balik kerja awal. Semalam aku g klinik amek Mc kat satu klinik panel ni. Doktornya memang baik dan cantik. Baik gila. Saje la aku ringan2 mulut tanya nak buat ujian kolestrol. Sekali doktor tu sarankan buat ujian yang complete. Setakat nak buat ujian kolestrol dengan cucuk jari amek darah sikit tak payah la. Sebab tak solid sangat result dia. Alang2 nak buat, doktor cantik tu suruh amek darah terus. Boleh wat checkup untuk yang lain sekali. Dengar macam cuak je kan. Tapi kalau tak buat, sampai bila pun tak tau. So, tabahkan hati. Malam ni kena puasa start pukul 11 malam ni sampai pagi esok. Lepas amek darah baru dapat makan. Dengan en.asben aku sekali nak buat checkup. Sebenarnya cadangan en.asben la yang suruh buat ujian kolestrol ni sebab dia nak tau kolestrol dia banyak mana sekarang. Hehehe

So, malam ni kita "puasa" ye sayang..tehee...

Selamat malam. :)

December 11, 2011

Kawan

Assalamualaikum. Apa khabar kawan? Aku sihat je. Macam makin sihat ada la kot. Ramai je yang tanya soalan cepumas "dah pregnant ke..?" Maybe sebab tengok aku sihat sangat tang perut kot.

Hari ni aku ada bengkel " Document map and Literature Review" satu hari. Tak masuk office langsung arini. Tak sabar nak masuk office esok sebab nak settlekan kerja yang tertangguh. *phew..macam bagus je kan..haha..*

Boleh tak arini aku nak cakap pasal kawan. Sebenarnya dah lama dah aku nak cakap pasal mende ni tapi sebab tak sempat nak menaip je. Tadi nak je aku menaip pasal mende ni dalam bengkel, tapi kang tak pasal pulak aku tak dapat ilmu dalam bengkel.. Tenet laju siot tadi.

Bila dah makin berumur ni, aku rasa macam dah lost contact je dengan kawan2 coursemate dulu. Yela, aku kan menetap di Kemaman. Most of coursemate aku dulu duduk KL, so memang tak jumpa dorang la. Tapi selalu la aku usha2 gambar dorang dalam facebook *jadi stalker jap* untuk mengetahui perkembangan terkini mereka. Even aku tak chat dengan dorang, at least aku tau la apa dah jadi dengan dorg. Takde la macam katak bawah tempurung sangat aku ni nanti.

Dan bila dah tengok gambar dorang, aku macam...wahh...hebat2 la kawan aku sekarang. Memang ada yang kerja tiptop. Serius rasa rendah diri bila nak compare kerja dorang dengan aku. Tapi aku tetap syukur apa yang aku miliki sekarang. Alhamdulillah dengan rezeki Allah bagi.

Satu lagi bila melihat perubahan yang berlaku pada kawan2 aku. Ada yang dah ada anak. Ada yang dalam pantang. Ada yang tengah pregnant. Dan tak lupa jugak ada yang tengah meniti bahagia bersama pasangan. Aku gembira bila dorang bahagia. Memang most of them ada perubahan. Ada yang berubah ke arah lebih baik dan lebih bagus. Dan ada jugak yang totally berubah dari apa yang aku kenal dia dulu time study. Dan aku rasa sangat sedih bila melihat perubahan yang berlaku pada diri dia.

Dulu2 time study aku pon banyak hanyut. Biasa la, jiwa tengah muda dan rasa nak mencuba tu menguasai diri. Masa ni la aku free hair. Pakai tudung, tapi bila rasa nak bukak, aku bukak jela. Dan rasa diri sangat cantik bila tak pakai tudung. Haha..Pakaian pon boleh tahan jugak kemainnya. Pakai skirt jeans labuh, tapi belah tak ingat kat belakang. Dulu baju kurung aku mana ada kain lipat2 ni. Semuanya kain belah ok. Pastu bila dah dapat jadi GSTT mengajar kat sekolah, terus menggelabah takde baju yang sesuai nak pakai g kerja.. Haha..Tapi paling teruk pon aku rasa aku free hair dan pakai kain belah je kot. Sebab pakai short pendek2 tunjuk betis or peha or pakai baju sleeveless tunjuk lengan, tunjuk lurah tak pernah la aku buat.

Tapi bila dah sampai satu peringkat umur, aku rasa macam "Ok. Dah puas. Sudah2 la perangai macam ni"..
Aku berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik dari segi peribadi dan dari segi pemakaian aku. Dan korang tau tak sampai sekarang aku dah tak buat dah kain belah2 ni. Most of kain kurung aku dah jadi susun belakang dan sekarang aku gila buat lipat depan. Rasa macam tak percaya je aku dah berubah. Haha. Tapi sebenarnya boleh je kalo nak berubah. Cuma terpulang atas diri sendiri je.

Tapi tujuan aku buat entri ni adalah sebab seorang kawan aku. Aku dah lama tak jumpa dia dan bila tertengok gambar dia kat facebook, aku rasa macam banyak sangat dia dah berubah sekarang. Dan aku jadi sangat terkejut dengan perubahan dia tu. Memang sangat berbeza dari yang aku kenal time study dulu.Pakaian pon kemain mak ai. Dah macam artis lak aku rasa. Dan automatik terlintas perasaan sedih sebab perubahan kawan aku ni. Aku tak harap perubahan ni kekal dengan dia. Dan aku doakan dia berubah semula kepada dia yang aku kenal dulu.

Aku bukan nak judge sape2 pon kat sini dan bukan aku nak cakap apa yang kawan aku buat tu salah. Cuma nak meluahkan rasa kesal yang terbuku di hati. Maybe dia senang dan bahagia atas perubahan yang dia buat. Aku harap ko bahagia kawan.



December 8, 2011

Selamat malam...

Inilah padahnya bila minum neskafe malam2...mata still segar bugar lagi ni..yang hanya kedengaran adalah dengkuran di sebelah telinga aku..

Nak buat apa ni.....? Nak sambung tanda paper mastercam, aku dh shut down laptop...kuasa dah aku nk bukak balik...ni bateri hp ada ciput je lagi..eh...aku update thru blogger-droid..#jakun kan..haha


K la kesayangan...aku cuba2 kan la diri aku join dengkur sama2 en.asben..


Nitey nite....


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 6, 2011

Sakit hati bila......


1. Dapat tau workload aku semester depan adalah 21 jam.
2. Tengok list subject yang aku akan mengajar semester depan.
[ Eng. Economics, Tool & Die Economics, CAD/CAM Application, Technical Drawing untuk 3 course] # memang gila la.
3. Tanya pasal training Mastercam yang aku mintak masa dalam last meeting, tapi dibuat2 lupa dan macam tak perlu. Pastu suruh aku mengajar Mastercam sem depan. # bijak sangat kan.
4. Tak siap lagi tanda paper student lagi. Haih... # agak2 laki aku nak tolong tak...?


Lepas ni aku malas dah nak banyak cakap. Follow jela tanpa banyak kerenah.



December 4, 2011

Aktiviti weekend

Hai..jumpa lagi hari ni..hehe..rajin semacam nak update lagi..padahal paper student banyak lagi...eh..bertambun lagi tak habis tanda..hahaha..

Hari sabtu lepas, aktiviti kami adalah picnic. Poyor je kan nak picnic2..tapi tak kesah la poyor ke apa ke..aku tetap meroyan nak pergi picnic jugak. *siap paksa en.asben tu..muahaha*

Aku masak simple2 je untuk bawak bekal makan tepi pantai.
Menu:
1. Ayam bakar.
2. Baked potato and vegetables (carrot, broccoli, cauliflower)
3. Vegetable salad.
4. Fruit salad.
5. Mehun goreng tomyam.

Harap maklum. Menu semua adalah sihat2 belaka. Ini adalah untuk menjaga badan en.asben dan aku. Aku kan dah gem....mencik!!
Dan dah siap masak semua, kami lepak2 umah dulu. Dalam pukul 5 lebih baru gerak ke Pantai Teluk Mak Nik, Geliga. Aku angkut sekali adik bongsu aku. Daripada dia duk umah, boleh gak dia jadi tukang amek gamba kami kan..Muahahaha...

Aktiviti kat pantai:
1. Makan.
2. Minum.
3. Lompat2.
4. Amek gamba.


Adik amy dan aksi lompatan beliau.

Adik aku yang hensem.

Aksi lompatan aku yang buruk..haha

En.asben dan aku bersama aksi lompatan yang ntah pape.

Kami yang dah gumuk. T___T




Nampak kan bukti aku dah gems..huhu

Sekian dari kami..haha

Selamat Pengantin Baru

Berseri2 muka aku kawan aku..Yela..Pengantin baru kan memang berseri..hehe..even aku pun rasa seri lagi walau dah xberapa pengantin baru dah..haha..
By the way..tahniah buat opismate aku, Sibo bukan nama sebenar..dan isteri Najwa..
Both of u looked pinky..hehe


Bersama pengantin baru, Sibo & Najwa.
With love from Zue&Sham, Gnee dan Ummi


Aku memang macam dah gemok je kan.. :(

Feeling2 raja sehari..tehee..



November 28, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

Selamat menyambut tahun baru ma'al hijrah...walaupun hari ni dah 2 muharam, tak terlambat lagi kan :)

Semalam dah buat beberapa azam tahun baru..
1....
2....

Insya Allah..semoga diberi kecekalan olehNya untuk menunaikan azam itu...amin.


Hari ni mood nak buat kerja tak tau ke mana...jangan2 mood aku  "tertinggal" kat rumah sedang tidor lagi..owh..bestnya tidor waktu cuaca sejuk sejuk hujan macam ni..tambah pulak ada "bantal peluk" yang panas..hehe..

Nak layan gambar kawen la jap..hehe

Dah siap..tunggu asben bersiap lak..

En.asben yang tak siap lagi.




Apa ntah yang lawak sangat sampai lebar gila aku gelak..haha




Bersama sama bestfren en.asben..Akma..

It's the time!

I love u



Ok..mari sambung bekerja pulak.Bai.


November 21, 2011

Cakap dalam hujan



Hai kawan.




Hari ni hujan je...
Macam hati aku jugak..
:'(


November 15, 2011

Saya pencinta bahasa melayu..?

Sekarang penggunaan vocab memang sangat tak cool.. Asyik salah je.. Aiyyooo...

Antara contoh salahguna adalah:

Situasi 1: Kat meja makan. Aku sedang menghalau lalat sebab nak tutup makanan dengan tudung saji.
Aku: Eh abg..Ce tengok lalat ni..Dia tak nak LARI pulak..
En.asben: Bukan LARI la..TERBANG..lalat mana boleh lari...hahahaha..
Aku: *dalam keadaan bengang +malu*


Situasi 2: Dalam kereta, dalam perjalanan balik ke ipoh dari bandar baharu. Aku call plusline sebab nak tau keadaan trafik.
Aku: Hello plusline..saya nak tau keadaan trafik dari utara menghala ke ipoh..trafik BERJALAN tak..?
Plusline: Cik..trafik BERGERAK perlahan.
Aku: .............Err....Mekasih.

Ceh..aku rasa macam dan dan tu jugak nak letak hp..saje la tu nak malukan aku kan..En,asben pon siap tumpang sekaki gelakkan aku. T__T


P/s: Nak masuk kelas bahasa melayu semula la.hahaha


November 13, 2011

Aktiviti baru

Assalamualaikum...

Hi everyone..happy sunday! :) Hope u guys enjoy your weekend with your family. 

Rasa macam ceria je pagi ni.. Ke sebab aku breakfast banyak sangat tadi.. Opss..kantoi..haha..
Pagi tadi en.asben dah beli nasi lemak..Guess what..? Aku makan 2 bungkus..sangat la menyelerakan sehingga menjilat jari..hahaha.. 
Dah sampai office, seperti biasa la aku akan follow jugak member g breakfast.. Sebab nak meriahkan suasana.. The more the merrier kan.. Tapi tak leh tahan betul bau nasi dagang..nasib baik iman kuat lagi..aku just rasa semulut je yang kawan aku punya..huhu..sedap.. T___T

Sekarang aku dah ada aktiviti baru yang WAJIB buat kalau aku naik kereta sama2 dengan en.asben..Kami kan selalu je travel..I mean balik Kedah sama2..balik Kemaman sama2..pergi jalan2 lagi..so banyak la masa yang dihabiskan sama2 dalam kereta..Aktiviti yang aku duk gila sekarang ni adalah menyanyi dengan sepenuh hati..ataupun menyanyi dengan bersungguh2..hahaha..memang tak leh blah langsung..nak nak bila ada lagu duet yang keluar kat radio..mula la masing2 nyanyi part masing2 tak nak kalah..siap tarik lagi tu..dan dengan berjayanya aku tarik sampai dapat pujian dari en.asben.. " SAYANG...TAK PAYAH NYANYI LAH...SUARA HANCUR..." hahahahaha..

Muka org yg excited  menyanyi..hehe


 Pasangan duet aku yang suara pon ala hancur jugak je..eh..haha


Terharu aku..Dan memang suara aku tersangat lah hancurnya. sebab tu dulu2 masa bercinta, bila en.asben ajak pergi karaok..aku akan tolak..MALU beb..sekarang lantak la..sekarang anytime je u tell me sayang..lagu apa pun i boleh nyanyi dalam kereta..hahaha..Tapi best tau..bila kita nyanyi ada orang sambung2..pas the baton..
Thanks sayang sebab sanggup tahan telinga dengar suara kita yang MERDU ni..suara sayang best..Takpe..kite tak bagitau orang lain pon..tehee... :P


 Bonzer pengiring nyanyian aku


Bersama backup singer dan backup dancer (yg duduk seat belakang)..hahaha

Tengok la laki aku sekarang memang fb addict..setiap masa je masuk fb..pas masuk yang dia punya..dia masuk yang aku punya..eh..aku cakap depan cermin ke? :P


October 28, 2011

Model jam






Tengok la model gedik yang tengah menggayakan jam pak ngah dia....Cirah...Cirah...macam2 la budak kecik ni...

September 13, 2011

10 September 2011

Akhirnya tanggal 10.9.11, impian aku nak bersanding tercapai jugak..hehe..











September 7, 2011

Salah siapa?

Semua ni salah raya.. :(
Sebabnya asyik la nak menguyah je aku ni lepas2 raya ni...haishh...
Tengah2 taip ni pon dah sebekas kuih rotan abes masuk dalam mulut aku..
Tinggal kerepek pisang je lagi sikit nak diabeskan..
Pulak tu Mat Min siap bawak 4 bekas kuih raya ke opis..memang selamat la..


Muka aku yang dah semakin bulat...mungkin.



Haishhh...tak leh jadi ni..
Aku nak cari ubat benci makanan...agak2 ada tak..? :P




September 4, 2011

Aidilfitri

Selamat hari raya.

Hari ni aku dah masuk kerja. Tapi student still bercuti sampai esok. Makanya aku adalah selamat tak payah nak masuk kelas kena mengajar. Mood nak mengajar pon takde. Mood nak naik pelamin je ada nih. :P

Raya tahun ni biasa2 je sebab tak boleh nak bergambar sakan. Mencik!! Kamera aku tertinggal dalam kereta en.asben last jumpa dia aritu. Coi betul. Tak pasal kamera handpong jadi mangsa mak.. Tu pun tak seberapa nak cung la sebab tukang yang amek gamba tu asyik xreti je nak amek gamba.. Time aku amek gamba dia cung je..Tak puas hati betul. Hahaha.

Gamba beraya xseberapa pung..Gamba anak menakan aku je aku amek banyak2. Geram sangat. Sape suruh cute sangat kan. Tak pasal selalu kena paksa jadi model makngah dia. Hehehe


Baju raya pertama. Bling2 u.. :D


Mak saya dan abangnya @ Ayahlong.


Mak saya dan budak yang tak pandai amek gamba..

Kesian mak aku kena paksa pakai jubah caftan raya pertama. Acik gunakan kuasa veto dia ke atas mak aku, mentang2 la dia yang belikan..Hahahaha..


Aku and mummy.



Model jubah caftan. Kikikiki.



Sumbang mahram..Hahaha.

Lelaki disebelah acik tu adalah pakcik aku ye. Sila jangan terkejut mengapa pakcik aku berkelakuan sebegitu. Dia memang kuat bergurau. Tahap 18sx punya tahap gurauan memang banyak daripada tahap "U" ok..harap maklum.



Si kecik yang berbaju kurung biru tu cucu pakcik aku di atas tadi. Tok Pa yang gatal tak sedar diri dah ada cucu. Hahahaha.



Baju raya kedua. Saya suka. :P


Model rumah kampung. :)


Posing sebelum jalan raya.


Insyirah yang baru sampai Balok dari Perak. Excited dia tengok Makngah dia. Hehe


Aku suruh tgk kamera, tapi dia sibuk nak tengok jejaka2 sebelah umah nenek aku ni. Haisshh.. Kecik2 dah tunjuk gatai ye Cirah..Ni mesti ikut Mak Iti dia :P


Budak yang sangat sibuk. Aku nak packing gula2, dia sampai nak masuk besen gula2 tu ha. Punya la nak tolong kan.


Cirah yang terkejut tengok Aqib kat belakang dia.


Aqib control macho.

Jelajah umah Tok Ngah. Tok Ngah jamu nasi beriyani nyum nyum..


Cirah yang dah penat melasak.


Manja Makngah.


Pencuri kek lapis. Hehehe.








Cirah with peace.


Aku dan Along. Tengah tunggu nenek aku bersiap nak g kenduri.



Along, Angah, Acik.


Pijah..baju kita. Hehehe