Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

February 18, 2011

Main masak masak

Percaya tak aku masak hari ni? Hehe. Mak aku kan masih berada di KL lagi, so boleh la aku tunjuk hebat masak depan adik lelaki aku. Haha. Mengong. Kalau ada mak aku, takde maknanya nak berlagak macam ni. Buat malu je. Sebab sekali chef komplen, terus sentap kang.

Menu hari ni adalah ayam masak black pepper dengan Brokkoli udang.

Eh, lupa nak inform, hari ni aku gigih betul masak setelah penat berjogging. Percaya lagi sekali tak? Hello..aku jogging okeh pagi tadi. Dah lama tak berpeluh macam pagi tadi. Rasa sihat je. Tapi aku rasa peluh2 aku pagi tadi macam sia2 je sebab lepas jogging je terus aku g breakfast kat pasar. Haha. Sebelum shopping, harus lah isi tank dulu kan. Hehe.

Lepas beli apa2 yang patut, balik umah terus bersemangat bersihkan ayam udang bagai. Takut kang bila dah rehat2 penat nanti terus malas nak masak. Thanks to my sis, along for the yummy recipe! Ayam masak black pepper sangat senang nak buat.

Setelah rehat2 jap after bersihkan ayam udang, turn aku pulak membersihkan diri sendiri. Pastu terus start masuk dapur dalam pukul 12.30 gitu. Sebelum adik aku g semayang jumaat, dia duk hairan dan pelik kakak dia masak hari ni. Haha. Kurang ajaq noo..I tak nak tunjuk skill je tau.

Ini lah hasilnya..

Black pepper chicken

Broccoli and cauliflower with prawn


Sedia untuk di makan


Tak sabar nak makan sebab lapar weh. Aku tak paham betul la perut ku yang comel ni. Pagi tadi dah breakfast pun still lapar2 gak macam tak makan pagi. Kejam kan perut aku..Adik aku balik dari masjid je terus kami mulakan sesi lunch. Haru aku dengar adik aku cakap sebelum makan:

“Lama tak tengok Angah masak kan..” T__T *aku sedar aku tak rajin sangat masuk dapur*

“Sedap..” *ayat bodek ke hape..*

“Macam chef..kalah ma..” *penipu*

hahaha..ayat last ni sah2 la aku tipu..sebab adik aku takde la sampai rabun kan sampai takleh beza masakan ala chef mak aku..

Bila masak untuk orang ni, buat aku rasa bersemangat lagi nak masak untuk seterusnya. Aku rasa macam nak masak la every weekend., tu pun kalau tak g merayap memana la kan. Ni yang terus rasa nak kawen sekarang. Nak masak untuk suami. Hehe.


P/s: En.tunang, awak wajib tau makan apa yang kita masak. Walaupun tak sedap. Nasib la awak ye. Kalau awak tak makan, kita sentap. Muahaha. aci tak main paksa2

2 comments:

Teacher Hafizah said...

bulat la sham nnt. hahaha

ctZue said...

pijah..aku masak tak sedap, kompem sham kuruih..haha