Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Bebelan. Show all posts
Showing posts with label Bebelan. Show all posts

February 6, 2013

Sibuk atau malas nak layan?

Assalamualaikum.

Hari ni aku xde klas setelah 3 hari berturut aku ada klas pagi sampai petang.. Dan disebabkan aku banyak masa terluang, maka aku banyak pegang henset.. Maka bila dah pegang henset, tangan asyik la nak mesej en.asben.. Cuba time hari ahad, isnin, selasa...nak mesej en.asben pun dah rasa macam eh, dah nak balik keje eh... Haa..gitu la diumpamakan kesibukkan aku pada hari tersebut..

Bila dah banyak masa free, sikit sikit nak tanya itu, jap jap nak tanya ini kat en.asben..padahal boleh je nak tanya karang2, tapi dasar perempuan yang tak tau nak kacau siapa, makanya laki dia la yang jadi mangsa.

Tapi kan, sakit pulak hati aku bila mesej dengan en.asben. Sabar hati..sabar hati..korang tengok ye apa yang aku tanya, apa yang en.asben balas. Mana la aku tak sakit hati... :(


  


  





Yang aku ni beria je tulis panjang panjang tau. Tapi en.asben boleh balas ok, okes, yup, sepatah sepatah je. Aku tulis berpatah patah kata.. hahaha.. aku dah tanya pulak tu dia sibuk ke tak masa tu, tapi jawab tak sibuk. Sangat la sesuatu bila waktu tak sibuk balas mesej aku camtu kan..??Sakit hati bila aku cakap boring la mesej dengan orang yang asyik balas 0k ok je kan, tetiba en.asben terus reply baik! huyyyaaaiiii....sabor je la aku... hahahahaha..

Aku syak en.asben sebenarnya sibuk, tapi malas nak bagitau hal sebenar. Ataupun dia memang tak sibuk tapi malas nak layan bini dia yang songeh macam2 ni..hahaha.. Yang mana satu ni aku nak pilih..emmmm...


Nota kaki: walaupun en.asben selalu je wat aku sakit hati, eh memang hobi dia tau sakitkan hati aku, selalu wat aku marah sorang2, bagi dia itu adalah hiburan sampingan # ayat orang tak puas hati selalu kena buli#, walaupun dia selalu je buat aku macam tu, aku tatappppp sayang en.asben ketat2..sampai lemas ok..muahh.

 Muka orang yang merindui suaminya. Sekian.



January 22, 2013

Kenapa mesti begini....???

Assalamualaikum.

Betul ke aku masih berjaga lagi tatkala jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam??? Macam pelik pulak. Aku kan dah terbiasa tido awal kalo en.asben takde..hehehe

Ni semua gara2 adapter la ni. Aku punya la bersemangat waja nak siapkan nota untuk kelas ari ahad dan isnin next week. Tak pernah aku rasa begitu bersemangat nak buat nota sebegini. Sanggup bawak balik laptop yang biasanya aku tinggal je kat opis.

Bila tiba masa nak buat kerja, terus on laptop. Tiba2 baru perasan adapter takde! Hampeh betul. Baru buat berapa slide je bateri dah abes. Eiiii.. Kenapa la bijak sangat aku ni. Punya la susah nak dapat semangat buat kerja macam ni, tapi dah terbantut disebabkan kealpaan sendiri. Entah apa la yang aku fikir petang tadi masa tengah kemas2 barang.. T__T

Bila dah terbantut macam ni, apa lagi.. Kita bercamwhore la.. Tapi still tak puas hati jugak...
Kenapa....?
Kenapa....?



Menghitung masa

Assalamualaikum.

Dalam hati sangat tak sabar nak tunggu hari esok. Sebabnya esok dah hari rabu. Khamis kan cuti, so malam esok aku akan bergerak ke subang. Driver aku tetap setia menanti setiap minggu. Tapi kalo datang lambat, driver tu pun tak agak2 akan tinggalkan aku. Mana tak tinggal kot. Dah nama pun naik bas kan. Hihihihi

Tak sabar nak jumpa en.asben walaupun baru je jumpa minggu lepas. Sebenarnya tiap2 kali pun tak sabar nak jumpa suami kan. Cuma kali ni eksaited dia lain macam sikit. Apa sebab? Nanti aku bagitau. Tapi tak tau la sempat ke tidak weekend ni. Takut kena tunggu CNY jugak...huuuu

Gambar takde kena mengena dengan entry. Saje je nak tayang koleksi keychain yang opismate bagi sebagai buah tangan.