Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

April 6, 2011

Kota Bandung ~ Episode 1


Last week, hari jumaat aku berangkat ke kota bandung. 1st time g jalan2 luar dari Malaysia. Agak teruja jugak dan ngeri sebab takut naik flight. Aku pernah la naik flight masa kecik2 dulu tapi mana la nak ingat dah perasaan tu kan. Sekali bila dia take off, cuak gak. Nasib masa g tu, aku duduk tengah2. Takde la rasa sangat. Tapi bila touch down kat Bandung Airport, Husein Sastranegara International Airport tu, raa cam nak putus brek angin aku ni. Hehe. mana tak ngeri, airport tu kecik saja. Kang tak pasal2 lak berlaku collision dengan terminal situ. Owh..mintak dijauhkan la menda2 macam tu.

Sampai kat sana, suhu 24 degree celcius. Walaupun matahari nampak terik, tapi tak panas sangat. Beza la dengan Malaysia. Tunggu supir datang fetch ke Hotel Carrcadin. Bilik dia, perghh..besar..macam boleh bawak satu famili. Tapi aku duduk berdua je dengan Umi. Makcik pakcik dia, Auntie Na dan Ayah E duduk bilik lain, sebelah2. Suasana romantika gitu. Terpaksa la aku beromantik2 dengan Umi. Oit..Oit..jangan pikir lain ok.. I'm straight girl.. Kehkeh..


Inilah Auntie Na dan Ayah E @ Datuk K..hikhik


UmiNa..

Departure. Mintak tolong akak sebelah amekkan gambar.


Ketibaan di Carrcadin Hotel. Macam janji je pakai biru semua.


Model nak g habiskan duit, tabur tabur gitu. Hahaha

Sampai hotel, solat. Pastu tanpa buang masa, kami terus memulakan kembara shopping kami. Hehe. Ayah E memang selalu datang sini atas urusan meeting. Almost every month company dia wat meeting kat sini, so dia memang dah expert dah tempat shopping sini. Kami mengikut aje. Bayangkan hari pertama je aku dah abes bape ratus ribu dah. Bare in mind, duit rupiah okeh. Hahaha. terasa macam orang yang kaya menbongkak je main ribu2 ni.

Mula2 masuk pasar baru. Sape2 yang pernah g pasar payang, keadaan pasar baru tu macam pasar payang. Cuma dia ada 8 tingkat, 2000 kedai. Ko bayangkan betapa banyaknya kedai yang perlu di jajahi. Memang kena gigih la. Tapi tak semua tingkat aku g. Sebab hari pertama tu macam nak kenal2 tempat je dulu. Kat pasar baru ni banyak jual kain batik, telekung, kain pasang memang sangat menggila banyak, kain lace, handbag, jeans, emm..apa lagi eh.. lupa dah..banyak sangat.




Lepas tu kami gerak ke Rumah Mode. Yang ni faveret aku. Kat sini baju branded memang murah la kalo nak banding harga kat tempat kita. Baju CK, Guess, Burberry, eh..banyak lagi lah..Aku pun menggila jugak kat sini sebab duk pilih t-shirt untuk adik2 jantan aku. Sampaikan aku lupa nak belikan untuk aku. Huhu. Rugi2..


Gambar atas ni kedai handbag branded. Coach, Guess, LV. Harga toksah cakap la. Dalam 4, 5 juta gak la...Biasanya kat factory outlet gini, org kebanyakkan memang tak g la. Biasanya orang2 kaya dari Jakarta akan turun sini hari jumaat utk shopping. Masa ni boleh nampak perbezaan taraf. Orang2 Jakarta sangat cun dan hensem. Memang beza la denagn orang kat sekitar Bandung ni.

Lepas tu kami gerak ke factory outlet kat sebelah Rumah Mode, nama ape ntah. Tak ingat. Tapi memang banyak la baju2 yang cun2. Tapi sebab aku penat nak mati dah. Masuk dalam tu cuma duduk je. Tak lalu dah nak pusing2.

Aku yang sudah kepenatan.



Setelah semua pun dah macam kehabisan tenaga, kami pun pulang ke hotel, mandi dan tidur. Sebelum balik hotel sempat lagi aku beli prepaid PATI. Balik hotel, tak sabar nak kontek en.tunang, tapi cover2 la sket kan depan orang. So aku kontek ibunda terchinta dulu. Cakap dalam tak sampai 5 minit, dah muahh muaahh semua, terus letak. Terus dail laju2 nombor en.tunang. Tapi hampa betul la. Kredit dah abes. Huhuhu. Malam tu aku tido tak lena. Rindu kot sebab tak dapat kontek satu hari. Tak puas hati betul la. T__T



2 comments:

InGkLate said...

rindu merindu lak ye...kehkeh..
alamak... rugi nye xkirimmmmmm....huhu.. CK, burberry
adeh!! rugi2..

ctZue said...

aip..nakal nain ni..haha
tula nain..rugi xkirim..aku pun rugi sbb xigt nak beli untuk diri sendiri..haha