Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

February 13, 2011

Pantun 4 setengah kerat

Makan nasi dengan ulam,

pergi kelas awal2,

pensyarah yang baik,

lagi cute miut,

.

.

.

.

.

.

Terbaikkkk!!!!


Ko tengok la student aku siap bagi pantun bagai lagi.. Ni semua gara2 aku bagi borang kaji selidik suruh diorang isi. Cam borang penilaian mengajar la kan. Setiap akhir sem kena bagi. Tapi sem ni awal gila HEA suruh isi. Tak paham gak aku. Aku just mengikut arahan jela kan. Hehe. Ni yang aku dapat feedback dari student diploma. Kat bawah sekali borang tu ada ruang untuk sebarang komen untuk prestasi pengajar kan. Ada ke patut sorang student aku siap karang pantun tu. Tak tahan betul aku tengok. Nak je aku tau sape yang karang pantun ni, pastu aku nak ajar cara berpantun macam mana. Tak kena langsung. Hahaha. Ni kalau masuk pertandingan berpantun, kompem tersingkir pusingan pertama. Hahahha. Aku tau, diorang nak bodek la tu cakap aku baik la, cute miut la. Coii..hahaha. . Sebarang bodek membodek tidak akan dilayan ye.

Ada jugak yang komen:

" suka marah bila masuk kelas....bila keluar kelas, dah tak ingat dah marah apa..."

Yang ni memang aku tak paham ape yang dia komen. Hahaha. Keji tak? Dia bagitau aku suka marah2 dalam kelas ke atau dia nak bagitau yang aku ni cepat lupa apa yang aku nak cakap??? Hahahaha lagi. Macam2 la kamu ni semua ye. Nasib saya sabar tau dengan kerenah kamu2 semua. Tapi memang la aku ni kuat membebel kalau dalam kelas. Aku akan marah la kalau ada student tak buat apa yang aku suruh. Pastu bila aku tanya cakap tak paham. Dah ko tak buat, camno nak paham eh..Cuba kamu dengar apa yang saya cakap, buat apa yang saya suruh, KOMPEM saya SAYANG kamu2 semua. Hiks. Eh..En.tunang jangan jeles tau. Tak kan dgn student pun nak jeles kan..?? I love u sayang :P



2 comments:

fiza_noor said...

btoi punya kagum aku kay pngarang pantun ni. sempoi ah :P

ctZue said...

hahaha..bab bodek,serah la kat dorang..