Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

May 16, 2013

Im gonna miss u

Semakin dekat hari itu, semakin berbaur perasaan aku.. Separuh hati melonjak lonjak tak sabar nak habiskan minggu depan.. Tapi separuh hati aku rasa seperti akan kehilangan sesuatu.. This will be the biggest turning point i've made in my life!

Im gonna miss u..

May 8, 2013

Seksa-rindu-hilang-mata-hati

Seksanya rasa diri ni bila merindui kehadiran suami disisi yang hilang di pandangan mata tapi melekat dihati. 😔

I miss him so much..so badly..



December 5, 2012

Rindu... :(

Sesungguhnya saya amat merindukan suami saya.. T__T



Harapan saya agar beliau dapat off hari jumaat, dan pulang ke pangkuan isteri dengan selamat. 
Amin.

July 24, 2012

Hati tissue jap

2 malam lepas, seperti biasa, tengah borak2 buat report duty seharian kat en.asben, tengah mengada2 mengadu itu ini macam budak kecik tengah report kat bapak dia, tiba2 en.asben main lagu doaku untukmu sayang -wali band.

Dia cakap setiap kali dengar lagu ni, mesti teringat kat aku. :(
Terharu la pulak. Tiba2 terus aku diam. Sedih la. 
Kami memang wajib kol, borak2, cerita2 sehari hari bila sorang duduk timur, sorang duduk barat ni.
Tapi dia punya feel tak sama kan bila ada depan mata. :(

Tambah pulak bila tengah borak2 tu, dia boleh pulak play lagu tadi. Ada background music tetiba kan.
Kompem la touching aku. 

Bila tengok video clip dia, lagi la macam olololo...suka sangat.

          
 


Tengok, kan dah tiba2 aku jadi rindu sangat kat en.asben. TT__TT


April 24, 2012

No words can describe..


 



February 19, 2012

Sakit hati...

 Semalam aku merajuk dengan en.asben. Mencik!

Ceritanya begini. Semalam en.asben bagitau aku dia nak g lawat rumah ex-tunang dia kat kampung. Aku tanya dia perlu ke nak g sana? Kenapa nak amek tau lagi hal ex-tunang dia kan..? Tak payah la nak caring sangat sampai nak pergi lawat kat rumah. Pastu aku nampak mak ex-tunang en.asben bukan main mesra lagi layan dia. Ex-tunang dia pun sama la. Amboi...kemain lagi kan...Tapi aku ni dorang wat tak tau je..huh.

Balik pada tu, aku dah buat muka. Bengang la kan. Kalo pompuan lain pun mesti bengang gak. Laki sendiri g menggedik2 kat rumah ex-tunang dia. Aku dah malas nak cakap ngn en.asben. Merajuk! Tak nak pegang tangan dah. Biar la aku jalan sorang2 je. Geram tau tak!! Sakit hati aku... T__T

Pastu tiba2 aku terjaga....tengok sebelah aku en.asben tengah lena tidur kat sebelah. Aku dah macam sakit hati ni boleh pulak dia wat2 biasa je kan. Terus tarik diri tidur jauh2 sket. Pejam mata balik. Eh...aku mimpi ke tadi??? Siot je. MIMPI rupanya...pastu pikir semula mimpi tadi...boleh pulak kan masa dalam mimpi tu aku tak pikir logik sket..En.asben mana pernah tunang pon sebelum ni. Aku je la yang 1st dia.. Hahahaha..

Lagi lucu bila sampai pagi tadi bangun pun aku tak puas hati lagi kenapa dia g rumah ex-tunang dia yang tak wujud tu....hahaha. Sengal kan. Mimpi sampai terbawak2 kat luar lak. Eh, sakit hati taw dalam mimpi tu...tu yang bila jaga aku sambung sakit hati lagi...hahaha...




Ni dia muka orang yang g jenguk ex-tunang dia yang tak wujud..hehehehe




February 12, 2012

Kantoi

Korang pernah tak ada rahsiakan sesuatu yang ko sangat2 sorok dari orang yang tersayang selama ni. Bukan tak nak btau sebab rahsia gelap ke apa ke...tapi sebab segan sangat dengan insan yang tersayang tu kalau dia tau perkara tersebut. Dalam hati memang dah ada niat nak btau...tapi cuma perlukan kekuatan dan masa yang sesuai je nak btau.

Tapi bila tiba2 kantoi dia dapat tau dan tanya ko benda yang ko sorok tu dan tanya apakah itu, bila kejadia tu. Emmm....rasa malu gila kot..dan rasa bersalah. Sekarang ni aku rasa muka aku tebal gila kot. Nasib en.asben tak nampak je sebab dia ada kat rumah, aku kat opis. huhuhuhu..

Kenapa la posmen tu kantoikan aku, hantar surat time en.asben ada kat rumah..?? Tapi nasib baik la sebab posmen tu dah buatkan aku supaya berterus terang tentang keadaan sebenar dengan en.asben. Sorry sayang...kita bukan tak nak btau. Betul...dah lama dah terfikir2 macam mana caranya nak btau kat sayang. Tapi tak berani, takut sayang marah. Sekarang dah lega sebab takde benda perlu disorok lagi.

P/s: Sayang, I love u.



February 3, 2012

Janji saya pada awak



En.asben....this is for u...
I heart u so much..

January 26, 2012

Aku....

Tak tau nak rasa apa.
Kecewa?
Sedih?
Sayu?
Kecik hati?
Semoga aku tergolong di dalam golongan orang2 yang sabar.
Amin.

December 28, 2011

Status kawan

Bila tengok kawan2 yang baru kawen update status pasal dah pregnant...tiba tiba mood aku dah down.... T___T

December 11, 2011

Kawan

Assalamualaikum. Apa khabar kawan? Aku sihat je. Macam makin sihat ada la kot. Ramai je yang tanya soalan cepumas "dah pregnant ke..?" Maybe sebab tengok aku sihat sangat tang perut kot.

Hari ni aku ada bengkel " Document map and Literature Review" satu hari. Tak masuk office langsung arini. Tak sabar nak masuk office esok sebab nak settlekan kerja yang tertangguh. *phew..macam bagus je kan..haha..*

Boleh tak arini aku nak cakap pasal kawan. Sebenarnya dah lama dah aku nak cakap pasal mende ni tapi sebab tak sempat nak menaip je. Tadi nak je aku menaip pasal mende ni dalam bengkel, tapi kang tak pasal pulak aku tak dapat ilmu dalam bengkel.. Tenet laju siot tadi.

Bila dah makin berumur ni, aku rasa macam dah lost contact je dengan kawan2 coursemate dulu. Yela, aku kan menetap di Kemaman. Most of coursemate aku dulu duduk KL, so memang tak jumpa dorang la. Tapi selalu la aku usha2 gambar dorang dalam facebook *jadi stalker jap* untuk mengetahui perkembangan terkini mereka. Even aku tak chat dengan dorang, at least aku tau la apa dah jadi dengan dorg. Takde la macam katak bawah tempurung sangat aku ni nanti.

Dan bila dah tengok gambar dorang, aku macam...wahh...hebat2 la kawan aku sekarang. Memang ada yang kerja tiptop. Serius rasa rendah diri bila nak compare kerja dorang dengan aku. Tapi aku tetap syukur apa yang aku miliki sekarang. Alhamdulillah dengan rezeki Allah bagi.

Satu lagi bila melihat perubahan yang berlaku pada kawan2 aku. Ada yang dah ada anak. Ada yang dalam pantang. Ada yang tengah pregnant. Dan tak lupa jugak ada yang tengah meniti bahagia bersama pasangan. Aku gembira bila dorang bahagia. Memang most of them ada perubahan. Ada yang berubah ke arah lebih baik dan lebih bagus. Dan ada jugak yang totally berubah dari apa yang aku kenal dia dulu time study. Dan aku rasa sangat sedih bila melihat perubahan yang berlaku pada diri dia.

Dulu2 time study aku pon banyak hanyut. Biasa la, jiwa tengah muda dan rasa nak mencuba tu menguasai diri. Masa ni la aku free hair. Pakai tudung, tapi bila rasa nak bukak, aku bukak jela. Dan rasa diri sangat cantik bila tak pakai tudung. Haha..Pakaian pon boleh tahan jugak kemainnya. Pakai skirt jeans labuh, tapi belah tak ingat kat belakang. Dulu baju kurung aku mana ada kain lipat2 ni. Semuanya kain belah ok. Pastu bila dah dapat jadi GSTT mengajar kat sekolah, terus menggelabah takde baju yang sesuai nak pakai g kerja.. Haha..Tapi paling teruk pon aku rasa aku free hair dan pakai kain belah je kot. Sebab pakai short pendek2 tunjuk betis or peha or pakai baju sleeveless tunjuk lengan, tunjuk lurah tak pernah la aku buat.

Tapi bila dah sampai satu peringkat umur, aku rasa macam "Ok. Dah puas. Sudah2 la perangai macam ni"..
Aku berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik dari segi peribadi dan dari segi pemakaian aku. Dan korang tau tak sampai sekarang aku dah tak buat dah kain belah2 ni. Most of kain kurung aku dah jadi susun belakang dan sekarang aku gila buat lipat depan. Rasa macam tak percaya je aku dah berubah. Haha. Tapi sebenarnya boleh je kalo nak berubah. Cuma terpulang atas diri sendiri je.

Tapi tujuan aku buat entri ni adalah sebab seorang kawan aku. Aku dah lama tak jumpa dia dan bila tertengok gambar dia kat facebook, aku rasa macam banyak sangat dia dah berubah sekarang. Dan aku jadi sangat terkejut dengan perubahan dia tu. Memang sangat berbeza dari yang aku kenal time study dulu.Pakaian pon kemain mak ai. Dah macam artis lak aku rasa. Dan automatik terlintas perasaan sedih sebab perubahan kawan aku ni. Aku tak harap perubahan ni kekal dengan dia. Dan aku doakan dia berubah semula kepada dia yang aku kenal dulu.

Aku bukan nak judge sape2 pon kat sini dan bukan aku nak cakap apa yang kawan aku buat tu salah. Cuma nak meluahkan rasa kesal yang terbuku di hati. Maybe dia senang dan bahagia atas perubahan yang dia buat. Aku harap ko bahagia kawan.



November 21, 2011

Cakap dalam hujan



Hai kawan.




Hari ni hujan je...
Macam hati aku jugak..
:'(


August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Esok raya!!

Seronok tak esok raya..?? Aku rasa macam biasa je. Sebab lagi excited + pening + lebam sebab nak sambut kenduri kawen..huhuhu. Tapi terasa la jugak sikit2 mood raya tu tadi. Bila aku g beli lemang punya la beratur tunggu lama gila baru dapat lemang. Tujuan asal nak beli 10 hengget je..Tapi bila dah tunggu lama sangat, terus up jadi 20 hengget. Hehehe.

Gara2 nak beli lemang, sampai aku pesan kat adik aku je suruh teman mak g pasar. Biasanya aku ni jadi assistant dia kalo g pasar. Ni semua sebab nak makan lemang sedap la ni. Sudahnya mak aku kol aku jugak tanya nak beli ayam berapa ekor. Nak beli daging berapa kilo.. Hehe.. Tetiba terasa macam orang penting kan. :P

Jauh di dasar hati, raya tahun ni rasa sayu sebab tak dapat beraya bersama2 en.asben. :( Kami terpaksa raya asing2 dulu tahun ni. Kalo aku nak suruh en.asben beraya sekali kat kemaman, macam kesian kat en.asben sebab ulang alik banyak kali. Sebabnya 5hb dia dah kena kerja. So dah tentu pulang ke ipoh kan. Lepas tu datang lagi time kenduri. Eh..kesian sangat kat en.asben. Tak sanggup rasa nya nak buat dia ke hulu ke hilir macam tu. So, amek keputusan raya asing2 saja. Walaupun dalam hati sedih tak dapat nak salam + cium tangan suami di pagi raya. Aku redha. Tapi kan aku dah salam raya in advance dah. Hehe. Time aku g ipoh nak sambut beday en.asben last 2 weeks, aku dah siap2 salam mintak maaf. Hehehe. Awal tak.

Emm..ok lah.. Selamat hari raya kawan2..

July 21, 2011

Merah itu inai ke?

Petang ni nak g pakai inai~~

Rasa macam tak caye je nak pakai inai sebab nak kawen..hahaha..kalo dulu2 aku pakai inai sbb suke2..mmg dah lama giler la xpakai..last time aku pakai inai time form 2@3 kot..pakai 10 jari sume macam pengantin dah..dan sekarang baru nak pakai balik..fuhhh...12 tahun lebih dah tak pakai inai..hehehe..dah start debar dah ni :P

July 14, 2011

Malam jumaat.

Assalamualaikum...

Rasa janggal je bila nak taip sumthing kat sini. Sebab dah lama sgt rasanya tak muncul. Hahaha. Sebab utama adalah malas. Dan sebab sokongan yang lain adalah sebab sekarang sangat bizi sampaikan takde masa nak layan2 internet ni. Kat opis sibuk dengan training, uruskan kerja2 yang sepatutnya kena settle sebelum cuti. Pastu balik kerja, kat rumah malam2 memang aku dah tak online. Malah tak de nak on laptop pon. Kat tempat mana aku campak laptop time balik kerja, kat situ jugak la aku kutip time nak g kerja esoknya. Sadis sungguh. Tak tau kenapa rasa malas yang amat bila nak online. Adakah ini disebabkan oleh bertambahnya usia aku? Emm...

Yang penting bagi aku sekarang adalah persiapan nikah. Tu yang buat aku tambah2 bizi sekarang. Dah tak lama dah aku nak jadi bini orang. Huhuhu. Lagi seminggu. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

April 20, 2011

Need You Now

En.tunang, kita nak awk dengar lagu ni..




Mood tengah jiwang lagi sebab baru lepas jumpa buah hati.
Bila kita dapat jumpa lagi.. :(

April 17, 2011

Saya sedang senyum tapi dalam hati...

Aku suka sangat malam ni.
Sebab dapat chat dengan
kesayangan.
Dah lama kot tak chat dengan dia sejak aku busy, dia busy baru baru ni.
Amek ko, semua cerita keluar tadi. Hehe.
Dari luahan, sampai la ke cerita harian kami.
Sejak kenal dengan kesayangan ni, tak tau la nape cepat sangat kami boleh mesra.
Ada kimia antara kami kot. Hee...
Dan aku belajar blogging pon dari kesayangan jugak. :P
Thanks kesayangan sebab sudi dengar cerita aku.
Sayang ko



Tapi dalam hati tetap ada sentap. Nak guna clorox boleh tak nak kasi hilang sentap ni. Mencik!!


April 16, 2011

Tidurlah wahai mata..

Mengapakah kamu begitu sukar untuk lena malam ini..

Adakah kerana merindu si dia..... :(


April 12, 2011

Kerisauan

Lagi berita pasal air crash yang aku dengar. Buat hati aku tak tenteram. :(

Kalau boleh aku tak nak dengar berita2 yang macam tu. Sebab bila dengar je berita yang pasal air crash ni, buat aku asyik la teringat kat en.tunang.

Aku paling la risau kalau hari dia fly. Dan selalu je aku pesan benda yang sama bila setiap kali dia fly. Biar la dia nak jemu apa yang aku pesan, janji dia dengar gak.

Dia kadang takde pun nak mesej aku bila dah selamat landing ke, dah selamat pulang rumah ke. Suka je aku nak sentap. Yela, aku just nak tau je keadaan dia ok. Sentap tau. :(

En.tunang, kita selalu doa awk selamat naik dan turun, dan dijauhkan dari sebarang kecelakaan.
Amin.


Happy for u

Kawan baik aku time belajar kat upm dulu dah nak kawen 25/6/2011.

Dia selalu je cerita masalah dia kat aku dulu. Hee.

Suka kawan dengan dia. Sampaikan aku sedih time nak balik Kemaman bila abes study last year.

Suka tengok dia bahagia.

I'm happy for u dear.

Nanti konvo, kita masing-masing dah tukar title kan.

Eh, aku sure 100% la dia dah tukar title puan masa konvo bulan 10 nanti.

Tapi aku, not so sure. :(

Nak sentap boleh? Sape nak pujuk nanti... :(