Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

September 19, 2012

Emmm....



Rindu bobot ite.....


April 7, 2012

Angin pantai

Amek mood berdating tepi pantai....

Dah lama tak berdua duaan...haha..


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 23, 2012

Hati manyak gumbila...



Meniti waktu mau ketemu sama my bambam bobot....


February 15, 2012

Teringin nak.....

Candle light dinner dengan en.asben...tapi bila la ye dapat cari masa yang sesuai...



Muka laki bini yang suka sangat berjalan...heee

February 3, 2012

Janji saya pada awak



En.asben....this is for u...
I heart u so much..

December 14, 2011

Terima kasih sayang

Bila dapat suami yang dapat buat kerja umah seperti basuh baju..sidai baju...lipat baju...saya rasa bertuah sangat....

Terima kasih sayang....

I love u so much...


Published with Blogger-droid v2.0.2

June 13, 2011

Our Day =)








We have changed over the years, but the sparkle in your eyes is as bright as ever, and my love for you is even stronger.

Happy Anniversary, Love...

May 11, 2011

Luahan hati en.tunang

Pagi tadi dalam bilik kursus, sempat lagi aku online facebook kat handfon kejap.
Log in je terus tengok dapat 1 message dalam inbox.
Yeay..message dari en.tunang.
Tapi bila baca, sayu gila hati aku. Rasa macam bergenang la pulak. Tapi kaver la dalam kursus la oii.., kang Umi cakap aku kenapa pulak kan..
Mana aku tak terharu dan touching kan dah bila en.tunang meluahkan perasaan apa yang dia rasa sejak 2 3 menjak ni kat aku..


"saya sangat rindukan kamu...walaupun kamu asyik tertidur saje sejak 2 3 menjak nie..saya tak kesah pun..kerana saya tetap sayang kan kamu....walaupun saya asyik cakap sorang2 jer...saya tetap sayangkan kamu...walaupun saya sering dipersalahkan dan saya tak mengerti pun apa kesalahan saya..saya tetap sayangkan kamu..walaupun kamu selalu jer nak sentap sentap dengan saya...saya tetap sayangkan kamu..biar apa pun yang kamu fikirkan tentang keburukan saya...saya cuma ingin kamu tahu yang saya....sangat sangat sangat dan sangat menyintai kamu dan menyanyangi kamu...walaupun kamu asyik cakap perut kamu dah buncit..saya tetap sayang kamu dan yang harus kamu tahu....saya menyintaimu kamu dan menyayangi kamu seadanya kamu.."


En.tunang, kte mintak maaf sangat2 sebab banyak abaikan awk lately. ;(
Dan kte nak mintak maaf sebab selalu je buat perangai macam perempuan meroyan kan. Sorry sangat. Kte bukan sengaja. Tapi sebab kte rasa macam nak perhatian dari awk. Lagipun kte kan jauh jaraknya. Kalau awk ada depan mata, kte takde la pulak buat penyakit macam ni kan. Hee..
Kte nak awk tau awk TETAP UTAMA bagi kte.
Kte sayang awk.


April 20, 2011

Need You Now

En.tunang, kita nak awk dengar lagu ni..




Mood tengah jiwang lagi sebab baru lepas jumpa buah hati.
Bila kita dapat jumpa lagi.. :(

You've made my day

Thank you sayang...

Love u so much..

April 16, 2011

Mula mula sentap pastu gumbira sebab dapat tengok wayang

Tajuk macam harem je. hahaha

Sejak dua menjak ni, selalu je cepat sentap dengan en.tunang. Mencik la. Dia pulak buat tak reti je. Lagi la mencik.. T__T


Macam semalam. Aku pelik je kenapa la dia ni senyap sangat dengan aku. Aiii.. Dah tak reti nak call atau mesej aku dah ke kan.. Bila aku call, dia tengah busy. Ok fine. Cakap2 sket. Lepas tu siap pesan kat aku jangan kacau dia malam ni sebab dia nak tengok wayang. SENTAP GILA!!!


Fine, tak nak bagi aku kacau takpe la. Memang semalam aku tak mesej pun, tak kacau pun dia. As his wish la kan. Dah la rindu. T__T.


Pagi2 tadi pukul 8 lebih aku dapat call, en.tunang suruh bangun tido dan siap2 nak keluar. Mengigau ke hape ni en.tunang. Dah la aku tengah sedap tido, dia nak main gurau kasar pulak. Agak2 la kan.
Tak suka betul la. En.tunang suka je nak tipu aku kan. Huhuhu. Tetapi sekali betul la. Dia dah ada kat Kuantan dan ajak aku keluar. Patut la dia cakap jangan kacau dia semalam, rupanya dia naik bas ke Kuantan. Hampeh betul. Hahahaha. Jahat gila. Dia bagitau tadi kalau la aku call dia semalam, dah tentu la dia tak leh nak bohong kat mana dia waktu tu. Dan terus la tak jadi surprise. Memang wakena beb. Penat je aku sentap sorang2 semalam tau. :P Ni yang menjadi jadi sayang kat en.tunang ni. Heeee.

Dengan pantas la aku bangun dan bersiap. Pulak tu memang dah janji dengan mak aku nak g rumah tokwan aku kat Balok. En.tunang pulak stay kat rumah kawan dia dekat2 Balok gak. So, dekat je la nak amek dia kan. Lepas aku hantar mak aku kat rumah tokwan, dengan pantas aku tiba ke rumah member en.tunang. Padan muka kena tinggal sorang2. Sebab member dia kena g miting kat Kemaman. Hahahaha.

Misi kami hari ni g East Coast Mall, tengok wayang saja. Lama gila kot aku tak tengok wayang. Semalam keluar dengan Umi ingat nak tengok wayang, tapi cerita tak best. Lepas gian nak layan muvee. Amek kau. Sekali buat back-to-back. Hee


Source Code. Cerita aksi thriller sains fiksyen. Suka hero dia, Jake Gyllenhaal
:)


Lepas tu terus sambung cerita Rio. Suka sangat. Cute je hero, Blu. Cerita pasal Blu, burung jenis ape ntah yang tak reti nak terbang. Dia perasan dia ni manusia kot. Hahaha. Colorful gila cerita ni. Dan aku suka lagu2 dalam cerita ni. buat aku rasa nak melancong ke Rio daJaniero. Berangan betul kan. Hahaha


The sexy Jewel.


Lepas tu harus la pulang awal. Mak aku dah puas dah tunggu kat rumah tokwan tu. Haa..tak boleh la nak balik lambat2 ok. Niat nak mencapab gambar aku petang tadi, tapi hampa. Mintak en.tunang send gambar dalam hp dia, tapi kenapa la setiap kali en.tunang send gambar, aku tak dapat nak view. Apakah ini petanda yang aku kena tukar smart phone ni..?? Emmm..

Eh, en.tunang baru balik umrah eh? :P



Jom dating lagi nak. :P


April 13, 2011

Weekend husband and wife.

bagi sape2 yang dah kawen, memang la sangat tak best kan tak dapat duduk sama2.
Aku pun akan mengalami nasib yang sama.
Nak tak nak kena redha, disebabkan tuntutan kerja masing2. T__T

Kat sini aku nak share tips dari Encik Khairul dari Artikel Perkahwinan.
Semoga dapat menjadi panduan kami bila bergelar suami isteri kelak.

Tips 1:
Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari2. Ya, anda diwajibkan menghubungi pasangan anda hari. ~ Memang pun. Dari dulu pun kami dah praktik kan ini. ^^

Tips 2:
Gunakan Facebook, YM atau Gtalk sebaik mungkin. Anda boleg chatting dengan pasangan anda di siang hari di pejabat ~ Yang ni dah jarang2 dah sekarang. En.tunang dah tak nak chat dengan aku skrg. matila aku cakap macam ni. hahaha

Tips 3:
Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. ~ Yang ni belum boleh lagi :P

Tips 4:
Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang! ~ Penting ni.

Tips 5:
Kerapkanlah anda berdua saling ber-sms. ~ Hoh. Yang ni pun en.tunang dah jarang buat. Tapi selalu je call..hehehe

Tips 6:
Anda boleh sekali sekala melakukan video chat atau video conferencing. apa susah, Skype kan ada. ~ Betul. Masa aku study kat upm dulu selalu sangat bervideo chat. Heee..Tapi sekarang, *geleng geleng kepala*

Tips 7:
Terakhir sekali adalah, saling percaya pada pasangan. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa pada Allah supaya menguatkan lagi perasaan percaya pada pasangan. ~ yang ni aku suka. En.tunang, kita nak awak tau yang kita percaya kat awak. ^^


Apa-apa pun, ini adalah tips sahaja, hanya boleh jadi panduan pada mana mana yang mengalami dan akan mengalami nasib PJJ ni ( aku la jugak tu). Dan lain orang lain caranya. Bukan semua orang pun kena buat macam ni untuk memastikan kebahagiaan perkahwinan mereka tau. Dan aku rasa bertuah sebab dapat lelaki macam en.tunang. Kalau aku mesej je, terus dia call. Mesej tu leceh je katanya. hee..Mak suka sangat2. :P



April 12, 2011

Kerisauan

Lagi berita pasal air crash yang aku dengar. Buat hati aku tak tenteram. :(

Kalau boleh aku tak nak dengar berita2 yang macam tu. Sebab bila dengar je berita yang pasal air crash ni, buat aku asyik la teringat kat en.tunang.

Aku paling la risau kalau hari dia fly. Dan selalu je aku pesan benda yang sama bila setiap kali dia fly. Biar la dia nak jemu apa yang aku pesan, janji dia dengar gak.

Dia kadang takde pun nak mesej aku bila dah selamat landing ke, dah selamat pulang rumah ke. Suka je aku nak sentap. Yela, aku just nak tau je keadaan dia ok. Sentap tau. :(

En.tunang, kita selalu doa awk selamat naik dan turun, dan dijauhkan dari sebarang kecelakaan.
Amin.


March 9, 2011

.............


Rindu.. :(

Rindu sangat..

Rindu nak tengok senyuman itu..

Rindu nak lihat wajah kesayangan..







Rindu.. :(

Awak, kita rindu awak... :(


February 22, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Aku nak kongsi satu artikel yang di tulis oleh Hj. Abdul Samad..Aku jumpa kat facebook. Lepas baca ni semalam, terus aku terpikir…Emm…Ooooo…


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

P/s: En.tunang, awk rasa berapa perkara dengan kita? :P

February 14, 2011

Takde kerja

Tadi tengah hari tak boleh blah betul la aku msg2 dgn En.tunang dalam bahasa kelantan. Sumpah aku gelak dulu sebelum taip..hahaha..


En.Tunang: Abe saye demo..jange lupo g make..
Tunang dia: Aye pon saye abe jugok..ok lah abe weh..aye nok g make ni..
En. Tunang: Make sapa buncit deh..
Tunang dia: Ai ai capt abe..hahahaha..


Mongok kan kami.. :P

Aku tak paham nape la tunang aku sengal cam gini..Eh lupa..aku pon sengal dowh...hahaha..
Abe..I LOVE U Abe..

February 6, 2011

Sayang...TQ


Awk...
TQ sebab ada bila kte memerlukan..
TQ sebab ada di sisi (tipu..ada di sisi hp) bila kte down..
TQ sebab selalu cuba pujuk kte bila kte down, walaupun kadang2 buat kte makin sebak..
TQ sebab dengar luahan hati kte..
TQ sebab selalu tenangkan hati kte..
TQ sebab selalu jadi pendengar yang setia..
TQ sebab selalu jadi reminder kte..
TQ sebab buat hari2 kte jadi ceria bila cakap dengan awk..
TQ sebab jadi penghibur kte..
TQ sebab jadi tunang kte..

Orang lain xdapat ganti tugas2 awk pada kte..
Sebab tu awk sorg je yang layak jadi tunang kte..
TQ sayang..


January 20, 2011

~No title~

Best kan kalau dapat jumpa.





Aku rindu.. :(


January 5, 2011

Pinky Day


Here are some photos of my engagement day taken by si kecik molek on 25th Dec 2010.

Thanks a lot Fizah..
Enjoy the photos guys...


















The internet connection at my workplace is very sucks..and my broadband as well..
So, they are not allowing me to upload more photos.. =__=

I don't know what happen to my broadband these days..
Maybe i should talk to CELCOM lady/gentleman tonight..hehe..


P/S: To my dear fiancée, even though i'm talking to CELCOM gentleman tonight, don't worry, i still and always love you.. :P

December 28, 2010

di hari itu






:)


bakal mak & abah


ma & abah


malu i..hehe


peace!!


charlie's angles




with along han, my cousin


with my adik





pose ala2 bajet hot..haha


i like.. :)


aku dah jadi tunang Mohamad Hissham.. :)