Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label pemergian. Show all posts
Showing posts with label pemergian. Show all posts

April 3, 2013

Pemergianmu ditangisi

 


Assalamualaikum.

Malam sabtu lepas aku dapat berita sedih mengenai seorang pelajar tahun akhir degree aku meninggal dunia akibat kemalangan. Sungguh tak percaya! Hinggakan aku asyik ternampak dan terbayang wajah arwah tatkala aku pejam mata. T___T

Disebabkan aku cuti hari ahad, maka aku pergi melawat emak arwah hari isnin. Better late than never. Sejak di ofis lagi aku dah mengalir air mata, inikan pula nak mengadap emak arwah, yang sudah tentu masih tidak dapat menerima hakikat yang anak sulongnya telah tiada. Hurmmm.. Nasib baik aku masih dapat menahan air mata dari tumpah di depan emak arwah walaupun air mata aku dah bergenang genang masa emah arwah bercerita dalam sebak dan menahan tangis. Sedih. Aku kehilangan kata kata. Arwah sememangya seorang pelajar yang baik samada di dalam kelas atau pun di kalangan rakan2 beliau.

Hari selasa, iaitu semalam, aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan perasaan yang berbaur. Ada sedih, ada sayu. Manakan aku tak terasa. Setiap kali kelas, memang aku tak pernah lupa untuk memanggil nama arwah. Samada sekadar untuk memastikan dia faham apa yang diajar, atau untuk memanggil beliau kehadapan untuk membuat penyelesaian kepada soalan.

Kelas terakhir hari selasa lepas, aku ada sebut nama beliau dan pergi melihat apa yang beliau buat, samada jalan kerja yang beliau buat tu adalah betul atau salah. Aku yang sememangnya suka bergurau dengannya.
Sebelum memulakan kelas semalam, aku jadi sebak tatkala meminta pelajar2 menyedekahkan Alfatihah kepada arwah. Entah kenapa suasana menjadi sangat sunyi. Aku sampaikan nanar nak mencari kata2 untuk memulakan kelas selepas itu. Sekiranya ada di antara pelajar yang perasan suara aku yang bergetar2 ketika itu, pasti aku tak dapat meneruskan kata2 lagi.

Muhamad Fadzlan bin Ramli, saya doakan agar kamu tenang di sana. Dan semoga kamu berada di kalangan orang2 yang solih. Allah lebih menyayangi mu.

Al-Fatihah






February 4, 2013

Salam takziah

Assalamualaikum.

Semalam aku dapat berita yang mengejutkan yang mana kawan skuad satu batch en.asben meninggal dunia.. T__T

Walaupun aku tak kenal arwah, tapi aku sangat sedih bila memikirkan nasib isteri dan anak arwah..isteri arwah muda lagi dan lagi muda dari aku..mereka baru sahaja dikurniakan anak pertama dan baru sahaja melangsungkan majlis cukur jambul anak mereka..

Aku punya tahap emosional, sehinggakan bercakap dengan en.asben pasal kematian arwah, aku pulak yang nangis esak esak sedangkan arwah tu kawan en.asben!!

Aku sedih sangat, macam terbayang2 depan mata, macam mana kalau aku yang berada di tempat isteri arwah?? Tak sanggup rasanya dan tak tau apa yang akan berlaku.. Nauzubillah hi minzalik..

Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh.. Dan semoga isteri arwah diberi kekuatan dan semangat untuk menghadapi ujian dariNya..


p/s: Abg... Jaga diri elok2 tau.. Bawak kereta elok2.. Jangan mesej, whatsaap, instagram, tweeter, facebook bila drive tau.. Ayg tak puas lagi hidup bersama abg.. Ayg nak kita besarkan anak2 kita sama2... 😢

March 7, 2011

Innalillahi wa inna ilaihiraji'un



Pagi tadi, dalam pukul 6.30 pagi aku dapat mesej dari seorang kawan.
Beliau bagitau yang emak kepada kawan kami sudah pulang ke rahmatullah subuh tadi.

Sayu je rasa. Aku sedih bila bayangkan aku berada di tempat dia.
Semoga roh mak Mira ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.


Al-fatihah.


February 21, 2011

Luka lama berdarah kembali

Semalam hati aku kembali terguris. Aku terjumpa dengan dia. Dulu aku pernah curah kasih sayang kepada dia. Tapi atas sebab yang tertentu, aku terpaksa melupakan dia. Mak aku bagi kata putus antara dia atau mak. Aku terpaksa pilih mak aku sebab mak yang melahirkan aku. Sungguh semalam aku rasa ibarat luka lama berdarah kembali. Aku tak dapat menafikan kasih sayang aku pada dia. Rasa nak menitik je air mata semalam.

Oshin, angah rindu Oshin.. T__T

Giler ah. Petang semalam balik kerja, mak aku ajak g pasar Binjai. Elok je keluar kereta lepas parking, mak aku panggil aku. Rupanya mak aku nampak kelibat Oshin. Ya. Oshin adalah seekor kucing. Aku pernah bela Oshin. Tapi sebab mak aku tak tahan dengan banyak sangat kucing kat rumah, mak aku amek keputusan untuk buang Oshin, Comel (mak Oshin) dan Yuya (adik Oshin). Tapi mak aku buang kat kawasan pasar sebab kat sana bayak makanan terutamanya ikan.

Selama ni puas gak mak aku duk melilau cari kelibat dorang bertiga setiap kali datang pasar Binjai. Sebenarnya mak aku tak sanggup gak nak buang mereka. Tapi sebab dah tak tahan, tu yang g buang jugak. Petang semalam boleh pulak terjumpa Oshin melintas. Tapi kelibat Comel dan Yuya aku tak nampak pulak. Puas jugak duk pusing kiri kanan. Sangat sedih ok. Bila aku panggil nama dia, terus dia pandang aku. Touching giler. Oshin mengiau2 lapar. Aku rasa macam dan2 tu jugak nak angkut Oshin masuk dalam kereta. Tapi apakan daya. So, aku terus g tempat pasar basah, untuk beli ikan 2 ekor untuk Oshin. Tapi abg jual ikan tu tak tau nak charge berapa. So, dia bagi free je. Baik kan? Hehe. Terus aku patah balik cari Oshin. Aku tengok dia duk mengadap jalan raya, tengok kerata lalu lalang, mengenang nasib lapar kot. Bila aku panggil je nama dia, terus dia berlari datang kat aku. Aku bagi ikan, dia makan dengan rakus sekali. Kesian dia. Kenapa la ornag pasar tak bagi dia makan ye. Tak rugi pun bagi makan kat binatang. Bukannya boleh bangkrap sebab sedekah seekor ikan kan. Huhu. Tapi aku rasa lega sebab dapat bagi makan kat Oshin.

Oshin dear, duduk sana elok2 tau. Pandai2 cari makanan tau. G mintak ikan dengan tokey ikan ok. Macam mana la dengan nasib Comel dan Yuya.

Ni antara koleksi gambar2 mereka yang ada dalam simpanan aku. Video pun ada tapi malas nak upload.

Ni Oshin ketika kecil. Cute gile sebab muka sebelah kaler lain2.

Tapi bila dah besar, dia tak berapa cute. Pulak tu time tengah pregnant, asyik garang jer. Tak suka orang dukung.

Ni mak kepada Oshin n Yuya, nama Comel..

Sebenarnya Comel ni datang ke rumah kami secara tiba2 dan terus melekat kami bela sampai la dia beranak pinak. Mau tak beranak pinak, sebab kat umah kami je ada kucing betina. Kucing jantan keliling rumah okeh.Giler jadi pujaan kucing kami ni. Sampaikan adik aku duk kurung kucing2 ni tak nak bagi keluar g jumpa jantan2 gatal. Hahaha..


Ni pulak adik si Oshin, nama Yuya.

Masa Yuya kecik, dia la paling lawak dan nakal sekali. Ada ke patut dia tak reti nak berjalan slow2, tapi dia pandai buat sprint test. Mula2 jalan sket pastu terus lari.. Haha..Mongok giler. Tapi bila dah besar, mak ai..cantik dia ni. Menggoda betul..Masa dia tak reti lagi nak mengorat kan, kalau jantan ada datang dekat dia atau duk mengorat dia, terus dia marah2 dan terus lari masuk dalam rumah. Tapi sejak dah pandai menggatal, siap duk buat aksi2 ayu menggoda goyang2 ekor je bila jantan lalu. Manyak gatai. Keh3..

Dan disebabkan kucing2 ni semua betina la mak aku tekad nak buang. Mane leh tahan kalau dah asyik pregnant je kan. Lepas seekor sekor jantan duk panggil. Giler bohsia betul la mereka ni. :P

Tak boleh tahan la bila dah start sayang mereka ni. Sampaikan aku menangis bila abang kepada Oshin, Chiro mati sebab sakit. Huhuhu. Sumpah sedih masa tu. Adik aku yang bongsu tak tau yang Chiro mati pagi pukul 4 lebih begitu. So bila dia bangun tido pagi tu nak mandi g sekolah, baru la kami inform dia. Kesian dia, meraung2 kat tepi kubur Chiro pagi tu. Bengkak mata g sekolah. Aku g kerja, cerita kat kawan opis kucing mati, terus otometik aku nangis. Mongok kan..Hahahaha.



January 24, 2011

Panggilan telefon di pagi hari



A-fatihah. Takziah buat keluarga Tokngah. Pagi tadi aku dapat panggilan dari makcik aku, menyatakan yang Tokngah, kakak Tokwan aku telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.30pm semalam. Nasib baik Tokwan sempat lawat kakak dia last week. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Amin.