Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

March 31, 2011

The day before departure.

Selesai sudah seksaan menanda kertas quiz, assignment dan test student2 kesayangan. Punya la malas sampaikan student dah tanya2 mana carry mark mereka. Hehehe. Nasib baik diorang tak mengamuk lagi. Eleh. Diorang tak tengok lagi aku punya mengamuk macam mana. Ada yang dapat A semua kang. (baca dengan maksud kiasan)

Apa yang aku rasa sekarang adalah:

1. Lega sebab dah berakhir seksaan menanda kertas. Tunggu seksaan tanda kertas exam pulak nanti, akhir bulan April kot.

2. Excited sebab tak sabar nak gerak ke kl petang ni. Aku amek half day arini. Kalo sampai awal, boleh main dengan anak buah aku lama sket. Esok dah nak berangkat.

3. Cuak sebab esok nak pergi tempat orang. Tak pernah kan. So takut sikit la.

4. Tak sabar. Tak sabar nak habiskan duit kat tempat orang. Hahaha. Keji punya manusia ni.

5. Sedih, nanti tak dapat kontek dengan en.tunang 4 hari. T__T
En.Tunang, awk jangan nakal2 tau. Mesti kita rindu sangat kat awk nanti. Nasib baik gambar awk banyak dlm hp kita. Boleh layan gambar awk dulu sebelum tido. (Mengada, macam tak balik dah je. Hehehe)

6. Sayang. En.tunang, kita sayang awk. Muahh. Eh, tak boleh lebih2. Hehehe.

Bye. Jumpa lagi. Nanti aku amek gambar ye Fizah. Tapi harap maklum la. Photog takde bakat. Heee..



March 30, 2011

Budak cekci..


Tak sabar nak tunggu esok.


Nak jumpa budak tecik yg muncit ni.


Adik cekci auuuu



Jin toncit yang kiut..heee..



Lambat nya abes tanda paper test student2 ni..

Nak muntah dah aku tanda..

Sampaikan terpaksa kurangkan kasih sayang kat cni..

Awak sabar eh cik blog..




March 27, 2011

Secreto

Ssshhhhhhh........













Ada rahsia.. :)










Kopak duit guwa.. T___T




Ni semua gara2 hasutan en.tunang. Hasutan berjaya pulak tu. Abes hilang dara kad kredit aku. Muahahahaha. Siot je kan.




Anak dara kakak aku


Nur Insyirah Balqis


Anak buah aku ni dah besar dah. Lama jugak tak tengok dia secara live. Asyik mak dia mms je gambar terbaru. Dan asyik mak dia update perkembangan terbaru dia melalu handphone je. Macam tu la rupanya kalo baru ada sorang je anak buah@cucu dalam family. Cuba dah ramai, memang takde nye orang nak tatang macam minyak yang penuh melimpah ruah kan. Menagih kasih ada lah. Heee..

Kejap je rasanya dia ni dah besar. Tak sabar nak jumpa dia. Kakak aku nak balik kampung 8hb April nanti. Mesti Cirah tak ingat kat aku dah kan.

Tadi mak dia mms gamba kasut dia. Cute bangat. Nampak kaki debab, tangan tambun dia. Huh. Kaki dah la besar, ikut mak dia. memang macam sampan la kaki adik lepas besar nanti. Hahahaha. Tak cute okeh. Mak dia kan pakai kasut saiz 9. Bapak besar tu. Kenapa adik tak ikut kaki makngah. Kompem kiut, saiz 5@6. Heee..

Cute kan. Geram aku.

Besar tak kaki saya?

Jari Cirah yang gomok.

Kena paksa tayang kasut. Muahahaha

Hari tu budak kecik ni demam. Teruk jugak. Asyik la sakit je. Tu la. Adik minum susu lembu. Kalo adik minum susu cap gantung, mesti susah dapat sakit kan..kan.. Makngah cakap ikut pengalaman Makngah masa kecik2 dulu tau. :P

Kakak aku cerita, sekarang dia dah pandai dah mengamuk. Lepas tu dah boleh cakap "nak" dan "cak". Aishhh.. Ni yang buat aku lagi tak sabar nak jumpa budak kecik ni. Siap la dia aku lempang2. Hahahaha.


Besarnya butterfly atas kepala Cirah. Butterfly tu Mak Iti Pap Pap yang bagi. Mak Iti tu adik perempuan aku, Acik. Kesian Cirah. Masa mak dia mms gamba ni, dia tak fully recover lagi dari demam. Tu yang muka semacam je bila nak amek gamba.

Merenung nasib ke tunggu daddy adik balik kerja?

Sibuk mummy nak amek gamba kan.

Demam2 pun galok lagi. Ish.

Aku macam pelik hari ni. Sejak pagi tadi asyik lah kakak aku ni call aku. Nak cerita pasal anak dara dia buat apa pagi tadi. Sat2 lagi call lagi sebab cerita tak abes. Aku pon pelik. Apahal dia ni asyik call je. Takde kerja nak buat ke.

Ooooo.. Hari ni hari ahad rupanya. Patot la dia tak kerja. Hahaha. Aku boleh ingat hari ni hari isnin. Yelah. Sebab aku kan kerja hari ni. Siot je kan leh lupa hari. sebenarnya tak sabar nak tunggu hari khamis :P


Incirah yang gojes.

Pandai posing sampai air liur meleleh. Hihihi


March 22, 2011

~lalalalalala~

Yeay!!


Esok dan lusa tak payah masuk opis..
Aku suka sangat yaww..
Sebab esok dan lusa aku kena pergi buat promosi..
Esok kan result SPM keluar. So aku kena buat promosi kat SMK Paka, Dungun.
Lusa pulak, hari khamis aku kena bertugas promosi kat MPK, sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya Belia Kemaman.

Heaven giler hari khamis. Sebab aku bertugas pagi je. So tengahari dah boleh balik. Mak suka nyah!!! :D




Italian luncheon

Minggu lepas aku gatal2 lunch dekat italian restaurant..The Italian Garden Cafe.. Sangat gedix je rasa. Belum gaji pon lagi ada hati nak makan mahal buang duit. Ngeee

Alkisahnya last week hari khamis kot aku teman si Umi pergi bank. Lepas tu, dah settle semua, TERlalu la pulak kat satu restaurant ni. Sangat cantik! Kami secara automatik serentak cakap
" Jom try makan sini.." dasar kan.. :P

Bila dah duduk je tengok menu, bapak eh mahal. Tak kan nak angkat punggung dah kot. Malu la kat waitress tu. Hahaha. Yela. Kami kan tak biasa makan tempat ekslusif2 macam ni.. Rasa macam jakun je. Hahahaha. Tapi memang aku teringin nak makan pasta hari tu. Mak aih..Selera tak mau kalah. :P Apa lagi, aku order Spaghetti Carbonara. Hilang mengidam minggu tu. Teheee..

Kedai tu punya interior design memang sangat class u.. Mak suka sangat. Dan tak ramai yang luncheon kat situ. So dengan tak malu nye mak amek gambar. Eh, apehal tetiba tukar jadi nyah ni..Mencik..hahaha







Cantik kan..


Berdua lebih baik..

Makan..Borak..Makan..Borak..Eh, makanan dah abes.. Jom la balik..
Bayar..Dah masuk kereta, cakap kat kat umi...
"Lepas ni aku tak datang dah sini, umi.."

sekali umi balas.." Sama la kita.."

Hahahaha
Cukup la sekali je..Buat rasa..Tapi kalo ada orang belanja, i layan je nyah..Heee



March 21, 2011

Cerita wiken saya

Selamat pengantin baru kepada kawan2 ku yg mendirikan masjid time cuti sekolah lepas.. Memang musim orang mengawan kan time cuti sekolah ni. So adalah menjadi perkara yang tidak dapat dielakkan sekiranya berlaku pertembungan tarikh kenduri. Aku ada 2 jemputan hari sabtu lepas. Satu kawan sekolah rendah, kat Chukai je. Satu lagi kawan sekolah menengah kat Kuala Terengganu. Wajiblah aku pergi ke kenduri kawan sekolah menengah, sebab kebarangkalian untuk jumpa kawan2 lain adalah sangat besar. Lagipun kawan2 sekolah menengah sangat cool. So berlaku kekecohan yang amat bila terjadi pertemuan sesama sendiri, especially gathering time kenduri kawan.

Kepada Tuan Saiful Nizam dan isteri, aku ucapkan selamat pengantin baru. Semoga bahagia sampai anak cucu. Sorry aku tak dapat hadir ke majlis kamu sebab memang aku dah rancang nak ke kenduri KT. Sorry sangat k.

Buat Mohd Faizol @ Pejo dan isteri, selamat pengantin baru jugak. Semoga dapat anak cepat2. Heee...Dah kawen dah kamu ye Pejo. Tinggal sape lagi kawan yang bujang. Eh..Syamel sorang je lagi yang membujang. Hahaha. Syamel, cepat sket. Kang geng pakat bawak anak time next gathering. Eh, aku pon sama. En.tunang, sila cepat sket ye. Hahaha. Gatai!


Kata pergi kenduri kawen, tapi aku satu pun tak amek gamba dengan pengantin. Huk aloh. Macam mana boleh lupa. Ke saje je wat lupa. Haa.. Busy sangat bercakap. Sampai aku tak makan pun. Minum air sirap je segelas. Tu pun tak abes sebab ada orang langgar aku punya gelas tu, abes air tumpah. Nasib tak kena baju. Dah la orang tu main blah je tanpa cakap sorry. Rude kan?
Bila dah lama tak jumpa, time sorang datang je, aku macam "ehh...ni bukan ke si nama tu.." lepas tu sorang lagi datang aku macam " yang tu bukan ke nama tu..wah nape nampak lain sangat dia"..dalam hati..gemoknye.. Phew..!!

Mostly yang aku nampak pelik2 sket kawan2 lelaki la. Bila dah lame tak jumpa, ofcoz la mata aku akan mengesan kekembangan mereka kan. Hahaha.. Eh, macam la aku ni tak lain kan. Sampaikan
time aku nak balik, sedang berjalan ke kereta, ada kereta tahan, pastu turunkan cermin..Eh, terkejut aku orang main2 tahan ni. Haha. Rupanya member aku dengan isteri dia baru sampai. Dia duk cakap aku nampak lain sekarang. Haha. So sama jela. Aku duk kata orang nampak lain. Orang lain pulak duk tegur aku nampak luar biasa. Hahaha. Luar biasa tu lain la. Tak biasa macam zaman sekolah yang selekeh tu kan. Huhuhu

Aku bawak en.tunang pergi kenduri. Dah alang2 en.tunang datang sini kan. Ni adalah 1st time aku bawak en.tunang jumpa kawan2 aku. Sebelum ni ada yang tak tau aku dah ada tunang. Heee. Bajet market tinggi la kan nak sorok2 tunang. Hello..aku bukan sorok en.tunang tau. Tapi celah mananya aku nak tayang en.tunang kat kawan2 kan kalo en.tunang pun duk jauh dengan aku. Haruslah aku berlakon single setiap kali g kenduri. Hahaha. Eh, kita gurau je tau sayang.. :P
Bila dah bawak en.tunang jumpa kawan2, mak rasa bangga nyah. Sebab dapat kenalkan dia as my fiancee. Hee..Bukan pakwe makwe lagi.

Layan gambar-bukan-pengantin sket ye.




Ni bestfren aku dari zaman sekolah, Jah. Dia cikgu mengajar kat Pulau Bum Bum, Sabah. Dia dah jadi macam family aku dah. Selalu je aku menyibuk kat umah dia. Mak, kakak, adik dan anak2 buah dia dah macam jadi aku punya family dah. Abang dia tak la. Segan dowh..Hehe..Asal cuti sekolah je mesti ada je muka aku kat umah Jah. Tapi kali ni aku tak dapat la nak tido umah dia. Sebab en.tunang kan ada sekali. Lain la dah jadi laki aku. Memang wajib la aku paksa en.asben tido umah Jah gak. Kata sayang bini kan. Hahaha.

Sebelum pergi kenduri, kami transit umah Jah dulu sebab aku dah request homemade soto dengan Jah. Perghhh.. Sedap sangat sampaikan aku makan tanpa segan silu. Ala..dah biasa la makan tanpa segan silu kat umah Jah ni. :P

Lepas dah makan kenyang2 umah Jah, kami bertiga pergi melawat kawan yang baru je bersalin. Baby boy. He' so cute. Putih gebu. Geram aku. Tetiba feel nak anak gak. Huuu

Dan destinasi seterusnya kami singgah umah genga aku gak. Kebetulan dia tak balik Shah Alam lagi. Ala..cikgu. Kang cakap aku tak ingat dia pulak dah alang2 aku lalu umah dia. Kang sentap kawan2 lak. Susah aku. Hee..Lame kot tak jumpa dia. Last aku jumpa dia time baru2 kenal en.tunang. Lame tu. Hahaha. Sampaikan kawan aku ni duk tanya " yang ni la yang mu cite ari tu eh..??" Hahaha..siot je..Nasib aku cite kat dia orang yang sama jadi tunang aku. Kalo tak kan dah kantoi free. Hahahaha. Lepas tu kami bergerak menuju ke rumah pengantin. Phew!! dah macam berhari raya lak aku rasa sebab banyak sangat singgah melawat rumah kawan2.


Kami.. :D
Ada kawan aku cakap muka kami sama. Betul ke..??



Tengok la kami. Macam dah dapat anak sorang kan. Semangat en.tunang dukung anak kawan aku. Bapak dia dah pergi melantak dah. Tinggal mak dia yang baju purple tu. Dua2 pun kawan aku. Mak dan bapak budak kecik tu. Tapi kelas lain2.


Mamarazi amek gambar. Tak sempat nak posing okeh. Hahaha. Lepas kenduri aku terus tukar baju. Sebab nak g makan sotong kat tepi pantai. Tak kan aku nak berbaju kurung sampai malam kan. Takde feel la jadi ayu sampai malam. Kami makan kat Pantai Mengabang Telipot. Sedap giler. En.tunang yang mengidam sotong celup tepung. Memang aku bagi dia makan kaw2. Kata sayang kan. haruslah bagi makan sampai kenyang. Hehehehe.



Gambar sebelum makan. Eh, kaver sket perut tu tau. Muahahaha.. Takpe.. Perut kan lambang kekayaan kan..kan..kan..I love u... :P


Mengarut je Jah amek gambar. Ada ke dia duk letak kamera depan2 muka kami. Hahaha. Sengal okeh..



Kaver perut u..!!


Bestfren forever.

By the way, aku nak btau yang hari sabtu lepas tekak aku rasa sakit sebab banyak duk gelak. Huh. Ni baru jumpa beberapa kerat. Kalo jumpa semua, wajib takde suara dah. pakat duk main isyarat2 je. Gelak pon tanpa suara. Hahahaha.
Sekian.



Morning


Lame nye tak update cerita kat sini..

Banyak sangat yang aku nak cerita..
Tapi punya la malas..
Nanti aku stori mori k..
Tunggu mood nak update datang eh..
Btw..aku sangat gumbira..
En.tunang datang kemaman wiken lepas.. :D


March 15, 2011

Girly Night

Malam ni keseorangan. Mak aku tido umah tokwan. Aku malas nak ikut sebab esok kerja. Lagipun kalo aku tido umah tokwan, mesti aku kena kuar umah g kerja pagi2 pukul 7. Awal tu.

So, bila sorang2 gini, terasa nak pakai mask. Ni yang untung bila mak meniaga Cosway kan. Boleh try dulu barang2 tu. Hehe.

Aku guna mask Bioglo: Skin Revive, Multivitamin Mask. Sila lihat bawah.


By the way, ni adalah cloth mask @ masker kain. So very the senang nak pakai.
Sedikit product information berkenaan mask ni dari eCosway.

Multivitamin Mask
for Radiant, Youthful Skin!

As we grow older, our skin’s circulation becomes sluggish as the cell renewal process slows down. Our faces start to appear dull and tired, lacking that glorious youthful glow.

The Bioglo Skin Revive Multivitamin Mask delivers a powerful dose of fruit vitamins from Kiwi & Strawberry extracts to boost circulation and stimulate cell renewal, leaving your skin glowing with youthful radiance within minutes!


Lepas aku cuba tadi, memang terbukti la apa yang dia cakap tu. Rasa segar gila muka aku tadi. Serius aku cakap best mask ni. Rasa macam tak nak tanggalkan je mask tu dari muka tadi. Bau dia best sebab bau buahan sitrus. Macam bau buah oren gak sket. Ala, bau buahan sitrus la. Senang cerita kan.

Cara penggunaan dia;

Bersihkan dulu kulit muka, lepas tu boleh tepek mask ni. Biarkan kat muka selama 10-15 minit. Tapi aku terlajak sampai 30 minit. Punya la takleh nak pusing tengok jam. Hahaha. Dah kata pakai mask kan, muka jadi tegang siot. Lepas tu tanggalkan mask tadi dan urut kulit muka dengan lembut sehingga lembapan lebihan diserap sepenuhnya.

Seeloknya pakai 2 atau 3 kali seminggu. Nice to try. You should try by yourself. :)

Ok, bye. Aku nak layan Desperate Housewives lak.

March 13, 2011

Met my BFF =)


Selamat hari Ahad. =)
Hari ni aku tak g kerja. Malas. Sebab penat berjalan tak hilang lagi. Hari Jumaat kelmarin aku pergi Machang, Kelantan. Pergi rumah Maklong aku sebab dia buat kenduri doa selamat sempena nak buat umrah 25hb Mac nanti.
Dah alang2 aku berada di Machang, memang wajib la jumpa BFF aku, Hani. Actually aku kenal Hani tahun 2009, masa sama2 jadi GSTT dulu. Dia ni orang Taiping, tapi entah macam mana boleh tercampak jadi GSTT kat Kemaman. Maybe dah namanya jodoh aku nak kenal Hani kot. Lepas kenal dia, dapat tau dia ni satu kepala dengan aku, terus kamcing. Asal ada masa luang dalam bilik guru, mesti borak je keje kami. Dah duduk pun sebelah2 dalam bilik guru. Kalo salah sorang takde, nampak sangat pelik dan orang akan tanya mana sorang lagi. Hahaha.

Pagi semalam, sabtu, Hani amek aku kat rumah maklong, since rumah dia dekat sangat2 dengan rumah maklong kan. Nasib baik asben dia takde. Hehehe. Boleh la aku lepak2 kat rumah dia lama2 sket. Kalo asben dia ada, memang segan la. Asben dia, Najib tu kan kawan tunang aku. Jahat okeh si Najib ni. Hahaha. Masa aku belum tunang dulu, time aku jumpa dorang laki bini kat IKEA time Hani tengah preggy, dia saje je tanya2 aku pasal Sham. Sihat ke tak. Macam mana sekarang. Keji kan. Nak tau pasal kawan sendiri pergi lah sms kawan ko tu sendiri kan. Very the mengada okeh. Hahaha. Siap suruh aku kemsalam lagi kat Sham. Huh. Ko saje je kan Najib. Nak kenakan aku. :P

Hani amek aku pergi breakfast roti nan. Setappp.. Anak dia, Umar a.k.a. Najib Jr dah besar sekarang. Sangat galaktosa Umar nih. Umi dia btau si Umar ni pantang tengok leng loi, mesti senyum2. Gatal okeh. Haaa..tu ikut perangai sape la tu.. :P

Sejibik sejebon papa dia si Umar ni


Umar with Aunty Zura.

Bulu mata very da lentik, kening terbentuk..part ni baru ikut umi dia


Umar sayang umi


Tak puas hati kaa??


Rasa nak gigit2 je pipi budak ni. Geram


Umar Nukman yang mengantuk landing atas Aunty.


Lepas breakast, Hani bawak aku balik rumah dia. Lama jugak aku lepak2 kat rumah dia. Lame beb tak jumpa. Haruslah banyak benda yang ingin ku luahkan. Asben Hani kerja kat penang. So every two weeks, baru pulang jenguk mereka. Sangat kesian kan, sejak dorang kawen, belum ada peluang lagi duduk sama2. Takpe darl, aku doa semoga ko cepat2 dapat duduk dekat dengan asben. Sian kat Umar asyik rindu papa dia je. Eh, umi dia pun rindu papa jugak. Hehehe. :P

Hani, thanks for being my true friend. Thanks for be there when i really need someone to share with me. Thanks for the advices.Thanks for everything. :)

Sangat lega bila dapat luahkan apa yang terbuku di hati.



Nota kaki: I love u more Mr. Fiancée


March 12, 2011

:(


Kecik hati..... :(


March 10, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman.

Hari ni aku punch in kat Padang Astaka je. Sebenarnya takde la punch in. Disebabkan hari ni ada sambutan maulidur rasul peringkat daerah, kami2 yang tak masuk berarak pun diwajibkan pergi sana. Attendance diambil kat sana. Menci. Jalan jem. Padahal jarak rumah aku dengan Padang Astaka tempat peserta berkumpul tu dekat giler. Tapi kereta punya simpang siur. Jalan banyak tutup. Aku parking jauh sket. Jalan2 cari nak sign attendance kat mana tak jumpa. Setelah pusing2 sorang2, jumpa rakan sekerja btau sign kat depan sana. Dah sign, merayau2 sorang2. Memang looser gile rasa. Tengok kanan, tengok kiri, takde lagi muka yang aku kenal. Aku called Khalil, opismate aku tanya dia kat mana. Tapi dia duduk lepak makan2 dengan geng2 lelaki. Tak kan aku nak join. Malu la i.

Rasa nak balik rumah terus. Tapi bila merayau2 tu, aku nampak pakcik makcik aku. Anak kecik dia join berarak. Pakcik aku pulak Pemuda UMNO. Aku join diorang jap. Bila dah rasa cam tak tau nak buat apa dah, aku pun blah. Umi hari ni dia cuti, g KL. Takde geng langsung aku. Aku called kawan fakulti lain, Azlin. Dia pulak ada paper hari ni, so ada excuse tak datang sini. Tension gila aku!

Rasa macam kenapa la aku join fakulti pembuatan ni. Takde kawan pompuan la. Benci gila tadi. Dalam aku duk jalan2 sorang2 tu aku ternampak muka yang familiar je. Ye. Aku Nampak cikgu sekolah rendah aku, Cikgu Johan. Aku tegur dia kenal lagi tak aku. Dia kenal tapi tak ingat nama. Ooo..Zuraifah.. ye cikgu. Saya nampak lain sebab pakai celak. Hehehe. Dulu masa kecik kan selekeh mekeh kan..kan..tapi rasa seronok la bila dapat borak dengan cikgu. Lama kot tak jumpa cikgu. Sempat lagi aku amek no hp cikgu. Senang nak jemput g majlis, kata cikgu la. Hehe..

Lepas aku mintak diri, aku kol sorang lagi kawan aku, Kak Mira. Nasib la dia belum gerak kemana2 lagi. Aku terus join dia g breakfast. Tak kuasa nak tunggu kat situ lama2. Tapi jalan memang sesak yang amat. Sebab tutup sana sini untuk laluan berarak. Smart siot uniform budak2 tati. Nampak hensem je semua. Hehehe. :P aku tak tau la siapa yang menang dan berjaya bolot rm3000.

Lepas dah puas meredah kesesakan jalan, kitorang pun bergerak pulang. Aku singgah amek passport aku sebelum balik tadi. I dah ada passport u!! Boleh pergi melancong lepas ni. Sayang, jom Krabi Island.. tapi tunggu dapat lesen besar dulu k.. :P


P/s: Ni aku melaporkan dari rumah. Nanti pukul 3 g opis pulak. leceh la nak kena punch out kan. Kalo tak, dah boleh bersenang lenang kat rumah.

March 9, 2011

.............


Rindu.. :(

Rindu sangat..

Rindu nak tengok senyuman itu..

Rindu nak lihat wajah kesayangan..







Rindu.. :(

Awak, kita rindu awak... :(


Dalam kelas tapi sempat lagi update.. :)


Aku suka masuk kelas budak2 INSEP ni..Sempoi gila..Aku boleh borak2 macam kawan. Eh, memang ada sorang kawan aku pun kat dalam tu. Kawan masa sama2 jadi GSTT dulu. Hehe. Tapi dia ofcoz la muda lagi dari aku kan. :P

Apa tu INSEP? Industrial Skills Enhancement Programme. Student INSEP ni adalah student lepasan diploma atau degree yang join course to enhance their skills. Sementara diorang tak dapat kerja lagi. Mostly student lepasan INSEP tak menganggur la.

Nak cerita nya dalam kelas ni aku just jaga diorang untuk project final. So aku akan ronda2 dan tengok2 kot2 la dorang ada pape problem dalam design project diorang. Bila takde pape, aku akan borak2 la. Best sikit rasa. Takde la macam bosan gila aku duduk dalam lab tu kan. Best diorang ni. Tak macam student degree aku. Aku dah macam kecik hati dengan student2 degree. Entah la. Macam2 hal. Nampak benor mereka berfikiran jumud ye..

Ok, balik kepada cerita student INSEP. Tadi aku borak2 tanya dorang belajar mana dulu time degree. Pastu ada sorang ni aku tanya umur dia berapa. Boleh tak dia tanya aku balik umur dia berapa..HELLO..umur sendiri pun ko tak ingat eh. Lawak betul. Sampaikan siap sebut lahir tahun bila pastu aku tolak dengan tahun sekarang. Hahaha. Kesimpulan nya, umur dia 24 tahun. Hehehe. Muda belia lagi kan. Aku jeles la. Kalau la aku boleh ulang kembali masa ni, aku nak berada ketika umur 24@25. Rasa macam sweet je. Hehehe.

Lepas tu aku baru dapat tau kat Chukai ni ada gim. Dorang btau..Wah..ini sudah bagus. Nak g gim la. Nak work out. Kasi keluar itu six pack. Hahaha..


Saje letak gambar semalam. Mentang2 g industry visit semalam. Terus pakai kemeja bagai. nak visit student praktikal, tapi aku yang over nyah..hahaha.


Ramah sangat ke

Tadi aku breakfast dengan Umi. Ingat nak join geng2 lelaki kat kedai sana, tapi Umi nak makan kuewteow kat kedai fevered dia. So kami pergi makan kat kedai depan Petronas. Kami makan berdua je. Makan2..Borak2..Makan2..Minum2..Makan lagi..Borak lagi..Dah lama kot tak makan2 dengan Umi sejak 2menjak ni. Umi la sombong duk opis kat blok lain sana, saja je tinggalkan aku kat cni sorang dan saje je bagi peluang aku jadi bunga pujaan dalam opis kan. Hahaha. Dah namanya dikelilingi opismate lelaki je kan, memang aku selalu je kena buli. Mencik mak!!

Ok, sambung balik cerita makan tadi. Pas sudah makan tu kami pun g bayar. Aku bayar macam biasa. Dah sudah bayar aku pun tunggu Umi kat depan. Tengok2 atas meja ada pulak kerepek pisang. Sedap pulak. Pastu g bayar kerepek. Tetiba abang kedai tu tanya aku kerja mana..aku kan ramah :P aku cakap la keje kat sini..sini..pastu abang tu banyak pulak yang dia tanya.. dia cakap selalu jugak masuk kat tempat aku kerja ni. Ada kerja. Tapi tak jumpa pun aku. Hahaha. Memang la. Kalo aku jadi Guard, kompem2 dia akan jumpa aku dulu kan. Last2 abang tu cakap, meh cni no talipon. Senang kalo nak kontek kalo datang tempat aku. Hah sudah..mintak no la pulak..Nak mintak Umi tolong backup, Umi dah masuk dalam kereta. Cehh.. aku TERPAKSA tinggalkan no aku kat sana. Lepas masuk dalam kereta, aku cerita kat Umi yang abang tadi tu mintak no aku. Rupanya Umi bgtau aku yang time dia bayar makan tadi, abang tu dah tanya pasal aku. Dia tanya aku kerja sekali tempat dengan Umi ke. Patut la.

Erm..pasni tak mo dah buat ramah tamah. Takut..