Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label musim. Show all posts
Showing posts with label musim. Show all posts

June 12, 2011

Cuti sekolah



Musim cuti sekolah dah habis. Disebabkan aku tinggal di pantai timur, makanya hari ini budak budak sekolah dah kembali ke sekolah. Eh, kenapa pulak aku yang macam tak suka je bila cuti sekolah dah habis. Aku bukannya cikgu pun. :P

Sebenarnya aku nak cerita apa aktiviti aku masa cuti sekolah ni. Nak jugak menyibuk time cuti sekolah kan. Padahal aku takde kaitan pun dengan cuti sekolah ni. Sebab kalo aku nak cuti, selalu kena apply dulu. Hehe

27 Mei..cuti sekolah bermula. Ok, belah pantai timur kan cuti hari jumaat, so consider cuti sekolah dah start la kan. Weekend ni aku takde buat aktiviti pape yang menarik sangat pun. Yang aku ingat minggu tu ada meeting kat opis. Pastu pulak 31 Mei tu birthday kakak aku. Happy birthday along!

Tapi yang excited sikit bila aku apply cuti hari khamis (2 Jun) sebab aku nak balik kampung kawan aku. Eh, kampung tunang aku jugak :P Cadangnya nak pergi rumah membe aku ni mionggu depan, minggu last cuti, tapi plan berubah last minit. Ni gara gara en.tunang la ni. Terus aku laju laju beli tiket bas untuk rabu malam. Hee. Excited sangat sebab:

Pertama: Ofcoz la dapat jumpa en.tunang kan.
Kedua: Sebab dapat tido rumah kawan aku, Pijah.

Sebenarnya Pijah tu kawan tunang aku, tapi sekarang ni dah jadi macam kawan sekolah aku pulak. Hee. Aku dah 2kali dah berkampung kat rumah dia. Tapi aku sedih. Lepas dah kawen nanti mesti aku susah dah kan nak lepak tido sama2 dgn ko Pijah. Laki aku nanti nak letak mana..Haha..

Walaupun aku ni namanya balik kampung tunang aku, tapi aku tak pernah dan tak berani la nak tido umah bakal mak mertua ni. Segan la. Dah kawen sok lain la. Hehe. Rumah pijah ni aku tak kesah sangat sebab dia adik beradik semua perempuan. Jadinya ayah dia je satu satunya lelaki dalam rumah. So, women power tu sangat kuat. Hehehe.

Lupa pulak aku nak btau awal2. Tujuan aku ke sana yang penting adalah g tempah kad kawen. Yang tu yang UTAMA. Dan yang seterusnya tu tak adalah tambahan je. Aktiviti tambahan tu la yang buat aku rasa BEST sangat.

Aktiviti tambahan #1
Photoshoot @ Jeti Pulau Aman~~ aku dan en.tunang jadi model petang tu. Dan photoG nya adalah Pijah. Hehe. Mula2 agak segan la kan pijah kan. Lepas tu dah lama rasa macam artis la aku ni. Hahaha. perasan tak ingta padahal nak pose pun tak tau gaya apa entah. :P


~Nice view~

~en.tunang & me~

~sila abaikan bahagian blur tu. sebab motip aku nak tunjuk hasil photoshoot pijah ok~

~aku suka view ni!~

~nak amek gamba lompat tapi tak jadi~

~berdiri tegak~

P/s: Ada gambar yang aku blur sebab aku sangat seksa. hahaha.

Banyak lagi gambar yang aku suka dan cantik cantik. Tapi harap maaf la. Tak leh nak upload ok. Over sangat. Hikhik. Cukup la sekadar apa yang disajikan tu.



Aktiviti tambahan #2
Shopping!! Hee.. mestila wajib kan. Pijah ni memang terbaik la kalo bab2 tempat shopping. Maksud aku bukan semestinya tempat tu mahal dan cantik. Murah pun ok apa kan. Tapi hasilnya kalah yang mahal. First place, dia bawak aku g Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat. Gila la aku kat sini sebab tergoda dengan kain pasang yang maha banyak dan super cantik. Fuh. mengucap kejap, eh, tak sempat nak mengucap kot. Sebab duk sibuk pilih nak beli mana satu. Kat pasar tu memang kena beli borong baru dapat murah giler harga. So, asalnya english cotton yang kain tebal harga rm70 satu. Kami beli 10 pasang campur dengan sutera wangi. Dapat la harga rm35 sepasang. See. Aku angkut 4 pasang english cotton ok. Berbaloi2 dari aku beli kat Bandung tu. Hee.

Pastu esoknya dia bawak aku pergi borong klat bundle. Eh, best gila bundle ni. Sebab baju2 dia baru dan branded dan cantik. Lagi menarik tang harganya sebab dia jual kilo. 1 kilo baju harga rm18. Sebelum ni harga rm15 sekilo. Sejak mendapat sambutan yang hangit sangat ni, penjual dia berlagak dah naik rm18 sekilo. Untuk pengetahuan semua, aku memang layan dan gila jugak beli baju bundle. Selalu aku beli kat kemaman harga dalam rm10-rm15 sehelai. Tapi kedai ni memang tabik spring ah sebab aku beli seluar 2 helai, baju 2 helai, baru harga rm19. Hehe. Aku ingat tak lebih sekilo, sekali berat seluar daa. Tapi puas hati sebab aku dapat seluar yang cantik dan muat untuk aku. Hahaha.

Dan setelah menghabiskan 3 malam yang best kat rumah Pijah, aku pun pulang ke pangkal jalan. Tapi sebelum pulang Kemaman, haruslah aku pergi mengadap bakal mak pak mertua kan. Aku g makan tengahari kat rumah tunang aku sebelum pulang.

Penat. Tapi enjoy.


Pulang dari Kedah, ada debaran yang menanti aku. Audit MQA pada 8 Jun. Disebabkan Program BMET ni adalah merupakan program degree yang pertama dari fakulti aku yang dilahirkan, so adalah penting MQA datang audit untuk memastikan batch pertama program BMET ni mendapat pengiktirafan rasmi bahawa degree yang dianugerahkan kepada graduan adalah mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA
. So kali ni memang kompem aku kena sebab yang mengajar subjek untuk program degree memang tak banyak. Dan jugak disebabkan aku menjadi lecturer yang paling bertuah kot, aku memang dipilih untuk di-interview oleh auditor MQA dari UTM, Prof.Zainal Abidin. Tapi soalan pertama yang aku dapat dari Prof adalah "Apa maksud nama Zuraifah tu..?" Isk..isk..terkejut aku. Hahaha. Layankan aje la Prof ni sebelum dia tanya aku yang heavy2 kan. Ke dia berkenan sangat dengan nama aku sampai timbul rasa nak buat menantu..? Eh..maaf en.tunang..kita tak jawab lebih2 pun tau dengan Prof tu. Hikhikhik. Aku kena interview pasal OBE. Boleh la aku jawab. Tapi nasib baik aku di-interview bersama sorang lagi lecturer, Kak Jema. Dia ada tolong aku kat dalam bilik tu masa Prof tanya pasal apa ntah. Aku tak tau sebab aku kan baru sangta la mengajar. Thanks Kak Jema!!

Dah reda pasal audit, hujung minggu tu jugak aku menghabiskan sisa sisa cuti sekolah di Kuala Terengganu. Busy kan life aku. Busy sebab nak berjalan je kerjanya time cuti sekolah ni. Hehehe. Aku g weekend rumah bestfren aku, Jah. Masa ni je ada lagi sebab hari sabtu Jah dah nak fly balik Sabah. Jah jadi cikgu, dia mengajar kat sekolah bum bum, semporna. Makanya, waktu cuti sekolah saje la aku berpeluang untuk jumpa dia. Dan aku rasa macam wajib jugak la aku jumpa time cuti sekolah. Aku kan suka tido rumah kawan. So, family jah ni dah jadi macam family aku jugak. dan mak dia pun dah kenalkan aku kat sedara mara dia sebagai anak angkat. Touching kejap. Hee. Aku g sana lepas kerja hari khamis tu, tumpang kawan je sebab malas nak drive sorang diri. Sampai kuala terengganu dah malam. So, malam tu tak kemana pon. Just g makan2 je dgn jah, kakak dia; Kak Lah dan 3 muskeeters aka anak buah dia.

Aktiviti hari esoknya, 10 Jun misi mencari hadiah kawen member. Sebab hari sabtu esoknya 2 kenduri kami kena attend sebab 2 2 pun kawan sekolah. Mula2 masuk Mydin cari hadiah. Lepas tu kat luar Mydin tu banyak sangat stall yang jual tudung dan shawl kan. So aku pun sedekah la kat akak stall tudung tu. Hehehe. Aku terbeli 2 shawl dan 2 inner. Dasar pemurah-takleh-pegang-duit-banyak2-sket kan. Lepas tu kami gerak ke TTC sebab ada pameran buku. Aku memang nak cari buku sket. Setelah dapat apa yang dihajati, kami pulang ke rumah dulu memandangkan aku yang dah lenguh dan penat. padahal balik rumah tak penat pun, tapi sempat lagi tibai nasi sebab tengok lauk yang menggiurkan atas meja. Padahal kat luar tadi dah makan dah. Huhuhu. Jahat betul perut ni.

Dah petang sket, kami keluar beramai2 dengan family dia ke pantai teluk ketapang. Ingat nak amek2 gamba tepi pantai kan. Sekali boleh pulak aku lupa. sudahnya takde gamba petang tu dan kami hanya makan2 sambil buat bising dalam kedai. Eh, yang buat bising tu bukan aku, tapi the 3 muskeeters tu. Lasaknya boleh tahan jugak.

Hari sabtu. Hari kenduri. Hari ni aku makan nasi 4 kali ok. Diulangi. 4 kali. Pengsan jap aku. hahaha. Makin la jahat kan perut aku ni. Tamak tak ingat betul la. Gambar pengantin aku lupa nak snap. Cuma amek gambar baby kawan aku je.


Ni sepupu jah, Norma with her baby, CK Hanani.

Ni pulak husband Norma aka kawan aku CK Faiz aka Edenk.


Dan puas berkenduri rumah member, maka tibalah masa untuk jah pulang ke Sabah. Flight KT-KL Jah malam tu pukul 9.35. So sebelum magrib lagi kami semua dah bergerak ke airport. Konon2 nak magrib kat airport, pastu babai jah naik fight kan. Sekali sampai sana flight delay ke 10.35. Last2 delay lagi ke 11.35. Masak la Jah menunggu flight dia sebab lepas makan semua kami drop je jah kat airport sebab anak buah dia kan sekolah esok (hari ni) So, tak sempat la aku nak melambai2 jah dari bawah. hahaha. Aku macam biasa, kata dah jadi famili kan. So aku tido lagi malam tadi kat rumah jah walaupun jah dah takde sebab aku balik kemaman tumpang kawan aku terus g kerja dari K.trg tu. Niat asal nak gerak pukul 7. Tapi hampeh je. Pukul berapa ntah kawan aku sampai. Dan sempat lagi makan2 teman dia dating. hahaha. Jarak Ktrg-Kemaman dah la makan masa 2jam. Tapi sempat lagi rilek2 kan. Dan kami sampai opis pukul 11 pagi. Gila kan. :P

P/s: flight KL-Sabah Jah pukul 6.35 ptg nanti. Babai Jah.




Sekian cerita cuti sekolah aku.

March 21, 2011

Cerita wiken saya

Selamat pengantin baru kepada kawan2 ku yg mendirikan masjid time cuti sekolah lepas.. Memang musim orang mengawan kan time cuti sekolah ni. So adalah menjadi perkara yang tidak dapat dielakkan sekiranya berlaku pertembungan tarikh kenduri. Aku ada 2 jemputan hari sabtu lepas. Satu kawan sekolah rendah, kat Chukai je. Satu lagi kawan sekolah menengah kat Kuala Terengganu. Wajiblah aku pergi ke kenduri kawan sekolah menengah, sebab kebarangkalian untuk jumpa kawan2 lain adalah sangat besar. Lagipun kawan2 sekolah menengah sangat cool. So berlaku kekecohan yang amat bila terjadi pertemuan sesama sendiri, especially gathering time kenduri kawan.

Kepada Tuan Saiful Nizam dan isteri, aku ucapkan selamat pengantin baru. Semoga bahagia sampai anak cucu. Sorry aku tak dapat hadir ke majlis kamu sebab memang aku dah rancang nak ke kenduri KT. Sorry sangat k.

Buat Mohd Faizol @ Pejo dan isteri, selamat pengantin baru jugak. Semoga dapat anak cepat2. Heee...Dah kawen dah kamu ye Pejo. Tinggal sape lagi kawan yang bujang. Eh..Syamel sorang je lagi yang membujang. Hahaha. Syamel, cepat sket. Kang geng pakat bawak anak time next gathering. Eh, aku pon sama. En.tunang, sila cepat sket ye. Hahaha. Gatai!


Kata pergi kenduri kawen, tapi aku satu pun tak amek gamba dengan pengantin. Huk aloh. Macam mana boleh lupa. Ke saje je wat lupa. Haa.. Busy sangat bercakap. Sampai aku tak makan pun. Minum air sirap je segelas. Tu pun tak abes sebab ada orang langgar aku punya gelas tu, abes air tumpah. Nasib tak kena baju. Dah la orang tu main blah je tanpa cakap sorry. Rude kan?
Bila dah lama tak jumpa, time sorang datang je, aku macam "ehh...ni bukan ke si nama tu.." lepas tu sorang lagi datang aku macam " yang tu bukan ke nama tu..wah nape nampak lain sangat dia"..dalam hati..gemoknye.. Phew..!!

Mostly yang aku nampak pelik2 sket kawan2 lelaki la. Bila dah lame tak jumpa, ofcoz la mata aku akan mengesan kekembangan mereka kan. Hahaha.. Eh, macam la aku ni tak lain kan. Sampaikan
time aku nak balik, sedang berjalan ke kereta, ada kereta tahan, pastu turunkan cermin..Eh, terkejut aku orang main2 tahan ni. Haha. Rupanya member aku dengan isteri dia baru sampai. Dia duk cakap aku nampak lain sekarang. Haha. So sama jela. Aku duk kata orang nampak lain. Orang lain pulak duk tegur aku nampak luar biasa. Hahaha. Luar biasa tu lain la. Tak biasa macam zaman sekolah yang selekeh tu kan. Huhuhu

Aku bawak en.tunang pergi kenduri. Dah alang2 en.tunang datang sini kan. Ni adalah 1st time aku bawak en.tunang jumpa kawan2 aku. Sebelum ni ada yang tak tau aku dah ada tunang. Heee. Bajet market tinggi la kan nak sorok2 tunang. Hello..aku bukan sorok en.tunang tau. Tapi celah mananya aku nak tayang en.tunang kat kawan2 kan kalo en.tunang pun duk jauh dengan aku. Haruslah aku berlakon single setiap kali g kenduri. Hahaha. Eh, kita gurau je tau sayang.. :P
Bila dah bawak en.tunang jumpa kawan2, mak rasa bangga nyah. Sebab dapat kenalkan dia as my fiancee. Hee..Bukan pakwe makwe lagi.

Layan gambar-bukan-pengantin sket ye.




Ni bestfren aku dari zaman sekolah, Jah. Dia cikgu mengajar kat Pulau Bum Bum, Sabah. Dia dah jadi macam family aku dah. Selalu je aku menyibuk kat umah dia. Mak, kakak, adik dan anak2 buah dia dah macam jadi aku punya family dah. Abang dia tak la. Segan dowh..Hehe..Asal cuti sekolah je mesti ada je muka aku kat umah Jah. Tapi kali ni aku tak dapat la nak tido umah dia. Sebab en.tunang kan ada sekali. Lain la dah jadi laki aku. Memang wajib la aku paksa en.asben tido umah Jah gak. Kata sayang bini kan. Hahaha.

Sebelum pergi kenduri, kami transit umah Jah dulu sebab aku dah request homemade soto dengan Jah. Perghhh.. Sedap sangat sampaikan aku makan tanpa segan silu. Ala..dah biasa la makan tanpa segan silu kat umah Jah ni. :P

Lepas dah makan kenyang2 umah Jah, kami bertiga pergi melawat kawan yang baru je bersalin. Baby boy. He' so cute. Putih gebu. Geram aku. Tetiba feel nak anak gak. Huuu

Dan destinasi seterusnya kami singgah umah genga aku gak. Kebetulan dia tak balik Shah Alam lagi. Ala..cikgu. Kang cakap aku tak ingat dia pulak dah alang2 aku lalu umah dia. Kang sentap kawan2 lak. Susah aku. Hee..Lame kot tak jumpa dia. Last aku jumpa dia time baru2 kenal en.tunang. Lame tu. Hahaha. Sampaikan kawan aku ni duk tanya " yang ni la yang mu cite ari tu eh..??" Hahaha..siot je..Nasib aku cite kat dia orang yang sama jadi tunang aku. Kalo tak kan dah kantoi free. Hahahaha. Lepas tu kami bergerak menuju ke rumah pengantin. Phew!! dah macam berhari raya lak aku rasa sebab banyak sangat singgah melawat rumah kawan2.


Kami.. :D
Ada kawan aku cakap muka kami sama. Betul ke..??



Tengok la kami. Macam dah dapat anak sorang kan. Semangat en.tunang dukung anak kawan aku. Bapak dia dah pergi melantak dah. Tinggal mak dia yang baju purple tu. Dua2 pun kawan aku. Mak dan bapak budak kecik tu. Tapi kelas lain2.


Mamarazi amek gambar. Tak sempat nak posing okeh. Hahaha. Lepas kenduri aku terus tukar baju. Sebab nak g makan sotong kat tepi pantai. Tak kan aku nak berbaju kurung sampai malam kan. Takde feel la jadi ayu sampai malam. Kami makan kat Pantai Mengabang Telipot. Sedap giler. En.tunang yang mengidam sotong celup tepung. Memang aku bagi dia makan kaw2. Kata sayang kan. haruslah bagi makan sampai kenyang. Hehehehe.



Gambar sebelum makan. Eh, kaver sket perut tu tau. Muahahaha.. Takpe.. Perut kan lambang kekayaan kan..kan..kan..I love u... :P


Mengarut je Jah amek gambar. Ada ke dia duk letak kamera depan2 muka kami. Hahaha. Sengal okeh..



Kaver perut u..!!


Bestfren forever.

By the way, aku nak btau yang hari sabtu lepas tekak aku rasa sakit sebab banyak duk gelak. Huh. Ni baru jumpa beberapa kerat. Kalo jumpa semua, wajib takde suara dah. pakat duk main isyarat2 je. Gelak pon tanpa suara. Hahahaha.
Sekian.



February 16, 2011

Cerita semalam

Semalam cuti Maulidur Rasul. So hari cuti. Ingat nak g berarak. Ceh, boleh caye ke?? Hahaha. Pagi2 pukul 10 aku g tempah baju sanding dan nikah. Risau je. Sebab takut tak muat nanti. Tak muat sebab badan dah mengembang. Hopefully tak kot.

Lepas tu aku dan kawan sekerja dan 2-org-student-menyelit-gak keluar g main bowling. Lama siot tak main. Memang kalah besar la aku. Hahaha. Dah lawan dengan lelaki kan. Kami main 2 game. 2-2 game pon aku loser. Hahaha. Sakit tangan weh. Dan lagi sakit hati sebab asyik masuk longkang je. Hampeh betul kan.


Aku yang serba hijau sampai bola pon kaler hijau.



Tengok aku last. Haha. Tapi ni gamba untuk 2nd game. 1st game aku lupa nak amek. Sebenarnya saje buat2 lupa sebab sakit hati tengok dorang punya mata semua melampau2 banyak. Keji kan dorang. Saje je biarkan aku malu sorang2. Haha. Disebabkan main 2 game, so game yang kedua ni semua pun cam dah tak larat. Emm..Semangat tu cam dah berkurangan la. Aku main sampai sakit siot tangan aku pagi ni. Terasa tegang je urat kat lengan. Hahaha. Bersungguh giler main sampai sakit2. Nampak sangat tak pro.

Tetiba aku cam dah malas nak cerita pasal bowling ni. Semangat nak cerita dah terbang ke mana ntah.

Eh, bengang la tetiba. Ok lah. Bye.

January 9, 2011

~semalam aku g tengok air banjir~



Banjir!!!

Ye..jalan utama nak ke umah nenek aku,dah naik air hari jumaat lepas..
Air Sungai Pinang dah melintas jalan..
Tapi sayang nye..hari sabtu baru reporter tak bertauliah ni pergi tengok kawasan tersebut..
Time aku g lawat kawasan kejadian, air dah makin surut..
tak best..tak best..
Kalo la aku g hari jumaat, mesti lagi nampak cam lautan sungai nih..


Air dah surut..tapi kereta still xleh lalu lg..tapi ramai giler bdk2 motor redah air banjir..sekali motor xleh hidup padan muka..


Aku amek gamba ni dari jambatan yang xsiap2..sepatutnya kalo jambatan ni siap, walaupun banjir besar mana pun,kira xde masalah la..tapi entah kenapa smpai sekarang jambatan ni terbengkalai..kontraktor dah mati kot..ataupun mati modal..



Seronok betul bdk2 kat tepi tu mandi manda..siap main selam2 kepala lg..hehe..aku rase semacam je..tak kotor ke eh..??

Yeahh..lori besar gabak jer yang berjaya lalu cni..tp ada gak hilux yg lalu..pajero pon berani je lalu..


Biasanya, kalo dah musim banjir ni..kalo nak g umah nenek aku,kena pusing lalu kut jalan belakang..jauh sket la..

Ermm..teringat lak zaman kanak2 dulu..
Kalo dah main air banjir, selagi tak lenjun, tak kecut sume jari2 tangan dan kaki, toksah mimpi la aku nak balik umah..hehe..
Aku ingat lagi..waktu darjah 2 kot..
Pernah aku dan adik2 aku main air kat satu jalan ni, kat kampung..
Aku jalan2 la atas rumput, tempat air kat tepi2 tu..cetek je pun airnye..
Tetiba aku rasa kat kaki aku cam ada sumthing jer..
Terus tgk kat kaki cepat2..
Berderau darah aku..

LINTAH!!!

EEiiiiiii.....takut giler time tuh..dah la besar, lintah ni bukan lintah bulan..ni betul2 punya lintah besar..huhuhu..
Kebetulan lak kaki aku ada luka sket, tu yg dia singgah cari makan kat kaki aku tu...

Punye la takut smpai aku tak tau nak wat ape..
Tengok2 kiri kanan, fuhhh...ada nampak abg sorg ni naik motor nak lalu kawasan ctu..
Terus tahan dia laju2..abg tu pon dgn muka terkejut berhentikan motor dia..

"Abang..tolong saya..ada lintah kat kaki.."

hahahaha..xleh blah langsung aku terus merayu2 kat dia..dia pun amek ranting,usik2 lintah tu..dan akhirnya berjaya tanggal..darah banyak kuar.. :(


Pastu dah serik dah main air kat atas2 rumput..hahaha..

Kenapa zaman dulu2, time banjir je best..??
Sekarang banjir pon malu2 jer..