Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label bestfren. Show all posts
Showing posts with label bestfren. Show all posts

December 3, 2012

Happy birthday dear Jah

 

Jah...happy birthday..semoga apa yang dihajati kamu Allah makbulkan apa yang kamu impikan selama ini #permohonan tukar ke semenanjung...eh..dan cepat kawen# hehe..

Rasa lama sangat tak jumpa..padahal waktu raya hari tu kita dah jumpa kan..mungkin masa yang dapat diluangkan bersama2 agak terhad sekarang. memandangkan aku dah bersuami..huhuhu..kalo tak, asal mu balik kg je, mesti aku sampai ke umah mu kan. Huu.. rindu sangat kat kamu jah..

Dan sangat banyak yang kita share sama2 kan. Pasal family, pasal kerja, pasal hati...and thanks for listening jah..Really hope that you will find your rusuk kiri, sooner. Tapi aku rasa, dapat je tukar kuantan, terus kawen kot..terus dapat jodoh..hehe..





Happy birthday dear fren..love u!


May 28, 2012

Sneak peek of the "berpoya2 menggedix" night

 Sailorgirl



 
gedix-mates


May 21, 2012

To my dear si chantek..

Sungguh touching dan rasa rindu membuak2 tatkala kamu manghantar sms pada saya tadi.. saya boleh gelak sekejap bila baca mesej sampai habis..hehe..Kamu mesti glamorous kan bila attend kenduri kat penang nanti. Maklum la, kat hotel u..hehe..

Tak sabar mau chit-chatting, gossiping, eating & drinking together again Farhah. Till we meet again at kenduri Daud di Johor ye manis. Kalo yang ni tak jadi jugak, saya akan mogok besar besaran sama en.asben tau!

Sekian, yang mendambakan..ops..over nyah ayat damba..
Sekian, yang merindukan kamu jugak si gojes with ur cute boboboi,
Zuethesweetpie.. :P (masuk bakul tolong angkat boleh..?)

May 7, 2012

Selamat pengantin baru my dear fren

Tahniah buat pengantin baru Maisarah dan Kama Azri. Akhirnya kawen gak korang kan. Setelah banyak yang ko lalui Mai, tapi berbaloi la kan..Dah dapat apa yang dihajati.. :P Sounds gatal je kan..hahaha.. Gembira betul aku tengok ko bersanding aritu Mai.. Rasa cam lega ko kawen jugak dengan Kama.. Haa.. Kama pulak, lepas ni sila jaga Mai baik2 tau.

Cantik gila Mai haritu...Sumpah gojes..

Cantik sangat ko makcik..

Kenduri Mai buatkat Johol, Negeri Sembilan.. Aku gerak agak pagi jugak la dari Subang. Siap dah terjaga2 je tdo..kejap jaga..kejap jaga tengok dah pukul berapa sebab takut terlajak. Atenye dah janji dengan Hani nak konvoi sama2. Mulanya janji dengan Hani nak jumpa kat rnr Nilai, sekali kami tak lalu rnr tu..terus jumpa kat rnr Seremban. Menunggu sorsng lagi kawan en.asben, Tengku.

Eh, lupa nak btau, sebenarnya si Kama ni adalah kawan kepada en.asben. So ada 2 3 orang jugak la kawan2 en.asben yang turun Johol hari tu.

Antara gamba yang aku snap..tapi tak banyak la.


Muka gembira pengantin


With Suhana, presiden G-Strim..haha..gojes sangat..


Bersama anak angkat aku, Umar dan ibunya yang 7-month-preggy. Aip Umar, tangan tu..ish..hehe


Pinjam anak orang Hani sat..hehe


Antara rakan yang hadir. Dari kiri Hani & Najib with Umar, Sue & Bob, Tengku,
Sham & Zue




Alah, Najib n Umar tengok mana lak tu...


Kami yang gems..


Sangat berbeza kan saiz mereka..hihihi..


Kami yang balance size..haha..nampak tough sangat en.asben.

Sue, tak dan nak amek gamba ko dan Bob kat pintu gerbang ni. Cepat sangat korang nak balik, eh..nak merempit..hehe..





June 12, 2011

Cuti sekolah



Musim cuti sekolah dah habis. Disebabkan aku tinggal di pantai timur, makanya hari ini budak budak sekolah dah kembali ke sekolah. Eh, kenapa pulak aku yang macam tak suka je bila cuti sekolah dah habis. Aku bukannya cikgu pun. :P

Sebenarnya aku nak cerita apa aktiviti aku masa cuti sekolah ni. Nak jugak menyibuk time cuti sekolah kan. Padahal aku takde kaitan pun dengan cuti sekolah ni. Sebab kalo aku nak cuti, selalu kena apply dulu. Hehe

27 Mei..cuti sekolah bermula. Ok, belah pantai timur kan cuti hari jumaat, so consider cuti sekolah dah start la kan. Weekend ni aku takde buat aktiviti pape yang menarik sangat pun. Yang aku ingat minggu tu ada meeting kat opis. Pastu pulak 31 Mei tu birthday kakak aku. Happy birthday along!

Tapi yang excited sikit bila aku apply cuti hari khamis (2 Jun) sebab aku nak balik kampung kawan aku. Eh, kampung tunang aku jugak :P Cadangnya nak pergi rumah membe aku ni mionggu depan, minggu last cuti, tapi plan berubah last minit. Ni gara gara en.tunang la ni. Terus aku laju laju beli tiket bas untuk rabu malam. Hee. Excited sangat sebab:

Pertama: Ofcoz la dapat jumpa en.tunang kan.
Kedua: Sebab dapat tido rumah kawan aku, Pijah.

Sebenarnya Pijah tu kawan tunang aku, tapi sekarang ni dah jadi macam kawan sekolah aku pulak. Hee. Aku dah 2kali dah berkampung kat rumah dia. Tapi aku sedih. Lepas dah kawen nanti mesti aku susah dah kan nak lepak tido sama2 dgn ko Pijah. Laki aku nanti nak letak mana..Haha..

Walaupun aku ni namanya balik kampung tunang aku, tapi aku tak pernah dan tak berani la nak tido umah bakal mak mertua ni. Segan la. Dah kawen sok lain la. Hehe. Rumah pijah ni aku tak kesah sangat sebab dia adik beradik semua perempuan. Jadinya ayah dia je satu satunya lelaki dalam rumah. So, women power tu sangat kuat. Hehehe.

Lupa pulak aku nak btau awal2. Tujuan aku ke sana yang penting adalah g tempah kad kawen. Yang tu yang UTAMA. Dan yang seterusnya tu tak adalah tambahan je. Aktiviti tambahan tu la yang buat aku rasa BEST sangat.

Aktiviti tambahan #1
Photoshoot @ Jeti Pulau Aman~~ aku dan en.tunang jadi model petang tu. Dan photoG nya adalah Pijah. Hehe. Mula2 agak segan la kan pijah kan. Lepas tu dah lama rasa macam artis la aku ni. Hahaha. perasan tak ingta padahal nak pose pun tak tau gaya apa entah. :P


~Nice view~

~en.tunang & me~

~sila abaikan bahagian blur tu. sebab motip aku nak tunjuk hasil photoshoot pijah ok~

~aku suka view ni!~

~nak amek gamba lompat tapi tak jadi~

~berdiri tegak~

P/s: Ada gambar yang aku blur sebab aku sangat seksa. hahaha.

Banyak lagi gambar yang aku suka dan cantik cantik. Tapi harap maaf la. Tak leh nak upload ok. Over sangat. Hikhik. Cukup la sekadar apa yang disajikan tu.



Aktiviti tambahan #2
Shopping!! Hee.. mestila wajib kan. Pijah ni memang terbaik la kalo bab2 tempat shopping. Maksud aku bukan semestinya tempat tu mahal dan cantik. Murah pun ok apa kan. Tapi hasilnya kalah yang mahal. First place, dia bawak aku g Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat. Gila la aku kat sini sebab tergoda dengan kain pasang yang maha banyak dan super cantik. Fuh. mengucap kejap, eh, tak sempat nak mengucap kot. Sebab duk sibuk pilih nak beli mana satu. Kat pasar tu memang kena beli borong baru dapat murah giler harga. So, asalnya english cotton yang kain tebal harga rm70 satu. Kami beli 10 pasang campur dengan sutera wangi. Dapat la harga rm35 sepasang. See. Aku angkut 4 pasang english cotton ok. Berbaloi2 dari aku beli kat Bandung tu. Hee.

Pastu esoknya dia bawak aku pergi borong klat bundle. Eh, best gila bundle ni. Sebab baju2 dia baru dan branded dan cantik. Lagi menarik tang harganya sebab dia jual kilo. 1 kilo baju harga rm18. Sebelum ni harga rm15 sekilo. Sejak mendapat sambutan yang hangit sangat ni, penjual dia berlagak dah naik rm18 sekilo. Untuk pengetahuan semua, aku memang layan dan gila jugak beli baju bundle. Selalu aku beli kat kemaman harga dalam rm10-rm15 sehelai. Tapi kedai ni memang tabik spring ah sebab aku beli seluar 2 helai, baju 2 helai, baru harga rm19. Hehe. Aku ingat tak lebih sekilo, sekali berat seluar daa. Tapi puas hati sebab aku dapat seluar yang cantik dan muat untuk aku. Hahaha.

Dan setelah menghabiskan 3 malam yang best kat rumah Pijah, aku pun pulang ke pangkal jalan. Tapi sebelum pulang Kemaman, haruslah aku pergi mengadap bakal mak pak mertua kan. Aku g makan tengahari kat rumah tunang aku sebelum pulang.

Penat. Tapi enjoy.


Pulang dari Kedah, ada debaran yang menanti aku. Audit MQA pada 8 Jun. Disebabkan Program BMET ni adalah merupakan program degree yang pertama dari fakulti aku yang dilahirkan, so adalah penting MQA datang audit untuk memastikan batch pertama program BMET ni mendapat pengiktirafan rasmi bahawa degree yang dianugerahkan kepada graduan adalah mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA
. So kali ni memang kompem aku kena sebab yang mengajar subjek untuk program degree memang tak banyak. Dan jugak disebabkan aku menjadi lecturer yang paling bertuah kot, aku memang dipilih untuk di-interview oleh auditor MQA dari UTM, Prof.Zainal Abidin. Tapi soalan pertama yang aku dapat dari Prof adalah "Apa maksud nama Zuraifah tu..?" Isk..isk..terkejut aku. Hahaha. Layankan aje la Prof ni sebelum dia tanya aku yang heavy2 kan. Ke dia berkenan sangat dengan nama aku sampai timbul rasa nak buat menantu..? Eh..maaf en.tunang..kita tak jawab lebih2 pun tau dengan Prof tu. Hikhikhik. Aku kena interview pasal OBE. Boleh la aku jawab. Tapi nasib baik aku di-interview bersama sorang lagi lecturer, Kak Jema. Dia ada tolong aku kat dalam bilik tu masa Prof tanya pasal apa ntah. Aku tak tau sebab aku kan baru sangta la mengajar. Thanks Kak Jema!!

Dah reda pasal audit, hujung minggu tu jugak aku menghabiskan sisa sisa cuti sekolah di Kuala Terengganu. Busy kan life aku. Busy sebab nak berjalan je kerjanya time cuti sekolah ni. Hehehe. Aku g weekend rumah bestfren aku, Jah. Masa ni je ada lagi sebab hari sabtu Jah dah nak fly balik Sabah. Jah jadi cikgu, dia mengajar kat sekolah bum bum, semporna. Makanya, waktu cuti sekolah saje la aku berpeluang untuk jumpa dia. Dan aku rasa macam wajib jugak la aku jumpa time cuti sekolah. Aku kan suka tido rumah kawan. So, family jah ni dah jadi macam family aku jugak. dan mak dia pun dah kenalkan aku kat sedara mara dia sebagai anak angkat. Touching kejap. Hee. Aku g sana lepas kerja hari khamis tu, tumpang kawan je sebab malas nak drive sorang diri. Sampai kuala terengganu dah malam. So, malam tu tak kemana pon. Just g makan2 je dgn jah, kakak dia; Kak Lah dan 3 muskeeters aka anak buah dia.

Aktiviti hari esoknya, 10 Jun misi mencari hadiah kawen member. Sebab hari sabtu esoknya 2 kenduri kami kena attend sebab 2 2 pun kawan sekolah. Mula2 masuk Mydin cari hadiah. Lepas tu kat luar Mydin tu banyak sangat stall yang jual tudung dan shawl kan. So aku pun sedekah la kat akak stall tudung tu. Hehehe. Aku terbeli 2 shawl dan 2 inner. Dasar pemurah-takleh-pegang-duit-banyak2-sket kan. Lepas tu kami gerak ke TTC sebab ada pameran buku. Aku memang nak cari buku sket. Setelah dapat apa yang dihajati, kami pulang ke rumah dulu memandangkan aku yang dah lenguh dan penat. padahal balik rumah tak penat pun, tapi sempat lagi tibai nasi sebab tengok lauk yang menggiurkan atas meja. Padahal kat luar tadi dah makan dah. Huhuhu. Jahat betul perut ni.

Dah petang sket, kami keluar beramai2 dengan family dia ke pantai teluk ketapang. Ingat nak amek2 gamba tepi pantai kan. Sekali boleh pulak aku lupa. sudahnya takde gamba petang tu dan kami hanya makan2 sambil buat bising dalam kedai. Eh, yang buat bising tu bukan aku, tapi the 3 muskeeters tu. Lasaknya boleh tahan jugak.

Hari sabtu. Hari kenduri. Hari ni aku makan nasi 4 kali ok. Diulangi. 4 kali. Pengsan jap aku. hahaha. Makin la jahat kan perut aku ni. Tamak tak ingat betul la. Gambar pengantin aku lupa nak snap. Cuma amek gambar baby kawan aku je.


Ni sepupu jah, Norma with her baby, CK Hanani.

Ni pulak husband Norma aka kawan aku CK Faiz aka Edenk.


Dan puas berkenduri rumah member, maka tibalah masa untuk jah pulang ke Sabah. Flight KT-KL Jah malam tu pukul 9.35. So sebelum magrib lagi kami semua dah bergerak ke airport. Konon2 nak magrib kat airport, pastu babai jah naik fight kan. Sekali sampai sana flight delay ke 10.35. Last2 delay lagi ke 11.35. Masak la Jah menunggu flight dia sebab lepas makan semua kami drop je jah kat airport sebab anak buah dia kan sekolah esok (hari ni) So, tak sempat la aku nak melambai2 jah dari bawah. hahaha. Aku macam biasa, kata dah jadi famili kan. So aku tido lagi malam tadi kat rumah jah walaupun jah dah takde sebab aku balik kemaman tumpang kawan aku terus g kerja dari K.trg tu. Niat asal nak gerak pukul 7. Tapi hampeh je. Pukul berapa ntah kawan aku sampai. Dan sempat lagi makan2 teman dia dating. hahaha. Jarak Ktrg-Kemaman dah la makan masa 2jam. Tapi sempat lagi rilek2 kan. Dan kami sampai opis pukul 11 pagi. Gila kan. :P

P/s: flight KL-Sabah Jah pukul 6.35 ptg nanti. Babai Jah.




Sekian cerita cuti sekolah aku.

May 4, 2011

Saya muda lagi okeh :P

Perasan muda.
Ke saje je tak nak ngaku dah nak senja. :P
Lately, aku selalu je TERpanggil orang yang lagi muda dari aku "akak".
Sejak dah jadi golongan veteran kan, aku ni selalu je tak perasan tau.
Selalu aje duk panggil orang lain akak.
Opismate aku, Ummi kan muda dari aku 2 tahun.
Dan aku dah pesan awal2 kat dia sila jangan panggil aku akak. Hahaha.
Xmau la. Nanti nampak sangat aku ni tua.
So, bila dia jumpa kawan dia, senior dia, dia pun panggil akak la.
Dan aku pun laju je panggil orang tu kak jugak.
Tapi Ummi rilek je tengok aku.
Lama2 tu baru dia tak tahan nak gelak.
Apehal panggil orang yang muda dari aku setahun kak kan.
Coi la Ummi. Hahaha.
Dia tak bagitau la pulak senior dia setahun je pon.
Ceh sungguh. Aku dah malu muka dah kat situ. Mencik..Mencik..

Satu lagi kejadian dengan housemate dia, Nushan.
Aku selalu jugak la lepak umah Ummi time balik kerja, singgah umah dia dulu sebab nak bergalok2 sket.
Dia ni selalu je panggil housemate dia ni kak nushan..kak nushan..so, aku pun terikut2 la..panggil kak nushan jugak.
Tapi bila dah berlaku kejadian pertama tadi, terus aku teringat, entah2 si Nushan tu pun muda dari aku jugak.
Tapi macam mature je. Eh, sebab dah kawen anak satu kot.
So aku pun tanya la Ummi Nushan tu umur berapa.
Amek ko, Sekali sama umur daa..
Aku macam nak jerit je kat Ummi ni tau.
Sekarang baru nak bagitau aku. Hahaha.
Cer ko bayangkan aku dah g umah dia berapa kali dah duk borak2 dengan mesranya tapi panggil dia kak. Hahahaha.
Malu..malu..rasa macam malu je nak jumpa Nushan tu lagi.
Ummi cakap dah bagitau aku dulu. Hey u. I mana nak ingat la. U saje je kan Ummi..mencik mak tau.
So, lepas ni aku akan berhati hati nak panggil orang tu akak ke apa ke kan.
Takut muka aku ni malu lagi sekali. Keh3. Kira kita panggil adik je lah semua.
Ye adik2. Sekian. Selamat malam.



Akak Ummi dan Adik Zue. boleh..?? :P


April 17, 2011

Saya sedang senyum tapi dalam hati...

Aku suka sangat malam ni.
Sebab dapat chat dengan
kesayangan.
Dah lama kot tak chat dengan dia sejak aku busy, dia busy baru baru ni.
Amek ko, semua cerita keluar tadi. Hehe.
Dari luahan, sampai la ke cerita harian kami.
Sejak kenal dengan kesayangan ni, tak tau la nape cepat sangat kami boleh mesra.
Ada kimia antara kami kot. Hee...
Dan aku belajar blogging pon dari kesayangan jugak. :P
Thanks kesayangan sebab sudi dengar cerita aku.
Sayang ko



Tapi dalam hati tetap ada sentap. Nak guna clorox boleh tak nak kasi hilang sentap ni. Mencik!!


Belajar perkataan baru

Hari tu entah macam mana la aku boleh teringat satu perkataan yang maha femes kami guna masa time matrik dulu. Bagi sape2 yang matrik dengan aku kat PASUM 2002, memang tau la perkataan ni, berlendir. Hahaha. Sounds jijik je kan.

Berlendir = Dating.

Gila lah. Sape ntah yenag memulakan dulu ayat ni kat situ. Sampai semua pon terikut2 guna.
Aku macam takleh terima je dulu ayat tu, tapi bila lama2, rasa lucu lak.
Boleh pulak tanya kawan g berlendir tak. Hahahaha.

Satu lagi perkataan yang femes kat PASUM dulu ialah mencapub. Selalu je guna kat sape2 yang gedik. Hahahaha. Sesama kawan pon selalu je guna.

Mencapub = Mencari publisiti/ tarik perhatian orang lain

Lepas tu, masuk UM pon ada gak ayat feberet kami guna untuk budak lelaki. Disebabkan course kami ni tak ramai perempuan melayu, so kami memang rapat la jugak dengan geng2 lelaki. Selalu study sama bila nak exam. Haishh.,. Terkenang la pulak zaman study ramai2 dekat library, pastu belagak buat discussion room tu macam rumah sendiri, buat bising tak ingat. Eh, sambung balik dekat ayat feberet tu. Dulu kami suka guna ayat hati tisu, especially kat budak lelaki.

Hati tisu = Mudah terasa


Kami ada kawan , nama Faizal or lebih dikenali sebagai Panjang. Dia suka sangat la nak emo. Salah cakap sikit or lupa nak bagi notes ke, pape ke, dah sentap. Merajuk tak cakap dengan kami. Fuhh.. Jangan la tisu sangan kan. Susah tau nak jaga hati dia ni. Hahaha.

Lagi apa ek..dah lama tak jumpa geng2, banyak yang dah lupa. Nanti kalau aku ingat, aku letak lagi.



P/S: I miss my geng masa study dulu. Terasa cepat je masa berlalu.


March 21, 2011

Cerita wiken saya

Selamat pengantin baru kepada kawan2 ku yg mendirikan masjid time cuti sekolah lepas.. Memang musim orang mengawan kan time cuti sekolah ni. So adalah menjadi perkara yang tidak dapat dielakkan sekiranya berlaku pertembungan tarikh kenduri. Aku ada 2 jemputan hari sabtu lepas. Satu kawan sekolah rendah, kat Chukai je. Satu lagi kawan sekolah menengah kat Kuala Terengganu. Wajiblah aku pergi ke kenduri kawan sekolah menengah, sebab kebarangkalian untuk jumpa kawan2 lain adalah sangat besar. Lagipun kawan2 sekolah menengah sangat cool. So berlaku kekecohan yang amat bila terjadi pertemuan sesama sendiri, especially gathering time kenduri kawan.

Kepada Tuan Saiful Nizam dan isteri, aku ucapkan selamat pengantin baru. Semoga bahagia sampai anak cucu. Sorry aku tak dapat hadir ke majlis kamu sebab memang aku dah rancang nak ke kenduri KT. Sorry sangat k.

Buat Mohd Faizol @ Pejo dan isteri, selamat pengantin baru jugak. Semoga dapat anak cepat2. Heee...Dah kawen dah kamu ye Pejo. Tinggal sape lagi kawan yang bujang. Eh..Syamel sorang je lagi yang membujang. Hahaha. Syamel, cepat sket. Kang geng pakat bawak anak time next gathering. Eh, aku pon sama. En.tunang, sila cepat sket ye. Hahaha. Gatai!


Kata pergi kenduri kawen, tapi aku satu pun tak amek gamba dengan pengantin. Huk aloh. Macam mana boleh lupa. Ke saje je wat lupa. Haa.. Busy sangat bercakap. Sampai aku tak makan pun. Minum air sirap je segelas. Tu pun tak abes sebab ada orang langgar aku punya gelas tu, abes air tumpah. Nasib tak kena baju. Dah la orang tu main blah je tanpa cakap sorry. Rude kan?
Bila dah lama tak jumpa, time sorang datang je, aku macam "ehh...ni bukan ke si nama tu.." lepas tu sorang lagi datang aku macam " yang tu bukan ke nama tu..wah nape nampak lain sangat dia"..dalam hati..gemoknye.. Phew..!!

Mostly yang aku nampak pelik2 sket kawan2 lelaki la. Bila dah lame tak jumpa, ofcoz la mata aku akan mengesan kekembangan mereka kan. Hahaha.. Eh, macam la aku ni tak lain kan. Sampaikan
time aku nak balik, sedang berjalan ke kereta, ada kereta tahan, pastu turunkan cermin..Eh, terkejut aku orang main2 tahan ni. Haha. Rupanya member aku dengan isteri dia baru sampai. Dia duk cakap aku nampak lain sekarang. Haha. So sama jela. Aku duk kata orang nampak lain. Orang lain pulak duk tegur aku nampak luar biasa. Hahaha. Luar biasa tu lain la. Tak biasa macam zaman sekolah yang selekeh tu kan. Huhuhu

Aku bawak en.tunang pergi kenduri. Dah alang2 en.tunang datang sini kan. Ni adalah 1st time aku bawak en.tunang jumpa kawan2 aku. Sebelum ni ada yang tak tau aku dah ada tunang. Heee. Bajet market tinggi la kan nak sorok2 tunang. Hello..aku bukan sorok en.tunang tau. Tapi celah mananya aku nak tayang en.tunang kat kawan2 kan kalo en.tunang pun duk jauh dengan aku. Haruslah aku berlakon single setiap kali g kenduri. Hahaha. Eh, kita gurau je tau sayang.. :P
Bila dah bawak en.tunang jumpa kawan2, mak rasa bangga nyah. Sebab dapat kenalkan dia as my fiancee. Hee..Bukan pakwe makwe lagi.

Layan gambar-bukan-pengantin sket ye.




Ni bestfren aku dari zaman sekolah, Jah. Dia cikgu mengajar kat Pulau Bum Bum, Sabah. Dia dah jadi macam family aku dah. Selalu je aku menyibuk kat umah dia. Mak, kakak, adik dan anak2 buah dia dah macam jadi aku punya family dah. Abang dia tak la. Segan dowh..Hehe..Asal cuti sekolah je mesti ada je muka aku kat umah Jah. Tapi kali ni aku tak dapat la nak tido umah dia. Sebab en.tunang kan ada sekali. Lain la dah jadi laki aku. Memang wajib la aku paksa en.asben tido umah Jah gak. Kata sayang bini kan. Hahaha.

Sebelum pergi kenduri, kami transit umah Jah dulu sebab aku dah request homemade soto dengan Jah. Perghhh.. Sedap sangat sampaikan aku makan tanpa segan silu. Ala..dah biasa la makan tanpa segan silu kat umah Jah ni. :P

Lepas dah makan kenyang2 umah Jah, kami bertiga pergi melawat kawan yang baru je bersalin. Baby boy. He' so cute. Putih gebu. Geram aku. Tetiba feel nak anak gak. Huuu

Dan destinasi seterusnya kami singgah umah genga aku gak. Kebetulan dia tak balik Shah Alam lagi. Ala..cikgu. Kang cakap aku tak ingat dia pulak dah alang2 aku lalu umah dia. Kang sentap kawan2 lak. Susah aku. Hee..Lame kot tak jumpa dia. Last aku jumpa dia time baru2 kenal en.tunang. Lame tu. Hahaha. Sampaikan kawan aku ni duk tanya " yang ni la yang mu cite ari tu eh..??" Hahaha..siot je..Nasib aku cite kat dia orang yang sama jadi tunang aku. Kalo tak kan dah kantoi free. Hahahaha. Lepas tu kami bergerak menuju ke rumah pengantin. Phew!! dah macam berhari raya lak aku rasa sebab banyak sangat singgah melawat rumah kawan2.


Kami.. :D
Ada kawan aku cakap muka kami sama. Betul ke..??



Tengok la kami. Macam dah dapat anak sorang kan. Semangat en.tunang dukung anak kawan aku. Bapak dia dah pergi melantak dah. Tinggal mak dia yang baju purple tu. Dua2 pun kawan aku. Mak dan bapak budak kecik tu. Tapi kelas lain2.


Mamarazi amek gambar. Tak sempat nak posing okeh. Hahaha. Lepas kenduri aku terus tukar baju. Sebab nak g makan sotong kat tepi pantai. Tak kan aku nak berbaju kurung sampai malam kan. Takde feel la jadi ayu sampai malam. Kami makan kat Pantai Mengabang Telipot. Sedap giler. En.tunang yang mengidam sotong celup tepung. Memang aku bagi dia makan kaw2. Kata sayang kan. haruslah bagi makan sampai kenyang. Hehehehe.



Gambar sebelum makan. Eh, kaver sket perut tu tau. Muahahaha.. Takpe.. Perut kan lambang kekayaan kan..kan..kan..I love u... :P


Mengarut je Jah amek gambar. Ada ke dia duk letak kamera depan2 muka kami. Hahaha. Sengal okeh..



Kaver perut u..!!


Bestfren forever.

By the way, aku nak btau yang hari sabtu lepas tekak aku rasa sakit sebab banyak duk gelak. Huh. Ni baru jumpa beberapa kerat. Kalo jumpa semua, wajib takde suara dah. pakat duk main isyarat2 je. Gelak pon tanpa suara. Hahahaha.
Sekian.



March 13, 2011

Met my BFF =)


Selamat hari Ahad. =)
Hari ni aku tak g kerja. Malas. Sebab penat berjalan tak hilang lagi. Hari Jumaat kelmarin aku pergi Machang, Kelantan. Pergi rumah Maklong aku sebab dia buat kenduri doa selamat sempena nak buat umrah 25hb Mac nanti.
Dah alang2 aku berada di Machang, memang wajib la jumpa BFF aku, Hani. Actually aku kenal Hani tahun 2009, masa sama2 jadi GSTT dulu. Dia ni orang Taiping, tapi entah macam mana boleh tercampak jadi GSTT kat Kemaman. Maybe dah namanya jodoh aku nak kenal Hani kot. Lepas kenal dia, dapat tau dia ni satu kepala dengan aku, terus kamcing. Asal ada masa luang dalam bilik guru, mesti borak je keje kami. Dah duduk pun sebelah2 dalam bilik guru. Kalo salah sorang takde, nampak sangat pelik dan orang akan tanya mana sorang lagi. Hahaha.

Pagi semalam, sabtu, Hani amek aku kat rumah maklong, since rumah dia dekat sangat2 dengan rumah maklong kan. Nasib baik asben dia takde. Hehehe. Boleh la aku lepak2 kat rumah dia lama2 sket. Kalo asben dia ada, memang segan la. Asben dia, Najib tu kan kawan tunang aku. Jahat okeh si Najib ni. Hahaha. Masa aku belum tunang dulu, time aku jumpa dorang laki bini kat IKEA time Hani tengah preggy, dia saje je tanya2 aku pasal Sham. Sihat ke tak. Macam mana sekarang. Keji kan. Nak tau pasal kawan sendiri pergi lah sms kawan ko tu sendiri kan. Very the mengada okeh. Hahaha. Siap suruh aku kemsalam lagi kat Sham. Huh. Ko saje je kan Najib. Nak kenakan aku. :P

Hani amek aku pergi breakfast roti nan. Setappp.. Anak dia, Umar a.k.a. Najib Jr dah besar sekarang. Sangat galaktosa Umar nih. Umi dia btau si Umar ni pantang tengok leng loi, mesti senyum2. Gatal okeh. Haaa..tu ikut perangai sape la tu.. :P

Sejibik sejebon papa dia si Umar ni


Umar with Aunty Zura.

Bulu mata very da lentik, kening terbentuk..part ni baru ikut umi dia


Umar sayang umi


Tak puas hati kaa??


Rasa nak gigit2 je pipi budak ni. Geram


Umar Nukman yang mengantuk landing atas Aunty.


Lepas breakast, Hani bawak aku balik rumah dia. Lama jugak aku lepak2 kat rumah dia. Lame beb tak jumpa. Haruslah banyak benda yang ingin ku luahkan. Asben Hani kerja kat penang. So every two weeks, baru pulang jenguk mereka. Sangat kesian kan, sejak dorang kawen, belum ada peluang lagi duduk sama2. Takpe darl, aku doa semoga ko cepat2 dapat duduk dekat dengan asben. Sian kat Umar asyik rindu papa dia je. Eh, umi dia pun rindu papa jugak. Hehehe. :P

Hani, thanks for being my true friend. Thanks for be there when i really need someone to share with me. Thanks for the advices.Thanks for everything. :)

Sangat lega bila dapat luahkan apa yang terbuku di hati.



Nota kaki: I love u more Mr. Fiancée


March 5, 2011

Itu bukan aku..

Selamat petang sabtu.. :)

Semalam kan..aku kan..satu hari kan..tak makan nasi kan..sangat bangga kan..hahaha..

Sebenarnya aku diet eh..takde selera la nak makan. Sejak bestfren aku datang ni, dia macam tak bagi aku makan je. Memang la perut memanggil2 mintak di isi, tapi apakan daya, dah mulut cakap tak nak. Tu pun pagi semalam aku paksa makan mihun goring. Takde la kebulur sangat.

Aku memang macam ni pun. Dalam minggu2 bestfren aku datang ni, aku memang akan hilang selera makan ataupun dalam bahasa yang sopan sikit, aku hilang nafsu nak makan secara bersungguh2. Ok what! Boleh jugak aku diet secara tak sengaja kan.

Tapi bak kata opizmate aku:

Ala…seminggu je pon mu hilang selera, lagi 3 minggu tu makan je keja mu.. ~~ Amboi..Kemain eh mu Khalil…mengata aku tak hengat…hahaha

Tapi memang kenyataan pon apa yang dia cakap. Hahaha. Ada sekali tu aku baca paper dalam opiz, pastu ternampak iklan Pocketful KFC. Terus terliur ko nak makan. Amboi, baby dalam perut ni pon agak2 la ye. Jangan la nak tunjuk sangat perangai buruk lantak ko..Hahahaha..

Punya la aku terbayang2 alangkah bestnya jikalau dapat makan KFC waktu lunch, sampai teringat2 bila dah balik umah. Tak leh jadi ni, lantas aku amek hp, terus msg Khalil : Sok kita lunch KFC, tak kira.. gila kan..main paksa2 opizmate aku makan sekali gak..hahaha..Nasib la sapa2 yang kawan dengan aku.. :P

Amek ko, sok terus g KFC waktu lunch, dan aku siap tapau lagi. Yang makan kat sana tu lain kira. Hahaha..

Ok, lepas ni aku nak diet. Kepada kawan2 opiz aku, sila jangan abaikan hiraukan sekiranya aku mintak ajak makan yang merepek2 ye.. tolong la aku nak diet nih..tau..tau..


P/s: Tadi aku dah makan nasi..walau takde selera pun terpaksa makan gak. Sebab kat umah orang. Member aku bertunang.

Kepada Aznira, selamat bertunang lalink.. =)



February 9, 2011

Mood berkobar2 nak upload gambar



Semalam aku ada Annual Dinner di Awana Kijal. Aku ngn my buddy, Umina punya la menggelabah sebab sampai lambat. MC dah nak start majlis. Malu i masuk2 terus cari meja. Haha. Main menonong je masuk dalam tak nampak sape2 dah. Nasib baik jumpa meja. Kalo tak lagi haru malu duduk tempat org tak kenal. Makanan nya adalah chinese food. Tapi makan tak best. Ntah macam tak best pulak kali ni. Ada sup sirip yu. Mula2 aku geli nak rasa sebab nampak macam likat semcam je. Tapi bila dah try, baru tau sedap rupanya. Siap tambah lagi. Hehe. Boleh tahan je makanan semalam. Aku makan nasi goreng sikit je tau. :P

Ok..sesi tayangan gambar pulak ye.











Semua gambar pon gegedix..hahaha..
Best je tengok org lepak2 cni..Bila la nak rasa tdo cni ni..Ehem.. :P