Adakah aku seorang yang sangat outdated? Adakah aku seorang yang ketinggalan ke belakang hanya kerana baru nak cerita perkara yang dah berlaku khamis lepas? Oh, aku peduli apa. Ini kan blog aku. muehehehe..
Hari khamis lepas kan cuti maulidur rasul. Makanya aku telah bergerak ke subang dengan drebar tetap aku, drebar bas sani exspress. :P Sesampainya aku di stesen bas shah alam, aku dah nampak en.asben menunggu dalam kereta. Terharunya, awal en.asben sampai. Kebiasaannya aku terpaksa kol en.asben berkali kali baru sedar dari tidur. Kalo dia tak bangun jugak, aku terpaksa mengacau housemate en.asben, Azli, yang tengah syok2 dilamun mimpi, untuk kejutkan en.asben dari lenanya yang panjang tu. Tapi kali ni, dah ada siap2 sebelum aku sampai lagi. Oh, rupanya en.asben tak tidur lagi dari semalam sejak balik dari bertugas pukul 10 malam. Nasib baik en.asben tak tidur lagi, kalo dia dah tidur, mesti tak sedar pape dah, dan terpaksa la aku cari teksi. #scarynya nak naik teksi pagi2 buta dengan org yang tak kenal..#
So, misi pagi itu adalah tidur saje la. Tapi mata tak boleh nak lelap. Kami bergurau senda sampai pukul berapa entah la tak perasan. Bangun pagi. Mata masih mengantuk. Tapi aku dah macam tak boleh tidur. Tak paham aku. Maybe excited kot nak pergi berjalan2 bersama suami. Tapi bila jam menghampiri pukul 11pagi, aku dah mula mengantuk kembali. Lalu kami tidur lagi sampai pukul 2 kot. Hahahaha. Apa la hari yang begitu indah dihabiskan untuk tidur sahaja. Sedangkan orang lain sibuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Ini la bahana kalo tak tidur dari semalam..
Lepas dah bangun tu, siap2 keluar sebab lapar. Harap maklum ye, rumah en.asben takde dapur. Eh, sebetulnya dapur ada, tapi tong gas yang takde. huuuuuu... So, terpaksa la kami keluar makan. Yeay! #alasan kukuh tak masak kan :P#
Cadangnya nak g makan kat TGI's Friday. Dah terbayang2 sirloin steak. yummy. Tapi bila dah halfway, ternampak pulak Bubba Gump Shrimp Co. Eh, terus masuk simpang ke Citta Mall. teheee..
Sampai jugak hajat aku nak makan kat sini.
Muka orang lapar excited nak makan.
Aku masih terbayang2 kesedapan air dia. Aku punya yang kaler pink tu. Lemonade + strawberries.
Deabak!!
Aku makan pasta. Heaven sangat banyak shrimp. En.asben makan fish. Seriously sedap fish tu.
Serving dia banyak. Sesiapa yang rasa tak makan banyak, boleh je kongsi, just mintak pinggan kosong 2.
Next time nak try bucket shrimp. Makan shrimp sampai muntoh!
Terima kasih sayang. Semoga anda lebih kaya dan berjaya :)
Aku nampak kurus???
Ok. Dah settle memenuhkan perut masing2. Kami teruskan melangkah kaki kami tanpa ada hala tujuan. Tiba2 ternampak MBO di sini. Apa lagi, kita buat back to back movie. Tapikan, kat Citta Mall ni, surau dia memang takleh lawan kat Space U8. Surau Space U8 paling tiptop, siap ada kolam2 tepi kat dalam tempat semayang tu okeh. Cirah dah ringan2 je tangan nak main air lepas semayang masa tu.
Ada yang menarik di MBO Citta Mall ni.
Cuba teka aku kat tadika mana??
Ini la pintu nak masuk panggung wayang MBO. Ceria kemain lagi. Aku tanpa segan silu nak amek gambar jugak kat depan ni. Dah macam pusat jagaan kanak2.
Paksa pekerja dia amek gamba kami..heehooo..
Laluan pergi hall. Seriously kalo Cirah datang sini, memang rasa nak main2 je. Denagn dinding ada awan2 nano nano. Pastu siap colorful lagi. Pastu ada cermin2 yang boleh bagi kita jadi pendek, panjang, gemuk, dan kurus. Aku dah rasa macam "kita ni kat mana sayang??" hahahaha
Masih sempat posing berangan artis kan. :P
Of course bini dia pun tak nak kalah. teheee
So, kesimpulannya hari khamis tu kami habiskan masa untuk makan dan leisure time sahaja. Balik rumah dah ada kerja surirumah menunggu aku #lipat kain, basuh kain, jemur kain#
No comments:
Post a Comment