Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

July 17, 2012

Pengalaman jadi bidan

Bangun pagi tadi, terus cari kucing...owh..dah beranak jugak akhirnya dak belang ni..Sejak 2 3 hari ni asyik nak menempel je dengan orang. Nak duduk kat celah2 orang..mungkin manja terlebih sikit kot bila dah nak beranak ni..

Biasanya kalo aku tido malam, memang dia akan menempel datang tido kat bawah kaki aku bila dah tengah2 malam. Time aku nak gerak kaki alih badan, dah rasa beratnya selimut ni, kompem dak belang tido kat kaki. Tapi semalam, dia asyik mengeow je...keluar masuk bilik. Tido kat aku jap..pastu meow meow...pastu keluar bilik...meow meow lagi..pastu masuk bilik lagi kat aku duk meow meow..aku syak dia tengah sakit tu..tengah berlaku contraction. 

Bila dia dah meow meow tak henti2 la pulak, aku pun dah penat dah buat pekak, tengok jam pukul 4.15am. Aku tengok dak belang, dia meow meow tengok aku. Aku pun gosok2 perut dia..senyap jap dia..bukan main lagi dia syok aku usap2 perut, maybe hilang la sikit sakitnya, siap dia ubah posisi perut nak bagi selesa. Senyap jap..lama tu dia meow meow lagi. Ish..ni lapar ke..aku masuk dapur dia ikut..aku bg dia kek span gula hangus sepotong..Lepas tu aku masuk bilik semula sambung tido. 

Tersedar balik pukul 6.30am tokwan aku bising2 tengah cari dak belang. Rupanya dak belang dah beranak dah, nasib baik tak beranak atas tilam sebelah aku. Kalo tak, memang aku jadi bidan kucing untuk kali kedua la.

Dulu aku ada kucing nama comel. Dia sebenarnya kucing yang tiba2 datang rumah, tapi bulu tebal dan cantik.Aku rasa time dia datang umah tu macam anak dara lagi kot. Comel la kucing pertama yang aku bidankan. Seriously!

Masa tu aku jadi GSTT, mengajar sekolah petang. Masa tu takde pengalaman lagi kucing nak bersalin, so agak pelik la sebab apa si comel ni nak duduk dekat2 je. Rupanya baru tau dia tengah tahan sakit contraction. Bila aku gosok2 perut dia, dia senyap. Bila bangun subuh tu, aku tengok dia tak beranak lagi. Dalam pukul 8 kot, aku tengok ada air, eh..tak kan dia kencing kot.Rupanya air ketuban pecah..Owhhh...

Aku ajak dia masuk dalam kotak, dia masuk jap pastu keluar balik. Ish, tak kan nak beranak atas lantai je kot. Pastu aku amek kain batik lama..alas atas katil adik aku, biar dia beranak kat situ. Cemas jap aku bila dia tengah sakit meneran. Aku gosok slow2 perut dia, sampai la aku nampak kepala baby, aku suruh dia push lagi. Kesian pun ada sebab dia muda lagi kot. Lepas dah keluar sekor, dia jilat2 bersihkan anak dia. Tiba part tembuni, aku dah kembang tekak sebab tengok dia makan tembuni..terus aku keluar bilik. Masuk balik tengok dia dah selamat lahir 4 ekor kitten. Kiut miut.

Aku g sekolah macam biasa la tengahari tu. Bila petang dah balik rumah, masuk2 rumah je excited nak tengok anak2 si comel tu kan. Tiba2 aku kena marah dengan adik bongsu aku. Sebabnya aku tak bagi comel minum air lepas dia deliver. Mana la aku tau kan. Rupanya adik aku citer lepas dia balik sekolah tengahari tu, dia tengok comel masuk bilik air cari air. Bila dia bagi air, lama gila comel minum air. Owhhh...rupanya kucing haus gila lepas beranak eh. Beranak kali kedua pun adik aku dah letak air siap2 tepi comel..hiks..Tapi kan, ke comel je macam tu? Sebab aku tengok belang rilek je takde nak cari air..hehe..

 

February 21, 2012

Kecewa tapi tidak putus asa!

Nampak tak muka hampa kat bawah....?? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Nampaknya kami kena cari rumah lain....Rumah yg konon flat-kat-dalam-kondo yang semalam aku update tu, suasana persekitaran sangat horrifying...based on apa yang en.asben cerita la semalam... So harap2 la dapat cari yang affordable dan persekitaran yang tak menakutkan...

Sayang...usaha gigih lagi tau..hehe



  

February 20, 2012

Mencari rumah sewa bukan semudah makan kacang ye kawan2..

Aku laki bini tengah giatkan usaha mencari rumah sewa sekitar subang dan kawasan yang sewaktu dengan tempat kerja en.asben. Dari akhir tahun lepas lagi kami duk berusaha bertungkus lumus mendapatkan sebuah rumah untuk berteduh. Tapi sayangnya semua usaha itu gagal. Takde sebijik pun rumah yang sangkut. Ada yang berkenan, tapi not recommended oleh seorang kawan sebab tuan rumah tu xbayar ape ntah...maka impian tu terus berkubur...aku dah la siap dah berangan2 tau nak masuk rumah tu..tv nak letak mana..kapet kat depan tu...ish3..terus jadi mek jenin (mat jenin versi perempuan..haha)

Pulak tu macam xde masa je nak g survey sendiri. Apatah lagi nak g tolong survey jugak. Aku kat bekerja kat kemaman, en.asben kat kl..so masa adalah amat terhad bagi kami. Nak2 pulak en.asben kan selalu pulang menjenguk isteri dia yang comel sgt ni.. (muntah plis..muahahaha) So, sejak en.asben start keje kat kl, dia menumpang kat rumah kawan2 jela sampai setakat hari ni. Kesian kan. dah macam orang nomad dah aku tengok laki aku. Dalam bonet kereta dia penuh dengan segala barangan macam pakaian, kasut, brg2 kerja, raket badminton dan lain lain lagi. 

Disebabkan tak sanggup biarkan en.asben merempat di rumah kawan2 dia lagi, makanya tadi waktu aku bagi test AUTOCAD kat budak2 aku, aku telah menjalankan kegiatan mencari rumah di mudah.com. Aku dah bercakap dengan seorang owner ni. Dari segi gaya percakapan dia, macam seorang yang friendly.. ok la. Petang ni aku dah deal dgn owner tu yang en.asben akan g tengok macam mana keadaan rumah tu, dan kalo berkenan, terus masuk jela. Walaupun flat je, ok la dari takde langsung. Tapi owner tu cakap tadi " rumah saya ni walaupun flat je..tapi kat dalam macam kondo.. wah..dah macam senario pulak kan.." eh dia ni..kelakar boleh tahan..jugak..hahaha...

Ok sayang..petang ni jangan lupa taw pergi tengok bakal rumah flat-dalam-macam-kondo kita taw...
Harap2 la jadi nak sewa rumah tu..huhuhu..