Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 16, 2013

16 Mei itu..

Dia mengajar tanpa jemu..
Dia mengajar tanpa lelah..
Dia telah curahkan segala ilmu didada untuk aku..
Dia telah mengorbankan masa rehatnya untuk membantu aku..
Dia telah mengutamakan diriku di saat peperiksaan semakin hampir..
Dia memarahiku saat aku membuat kesilapan yang tak sepatutnya aku buat kerana cuai di dalam pengiraan..
Dia mengajar tanpa jemu..
Aku gembira di saat melihat raut wajahnya yang puas hati apabila ilmu yang dicurahkan dapat difahami olehku..

Sungguh aku tak pernah lupa saat itu..
Sungguh aku tak akan lupa saat itu..
Sungguh aku bahagia dapat membuat dia bangga dengan keputusanku..

Dia lah guru guru yang pernah mengajarku sepanjang aku memerlukan ilmu dari mereka..
Dia lah guru guru SK PASIR GAJAH
Dia lah guru guru SMKA TOK JIRING

Aku bangga menjadi produk keluaran mereka!

SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu cikgu yang pernah mengajar aku. Tanpa cikgu,aku tak mungkin akan menjadi insan seperti hari ini.

Buat sahabat2 yang menjadi cikgu, SELAMAT HARI GURU juga aku ucapkan. Semoga kalian mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan jadikan cikgu2 kita dahulu sebagai contoh.


No comments: