Hari isnin lepas geng2 en.asben telah berpakat untuk bawak family masing2 makan bersama2 dan membolehkan para isteri mereka beramah mesra dan bertukar cerita.
Mula2 kan cadangnya kami nak makan kat Seoul Garden, sudahnya tukar tempat disebabkan Seoul garden tu kejap sangat, pukul 9.45 dah tutup. Memandangkan lepas magrib kami baru keluar rumah, so better tukar ke restoran lain yang bukak sampai pukul 12. Setelah para suami bermesyuarat disiang hari, maka mereka sebulat suara memilih Cafe D' Manggis : Steamboat & BBQ di Kuang, Sungai Buloh.
Memang berbaloi2 la makan kat sini. Aku sanggup tak makan siang tu. Maksud aku tak makan makanan heavy siangnya sebab nak belasah makan malam tu. Hahahaha. Over!
Masa kami sampai ke kafe tu, 2 family dah sampai. Family ikmal + farhah dan pokjol + safura. Takdela lama sangat kot dorang menunggu. Sampai2 terus memulakan misi. Amek sayur, daging, ayam, udang sotong. Semangat betul aku meng"grill " makanan tu.. Sampaikan gambar makanan lupa aku nak snap, lapar punya pasal. Ada satu lagi family, bob + sue tak sampai lagi sebab dah tersalah jalan kemana dah dan mereka sampai paling lewat. Kami dah nak abes makan baru mereka start makan. hehehe. So terpaksa la aku makan lagi untuk menemani sue makan kan..hahahaha. Dasar betul la.
Tengah2 makan tu ada lagi 2 kawan en.asben datang. tapi dorang duduk separate meja sebab bawak sekali mak ayah. meriah jugak la malam tu, dengan ibu bapa yang melayan anak kecik makan, dengan para suami yang duk mengulang amek makanan. En.asben pon asyik tanya aku nak apa lagi. asyik ulang alik je. Sedap dan heaven je rasa dapat makan banyak2 sampai penuh perut. Masa datang perut macam preggy 2 bulan, tapi bila balik perut aku dah macam preggy 5 bulan tapi lepas kaver2 ok la preggy 4 bulan..hahaha..
Seterusnya diberi gambaran sebenar ketika malam itu. jangan muntah pulak sbb banyak sangat gambar ye :P
Ketika proses meng'grill'
Berdiri: Ikmal
Duduk: Zizi, Azli, En.asben (mereka bertiga ni housemate)
Tambah lagi Bob dengan Pokjol*sori safura, aku lupa nama sebenar suami awk*
Meja family Farhah dan Safura*lagi senang aku sebut nama isteri2 dari suami2*
Aku, Dania, Sue
Iman yang super comel dan yang suka buli mama dia..haha
Eh, kami..hehe
Bapa mithali
Tengok si Iman nih..geram betul..
Para isteri a.k.a G-Strim
Perbincangan secara serius*hal rumah tangga ke*
Over sangat si farhah sampai ketuk2 kepala..hahaha
Korang tengok apa yg Iman cuba lakukan pada mama dia..
Sedih sebab kenyang ke apa ni..haha
Ni muka lepas banyak makan..kan..hehe..ilebiu..
Aku nak usulkan pada presiden G-Strim kita, iaitu Pn.Suhana a.k.a Sue supaya majlis makan malam keluarga ni diadakan sebulan sekali. agar kami para G-Strim dapat berkumpul dan bertukar cerita. kan..baru fair. Kalo tak asyik kena tunggu wedding je baru dapat gather..huhu..
#Farhah..saya ralat la tak amek gamba berdua dgn awk..nnt kita lepak sama lg kita amek gamba banyak2 tau. Next aim adalah Seoul garden..mesti jadi jugak tau..Sue pun sama..included. Heehehe
Sebelum korang nak muintah sebab tengok gamba yang banyak, meh cni tengok gamba bulan malam tu. Cantik!
No comments:
Post a Comment