Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 3, 2013

Hak kita sebagai pengguna

Assalamualaikum.

Lamanya menyepi. Banyak cerita nak diceloteh di sini. Tapi malas lagi menguasai diri aku. Cerita pergi formula y di melaka tempoh hari pun belum di catat di sini.

Tapi hari ni aku nak share hak kita sebagai seorang pengguna, lebih2 lagi kita sebagai pengguna islam. Sekiranya ko rasa sesuatu tu tak sepatutnya terjadi, maka ko berhak dan boleh menyuarakan rasa tak puas hati itu kepada persatuan pengguna islam malaysia, PPIM. In sha Allah ko punya aduan tu tak akan sia2..

Cakap banyak pon tak guna..meh baca email aku ni dulu.


To: aduanppim@gmail.com
Cc: enquiries@cfm.my, wecare@astro.com.my, mohamadhissham@gmail.com

2 Mei 2013, 10.01 pm

Aduan mengenai astro

Assalamualaikum.

Nama saya Siti Zuraifah Mohd Zabidi, salah seorang pelanggan astro (no akaun: 089307556-5)

Di sini saya ingin utarakan mengenai rasa tidak puas hati saya terhadap servis astro. Mungkin apa yang saya alami ini, berlaku juga kepada orang lain.

Untuk pengetahuan pihak tuan, 2 bulan lepas tv di rumah saya mengalami kerosakkan dan menyebabkan saya tidak dapt menonton tv. Atas sebab itu, pada 30.3.2013, saya telah meminta pihak astro untuk menghentikan sementara langganan astro saya. Akan tetapi pada masa itu, bil untuk tempoh 26.3.2013 - 25.4.2013 telah pun dikeluarkan. Maka, untuk membuat bayaran, saya hendaklah menunggu bil yang seterusnya untuk melihat berapa jumlah sebenar yang patut saya bayar.

Bil baru telah pun sampai ke rumah. Bil yang baru ini adalah dalam tempoh 26.4.2013 - 25.5.2013 dengan caj rm153.85, jumlah itu adalah jumlah bil setelah ditolak amount bil sepanjang tempoh langganan saya ditutup.

Tv saya telah pon dibaikpulih dan saya pun menelefon pihak customer service astro pada semalam, 1.5.2013 untuk membuat menyambungan semula memandangkan tv sudah pun ok. Semasa proses penyambungan semula itu, operator astro telah membuat penyambungan semula dengan bertanya bila saya boleh membuat bayaran outstanding sebanyak rm153.85 tersebut. Maka saya menyatakan bahawa hari ini 2.5.2013 saya akan buat bayaran.

Bila selesai proses menyambungan semula, saya telah pun dapat menikmati siaran tv. Maka, pada hari ini, 2.5.2013, saya telah membuat bayaran outstanding rm153.85 seperti yang saya telah janjikan kepada operator astro semalam via cimbclicks lebih kurang tengahari sebelum pukul 1. Tetapi apa yang kecewakan saya, apabila pulang ke rumah hari ini, saya dapati siaran astro sudah tidak dapat digunakan, tertera " your smartcard is inactive, please call customer service". Oleh itu, saya telah menelefon astro customer service pada pukul 8.25pm tadi dan bercakap dengan operator lelaki, kedengaran mempunyai suara yang agak lembut, malangnya nama beliau saya kurang jelas mendengarnya. Setelah bertanya apa sebenarnya masalah yang saya hadapi, maka beliau memberitahu bahawa akaun saya telahpun dipotong kerana mempunyai outstanding! Apa yang lagi mengejutkan saya adalah akaun saya telah dipotong pada puk 3.00pm!! Lalu operator tersebut telah menyambungkan semula akaun saya dan memberitahu bahawa caj penyambungan semula akan dikenakan terhadap saya pada bil bulan hadapan.

Apa yang mengecewakan saya adalah saya telah menjelaskan bil itu pada sebelah tengahari dan tak sampai 5 jam, akaun telah dipotong! Begitu mudahnya pihak astro mengaut keuntungan yang diperoleh daripada penyambungan semula sebanyak rm20. Cuba pihak tuan bayangkan berapa yang boleh astro dapat apabila perkara ini berlaku tidak hanya kepada diri saya sahaja?? Saya percaya pada hari ini, pengguna astro adalah sangat ramai.

Saya berharap, pihak tuan dapat menyiasat perkara ini. Pada saya rm20 itu bukanlah besar sangat nilainya. Tetapi saya sebagai salah seorang pengguna, saya mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati saya terhadap service astro.

Segala tindakan pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
Siti Zuraifah Mohd Zabidi


Seperti biasa, bila kita send email ke wecare astro tu, dia akan balas autoreply bgtau yang email kita akan direspond dalam 1 hari bekerja. Tak heran sangat pun sebab benda ni boleh setting.

But, u know what is surprising me is pukul 10.58 am tadi aku dapat panggilan dari pihak astro yang bagi feedback apa yang aku adukan semalam dan pihak astro bagitau dia tak akan kenakan caj penyambungan semula rm20 tu pada akaun aku. Tau pun ko hegeh2 baru nak cakap tak payah bayar. Semalam ko belagak sangat bila aku nak cakap operator tu sibuk nak cakap macam tak bagi peluang aku bercakap. Tau nak cakap pasal nak kenakan caj penyambungan semula tu pada next bil. Bengang aku beb!

Ok, cool balik. Terima kasih pihak astro. Aku hargai apa yang astro try fix the problem dan aku harap agar astro tegur dan ambil tindakan pada operator yang rude dengan customer kan. Aku tak sokong kata2 customer always right, tapi aku sangat setuju dengan kata2 customer always have the rights.

Salam jumaat...

No comments: