Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

April 11, 2011

Malam Pantun

Hari kejadian: 2 malam lepas
Masa kejadian: waktu malam selepas pukul 11.
Tempat kejadian: atas katil duk golek2 sambil online.

Tiba2 je dapat mesej dari en.tunang:

Cincinku emas bersepuh suasa,
Jadi rebutan insan terpilih,
Punyakah dinda sedikit masa,
Buat kanda sedetik lebih.

Aku dah macam *O* Ternganga!
Ni dapat pantun ni mesti kena balas dalam pantun jugak. Mati la aku. Dah la fail bab pantun2 ni. Huhuhu. Tambah pulak aku tengah chatting ngn member aku. Tak concentrate jap nak chat sebab bertungkus lumus fikir pantun balas.

........

........

........

Dah dapat idea.

Haaa...macam kelakar je pantun aku. Gelabah punya pasal sampai asyik taip delete taip delete je ayat yang sesuai. Hahaha. 10 minit berlalu. Tatkala aku berusaha menaip pantun balas, mesej kedua masuk pulak, berbunyi:

Mudik ke hulu naiki sampan,
Sampannya cantik nukilan biduan,
Mengapa sepi tanpa jawaban,
Adakah dinda dambakan rayuan.

Sepi tanpa jawaban..?? Memang la. Aku tengah bertungkus lumus perah otak ni nak jawab pantun dia, dia lagi nak bagi pantun lain. Masak2. Hahaha. Tapi takpe. Aku send je pantun yang aku karang tadi;

Bunga raya tersemat di dada,
Kumbang asyik tertoleh toleh,
Demi kanda pujaan dinda,
Jangankan sedetik, berjam pun boleh.

See. Very the kelakar. :P

En.tunang pandai tau pantun2 ni. Aku lak lembab tang ni. Memang seram je kalo dia buat nak pantun2. Kang tak balas pantun, sentap lak. Hihihihi.

Tapi semalam aku yang hantar pantun dulu ke en.tunang. Tengok dia diam je kenapa tak mesej2 aku malam tadi. Kata practise makes perfect kan.

Malam hari makan pengat,
Lepas makan tidor lena,
Hati di sini asyik teringat,
Rindu pada pujaan di sana.

En.tunang puji. Hehehe. Aku dah pandai dah sikit2 berpantun. Dan wajib lah en.tunang balas kan. Hihihi. Tapi kejap je dia amek masa nak balas. Mencik tau. Aku punya la lama nak fikir. Hehehe.

Pengat di masak bersama madu,
Madunya manis buat pencinta wanita,
Pedih hati menanggung rindu,
Pada dinda yang jauh di mata.

Hahaha. Dah tak kuasa dah aku nak bina membina pantun lagi. Mari kita bergayut la pulak kan. :P

2 comments:

fiza_noor said...

waaaaa. dasat le korg.pandai gak pak aji tu pantun2 ni. hahaha.
weh, tu mlm kita dok chat tu ke?

ctZue said...

hahaha..a ah..malam tu la..haha..aku dah ilang konsentrasi chat dah..