Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Kerenah. Show all posts
Showing posts with label Kerenah. Show all posts

February 6, 2013

Sibuk atau malas nak layan?

Assalamualaikum.

Hari ni aku xde klas setelah 3 hari berturut aku ada klas pagi sampai petang.. Dan disebabkan aku banyak masa terluang, maka aku banyak pegang henset.. Maka bila dah pegang henset, tangan asyik la nak mesej en.asben.. Cuba time hari ahad, isnin, selasa...nak mesej en.asben pun dah rasa macam eh, dah nak balik keje eh... Haa..gitu la diumpamakan kesibukkan aku pada hari tersebut..

Bila dah banyak masa free, sikit sikit nak tanya itu, jap jap nak tanya ini kat en.asben..padahal boleh je nak tanya karang2, tapi dasar perempuan yang tak tau nak kacau siapa, makanya laki dia la yang jadi mangsa.

Tapi kan, sakit pulak hati aku bila mesej dengan en.asben. Sabar hati..sabar hati..korang tengok ye apa yang aku tanya, apa yang en.asben balas. Mana la aku tak sakit hati... :(


  


  





Yang aku ni beria je tulis panjang panjang tau. Tapi en.asben boleh balas ok, okes, yup, sepatah sepatah je. Aku tulis berpatah patah kata.. hahaha.. aku dah tanya pulak tu dia sibuk ke tak masa tu, tapi jawab tak sibuk. Sangat la sesuatu bila waktu tak sibuk balas mesej aku camtu kan..??Sakit hati bila aku cakap boring la mesej dengan orang yang asyik balas 0k ok je kan, tetiba en.asben terus reply baik! huyyyaaaiiii....sabor je la aku... hahahahaha..

Aku syak en.asben sebenarnya sibuk, tapi malas nak bagitau hal sebenar. Ataupun dia memang tak sibuk tapi malas nak layan bini dia yang songeh macam2 ni..hahaha.. Yang mana satu ni aku nak pilih..emmmm...


Nota kaki: walaupun en.asben selalu je wat aku sakit hati, eh memang hobi dia tau sakitkan hati aku, selalu wat aku marah sorang2, bagi dia itu adalah hiburan sampingan # ayat orang tak puas hati selalu kena buli#, walaupun dia selalu je buat aku macam tu, aku tatappppp sayang en.asben ketat2..sampai lemas ok..muahh.

 Muka orang yang merindui suaminya. Sekian.



June 26, 2012

Apa pun tak boleh

Hari aku tertinggal hp... Hermm..
Tersedar bila dah halfway perjalanan g kerja..
Gila ah kalo nak patah balik semata mata nak amek hp..
Aku dah la kuar umah lambat tadi..
Tapi bila aku tertinggal hp tu, mesti ada je orang cari..haha.. nasib la kan cakap aku sombong ke..aku pekak ke sampai tak boleh nak jawab hp.. hahaha
Rasa tenang pun ada. :P
Tapi rasa gelisah jugak sebab tak dapat nak dengar suara en.asben arini.. huhuhu.. #setakat pukul 3.47 ni la.. :P


Lain kali boleh la lupa lagi kot. Ada reason sikit kalo bos2 tepon cari aku. Muahahaha

May 22, 2012

All of a sudden

Pernah tak jadi kat korang:

"Tengah2 tengok gambar, tiba2 datang perasaan rindu secara membuak2..rasa macam penuh je dada..bukan penuh dengan susu, tapi penuh dengan perasaan rindu. Lepas tu terus kol orang tu semata2 nak btau rindu.."

Aku dah banyak kali jadi macam ni. Latest, baru je jadi tadi. Terus tetiba kol en.asben. Semata2 nak cakap rindu, lepas tu ok bai. Sorry sayang for bothering you  while you are working just now. tehee

Baru2 ni aku teringat kat anak buah si kecik mulut potpet galak menari cirah. Rasa macam rindunye. TYerus kol along aku, tapi bukan nak cakap dengan along. "Bagi hp kat cirah jap" takde salam terus nak mengarah. hahaha. Walaupun budak kecik tu tak boleh cakap sepenuhnya, tapi bila dengar suara dia pot pet pot pet dalam bahasa german, gerubat rindu ni. Can't wait to see her soon.


Darn, i miss my bobot so much T__T





May 16, 2012

Mesej yang tak berbalas

" Abg..td kat jalan ibok..sedih je ada anak monyet mati tepi jalan..berdarah2..pastu ada monyet lain 2 ekor tgu dia..pegang2 dia..padahal dh mati dh..sedih :( "

Mesej aku pada en.asben pagi semalam lebih kurang pukul 9pagi.. tapi hampa betul..kecewa..dia tak balas pon mesej aku tengah sedih sebab anak monyet mati tepi jalan..dia diam je..aku pon boleh lupa yg aku tengah sedih berkabung pasal anak monyet tu..dah malam baru aku teringat en.asben tak balas mesej pagi tadi..sakit hati! sakit hati! hahaha..aku sibuk berkursus sampai lupa en.asben tak balas mesej..

kenapa eh lelaki dah tak suka mesej2 bila dah kawen...? :( *dia lagi prefer kol :P*


April 15, 2011

Si buah hati

Disebabkan aku ada sorang je anak buah for the time being, si kecik ni saje la buah hati dalam famili kami. Semua pun nak rindu dia. Time aku balik dari Bandung tu, aku melepak sehari di rumah kakak aku. Tetiba terasa nak bawak si Cirah ni balik kampung. Lagipun kakak aku memang nak balik kampung jugak ari jumaat tu. So, alang2 dah dia nak balik, apa la salahnya ekport anak dia dulu kan.

So, hari selasa tu, aku balik bertiga dengan mak aku dan si kecik Cirah. Nasib baik dia xde banyak peel. Masuk kereta, dia tidur. Sampai kat Petronas Taman Melati, aku dah buat susu siap2 takut gak kang masuk tol gombak dia melalak nak susu kang. Nasib baik dia rilek je. Boleh pulak nak duduk kat seat aku, sebab nak pegang stereng. Ish..budak kecik ni memang gila stereng. Suka bebenor kalau dapat pulas2 stereng. Masuk LPT, baru aku berani layan dia nak pulas2 stereng, tapi kejap jela. Kang tak pasal kena saman dek abg polis lak. Huhuhu.

Bila dah ada Cirah kat rumah, secara otometik aku rasa nak sampai rumah awal je bila balik kerja. Tak sabar nak tengok dia. Baru la aku rasa macam mana perasaan ibu bekerja. Lepas kerja nak balik rumah terus, bawak anak ke taman. Sama la aku. Hehe. Siap bawak Cirah g taman permainan. Suka dan bertambah galak dia.

Suka sangat dapat main gelongsor.

Pagi2 time nak g kerja pun macam berat je hati. Kalau boleh rasa cam nak bawak dia g kerja, tapi melampau benor kot. Hahaha. Orang lain ada anak rilek je, aku yang baru anak buah ni yang lebih2..hahaha.


Muka Cirah baru bangun tido. Dukung2 dia jap sebelum g kerja. :)


Olololo..sweetnye mata-bengkak-rambut-kembang.

Betapanya dia lupa kot kat mummy dia, sampaikan mummy dia sampai rumah hari jumaat tu, dia boleh buat derk je. Muka rilek je takde pon nak terkinja2 kat mummy dia. Hahahaha. Ni baru kejap duk dgn makngah. Kalau lama2 mau adik takmo balik kl kan..kan..kan..hahaha

Cirah jadi model tudung makngah. Ni hasil kerja Tokma dia. Hehehe


Muka terpaksa.


Pose ala2 America Next Top Model


Pasrah je.


No paparazi plis.


Makngah loves Cirah. Muahh.



P/s: Makngah pun loves Pakngah. Muahh



March 27, 2011

Anak dara kakak aku


Nur Insyirah Balqis


Anak buah aku ni dah besar dah. Lama jugak tak tengok dia secara live. Asyik mak dia mms je gambar terbaru. Dan asyik mak dia update perkembangan terbaru dia melalu handphone je. Macam tu la rupanya kalo baru ada sorang je anak buah@cucu dalam family. Cuba dah ramai, memang takde nye orang nak tatang macam minyak yang penuh melimpah ruah kan. Menagih kasih ada lah. Heee..

Kejap je rasanya dia ni dah besar. Tak sabar nak jumpa dia. Kakak aku nak balik kampung 8hb April nanti. Mesti Cirah tak ingat kat aku dah kan.

Tadi mak dia mms gamba kasut dia. Cute bangat. Nampak kaki debab, tangan tambun dia. Huh. Kaki dah la besar, ikut mak dia. memang macam sampan la kaki adik lepas besar nanti. Hahahaha. Tak cute okeh. Mak dia kan pakai kasut saiz 9. Bapak besar tu. Kenapa adik tak ikut kaki makngah. Kompem kiut, saiz 5@6. Heee..

Cute kan. Geram aku.

Besar tak kaki saya?

Jari Cirah yang gomok.

Kena paksa tayang kasut. Muahahaha

Hari tu budak kecik ni demam. Teruk jugak. Asyik la sakit je. Tu la. Adik minum susu lembu. Kalo adik minum susu cap gantung, mesti susah dapat sakit kan..kan.. Makngah cakap ikut pengalaman Makngah masa kecik2 dulu tau. :P

Kakak aku cerita, sekarang dia dah pandai dah mengamuk. Lepas tu dah boleh cakap "nak" dan "cak". Aishhh.. Ni yang buat aku lagi tak sabar nak jumpa budak kecik ni. Siap la dia aku lempang2. Hahahaha.


Besarnya butterfly atas kepala Cirah. Butterfly tu Mak Iti Pap Pap yang bagi. Mak Iti tu adik perempuan aku, Acik. Kesian Cirah. Masa mak dia mms gamba ni, dia tak fully recover lagi dari demam. Tu yang muka semacam je bila nak amek gamba.

Merenung nasib ke tunggu daddy adik balik kerja?

Sibuk mummy nak amek gamba kan.

Demam2 pun galok lagi. Ish.

Aku macam pelik hari ni. Sejak pagi tadi asyik lah kakak aku ni call aku. Nak cerita pasal anak dara dia buat apa pagi tadi. Sat2 lagi call lagi sebab cerita tak abes. Aku pon pelik. Apahal dia ni asyik call je. Takde kerja nak buat ke.

Ooooo.. Hari ni hari ahad rupanya. Patot la dia tak kerja. Hahaha. Aku boleh ingat hari ni hari isnin. Yelah. Sebab aku kan kerja hari ni. Siot je kan leh lupa hari. sebenarnya tak sabar nak tunggu hari khamis :P


Incirah yang gojes.

Pandai posing sampai air liur meleleh. Hihihi


March 21, 2011

Morning


Lame nye tak update cerita kat sini..

Banyak sangat yang aku nak cerita..
Tapi punya la malas..
Nanti aku stori mori k..
Tunggu mood nak update datang eh..
Btw..aku sangat gumbira..
En.tunang datang kemaman wiken lepas.. :D


March 10, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman.

Hari ni aku punch in kat Padang Astaka je. Sebenarnya takde la punch in. Disebabkan hari ni ada sambutan maulidur rasul peringkat daerah, kami2 yang tak masuk berarak pun diwajibkan pergi sana. Attendance diambil kat sana. Menci. Jalan jem. Padahal jarak rumah aku dengan Padang Astaka tempat peserta berkumpul tu dekat giler. Tapi kereta punya simpang siur. Jalan banyak tutup. Aku parking jauh sket. Jalan2 cari nak sign attendance kat mana tak jumpa. Setelah pusing2 sorang2, jumpa rakan sekerja btau sign kat depan sana. Dah sign, merayau2 sorang2. Memang looser gile rasa. Tengok kanan, tengok kiri, takde lagi muka yang aku kenal. Aku called Khalil, opismate aku tanya dia kat mana. Tapi dia duduk lepak makan2 dengan geng2 lelaki. Tak kan aku nak join. Malu la i.

Rasa nak balik rumah terus. Tapi bila merayau2 tu, aku nampak pakcik makcik aku. Anak kecik dia join berarak. Pakcik aku pulak Pemuda UMNO. Aku join diorang jap. Bila dah rasa cam tak tau nak buat apa dah, aku pun blah. Umi hari ni dia cuti, g KL. Takde geng langsung aku. Aku called kawan fakulti lain, Azlin. Dia pulak ada paper hari ni, so ada excuse tak datang sini. Tension gila aku!

Rasa macam kenapa la aku join fakulti pembuatan ni. Takde kawan pompuan la. Benci gila tadi. Dalam aku duk jalan2 sorang2 tu aku ternampak muka yang familiar je. Ye. Aku Nampak cikgu sekolah rendah aku, Cikgu Johan. Aku tegur dia kenal lagi tak aku. Dia kenal tapi tak ingat nama. Ooo..Zuraifah.. ye cikgu. Saya nampak lain sebab pakai celak. Hehehe. Dulu masa kecik kan selekeh mekeh kan..kan..tapi rasa seronok la bila dapat borak dengan cikgu. Lama kot tak jumpa cikgu. Sempat lagi aku amek no hp cikgu. Senang nak jemput g majlis, kata cikgu la. Hehe..

Lepas aku mintak diri, aku kol sorang lagi kawan aku, Kak Mira. Nasib la dia belum gerak kemana2 lagi. Aku terus join dia g breakfast. Tak kuasa nak tunggu kat situ lama2. Tapi jalan memang sesak yang amat. Sebab tutup sana sini untuk laluan berarak. Smart siot uniform budak2 tati. Nampak hensem je semua. Hehehe. :P aku tak tau la siapa yang menang dan berjaya bolot rm3000.

Lepas dah puas meredah kesesakan jalan, kitorang pun bergerak pulang. Aku singgah amek passport aku sebelum balik tadi. I dah ada passport u!! Boleh pergi melancong lepas ni. Sayang, jom Krabi Island.. tapi tunggu dapat lesen besar dulu k.. :P


P/s: Ni aku melaporkan dari rumah. Nanti pukul 3 g opis pulak. leceh la nak kena punch out kan. Kalo tak, dah boleh bersenang lenang kat rumah.

February 13, 2011

Hantu Kak Limah dalam Klas??

Hahahahahah...
Aku nak gelak dulu. Tak boleh blah langsung!
Ni semua pengaruh cerita betul la student2 aku nih. Haru betul mengajar budak2 degree. Disebabkan faktor umur yang dah boleh jadi rakan sebaya, tapi ofcoz la aku lagi tua dari mereka2 semua. Aku anggap mereka2 cam ajar adik2 aku je bila masuk klas. Klas pagi tadi memang macam mencabar pemahaman mereka sikit la. So aku seboleh2 nya memang nak bagi dorang paham apa yang aku ajar hari ni sebab aku akan tanya dalam test next week.

So bila tengok dorang dah paham dah, aku bagi exercise suruh dorang buat dan selesaikan sendiri. Aku bagi masa dalam 5 minit macam tu, suruh dorang selesaikan. Agak2 dorang dah ok, aku tanya la boleh ke tak kan..Tetiba ada suara kat depan aku yang jawab:

" kita bakar je.."

Aku pandang budak tu, dia cakap lagi, " bakar je.." Aku dah tak boleh tahan.. Tanpa tahan2 lagi aku terus

"hahahahahahahahahahahahaha..."

Giler aku gelak yang hamat tadi dalam kelas. Mongok kan! Mane boleh nak tahan kalau dorang main buat lawak Usop dalam citer Hantu Kak Limah Blaik Umah..Nasib dia tak buat gaya tangan melintuk liuk si Usop tu..hahahaha..Malu je aku gelak tak hengat. Hahaha..
Pastu tadi bila dah last2 klas aku edar la borang kaji selidik prestasi mengajar kat student klas ni kan. Dorang tanya la nama penuh aku sebab nak isi nama lecturer yang mengajar. Elok je aku bgtau

"nama saya Siti zuraifah bt m....."

tak sempat nak btau abes nama penuh aku, terus budak2 kat belakang sampuk

"husin...husin..." dengan gaya suara si abi hurairah ngn usop nak takut2kan si husin..

mana aku tak sakit jiwa..??? hahahaha..Aku duk gelak lagi. Siot betul la dorang kan. Suka je nak main2 berlakon konon kat dalam Kg.Pisang tu..Sumpah aku tak boleh tahan dgn lawak dorang ni..hahahaha

Lepas ni aku kena pakai bedak-putih2-kat-muka-makeup-mata-kasi-lebam2 ke? Kata Hantu Kak Limah..hahahaha

Pantun 4 setengah kerat

Makan nasi dengan ulam,

pergi kelas awal2,

pensyarah yang baik,

lagi cute miut,

.

.

.

.

.

.

Terbaikkkk!!!!


Ko tengok la student aku siap bagi pantun bagai lagi.. Ni semua gara2 aku bagi borang kaji selidik suruh diorang isi. Cam borang penilaian mengajar la kan. Setiap akhir sem kena bagi. Tapi sem ni awal gila HEA suruh isi. Tak paham gak aku. Aku just mengikut arahan jela kan. Hehe. Ni yang aku dapat feedback dari student diploma. Kat bawah sekali borang tu ada ruang untuk sebarang komen untuk prestasi pengajar kan. Ada ke patut sorang student aku siap karang pantun tu. Tak tahan betul aku tengok. Nak je aku tau sape yang karang pantun ni, pastu aku nak ajar cara berpantun macam mana. Tak kena langsung. Hahaha. Ni kalau masuk pertandingan berpantun, kompem tersingkir pusingan pertama. Hahahha. Aku tau, diorang nak bodek la tu cakap aku baik la, cute miut la. Coii..hahaha. . Sebarang bodek membodek tidak akan dilayan ye.

Ada jugak yang komen:

" suka marah bila masuk kelas....bila keluar kelas, dah tak ingat dah marah apa..."

Yang ni memang aku tak paham ape yang dia komen. Hahaha. Keji tak? Dia bagitau aku suka marah2 dalam kelas ke atau dia nak bagitau yang aku ni cepat lupa apa yang aku nak cakap??? Hahahaha lagi. Macam2 la kamu ni semua ye. Nasib saya sabar tau dengan kerenah kamu2 semua. Tapi memang la aku ni kuat membebel kalau dalam kelas. Aku akan marah la kalau ada student tak buat apa yang aku suruh. Pastu bila aku tanya cakap tak paham. Dah ko tak buat, camno nak paham eh..Cuba kamu dengar apa yang saya cakap, buat apa yang saya suruh, KOMPEM saya SAYANG kamu2 semua. Hiks. Eh..En.tunang jangan jeles tau. Tak kan dgn student pun nak jeles kan..?? I love u sayang :P